McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan

Atul Hamid
9

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan | Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan, orang ramai telah memilih untuk duduk di rumah berbanding berada di luar. Disebabkan ini, orang ramai aktif menggunakan khidmat penghantaran makanan untuk mereka mendapatkan makanan tanpa perlu keluar rumah.

Kita sendiri boleh lihat, betapa sibuknya mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan di musim PKP ini. Tugas mereka sebagai penghantar makanan ini juga boleh dianggap sebagai petugas barisan hadapan kerana tugas mereka sangat penting bagi memastikan keperluan orang ramai dapat dipenuhi.

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan 

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Bagi mengucapkan terima kasih dan menghargai tugas penghantar makanan yang bekerja sepanjang tempoh PKP ini, McDonald’s Malaysia telah meraikan dan belanja 65,000 penghantar makanan di seluruh Malaysia dengan menyediakan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju percuma kepada mereka.

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Usaha murni McDonald’s Malaysia meraikan penghantar makanan adalah sebahagian daripada kempen
#LekLuMcDBelanja #RiderKu ini. Inisiaitif ini telah dilaksanakan diseluruh restoran McDonald’s di Malaysia diantara jam 2 petang hingga 5 petang pada 12 Julai 2021 yang lalu. Antara penghantar makanan yang diraikan oleh McDonald’s Malaysia adalah FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) dengan mendapat set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju setiap seorang.

Kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera ini bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan tanda penghargaan kepada semua penghantar makanan yang sentiasa peka dan bersungguh-sungguh melakukan tugas bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar, sejak penularan wabak pandemik, peranan penghantar makanan menjadi semakin penting apabila rakyat Malaysia perlu berada di rumah.

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.

Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” Kata Azmir Jaafar.

Respon penghantar makanan yang bekerja di musim PKP 

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Ibu kepada lima anak, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” - Penghantar Makanan McDelivery Roslina Talhad

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Wil
liam Quah merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun.

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” - Penghantar Makanan McDelivery William Quah

Respon penghantar makanan apabila dihargai oleh McDonald’s

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.” - Penghantar Makanan McDelivery Mohamad Azyhan Musa

Seronok rasanya apabila penat lelah bekerja dihargai. Begitulah juga dengan petugas penghantar makanan ini, betapa gembiranya mereka apabila kita semua menghargai tugas yang mereka lakukan itu.

Jadi, untuk memastikan Kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran McDonald’s ini tercapai, sebagai tanda terima kasih kepada penghantar makanan, ayuh  semua rakyat Malaysia, kita kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial beserta hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Dengan sambutan yang menggalakkan dari kita semua, Atul yakin semua barisan penghantar makanan akan sentiasa gembira dan lagi bersemangat untuk teruskan tugas mereka sebagai penghantar makanan.

Akhir kata, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada restoran khidmat segera, McDonald’s Malaysia atas usaha dan kempen yang dilaksanakan ini untuk menggalakkan orang ramai menghargai semua penghantar makanan di seluruh negara.

Kepada semua penghantar makanan, tugas anda sangat murni. Walaupun cuaca panas atau hujan, jika ada pesanan yang perlu dihantar, kalian tetap melakukannya demi memastikan rakyat Malaysia menerima pesanan makanan itu tepat pada waktunya. Terima kasih diucapkan. Terus melaksanakan tugas sebagai penghantar makanan yang bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia. Anda adalah petugas barisan hadapan demi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh terus ke laman web: www.mcdonalds.com.my.

Post a Comment

9Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. alhamdulillah .. kadang yang nganto pun tak mampu nak beli

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih McDonalds

    ReplyDelete
  3. Hargailah jasa dan pengorbanan abang/ kakak rider ini. Kekadang kesian tengok bawa motor waktu tengah hujan lebat. Dengan adanya inisiatif McD ini mesti dorang rasa seronok sikit!

    ReplyDelete
  4. Cayalah inisiatif McDonald Malaysia. Wajar dapat pujian kita semua :)

    ReplyDelete
  5. Bagus usaha McD ni..mengembirakan penghantar makanan yg penat bekerja seharian..semoga ramai lagi syarikat yg buat inisiatif begini

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Bagus la usaha McD dalam membantu riders yg keletihan semasa bertugas pd zaman PKP ni.

    Jom berkongsi blog list dgn saya? URL blog puan sudah ada di blog list saya. Harap maklum dan terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Wah! Tak tahu pula ada ni. Bagusnya McDonalds!

    ReplyDelete
  8. wahhhh they deserved it!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !