WANITA & MASA: 6 TIPS PENGURUSAN MASA

Atul Hamid
0

WANITA & MASA: 5 TIPS PENGURUSAN MASA
Kawan-kawan nak masa lebih tak?

Memang tak dinafikan, masa kita ada 24jam saja, tidak ada seorang pun dapat masa yang lebih, tapi kadang-kadang kita tetap rasa tak cukup masa kan? Walaupun kadag-kadang cukup pulak. 🤔 pelikkan? Tapi lebih banyak rasa tak cukup masa & kalau boleh nak lebih banyak masa. Betul tak? Ada tak yang macam ni? 🙋🏻🙋

Tidak kira samada awak wanita yang bekerja atau yang bergelar suri rumah. Masing-masing perlukan masa untuk siapkan segala kerja yang ada tapi tetap juga ada kerja yang tertangguh, sampaikan kadang-kadang boleh jadi penat & stress, terkejar-kejar sampai boleh menangis 😭 dibuatnya. Betul tak?

Tapi kalau betul caranya, masalah ini boleh dikurangkan sekaligus boleh diselesaikan. Macam kelmarin, dalam group support #Viktoria yang atul sertai ada mentor tanya "siapa ada masalah nak urus masa dan selalu cabarannya apa?"

Ramai juga kawan seperjuangan dalam group Viktoria yang ada masalah tentang masa ini, begitu juga dengan Atul, Atul pun ada juga masalah berkaitan dengan pengurusan masa ni.

Jadi disini Atul kongsikan beberapa tips yang Atul dapat dalam group Viktoria untuk dapatkan pengurusan masa yang baik.

Tips pengurusan masa:

1. Buku atau diari. Pastikan anda ada buku atau diari untuk buat catatan yang perlu

WANITA & MASA: 5 TIPS PENGURUSAN MASA


2. JadualPastikan anda ada jadual rutin harian atau mingguan, & ia bertujuan untuk merancang aktiviti yang hendak dilakukan. Disini kita boleh tahu adakah kita ada masa terluang arau tidak

WANITA & MASA: 5 TIPS PENGURUSAN MASA


3. To-Do-List. Senaraikan semua kerja yang hendak kita buat setiap hari, beri masa untuk setiap kerja yang hendak dilakukan, dan pastikan kerja yang dibuat siap atau berhenti ikut masa yang ditetapkan. Baru lah kerja kita akan teratur

WANITA & MASA: 5 TIPS PENGURUSAN MASA


4. Priority List. Maksudnya disini utamakan yang kita nak selesaikan dahulu. 

WANITA & MASA: 5 TIPS PENGURUSAN MASA

5. Tidur & bangun awal. Tidur antara jam 10 malam -12 malam (paling lewat) & bangun awal sebelum jam 5(paling lewat) untuk siapkan kerja yang tertangguh

WANITA & MASA: 5 TIPS PENGURUSAN MASA

> di sini bagi yang muslim boleh lakukan amalan sunat seperti solat Tahajud. Dengan lakukan solat Tahajud, kita akan rasa masa itu akan jadi lebih panjang dari biasa.

6. Buat semua diatas, mulakan hari ini juga.

WANITA & MASA 5 TIPS PENGURUSAN MASA

Tapi kalau ada kecemasan macam mana? Bukankah akan mengganggu jadual kita?
Sekiranya berlakunya kecemasan, utamakan hal kecemasan dahulu, jika sudah selesai, boleh selesaikan mengikut "priority list" kita dahulu, kemudian baru yang lain.

Nota tambahan, untuk muslimah, jika boleh perbanyakkan zikirullah seperti beristighfar dan sentiasa amalkan amalan solat Dhuha, insyaAllah masa yang singkat itu akan rasa lebih panjang dan semua urusan dipermudahkan dengan izin Allah.

Ingat ya, walaupun kita rasa tak cukup masa, perlukan masa yang lebih, namun paling penting adalah utamakan diri sendiri dahulu. Jika diri sendiri sihat, cukup nutrisi. InsyaAllah semua kerja dapat kita laksanakan dengan baik & cergas bertenaga. Secara tak langsung, kerja kita siap dalam masa yang ditetapkan.

Untuk dapatkan nutrisi yang dijamin semulajadi, selamat dan berkesan, anda boleh klik di sini.

Semoga bermanfaat 😊

#atulhamid #wanita 

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !