Salam Israk Mikraj 2022 (1443H)

Atul Hamid
0

Salam Israk Mikraj 2022 (1443H) | Apabila masuk bulan Rejab, secara automatik fikiran kita pasti terus mengingati peristiwa agung yang sangat istimewa dalam sirah Nabi Muhammad SAW. Peristiwa tersebut adalah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk Mikraj merupakan satu mukjizat besar Allah SWT anugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW.


Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.

 

Tiada yang mustahil bagi Allah SWT untuk menjadikan sesuatu yang dikehendakiNya. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hampir sebulan dapat diselesaikan tidak sampai satu malam. Inilah yang membuktikan kekuasaan Allah SWT dan ia juga merupakan mukjizat yang tidak dapat dijelaskan dengan ilmu Sains.


Salam Israk Mikraj 2022 (1443H)


 

Salam Israk Mikraj 2022 (1443H)


“ Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”. Firman Allah SWT dalam Surah al Israk : ayat 1.

 

Perjalanan Rasulullah dari Mekah (Masjid Al Haram) ke Masjid Al Aqsa (Palestin) dibawa oleh malaikat Jibril menaiki buraq. Bukan itu sahaja, malah Baginda Rasulullah SAW diangkat sehingga ke Sidratul Muntaha melepasi langit ke tujuh untuk bertemu Allah SWT.


Salam Israk Mikraj 2022 (1443H)
Gambar: JAKIM


Ia merupakan hadiah kepada Rasulullah SAW kerana pada tahun tersebut merupakan tahun kesedihan (Am Al Huzni) buat baginda. Ini kerana sebelum peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW telah menerima pelbagai ujian yang berat. Ujian yang diterima Baginda adalah tentangan yang hebat ketika Baginda melakukan dakwah . Selain itu, dalam tahun ini juga Baginda kehilangan 2 insan kesayangan Baginda iaitu isteri Baginda Rasulullah SAW; Siti Khadijah dan bapa saudara Baginda iaitu Abu Talib.

 

Antara yang istimewa dalam peristiwa Israk Mikraj ini, Baginda menerima perintah yang amat penting dan pada ketika ini, baginda di jemput oleh Allah SWT untuk menerima perintah mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

 

Pada awalnya, Baginda menerima perintah 50 waktu solat, namun Rasulullah SAW memohon agar dikurangkan sehinggalah menjadi lima waktu sehari semalam. Justeru Baginda amat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak mengambil ringan dan tidak meninggalkan solat.


Itulah antara serba ringkas kisah berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj. Allahuakhbar, besarnya kuasa Allah SWT. Sangat menakjubkan


Kesimpulannya disini, dari peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya terlalu banyak hikmah yang boleh kita pelajari antaranya seperti;

  • Peristiwa ini mengajar kita supaya sentiasa membersihkan hati dan jiwa dalam perjalanan menuju bertemu Allah SWT.

  • Sentiasa tenang, kuat semangat dan tabah dalam menyampaikan dakwah

  • Sentiasa memiliki jiwa yang suci dan bersih ketika membawa hati lebih dekat kepada Allah.

  • Tidak sombong, sentiasa memohon kepada Allah tanpa rasa putus asa. Seperti mana kita melihat Rasulullah SAW memohon keringanan waktu solat dari 50 ke 5 waktu sehari semalam. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

  • Kita dapat melihat kekuasaan Allah SWT yang tidak terbatas dalam peristiwa Israk Mikraj. Jadi kita sebagai manusia bukanlah sesiapa di dunia ini. Malah kita wajib berasa sangat kerdil dan mematuhi semua perintah Allah SWT. Berbaliklah sentiasa kepada Allah ketika kita menerima ujian, kesedihan mahupun kesenangan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang bersabar dan sentiasa mengingatiNya

 

“Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.” Surah al baqarah: ayat 153


Assalamualaikum, 

Salam Israk & Mikraj 1443H

 

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !