Kebaikan Protein ESP untuk Kulit Sihat dan Cantik Berseri | Protein ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP Shaklee membekalkan protein soya berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan untuk kulit yang lebih sihat dan kelihatan muda kerana ia
memperbaharui sel kulit pada kadar yang optimum
Ini kerana protein bertindak untuk membina tubuh seperti
batu-bata yang digunakan untuk membina rumah. Oleh itu, protein sangat penting untuk
pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan, termasuk kulit.
Kebaikan Protein untuk kulit yang sihat dan cantik berseri
- Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat
- Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit
- Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen
ESP Shaklee merupakan minuman yang lazat dan kaya dengan
protein berasaskan tumbuhan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
menggalakan pembaharuan sel untuk membina asas kepada kulit yang sihat. Jadi
dengan meminum ESP Shaklee setiap hari sangat membantu:
Kulit terhidrat dan lembap
👉 Merangsang pengeluaran asid hialuronik untuk mengikat dan
mengekalkan air dalam sel-sel kulit, memastikan penghidratan dan kelembapan
secara optimum ke dalam kulit
Kulit Kelihatan lebih Muda
👉 ESP Shaklee mengandungi isoflavon secara semulajadi untuk
menghalang proses penguraian kolagen dan elastin. Pengambilan protein soya
secara berterusan dapat mengurangkan kehadiran kedutan, perubahan warna dan
membantu memperbaiki keseluruhan penampilan kulit
Kulit yang licin dan tona kulit sekata
👉 Bermanfaat dalam meningkatkan tekstur kulit dan membantu
mengurangkan pigmentasi untuk kulit yang cerah berseri
Keistimewaan ESP Shaklee
- Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetic (Bukan –GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP)
- Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol
- Membekalkan Indeks Glisemik yang rendah
- Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibiity Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan dan kualiti yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan
- Membekalkan 9 asid amino perlu
- Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat
- Tanpa kolesterol
Nota Tambahan
Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan
penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari
Baca juga: Penerangan tentang ESP Shaklee
Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat dan Cantik Berseri
Cara untuk dapatkan ESP Shaklee
Hubungi Atul di +6019.573.3761 sekarang juga (http://atulhamid.wasap.my)
---------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
love ESP ni :-)
ReplyDeleteAtul, akak tag atul untuk giveaway ni ye
https://hayatisuki.blogspot.com/2019/11/new-years-giveaway-by-eikin-sofi.html
okay akak. thanks sudi tag Atul 😊
DeleteAssalamualaikum saya nak consume esp cuma untuk kulit putih dan parut jerawat Kat muka bukan untuk kurus sbb saya 16 thn 38 kg boleh tak terangkn cara consume yg betul untuk kulit saya
ReplyDeleteadik boleh wasap sis di http://wwww.wasap.my/60195733761/nakTanyaTentangESP
Delete