Vitamin Ibu Hamil: Mitos atau Fakta?

Atul Hamid
5

Vitamin Ibu Hamil: Mitos atau Fakta? | Tahniah kerana puan telah hamil. Seronok rasanya bila dapat tahu diri sedang hamil anak sendiri di dalam rahim sendiri. Tak terungkap betapa bahagianya rasa. Jadi, pada waktu inilah penjagaan rapi sangat diperlukan samada dari segi fizikal, kesihatan mahupun pemakanan. Semua penting dan perlu diberi perhatian untuk memastikan kesihatan ibu hamil dan kesihatan anak dalam kandungan berada pada tahap yang baik.

Salah satu cara untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau vitamin ibu hamil. Ada yang mengatakan pengambilan vitamin ibu hamil penting untuk jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah ia benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan ibu-ibu hamil?


Vitamin ibu hamil


Jika anda sedang hamil atau sedang berusaha untuk hamil, kemungkinan anda sudah atau sedang mempertimbangkan untuk mengambil vitamin ibu hamil. Umumnya, vitamin untuk ibu hamil dikenali sebagai vitamin prenatal.

Vitamin prenatal diformulasi khas untuk membantu ibu hamil mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menyokong tubuhnya dan bayi yang sedang membesar di dalam kandungannya.

Walau bagaimanapun, terdapat salah faham mengenai vitamin ini yang telah digembar-gemburkan sehingga menjadi kepercayaan kebanyakan individu. Jadi, sudah tiba masanya untuk kita bongkar tentang mitos yang salah ini!

Vitamin Ibu Hamil: Mitos atau Fakta?


Vitamin Ibu Hamil: Mitos atau Fakta


Berikut adalah 8 mitos tentang vitamin ibu hamil (vitamin prenatal) dan fakta yang perlu anda tahu:


Mitos #1

👉 Hanya ambil vitamin ibu hamil ketika mengandung

Fakta:

Ibu hamil disarankan untuk mengambil vitamin setiap hari walaupun sebelum hamil, sepanjang tempoh kehamilan dan juga semasa menyusukan bayi.

Kebanyakan fasa tumbesaran utama berlaku pada minggu-minggu pertama kehamilan, malahan pada ketika anda belum menyedari yang anda berbadan dua. 

Manakala, bagi ibu yang melakukan penyusuan eksklusif pula, manfaat vitamin yang dimakan disalurkan melalui susu akan dapat menyokong tumbesaran bayi .


Mitos #2

👉 Semua vitamin ibu hamil adalah sama

Fakta:

Walaupun variasinya sedikit, namun setiap jenama vitamin ibu hamil mungkin mengandungi vitamin dan dos yang berbeza. Sesetengah vitamin mengandungi nutrien tambahan yang sememangnya diperlukan oleh ibu hamil. Ada juga yang dihasilkan untuk wanita yang hanya memerlukan zat besi, asid folik, kalsium atau sebarang nutrien lain. Oleh itu, pastikan ibu sentiasa membaca label dan memilih vitamin mengikut keperluan pemakanan.


Mitos #3

👉 Multivitamin mengandungi semua keperluan 

Fakta:

Ibu mungkin memerlukan makanan tambahan sebelum, semasa dan selepas mengandung. Sebagai contoh, bagi ibu hamil yang menjangkakan kelahiran bayi kembar atau lebih, anda mungkin memerlukan lebih banyak vitamin B12. Ibu hamil dengan masalah anemia, mungkin memerlukan suplemen zat besi.

Vitamin Ibu Hamil: Mitos atau Fakta?

Manakala, semasa menyusu badan, bayi mungkin kekurangan vitamin D, jadi berbincanglah dengan pakar pediatrik tentang pengambilan sebarang makanan tambahan.


Mitos #4 

👉 Vitamin menjadikan ibu lebih sihat dan kuat

Fakta:

Mengambil vitamin prenatal boleh menyebabkan ibu mendapat kesan sampingan seperti mual atau sembelit, itupun berlaku jika ibu hamil mengambil dengan cara yang tidak betul. Untuk mengelakkan mual, pastikan ibu mengambil dengan cara yang betul. Selain itu, ibu hamil dikehendaki memakan suplemen bersama makanan atau sebelum tidur, minum air dengan cukup dan bersenam.

Vitamin Ibu Hamil: Mitos atau Fakta?

Jika berterusan, berbincanglah dengan doktor tentang simptom dan cubalah jenama lain.


Mitos #5 

👉 Makan vitamin tidak perlu risau akan diet pemakanan

Fakta:

Ibu hamil harus tahu, kebanyakan vitamin ibu mengandung tidak merangkumi 100% keperluan nutrien dan vitamin. Terdapat sesetengah vitamin hanya dapat diserap ke dalam badan melalui makanan. Pengambilan makanan berkhasiat membantu ibu hamil untuk mengekalkan berat badan seimbang bagi menyokong perkembangan bayi.


Mitos #6

👉 Wajib mengambil vitamin ibu hamil 

Fakta:

Kebanyakan doktor akan mengesyorkan ibu hamil untuk mengambil makanan tambahan yang dirumus khas untuk kehamilan. Terdapat juga multivitamin yang baik dan selamat untuk dimakan sewaktu hamil.


Mitos #7

👉 Tidak perlu vitamin ibu hamil jika makan dengan seimbang

Fakta:

Setiap individu mempunyai jurang pemakanan dalam diet harian. Maka vitamin ibu hamil dapat mengisi jurang tersebut.  Seorang wanita hamil memerlukan banyak khasiat tambahan seperti kalsium, kolin, zat besi, DHA/EPA, folat, vitamin C, vitamin A dan nutrien lain.


Tanpa khasiat yang mencukupi, ibu dan bayi akan terdedah kepada komplikasi sebelum dan selepas kehamilan, seperti:

  • Kelahiran pramatang
  • Preeklampsia
  • Anemia
  • Berat bayi lahir rendah
  • Kencing manis semasa mengandung
  • Kecacatan tiub saraf 


Ibu tidak dapat mencegah apa yang mungkin berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Namun anda boleh mengurangkan risikonya dengan mengutamakan pengambilan nutrien penting.


Mitos #8 

👉 Vitamin ibu hamil hanya untuk wanita hamil yang kurang vitamin

Fakta:

Kebanyakan multivitamin dihasilkan untuk memberikan ibu yang sedang hamil mineral dan makanan tambahan. Ia untuk membantu menjaga kesihatan ibu dan mendorong perkembangan janin agar lebih sihat.
Kebanyakan pakar akan menyarankan wanita yang merancang kehamilan untuk mengambil vitamin ibu hamil sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan. 

Namun begitu, ada sesetengah  ibu hamil merasakan vitamin prenatal yang dimakan menyebabkan ketidakselesaan perut. Tetapi masalah ini boleh diatasi jika anda mengambil vitamin ibu mengandung selepas makan atau semasa makan, lebih-lebih lagi buat mereka yang menderita mabuk pagi (morning sickness) atau jika ada yang tidak kena, segeralah berjumpa dengan pakar untuk buat pemeriksaan.

Jadi, jalan terbaik untuk ibu hamil adalah sekiranya mempunyai sebarang keraguan tentang vitamin prenatal yang diambil, bawalah botol vitamin tersebut semasa pemeriksaan prenatal bulanan atau sebelum mengambil apa-apa jenis vitamin ibu hamil, lebih baik bertanya pada yang pakar untuk memastikan sama ada ia sesuai atau tidak di ambil sepanjang proses kehamilan.


Sumber: Hello Doktor

Post a Comment

5Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Kesimpulan tanya doktor kalau ada kemusykilan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atul for sharing :)

    ReplyDelete
  3. vitamin nie sebagai makanan tambahan.. kita tak boleh nak harapkan vitamin semata-mata utk sihat

    ReplyDelete
  4. Yg penting pengambilan supplement nie kena ada nasihat drp doktor lah..

    ReplyDelete
  5. Bagus sebenarnya vitamin untuk kandungan tapi orang dulu2 kalau dapat vitamin dari klinik buang konon takut baby besar susah nak beranak.... Tah apa2 je lah :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !