Markah Penuh Untuk Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2019

Atul Hamid
12
Hai, Atul sebenarnya baru balik dari kenduri. 3 buah rumah sekali tau. Alhamdulillah gantung kuali lagi hari ini. Okaylah, kali ini cadangnya Atul nak pokpek pokpek kejap. hehe 😄 

Kenapa Atul bagi markah penuh untuk Filem Animasi Ejen Ali The Movie ni ya? Ha, kalau nak tahu, kena la baca sampai habis hehe

Markah Penuh Untuk Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2019

Ceritanya pada hari Sabtu semalam, Atul, suami dan anak-anak pergi ke majlis kenduri berkhatan dan majlis kenduri kahwin. Almaklumlah, sekarangkan cuti sekolah. Hujung tahun pula tu, memang dah jadi musim kenduri kalau waktu begini.

Rumah 1st - Majlis Berkhatan
Majlis kedua - Kenduri Kahwin
Uniknya sebab tuan rumah ni tak buat kat rumah atau dewan.
Jadi, kenduri yang kami pergi ni menghala ke Alor Setar. Selesai hadiri kenduri pun awal. Jadi, suami Atul pun ajakla pergi jalan-jalan sebelum balik. On the way dalam kereta tu, suami tanya "selain cinema di Aman Central kat mana ada lagi?" Ha tau dah. Mesti nak bawa anak-anak tengok Ejen Ali ni. Atul pun carilah dalam Google dan dalam masa yang sama, dengan yakinnya Atul menjawab "yang dekat UTC Kedah tu, dulukan kita selalu pergi sana". 

Jadi, kami pun pergilah ke sana. Dulu sebelum ada UTC, tempat tu femes la juga. Ada shopping mall. Tapi atul lupa namanya. Tapi sekarang tempat tu dah berubah sikit dan yang paling Atul tak sangka, rupa-rupanya dah banyak tahun cinema dekat situ tutup. Hahaha adoi! Tepuk dahi dibuatnya. Nampak sangat dah lama tak ke situ.

Cuma rezeki anak-anaklah, dapat buku. Itupun sebab Atul masuk kedai buku Pustaka Union tu dan terjumpa buku-buku yang menarik, so mintalah ayah dorang belikan buku. Sebab dulu pun kalau pergi situ, Atul memang suka cuci mata kat kedai buku, habit sampai sekarang. hehe

Oren & Pink untuk Kakak, Biru untuk Adik
Lepas tu, kami pun keluarlah dari situ dan cari cinema lain. Ada 1 cinema ni tarik perhatian Atul. Namanya Paragon Cinemas di Alor Setar Mall. Review pun bagus. So, kesitulah kami dengan menggunakan Google Maps hehehe. Rupa-rupanya dekat je dan kami pernah pergi dulu. Selain Alor Setar Mall, ia femes dengan nama Pacific.

Walaupun kami sampai memang sebelum filem Ejen Ali The Movie tu start tapi tiket dah nak habis. Jam 3.50 petang tinggal seat depan je. Jam 4.35pm penuh. Yang ada 6.40 pm dan malam. Hadoi, berjanggut nak tunggu ni.

Tiket wayang, harga pun okay
Tapi tak apala, tengok anak-anak pun seronok sebab dorang dah tahu ayahnya nak bawa dorang tengok Ejen Ali The Movie. Tapi sepanjang waktu menunggu asyik bertanya je "Bila nak tengok ni bu?" "Bila nak tengok ni bu?" Haha.

Waktu menunggu. Bosan duk luar, duk dalam kereta layan Youtube
Sebelum sampai waktunya, kami makan Loaded Potato Bowl dengan Original Go Bowl. Itupun tapau makan kat atas sementara nak tunggu waktu masuk. Tak sempat nak amik gambar waktu makan, so gambar dari google je la hehe


Bila tiba waktu tayangan, wow! Full seat wey! Penuh! Sepanjang movie tu ditayang budak-budak pun behave je termasuklah anak-anak Atul. Cuma si Adik la, kejap ke ibu, kejap ke ayah, itu pun waktu nak habis cerita but dia tak menangis, tak menjerit. Alhamdulillah.

Tapi movie Ejen Ali The Movie ni, bagi Atul sangat best! Kalau ada markah, Atul bagi markah penuh 10/10! Kalau ada bintang Atul bagi bintang penuh 5/5. Tinggikan rating Atul bagi. Ini apa yang Atul rasalah. Dari pandangan mata Atul yang menonton. Dari mata korang taktahu la kan.


Bagi Atul, filem ni ada part yang berkait dengan kehidupan kita. Ada orang ternama, ada orang biasa-biasa. Ada orang susah, ada orang hebat. Ada sahabat ketika susah dan senang. Ada semangat positif. Ada semangat kerjasama, ada juga pentingkan diri dan Ada yang ambil kesempatan.

Dalam dunia realiti sebenar pun, memang ada je orang ambil kesempatan atas kebaikan seseorang tapi tak ramai. Ada yang betul-betul baik. Tapi itulah, kadang-kadang sebab terpaksa. Hurmm.

Dalam filem ni juga elemen kehidupan yang memainkan emosi seperti sedih. lawak, aksi, teruja dan tertanya-tanya.

Sedih ~ Macam waktu Ejen Ali rindukan mama dia. Waktu dia nak berpisah dengan mamanya. Sangat menyentuh perasaan. Yelah, Atul pun seorang anak dan seorang ibu juga.

Lawak ~ Waktu di kedai Mamak Maju. Hahaha

Teruja & tertanya-tanya ~ Perasaan ingin tahu apa akan jadi pada Ali, adakah dia terus bersama MATA atau tidak. Siapa Niki? Apa terjadi pada mama Ali yang sebenarnya? Apa jadi kalau Overide? dan part paling last tu betul ke IRIS dan Ali dipisahkan?

Aksi ~ Aksi-aksi dalam watak ni yang wow sangat!!

Ada watak baru juga. Ha, kalau nak tahu kena tengoklah. Atul taknak cerita lebih-lebih okay. Nanti tak best pula. hehe

Tapi watak Ejen Ali ni memang bagus. Memainkan watak seorang yang bertanggungjawab walaupun ada sedikit degil. Nama pun budak-budakkan. 

So, apa yang Atul boleh katakan, memang tak rugi tengok Ejen Ali The Movie ni. Ini merupakan Filem Animasi Terbaik 2019 yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation. Korang yang belum tengok, cepat-cepatlah tengok ya!

Oh ya, habis je tengok wayang, kami pun pulang. And sepanjang jalan balik, anak-anak Atul tidur mungkin sebab keletihan. Sampai rumah pun dorang tetap lena. Hehe

www.youtube.com/ejenali
www.facebook.com/ejenali
www.instagram.com/ejen_ali
www.twitter.com/ejen_ali

Okay bye!


Post a Comment

12Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. kita baru nak g tengok huhuh. salam kenal done follow sini.

    ReplyDelete
  2. ramai parents puas hati bawa anak-anak tengok movie ejen ali ni cuma BBL nak tunggu reda sikit. bila tak ramai tengok, baru pergi beli tiket

    ReplyDelete
  3. setuju 200% mmg best tahap xle sembang sbb sgt kreatif, penuh aksi dan rasa macam tgk citer adult tau. yg penting anak saya teruja n behave sampai ending sbb movie ni sgt2 lah best

    ReplyDelete
  4. Menarik nie. Boleh la AM bawa anak2 menonton ejen ali hujung mggu nie.. Tak sabarnya nak tgk ejen ali..

    ReplyDelete
  5. Kannnnn. Memang best ejen ali tu. Suka sangat tengok filem ni. Lepas habis movie, repeat pula tengok siri 1 di Netflix. Sebab lupa macam mana Ali jumpa Alicia. Seronok bila tahu Alicia tu dijaga oleh 3 uncle Mamak Maju. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Dah tengok jugak ejen ali. So far anak-anak suka. Yang part kelakar tu kelakar la jugak. Hihi

    ReplyDelete
  7. Ramai orang kata macam tu filem animasi tempatan yang bertaraf antrabangsa bangga kita tapi tak sempat nak tonton lagi hehehehe mesti lawak dan juga ada banyak nasihat dalamnya best saya suka...

    ReplyDelete
  8. Semalam bawa anak-anak gi tengok. Memang best. Mak pak pun enjoy. Anak-anak jangan cakap lah..fokus betul.

    ReplyDelete
  9. Rawlins tengok sengsorang tapi tak stay utk tengok end scenes dia - katanya ada 2 ye. Aduih. Nampak gaya akan bawa anak saudara tengok la nanti sampai habis

    ReplyDelete
  10. Ramai kata Ejen Ali nie best. Jadi tak sabar nak tengok. Dengar cerita dah 13 juta kutipan utk minggu pertama ia ditayangkan. Fuhhh terbaik lah. Mesti best nie sbb ramai yg repeat

    ReplyDelete
  11. rating tinggi untuk ejen ali. nampaknya disember 2019 kena tengok ejen ali juga instead of frozen. support filem tempatan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !