Perubahan hormon ketika pra monopause boleh menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur. Wanita yang menghampiri monopause akan mengalami kesukaran untuk menentukan jadual kedatangan haid. Pada akhir peringkat pra-monopause, ada kalanya wanita perlu menunggu kedatangan haid dengan lama.
Gelora panas tiba-tiba adalah gejala yang paling umum semasa monopause. Wanita mungkin merasa tiba-tiba panas, keringat berlebihan, dan dalam beberapa kes terasa menggigil selepas gelora panas.
Banyak wanita mengalami kesukaran tidur semasa monopause, disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan gejala seperti gelora panas.
Kehilangan hormon juga boleh mempengaruhi mood dan emosi. Wanita mungkin mengalami perubahan mood, keletihan, atau rasa cemas semasa monopause.
- Perubahan mood (mood swing) – Mungkin seseorang wanita itu akan merasa mudah marah, cemas, kurang kesabaran dan depresi
- Hilang keinginan – Sesetengah wanita mula merasa hilang keinginan untuk melakukan kegemaran dan cepat marah walaupun hanya perkara-perkara kecil
- Cemas dan cepat panik – Denyutan jantung yang cepat, ketakutan tanpa sebab dan ketegangan adalah tanda-tanda perasaan cemas. Biasanya kecemasan berlaku dari beberapa jam hingga beberapa bulan
- Depresi – Ia muncul kerana perasaan tidak bahagia dan putus asa
- Kurang tumpuan – Sering lupa dalam sesuatu pekerjaan, tidak boleh berfikir dengan baik menunjukkan kadar estrogen yang rendah
- Masalah ingatan – Akibat ketidakseimbangan hormone menyebabkan gangguan memori untuk jangka panjang mahupun jangka pendek
- Mengawal-selia estrogen dan testoteron - Semasa 'menopause', hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan 'mood swing' yang biasa berlaku dikalangan wanita 'menopause'.
- Melambatkan 'menopause' - Memperbaiki keadaan 'menopaus' seperti hot flushes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone untuk kulit lebih muda.
- Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak sendi yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
- Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
- Pelangsingan dan menghalang berat badan - Pertambahan berat wanita 'menopause' juga agak membimbangkan. GLA membantu menurunkan kadar kolesteroljahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan. Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi 'menopause'.
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)