RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 secara PERCUMA | Seriuslah RichWorks adakan program khas untuk orang ramai secara PERCUMA? Atau pihak RichWorks sebenarnya hanya nak pancing orang ramai supaya masuk program-program berbayar yang akan diadakan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman? Macam tak masuk akal pula apabila pihak RichWorks anjurkan program khas secara percuma.
Itulah
antara komen yang diterima apabila keluarnya berita tentang Datuk Wira hendak melaksanakan program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan ketika musim pandemik
ini. Sedih pun ada dengan reaksi yang diterima itu, mungkin mereka tidak
pernah mengikuti program-program berkenaan. Kalau ada yang mengikutinya pun,
mungkin mereka tidak melakukan tindakan secara konsisten yang boleh membuahkan
hasil seperti peserta lain yang telah berjaya.
Siapakah Datuk Wira Dr Azizan Osman?
Siapa tidak kenal
Datuk Wira Dr Azizan Osman? Pasti ramai yang sudah mengenali beliau kan?
Datuk
Wira Dr Azizan Osman (DWDAO) adalah seorang individu yang memulakan karier
hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia
oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran,
kepimpinan dan penguasaan potensi diri.
Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa. Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.
Kini beliau amat dikenali sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. DWDAO dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008 lagi, iaitu telah berpengalaman selama 13 tahun dalam industri ini. Sejak 2008, DWDAO telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui RichWorks International, syarikat yang diterajui beliau sendiri. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.
Program PERCUMA RichWorks bantu lebih ramai orang bangkit
Betul ke RichWorks bantu orang ramai bangkit
dengan Percuma ni?
Mula-mula free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat-loncat jerit ambil semangat
katanya. Waktu masuk dengar tu memang la percuma, selepas
terkinja-kinja mereka cadangkan masuk program itu ini, bayaran nya bukan kecik²
anak. Jerung pun boleh meninggal
Ops! Tolong jangan percaya komen negatif itu. Tolong JANGAN BERHENTI disini JIKA ANDA HENDAK MAJUKAN BISNES ANDA. JIKA ANDA HENDAK UBAH KEHIDUPAN ANDA! INGATLAH!
ZON SELESA YANG ANDA NIKMATI SEKARANG, MAMPU MELENYAPKAN IMPIAN ANDA! Jadi, teruskan pembacaan demi mengubah masa depan anda.
Sebenarnya
Datuk Wira Dr Azizan Osman telah pun mengadakan program-program secara percuma ini
sejak PKP 1.0 lagi. Secara menyeluruhnya RichWorks telah membantu lebih 1 juta
peserta dan usahawan sejak tahun 2008 melalui Program Live Event dan Virtual
Online.
Sebelum negara dilanda wabak pandemik Covid-19, RichWorks telah menerima lebih 700,000 orang usahawan yang mengikuti program RichWorks secara fizikal iaitu sejak tahun 2008 sehingga tahun 2019. Iaitu selama 11 tahun berpengalaman melaksanakan Program Live Event.
Namun begitu, apabila negara dilanda wabak Covid-19 sehingga menyebabkan ramai yang telah kehilangan punca pendapatan. Malah para usahawan juga turut berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah. Ada usahawan yang perniagaannya terjejas sehingga ada yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bertahan dengan situasi ketika ini.
Jadi
untuk meningkatkan ekonomi dalam keluarga, mereka perlu mencari peluang untuk menyara
kehidupan. Sejak itulah RichWorks telah membantu lebih 800,000 usahawan dengan
menganjurkan program virtual online secara percuma. Ramai diantara peserta yang
hadir telah mendapat manfaat daripada program-program tersebut.
Statistik usahawan yang berdaftar dengan program RichWorks dari tahun 2020 sehingga Julai 2021
Tahun 2020 - 410,134 Usahawan
Sehingga Julai 2021 - 453,595 Usahawan
Jumlah Keseluruhan usahawan
berdaftar - 863,729 Usahawan
Antara program-program percuma Datuk Wira Dr Azizan bersama RichWorks anjurkan
Testimoni usahawan yang telah menyertai program RichWorks secara Virtual Online
Ada
saja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan
perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada yang
dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang
dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini malah Berjaya upgrade diri hingga dapat membina bisnes dengan
berjaya.
Program Khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisens & Pemasaran Digital oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd Radz Mohd berkata, pihaknya cukup memahami keadaan ini malah ramai usahawan yang berhubung dengan RichWorks di media sosial bagi mendapatkan panduan, nasihat dan bantuan untuk menyelamatkan perniagaan mreka.
"RichWorks cukup memahami keadaan ini namun apa yang mengkagumkan meskipun banyak perniagaan ditutup ada juga yang bukan sahaja bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ketika ini," katanya.
Malah kata Radz, sejak pandemik melanda, RichWorks menerusi Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah mengadakan pelbagai program bagi membantu usahawan terkesan secara percuma dan ia mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja daripada usahawan sedia ada malah bakal usahawan, suri rumah dan bekas graduan yang ingin memulakan perniagaan.
Disebabkan permintaan dan sambutan luar biasa daripada masyarakat, RichWorks buat pertama kali tampil dengan program khas - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital pada 27-29 Ogos ini. Program Bangkit kembali bersama RichWorks akan diadakan selama 3 hari menerusi aplikasi Zoom bersama pengasas Richworks International dan mentor usahawan, Datuk Dr Azizan Osman.
Program Khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital untuk SIAPA?
Adakah program Khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 bersama RichWorks ini sesuai untuk saya?
Untuk makluman anda, Program Bangkit Bersama RichWorks ini sangat sesuai untuk anda jika;
- Anda seorang usahawan
- Anda ingin memulakan perniagaan
- Anda bakal usahawan
- Anda diantara individu yang merancang untuk berniaga
- Anda seorang suri rumah
- Anda yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan
- Anda yang hendak menambah pendapatan sampingan
- Anda seorang pelajar
Pendek kata, Program Bangkit Bersama RichWorks ini sangat sesuai untuk semua golongan terutamanya individu yang hendak bangkit dan ubah keadaan hidup ketika ini.
Program khas ini juga untuk anda usahawan dan bakal usahawan yang nak jadi the NEXT DIGITALpreneur dengan bisnes ONLINE waktu pandemik. RichWorks akan terus komited untuk bimbing usahawan keluar dari kemelut keresahan ke arah menjana kewangan berganda dengan solusi bisnes dan pemasaran ONLINE!
Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital sudah semestinya
100%
PERCUMA
100%
DITAJA
100%
KEBAJIKAN
Apa yang bakal dipelajari dalam sesi Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi BIsnes & Pemasaran Digital?
1. Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan
usahawan era pandemik
2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum
beralih ke arah digital
3. Pelajari strategi digital yang
boleh buat duit sekarang
4. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda
5. Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk
membantu kelangsungan bisnes sekarang
6. Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital
Saya nak bimbing anda menjadi DIGITAL-PRENEUR untuk BANGKIT dan kuasai bisnes online dan pemasaran digital. - Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Pada pendapat Atul, ini masanya untuk kita memulakan satu tindakan luar biasa mengikut arus masa. Terutamanya berubah ke bisnes online dan menggunakan transaksi digital. Mengapa?
1. Pelanggan
Pandemik merubah landskap pemasaran dan urusan jual beli. Pelanggan kini majoriti berada di rumah. Kalau dulu kita berada di kedai dan lakukan Marketing secara offline dan boleh lakukan networking di mana sahaja kita berada, soalnya, adakah kita dah berjaya transformasikan bisnes kita secara online untuk orang mudah capai, mudah memilih dan mula membeli?
2. Platform
Perasan atau tidak banyak kedai-kedai dan
perusahaan terpaksa tutup sepanjang pandemik dan kini hampir dua tahun lamanya.
Ia tempoh yang amat sukar untuk ramai usahawan terutama perusahaan kecil
sederhana yang terkesan yang tidak boleh berniaga dan mata pencarian mereka
terjejas teruk.
Tapi tahukah anda harini kita ada BANYAK platform
yang boleh digunakan dan perubahan pada cara kita bisnes ketika pandemik
sekarang adalah ‘normal’.
3. Pesaing
Usahawan hari ini bersaing dengan masa dan
kepantasan selain pesaing. Orang mungkin boleh tiru bisnes kita tapi mereka
mungkin tak boleh tiru servis dan cara kita berniaga. Itu pentingnya sentiasa
upgrade ILMU dan menawan hati pelanggan dengan servis terbaik.
Jadi, tindakan yang dilakukan oleh richworks nak bantu orang ramai bangkit terutamanya dikalangan usahawan adalah sangat tepat. Atul sangat-sangat menggalakkan
anda semua untuk sertai kempen bangkit anjuran Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana
pihak RichWorks bersemangat hendak
membimbing usahawan yang KOMITED dibimbing dalam melengkapkan usahawan dan
bakal usahawan ke arah THE NEXT DIGITALpreneur dalam Era Digital 4.0 di
Malaysia.
Kali pertama dalam sejarah RichWorks! Jemputan
Himpunan Usahawan pada 27 - 29 Ogos 2021 ini dalam Program 3-Hari Bangkit
Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital.
Jom rebut peluang untuk dapatkan slot 100%
Percuma ini. Bagaimana untuk mendaftar?
Untuk mendaftar, sila layari: www.richworks.com/bangkit
Maklumat lanjut penganjur adalah seperti di bawah:
Richworks International Sdn Bhd
RichQ, No.77 Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13,
Tadisma Business Park,
40100 Shah Alam, Selangor
Tel: 1-300-88-2424
Email | Website | Telegram | Facebook
Woww! Seminar percuma dari DWDAO.
ReplyDeleteOrang bisnes memang patut join. Dapat ilmu mahal 🤩
Kena join ini. Pasti banyak ilmu mahal dari DWDAO
ReplyDeleteMenarik ni.. percuma pulak tu. Terima kasih berkongsi.
ReplyDeleteProgram yg sgat membantu.. semoga usahawan di luar sana lebih bersemangat utk bangkit walau apapun halangan dan cabaran..
ReplyDelete