Resipi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan

Atul Hamid
2
Tahniah Atul ucapkan kerana anda telah minum ESP Shaklee dan semestinya telah jatuh cinta dengannya kerana banyak khasiat yang anda dapat setelah mengamalkan ESP Shaklee ini, bukan?

Jadi, kali ini Atul ingin kongsikan beberapa resipi istimewa ESP Shaklee yang sangat lazat dan menyelerakan sehingga membuatkan anda rasa ingin meminumnya setiap masa.


Resipi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan


Resipi ESP Shaklee: Smoothie Betik dan Halia

Resipi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan

Resipi smoothie betik dan halia membantu meredakan perut. Betik dapat membantu proses penghadaman, dan halia yang memberi rasa segar merupakan kombinasi duo yang menarik. Minuman yang enak dengan rasa tropika semestinya menjadi pilihan ramai!

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan betik (potong & disejukkan) 
2 sudu teh halia (potong kecil) 
½ cawan perahan lemon
1 cawan ais
½ cawan air

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 


Resipi ESP Shaklee: Smoothie Nanas dan Oren

Resipi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan


Buah oren dan nanas yang tinggi kandungan vitamin C ini memberikan anda rasa segar yang  berpanjangan. Ia juga boleh dijadikan sebagai snek yang lazat!

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan nanas 
1 cawan oren 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 


Resipi ESP Shaklee: Smoothie Mangga dan Anggur

Resepi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan

Buah manga yang tinggi dengan vitamin serta serat merupakan kombinasi yang terbaik dengan tambahan buah anggur yang mengandungi polifenol, untuk manfaat kesihatan. Minuman yang lazat ini memberi rasa kenyang sehingga ke hidangan seterusnya.

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder 
1 cawan susu rendah lemak 
½ cawan anggur tanpa biji 
½ cawan mangga  
1 sudu kecil biji chia 
1 cawan ais

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga sebati.


Resipi ESP Shaklee: Smoothie Avocado

Resepi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan

Mengandungi kandungan lemak sihat, tekstur avokado yang penuh krim serta lembut menjadikan ia minuman enak dan berkhasiat untuk diminum  sebagai sarapan pagi.  Ia memberikan anda nutrisi yang lengkap serta membuatkan anda berasa kenyang.

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan avokado 
1 cawan ais

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


Resipi ESP Shaklee: Smoothie Pisang Oat

Resepi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan

Pisang membekalkan tenaga serta sumber kalium yang tinggi kepada badan. Kalium baik untuk jantung dan membantu dalam penyerapan kalsium. Resipi smoothie pisang oat yang lazat ini pastinya membuatkan anda berasa cergas untuk menjalani aktiviti harian.

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
2 sudu besar oat 
2 pisang (saiz kecil) 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais 

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 


Resipi ESP Shaklee: Smoothie Protein Buah Kurma

Resepi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan

Cubalah smoothie yang enak dan berkrim dengan kebaikan kurma di dalamnya. Minuman yang enak ini akan membuat badan anda bertenaga sepanjang hari.


Bahan-bahan:  
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder  
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais 
5 biji kurma

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 


Resipi ESP Shaklee: Smoothie Strawberi dan Oat

Resepi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan

Manfaat strawberi untuk kesihatan tidak dapat dinafikan. Ia juga  boleh dijadikan sebagai perisa dalam protein smoothie. Dengan tambahan mentega kacang membuatkan anda mahu menghirup sedutan kedua!

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan Strawberi 
1 sudu besar oat 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 


Resipi ESP Shaklee: Smoothie Protein Oreo

Resepi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan

Jika anda suka menikmati oreo, ini adalah resepi terbaik untuk anda cuba. Dengan menggunakan biskut oreo, rasa vanila coklat dirasai bersama dengan protein yang sihat & berkhasiat! Smoothie yang enak ini kaya dengan protein dan tenaga.

Bahan-bahan: 
3 sudu besar  ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan susu rendah lemak 
2 keping biskut Oreo (Dihancurkan) 
1 cawan ais 

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


Resipi ESP Shaklee: Smoothie Kiwi

Resipi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan

Smoothie yang kaya dengan nutrisi ini memberikan anda rasa segar pada hirupan pertama. Ia membekalkan anda protein serta serat yang tinggi dalam  membantu sistem penghadaman. Rasa sekali pasti nak lagi!

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan Kiwi 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 

Wow! Nampak sedap dan lazat sangat. Tak terfikir pun ESP Shaklee boleh dibuat smoothie kan? Jadi, lepas ni bolehlah minum smoothie yang sihat dan berkhasiat ni setiap hari dengan ESP Shaklee :)
Klik untuk lihat Testimoni Pengguna ESP
Tak sabar nak minum ESP Delicious ni?  Jom dapatkan ESP Shaklee hari ini juga di 019.573.3761 atau klik gambar dibawah ini.

Resipi ESP Shaklee Yang Sangat Lazat dan Menyelerakan


Post a Comment

2Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !