Senarai blogger Malaysia aktif 2022 | Hai semua, terima kasih kerana selalu menjadi pembaca setia blog Atul. Jika sebelum ni Atul ada senaraikan 26 mommy bloggerpaling best tahun 2021, untuk entri kali ini Atul kongsikan dengan korang semua senarai rakan blogger aktif yang jadi pilihan Atul untuk tahun 2022 ini.
Senarai blogger Malaysia aktif untuk tahun 2022
1. Sis Hawa | Blog Lifestyle
Penuh Informasi
Blog ini berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu
yang juga merupakan seorang penulis dan surirumah sepenuh masa.
Siti Awadah lebih dikenali sebagai Sis Hawa.
Seorang ibu kepada 6 orang anak , 5 lelaki dan yang bongsu perempuan. Ramai
baca blog ini untuk tahu informasi berkaitan seorang isteri, ibu dan blogger
sepenuh masa.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- hubungan cinta dan perkahwinan
- himpunan doa amalan harian
- resipi
- tips parenting
- info ibu hamil, bersalin dan penyusuan
- tips kediaman
- panduan berblog dan Adsense
- informasi semasa dan banyak lagi.
Sis Hawa juga merupakan founder untuk team Blogggers Malaysia Biters
2. Zaza Azman | Lifestyle Blogger
Dikenali sebagai Mama Monsta. Lebih selesa untuk menulis Blog berbahasa inggeris. Mempunya sepasang anak dan surirumah sepenuh masa.
Blog versatil untuk berkongsi mengenai makanan dan
tempat2 makan menarik. Review barang2 kecantikan dan kesihatan. Suka kongsi
mengenai hal perkembangan anak2, general knowledge dan tips2 kehidupan. Blog
niche lifestyle, parenting, beauty and food.
3. Netty Ah Hiyer | Dari Wartawan Majalah
menjadi Penulis Blog Travelog Wartawan
Sebelumnya menulis untuk majalah Mingguan Wanita,
dan masih (buat masa ini) menulis untuk portal online Mingguan Wanita.
Bekerja di rumah, dalam masa sama menguruskan famili
dan tiga orang anak.
Ini adalah blog personal yang berkongsi apa saja info. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, atau pun orang lain yang boleh menjadi tip dan panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian.
4. Bondezaidalifah
Blog ini berkisarkan kehidupandan gaya hidup seorang wanita yang mempunyai kerja tetap, mempunyai minat yang sangat mendalam sebagai penulis di blog. Bonde merupakan seorang penulis separuh masa.
3 in 1 family : Keluarga kecil Bonde di hiasi
dengan Suami dan Seorang Puteri yang menjadi tulang belakang, sumber inspirasi
dan idea penulisannya. Blog Bonde berkaitan informasi Lifestyle, Parenting,
Resepi, Tips, Info Semasa, Novel, Drama, Travel.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- himpunan doa
- tips kesihatan
- review produk
- informasi semasa dan banyak lagi.
Selain berblog Bonde juga aktif di media social
facebook, Instagram dan Tiktoks
5. Rinazul | Lifestyle Entrepreneur Blog
Blog ini berkisar tentang gaya hidup dan perjalanan seorang wanita yang komited mencapai impian sebagai seorang usahawan berjaya dunia akhirat. Blog ini juga berkongsi tips pemakanan, kesihatan, barangan rumah dan kerjaya dalam perniagaan.
Sis
Rinazul nekad berhenti kerja dari bidang perbankan pada usia 25 tahun dan
cetusan Blog ini adalah sebagai inspirasi, motivasi dan tips buat semua untuk
mencapai kejayaan yang diidamkan.
Ramai
baca blog ini untuk dapatkan info berkaitan umum, pemakanan, barangan rumah dan
tips usahawan.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- Ilmu Agama
- Makanan Sunnah
- Tips Pemakanan
- Tips Kesihatan
- Tips Bisnes
- Barangan Rumah
Boleh
lihat juga di pengenalan tentang Sis Rina
6. Azlinda Alin | Bicara Mummy
Azlinda Alin atau nama panggilannya Linda. Seorang
ibu muda, anak 3
Full Time Blogger dan Full Time Entrepreneur
Bergiat dalam bidang blogging kerana minat
berkongsi dan rujukan sendiri di masa akan datang. Antara kisah yang sering di
tulis adalah berbentuk peribadi, lifestyle, parenting, travel dan food.
Selain blogging, Linda juga aktif di media sosial
yang lain seperti di Facebook, Instagram dan Tiktok
7. Shalimar | Lifesytle Blogger
Bekerja sepenuh masa, mempunyai sepasang cahaya
mata.
Blog ini blog personal yang berkongsi pelbagai
perkongsian. Kebanyakan tentang kehidupan, resepi, keluarga dan review
barangan. Ada juga perkongsian tentang pengalaman bersama penagih dadah &
berkaitan pencegahan dadah.
8. Bebelan Cik Min | Travel, Food, Beauty &
Lifestyle
Blog mengenai Travel dan percutian, berkongsi tentang kecantikan serta Food Review juga blog penuh informasi
9. Zati Salim | Lifestyle Blogger
Blog mengenai pelbagai perkongsian seperti resepi, parenting, drama, review, petua. Dan juga memberikan info kepada para pembaca.
10. Mamy Syu | Lifestyle Parenting
Mommy Blogger Malaysia - perkongsian pengalaman jaga anak dengan cara mudah,tip susu badan,review menarik,resepi sedap,lifestyle suami isteri dan vaksin
11. Hafiza Aizzawa | Beauty and Lifestyle Blogger
Seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis blog dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa. Mempunyai sepasang cahaya mata.
Penulisan blog yang dikongsikan berdasarkan
pengalaman sendiri, sama ada pergi bercuti, staycation, cerita anak-anak,
resipi masakan, review makanan dan banyak juga story menghadiri event.
Oleh kerana banyak menerima tawaran review di IG,
kesempatan tersebut ditulis di blognya. Review paling banyak diketengahkan
adalah mengenai produk kecantikan dan percutian bersama keluarga. Juga
merupakan media influencer yang aktif di FB, IG dan Tiktok. Nak baca macam-macam, review terjah je fizaizawa.com
12. Ana Suhana l
Lifrstyle Mommy Blogger
Full time mommy blogger since 2017. Niche blog ni pada awalnya tentang travel & food sebab puan blog suka share pengalaman percutian2 beliau dalam Malaysia. Baik sama ada review tentang tempat penginapan (kebanyakkan adalah hotel) dan juga tempat-tempat makan tempatan yang pernah diterjah. Artikel resipi pun ada dikongsi.
Kemudian niche bertambah kepada lifestyle blog sharing
sebab dah ada topic on beauty & health, parenting and Islamic sharing
knowledge. Semua dengan niat untuk share info dan ilmu yang diharapkan
bermanfaat pada pembaca.
13. Abam Kie
Blog ini milik seorang guru dari Kelantan yang berkongsi pengalaman menarik di dalam kehidupannya. Dia juga menulis tentang panduan, tips dan nasihat bagi pengurusan kewangan, gaya hidup, kekeluargaan dan Islam. Maklumat semasa yang diberikan sangat berguna untuk dibaca semasa lapang.
14. Raydah Alhabsyi
Her Life Her Style. She’s a Content Creator, Mental Health Advocate and a Sports Science graduate from Uitm who blogs about lifestyle and casually updates about food.
15. Mamapipie
Seorang working mom blogger yang pada mulanya ingin menyimpan kenangan anak membesar di blog. Akhirnya berasa seronok dan menjadi satu hobi. Suka bercerita tentang travel, makanan, parenting, family, islamik, lifestyle dan macam-macam lagi.
16. Cikza Mohmad
Blog seorang pejuang SLE dan Garis Dua
Berkongsi tentang perjalanan kisah seorang pejuang
SLE almost hampir 13 tahun dan juga hampir 5 tahun tidak pernah putus asa untuk
dapatkan garis dua selepas pengalaman kandungan luar Rahim 4 tahun lepas.
Cikza.com cetusan idea untuk berkongsi tips bermanfaat buat semua,
tempat-tempat makan menarik dan lain-lain
17. Atul Hamid | Mommy blogger suka berbines
Blog atulhamiddotcom kepunyaan Atul Hamid. Atul merupakan seorang isteri
dan ibu kepada sepasang cahaya mata.
Pernah bekerja sebagai librarian di sebuah perpustakaan
universiti, tetapi kini memilih sebagai suri rumah sepenuh masa yang mempunyai
kerjaya.
Atul kini merupakan seorang business leader yang
mempunyai jualan mencecah 5 angka setiap bulan. Atul hanya melakukan bisnes
online dari rumah sahaja, iaitu bisnes Shaklee.
Atul juga aktif berblog sepenuh masa. Blog atulhamid.com berkongsi tentang gaya hidup, makanan tambahan, kesihatan, keluarga, wanita, dan kerjaya sebagai suri rumah yang berbisnes serta berkongsi info-info menarik yang berguna kepada anda semua
Ikhlas.
blogger Atul Hamid
salam kenal.. singgah dan follow sini :)
ReplyDeletesemua blogger ni memang kita follow.he3
ReplyDeleteSinggah sini! Memang semua blogger ni dikenali
ReplyDelete