Showing posts with label Servis. Show all posts
Showing posts with label Servis. Show all posts

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan | Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan, orang ramai telah memilih untuk duduk di rumah berbanding berada di luar. Disebabkan ini, orang ramai aktif menggunakan khidmat penghantaran makanan untuk mereka mendapatkan makanan tanpa perlu keluar rumah.

Kita sendiri boleh lihat, betapa sibuknya mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan di musim PKP ini. Tugas mereka sebagai penghantar makanan ini juga boleh dianggap sebagai petugas barisan hadapan kerana tugas mereka sangat penting bagi memastikan keperluan orang ramai dapat dipenuhi.

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan 

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Bagi mengucapkan terima kasih dan menghargai tugas penghantar makanan yang bekerja sepanjang tempoh PKP ini, McDonald’s Malaysia telah meraikan dan belanja 65,000 penghantar makanan di seluruh Malaysia dengan menyediakan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju percuma kepada mereka.

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Usaha murni McDonald’s Malaysia meraikan penghantar makanan adalah sebahagian daripada kempen
#LekLuMcDBelanja #RiderKu ini. Inisiaitif ini telah dilaksanakan diseluruh restoran McDonald’s di Malaysia diantara jam 2 petang hingga 5 petang pada 12 Julai 2021 yang lalu. Antara penghantar makanan yang diraikan oleh McDonald’s Malaysia adalah FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) dengan mendapat set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju setiap seorang.

Kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera ini bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan tanda penghargaan kepada semua penghantar makanan yang sentiasa peka dan bersungguh-sungguh melakukan tugas bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar, sejak penularan wabak pandemik, peranan penghantar makanan menjadi semakin penting apabila rakyat Malaysia perlu berada di rumah.

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.

Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” Kata Azmir Jaafar.

Respon penghantar makanan yang bekerja di musim PKP 

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Ibu kepada lima anak, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” - Penghantar Makanan McDelivery Roslina Talhad

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Wil
liam Quah merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun.

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” - Penghantar Makanan McDelivery William Quah

Respon penghantar makanan apabila dihargai oleh McDonald’s

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.” - Penghantar Makanan McDelivery Mohamad Azyhan Musa

Seronok rasanya apabila penat lelah bekerja dihargai. Begitulah juga dengan petugas penghantar makanan ini, betapa gembiranya mereka apabila kita semua menghargai tugas yang mereka lakukan itu.

Jadi, untuk memastikan Kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran McDonald’s ini tercapai, sebagai tanda terima kasih kepada penghantar makanan, ayuh  semua rakyat Malaysia, kita kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial beserta hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Dengan sambutan yang menggalakkan dari kita semua, Atul yakin semua barisan penghantar makanan akan sentiasa gembira dan lagi bersemangat untuk teruskan tugas mereka sebagai penghantar makanan.

Akhir kata, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada restoran khidmat segera, McDonald’s Malaysia atas usaha dan kempen yang dilaksanakan ini untuk menggalakkan orang ramai menghargai semua penghantar makanan di seluruh negara.

Kepada semua penghantar makanan, tugas anda sangat murni. Walaupun cuaca panas atau hujan, jika ada pesanan yang perlu dihantar, kalian tetap melakukannya demi memastikan rakyat Malaysia menerima pesanan makanan itu tepat pada waktunya. Terima kasih diucapkan. Terus melaksanakan tugas sebagai penghantar makanan yang bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia. Anda adalah petugas barisan hadapan demi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh terus ke laman web: www.mcdonalds.com.my.

Read More

5 restoran dengan perkhidmatan penghantaran makanan di Malaysia

5 restoran dengan perkhidmatan penghantaran makanan di Malaysia | Restoran dengan servis penghantaran makanan di Malaysia memang banyak. Boleh pilih mahukan servis dari restoran yang mana, bergantung pada makanan yang dikehendaki. Ada antara restoran ini halal dan ada yang tidak halal, sebagaimana yang akan dikongsikan di bawah ini, jadi sebelum membuat pesanan sila pastikan statusnya dulu. 


1. Bimala Prasad Caterers


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Katering vegetarian yang berpusat di Petaling Jaya ini berjaya menarik ramai pelanggan setia dengan set makan vegan mereka. Terdapat pelbagai tekstur dan rasa yang mereka tawarkan hanya dalam satu hidangan, seperti kuah India Selatan yang enak, akan berasa kenyang walaupun dengan hidangan yang kecil. 


Dan kebanyakan makanan mereka bebas daripada mana-mana jenis bawang. Untuk buat pesanan seeloknya ikuti media sosial mereka  kerana menu akan diberitahu dalam bentuk satu makanan pilihan 1 hari lebih awal untuk buat pesanan. Dengan melihat gambar makanan mewah mereka sahaja sudah cukup untuk memberi inspirasi kepada anda. 




2. Ordinary Eats


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Kepada anda yang memerlukan diet yang dapat menjaga anda, tetapi anda tidak risau dengan membuat pesanan makanan pada setiap hari, cubalah Ordinary Eats. Mereka merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang lain dari yang lain dalam menyelesaikan sebahagian rancangan makan tengah hari anda satu bulan. 


Menghantar 2-3 kali seminggu, set bento seimbang mereka masing-masing mempunyai minimum 8 jenis tumbuhan atau sayuran, dengan menggunakan bahan-bahan sebenar, rempah premium, biji-bijian, gula, sedikit garam dan minyak dan mengelakkan daripada menggunakan daging tiruan sama sekali.  


Hidangan harian yang ditawarkan berbeza setiap hari bergantung kepada bahan segar yang dimiliki oleh mereka pada hari itu. Pelanggan akan dimaklumkan tentang makanan yang akan ditawarkan sehari sebelumnya. Ordinary Eats merupakan pilihan yang baik untuk dipertimbangkan jika anda ingin beralih ke tabiat makan yang lebih sihat secara keseluruhan. Sekiranya anda ingin mencuba hanya satu atau dua makanan, pilihan tersebut turut tersedia. 




3. Kaw Kaw Veg


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Sama ada Char Kuey Teow, Veggie Kurma atau Nasi Ayam Kunyit, rasa selesa yang biasa penggemar makanan Malaysia alami adalah pesanan yang mudah untuk Kaw Kaw Veg. Perniagaan keluarga kecil ini merupakan salah satu perkhidmatan penghantaran makanan vegan eksklusif pertama yang dimulakan di Lembah Klang lebih dari 2 tahun yang lalu, dan ianya tetap popular dengan harga yang berpatutan dan pelbagai rasa tempatan yang mengagumkan menjadikannya makanan yang sihat. 


Sebaik sahaja mengetahui dalang di sebalik syarikat tersebut iaitu Kugan, dan naik turun yang telah pasukan ini lalui untuk terus menjalankan perniagaan kecil mereka merupakan bukti keghairahan dan kesungguhan mereka untuk menyampaikan pilihan makanan yang lebih sihat kepada rakyat Malaysia yang tinggal di bandar. 


Menu mereka bertukar-tukar setiap minggu dan pada beberapa hari, anda dapat memilih antara daging dan daging bukan tiruan. Kaw Kaw Veg menghantar makan tengah hari pada hari bekerja kecuali hari Rabu. 




4. Brother Bean


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Jika anda sangat menggemari air soya tetapi selalu risau tentang tetra paks pakai buang dan botol plastik yang digunakan, Brother Bean telah pun menyediakan sistem penghantaran yang benar-benar tepat di kawasan anda. 


Meraikan tradisi lama dan sentuhan tersendiri dalam perniagaan, Brother Bean menjadikan air soya yang segar dengan menggunakan kacang soya Kanada dan menghantarnya ke depan pintu rumah anda. 


Dalam botol kaca yang berisi 1 liter ini, anda boleh memilih antara ingin air soya anda dimaniskan atau tidak. Setiap botol bersih yang dikembalikan kepada mereka akan memberikan anda rebat sebanyak RM2. 


Brother Bean juga turut menawarkan kopi buatan sendiri yang menggunakan kacang panggang yang berasal dari negeri Perak dan terdapat 2 variasi iaitu normal dan dalam bentuk pekat yang dapat memberikan kepada anda sebanyak 12 cawan kopi. 




5. V’Burger KL


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Syarikat katering yang pakar dalam membuat burger vegetarian, V’Burger sekarang ini tengah sibuk dengan melayani orang-orang yang kehilangan tempat tinggal dan miskin di bandar setiap seminggu sekali. 


Baru-baru ini mereka juga turut menawarkan penghantaran makan tengah hari untuk vegetarian. Walaupun pre-order  untuk makan tengah hari mereka tidak begitu konsisten, dengan mendapatkan sekotak makanan yang berpatutan akan kelihatan seperti makanan yang sebenar untuk anda. 


Kurang Yakin Kerana Sukar Nak Bezakan Restoran Halal Dan Non Halal 


Jika benar, ada baiknya gunakan khidmat Foodpanda. InshaAllah dengan bantuan servis penghantaran secara terus oleh Foodpanda ini dapat bantu berikan makanan yang sesuai dengan citarasa masing-masing. 


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Berasa kurang sihat atau mungkin malas untuk masak, boleh terus gunakan khidmat Foodpanda untuk order food kegemaran dari restoran yang ada di kawasan sekitar. 


Dengan menggunakan servis pesanan secara atas online di website atau aplikasi Foodpanda ini, semuanya sangat mudah hanya dengan menggunakan hujung jari dan dapat juga elakkan diri dari berada di tempat awam.


Read More