Program Titan Summit 2021 bongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni

Atul Hamid
11

Seronok membaca kisah usahawan-usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan mereka. Kisah jatuh bangun mereka dalam menguruskan perniagaan sangat memberi inspirasi kepada Atul untuk terus melangkah dan mengejar impian Atul. Maklumlah, Atul pun baru menapak dalam dunia perniagaan ini. Jadi, kisah kejayaan mereka inilah yang membakar semangat Atul untuk terus berusaha sampai Berjaya.

Dalam banyak-banyak kisah usahawan yang Atul baca, kisah kejayaan Dr Jue telah berjaya mencuri perhatian Atul. Disebabkan kisah kejayaan Dr Jue ini sangat memberi inspirasi kepada Atul, jadi Atul tertarik untuk kongsikan kepada semua siapa Dr Jue ini? Bila Dr Jue bermula berniaga? Apakah cabaran yang beliau hadapi? Bagaimana beliau berjaya bangkit dari masalah yang dihadapi. Untuk ketahui jawapannya, jom teruskan membaca kisah kejayaan ini.

Program Titan Summit 2021 membongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni


Orang Johor mesti kenal Dr Jue kan? Terutamanya yang berada di Labis, Johor. Sebenarnya Dr Jue atau nama sebenarnya Dr Siti Juariah binti Kusni merupakan seorang doktor di poliklinik yang terletak di Labis, Johor. Beliau juga adalah seorang usahawan yang berjaya. Hebatkan, seorang doktor boleh jadi usahawan berjaya. Agak-agak macam mana Dr Jue buat ya?

Dr Siti Juariah binti Kusni, Poliklinik Penawar

Pada tahun 2012, Dr Jue mula membuka klinik dan menjalankan perniagaannya dibawah Klinik Penawar di Labis, Johor. Kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menyerahkan pengurusan klinik kepada Penawar Group Sdn Bhd. Dari situlah klinik Dr Jue yang dulunya bernama Pusat Perubatan Keluarga bertukar kepada Poliklinik Penawar. Perniagaan ini dijalankan sepenuhnya di klinik dan secara offline.

Program Titan Summit 2021 membongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni

Walaupun klinik Dr Jue berada dibawah Penawar Group Sdn Bhd pada ketika itu, beliau juga turut menghadapi beberapa isu dan cabaran seperti;

  • Klinik berada di luar bandar yang menyebabkan hanya orang disekitar kawasan itu adalah pelanggannya sahaja
  • Dr Jue tidak tahu cara untuk melakukan pemasaran dan hanya tunggu pesakit datang ke klinik sahaja ketika itu
  • Dr. Jue menghadapi kekangan masa untuk uruskan perniagaan dengan betul kerana hanya beliau sahaja doktor yang bertugas di klinik pada ketika itu


Disebabkan cabaran yang dihadapi Dr Jue pada ketika itu sangat besar sehingga menyebabkan pencapaian jualan yang diterimanya tidak memberangsangkan dan sasaran yang ditetapkan tidak tercapai.

Cabaran bukan penghalang untuk mencari ilmu kembangkan perniagaan


Dr Jue sedar bahawa perniagaan klinik yang dijalankan tidak berkembang dan tersangkut pada tahap itu sahaja. Keadaan ini berpunca kerana beliau
  • Tidak mengetahui cara pemasaran yang berkesan
  • Tidak mempunyai ilmu tentang perniagaan
  • Tidak mempunyai sistem untuk melancarkan operasi perniagaannya
  • Tidak tahu untuk merancang strategi perniagaan.

Tetapi, cabaran yang dihadapi oleh Dr Jue sama sekali tidak mematahkan semangat beliau untuk kembangkan perniagaannya. Ini kerana pada tahun 2018, Dr Jue mula mencari ilmu dan bimbingan daripada mentor untuk kembangkan perniagaan. Dr Jue nekad untuk menjadi anak murid Dr Azizan dan hadir ke beberapa program seperti;

  • Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) 2018
  • Millionaire Marketing Mastery (MMM) 2018
  • kemudiannya mendaftar untuk sertai Richworks Titanium pada Mac 2018
Kagum sangat dengan semangat Dr Jue yang ingin belajar dan mendapatkan bimbingan daripada mentor demi kemajuan perniagaannya.

Program Titan Summit 2021 membongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni

Hasil jualan perniagaan Dr Jue semakin meningkat dan menunjukkan perubahan yang positif selepas beliau menghadiri Inner Circle Meeting (ICM) pertama di Pulau Pinang. Sebagai anak murid Dr Azizan, Dr Jue dibimbing dengan pelbagai teknik dan ilmu yang bertepatan dengan keperluan perniagaannya. Antaranya adalah Dr Jue perlu perbetulkan semula pengurusan dan soal pematuhan dalam perniagaan beliau.

Live Facebook cecah 230K tontonan dan jualan mencecah 7 angka

Untuk makluman anda, didalam kelas Titan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman (DWDAO) sangat menekankan tentang Live di Facebook (FB). Berkat tunjuk ajar DWDAO dan dengan ilmu yang diperolehnya semasa di Titan, Dr Jue pernah memperoleh tontonan tertinggi ketika membuat satu video Live di FB iaitu sebanyak 230K dan sesi live pertama yang dibuat oleh Dr Jue adalah selepas mengikuti program MMM yang kini dikenali sebagai Marketing Mentoring. Berusaha untuk mendapatkan ilmu perniagaan dan menjadi anak murid Dr Azizan telah membuatkan jualan Dr Jue berjaya mencecah 7 angka.

Program Titan Summit 2021 membongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni


Bina platform coaching online, keluarkan produk makanan tambahan dan D'Jue Wellness

Setelah beliau mempraktikkan ilmu dan teknik Live yang dipelajarinya, pada tahun 2019 Dr Jue semakin dikenali ramai. Pesakit mula datang untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Dr Jue. Dr Jue juga berjaya membina platform coaching online bagi pesakit kritikal khususnya pesakit kencing manis dan individu yang hendak melakukan diet. Selain itu, Dr Jue mula untuk mengeluarkan produk dan makanan tambahan untuk diet dan pesakit diabetes.

Pada tahun 2019 juga Dr Jue Berjaya mewujudkan satu lagi bisnes unit iaitu D Jue Wellness. Dr Jue juga mula anjurkan seminar kecil-kecilan untuk mereka yang ada pesakit kritikal. Kejayaan yang paling manis pada tahun ini apabila Dr Jue telah mempunyai 13 orang staf dan perniagaannya semakin berkembang.

Program Titan Summit 2021 membongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni

Walaupun pada tahun ini pencapaian jualan Dr Jue semakin meningkat berbanding tahun 2018, namun Dr Jue tetap tidak terlepas daripada isu dan cabaran. Antaranya;

  • Cabaran untuk membina dan memimpin team yang baik kerana Dr Jue masih lagi menguruskan banyak kerja dalam syarikatnya.
  • Dr Jue mempunyai isu pengurusan kewangan yang tidak teratur
  • Dr Jue juga mempunyai isu dengan cukai dan pematuhan

Online Mall D'Jue Wellness mendapat sambutan

Usaha Dr Jue membuahkan hasil apabila pencapaian jualan pada tahun 2020 semakin meningkat berbanding tahun 2019. Pada tahun 2020, Dr Jue mula menguasai Online dengan mewujudkan online mall atau laman web untuk menjual produk dan makanan tambahan keluarannya. Dr Jue juga mula menambah produk dan makanan tambahan untuk dijual dalam laman web beliau. Online Mall Dr Jue mendapat sambutan apabila jualan dan bimbingan berkaitan produknya mula meningkat malah melebihi jualan di kliniknya.

Program Titan Summit 2021 bongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni


Program Titan Summit 2021 membongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni

Dr Jue juga sangat agresif untuk mengadakan seminar dan beliau pernah buat seminar terbesar pada Februari 2020. Selain itu, video Live FB Dr Jue pada tahun 2020 sudah mencapai tontonan tertinggi iaitu mencecah 900,000 tontonan. Walaupun begitu, Dr Jue masih perlu kuasai online dengan lebih lagi kerana waktu itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah bermula. Dr Jue juga mempunyai cabaran untuk membina leader yang kuat untuk mengurus setiap bisnes unit yang ada supaya dapat memudahkan tugasnya.

Memiliki barisan leader yang kuat

Walaupun tahun 2021 negara kita masih berada dalam keadaan PKP akibat wabak covid-19 sehingga ramai usahawan yang terkesan malah ada yang terpaksa gulung tikar, tetapi Dr Jue pula disebaliknya. Pada tahun ini, Dr Jue mempunyai banyak masa dan memiliki barisan leader yang kuat untuk menguruskan perniagaan di unit masing-masing. Ini membuktikan keadaan persekitaran tidak menjejaskan perniagaan Dr Jue selepas beliau nekad menimba ilmu perniagaan bahkan perniagaannya tetap berada dalam keadaan yang baik

 

Program Titan Summit 2021 bongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni

Dr Jue merancang untuk menguatkan branding untuk menguasai pasaran dan online coaching termasuk produk keluarannya. Ini kerana Dr Jue kini tidak banyak menghabiskan masa di klinik tetapi lebih fokus kepada online coaching dan konsultansi untuk pesakit. Dr Jue juga mula membina laman web yang merangkumi

  • Pembelajaran online
  • Penjualan produk dan
  • Sebagai tempat rujukan untuk mereka yang mempunyai penyakit kritikal.

Cabaran yang dihadapi oleh Dr Jue ketika memulakan perniagaan telah membuatkan beliau nekad untuk menimba ilmu dan bangkit bersama Richworks. Usaha dan tindakan Dr Jue menyertai kelas Richworks dan menjadi anak murid Dr Azizan pada tahun 2018 telah membuahkan hasil yang sangat luar biasa. Pilihan yang dibuat oleh Dr Jue untuk menyertai Titans telah mengubah perjalanan perniagaannya daripada zero to million.

Program Titan Summit 2021 membongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni

Kisah kejayaan Dr Jue ini telah menyuntik semangat Atul untuk terus menimba ilmu perniagaan dan mencari mentor untuk membimbing kearah yang betul. Kini Dr Jue juga tersenarai dalam 100 usahawan jutawan. Mereka adalah sebahagian daripada anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia. 

Kempen Titan Summit 2021 menghimpunkan 100 orang Usahawan

Apa pun perniagaan yang anda buat ketika ini, anda juga boleh menjadi usahawan berjaya seperti Dr Jue. Kini anda berpeluang untuk mengikuti Program Titan Summit 2021 yang dibuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September nanti.

Program Titan Summit 2021 bongkar rahsia kejayaan 100 orang usahawan

Program Titan Summit 2021 ini akan menampilkan 100 usahawan jutawan yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk berkongsi rahsia yang membuatkan mereka berubah dan capai kejayaan hingga hari ini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, himpunan jutawan secara virtual ini bagi memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini.

Selain itu, para peserta juga akan dapat mengetahui peluang-peluang perniagaan yang bakal disediakan usahawan jutawan ini dengan modal yang rendah malah ada yang percuma, kata Radz Mohd.

300 usahawan jutawan berkampung di Inner Circle Meeting RichWorks

Pada 13 -16 September yang lalu,  seramai 300 lebih usahawan jutawan 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Program tersebut khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium. Usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara.

"Usahawan jutawan di RichWorks ini merupakan 'market leaders' yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina bisnes ke tahap lebih tinggi lagi.

"Mereka ini merupakan sebahagian besar daripada 700 usahawan dibimbing RichWorks yang berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM900 juta tahun sebelumnya," jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah perniagaan terus berkembang serta kehadapan berbanding pesaing lain.

Tambah beliau, usahawan jutawan itu bukan saja dibimbing, malah mereka juga dapat membina rangkaian perniagaan antara satu sama lain.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata “Saya berkongsikan ilmu, strategi dan dapatan berdasarkan ilmu dan kajian terbaru serta pengalaman bagi meningkatkan sesebuah perniagaan bagi 2022.

 

Kempen Titan Summit 2021 menghimpunkan 100 orang Usahawan

"Mereka bukan hanya diajar soal teori tetapi praktikal bagaimana usahawan jutawan ini boleh 'menang' dan terus menyaksikan peningkatan bagi bisnes pada peringkat ‘growing’ dan ‘expansion’," jelasnya

“Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka Oktober dan November ini, aktiviti akan lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif. Jangan cepat selesa, dengan landskap perniagaan masa ini juga membuatkan persaingan lebih sengit dan anda kena bergerak dengan pantas supaya tidak ketinggalan berbanding pesaing lain,” ujar Datuk Wira Dr. Azizan Osman lagi.

Harga tiket program khas Titan Summit -10X PERCUMA


Dapada 300 usahawan jutawan di 
ICM RichWorks, 100 usahawan jutawan akan RichWorks tampilkan dalam program khas, Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya yang terbuka kepada orang ramai khususnya pengasas dan pemilik bisnes secara percuma pada 24 - 26 September ini.

Program Titan Summit 2021 bongkar rahsia kejayaan 100 usahawan ini akan diadakan secara virtual selama 3 hari. Program ini akan membongkar rahsia bagaimana 100 usahawan jutawan berjaya harungi cabaran, jatuh bangun, strategi dan tindakan mereka berbisnes ketika musim pandemik

Jadi, inilah peluang keemasan yang perlu anda rebut terutamanya jika anda bergelar sebagai seorang usahawan, peniaga kecil, sederhana atau bakal usahawan. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui rahsia, teknik dan strategi usahawan-usahawan yang telah berjaya mengharungi cabaran bisnes pada masa ini

Program Titan Summit 2021 bongkar rahsia kejayaan 100 usahawan - Dr Siti Juariah binti Kusni

Jom rebut peluang untuk dapatkan slot 100% Percuma ini. Bagaimana untuk mendaftar?

Kempen Titan Summit 2021 menghimpunkan 100 orang Usahawan



Untuk mendaftar, sila layari: 
 www.richworks.com/titansummit 


Maklumat lanjut penganjur adalah seperti di bawah:
 

Richworks International Sdn Bhd
RichQ, No.77 Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13,
Tadisma Business Park,
40100 Shah Alam, Selangor 

Tel: 1-300-88-2424


Email | Website | Telegram | Facebook


Post a Comment

11Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Tahniah Dr Jue.
    Usahawan yang bergiat aktif perlu rebut peluang menggali ilmu yang disediakan ini

    ReplyDelete
  2. Suka dgr citer Dr jue ni drp xtau live sampai tiap hari live

    ReplyDelete
  3. terbaik la geng Titan RichWorks nii

    ReplyDelete
  4. Inspired betul bila baca kisah kejayaan Dr Jue ni. Macam-macam dia buat dan akhirnya usaha beliau berbaloi dengan jualan mencecah 7 angka

    ReplyDelete
  5. Hebat kisah Dr Jue ni.. boleh jadi inspirasi pada orang lain juga.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Dr Jue diatas kejayaan yang dikecapi... moga owner bisnes yang lain boleh contohi beliau mengikuti Titan summit yang banyak membantu kembangkan skil dan tip bisnes.

    ReplyDelete
  7. Lain macam… ingatkan dah bukak klinik.. bukak jela kan.. rupanya klu fail bab ilmu niaga pun xleh jalan yea.. siap boleh kembangkan lagi…

    ReplyDelete
  8. Tahniah Doktor.... Kejayaan tak datang bergolek kan... Mesti perlukan pengorbanan...

    ReplyDelete
  9. Paduuu🔥doctor pon boleh buat😍hebat²..menarik penceritaannye..

    ReplyDelete
  10. Saya suka dengar Dr Siti bercakap. penuh informasi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !