10 resipi telur mudah, sedap dan menyelerakan | Telur merupakan antara makanan asas yang wajib ada dirumah. Korang suka makan telur tak? Teringat Atul masa kecik-kecik dulu boleh dikatakan tiap-tiap hari mesti makan telur haha.
Rupa-rupanya bagus
sebenarnya makan telur ni, cuma bersederhanalah, jangan terlampau obses sangat,
sampai merajuk kalau takde telur sehari. Boleh jadi muka telur nanti. Macam kartun
Yokies tu, dari mak bapak sampai anak-anak muka telur haha
Khasiat Telur
Sebenarnya amalkan
makan telur bagus untuk badan kerana ia mengandungi protein dan vitamin (A, B1,
B3, B6, B9, B12, D, E). Selain tu khasiat telur ni pun banyak antaranya;
- Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
- Bantu menambah kolesterol baik
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Membantu membekalkan tenaga pada badan
- Bantu kulit dan rambut lebih sihat
- Bagus untuk perlindungan saraf dalam otak
- Kaya dengan asid amino
- Bantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan
- Bantu memelihara kesihatan mata
- Membantu tulang dan gigi yang lebih baik
- Bantu jaga berat badan kerana telur kaya protein dan boleh mengenyangkan
Wow menarik betul
khasiat telur rupanya.
Okaylah, Atul taknak menghurai lebih panjang tentang telur tapi disini Atul nak kongsikan pada korang resipi - resipi telur yang menarik
10 resipi telur mudah, sedap, dan sangat menyelerakan
1. Resipi Telur Bumbu Kuning Pedas (Indonesia)
Bahan-Bahan:
Telur 8 biji (direbus dan dibuang kulit)
Serai 1 batang (dikatok)
Lengkuas 3 cm dihiris
Tomato (dibelah)
2 helai Daun limau purut (dihiris)
1 helai Daun kunyit (dihiris)
Santan fresh 700ml
Serbuk perasa
Garam
1-1½ cawan minyak
** Bawang besar 1-2 biji
** Bawang putih 4 ulas
** Halia 3cm
** Kunyit hidup 3cm
** Cili hijau 3 batang
** Cili padi hijau 10 batang
** Cili kering 7-10batang
Pesanan Iklas
Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili
kering yang telah direbus tadi.
Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda **
Cara memasak:
1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . (Pastikan minyak betul2 panas) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .
2. Gunakan minyak yang sama , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
3. Masukkan santan (API perlahan) dan Gaulkan dan masak sehingga sedikit kering
4. Kemudian, masukkan serai, lengkuas, cili padi hijau, tomato, daun limau purut dan daun kunyit.
Kemudian Gaulkan sehingga kering dan pecah minyak
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaulkan rata
6. Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika
7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit: Nurul Ateekah
2. Resipi Telur Bungkus
Bahan-bahan:
2 keping isi ayam dipotong kecil
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
Secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak.
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata.
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu.
6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
9. Letakkan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut.
10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah diterbalikkan ke dalam
pinggan.
Sumber: https://jajazack.blogspot.com/
3. Resipi Kari Telur Sedap
Ditulis oleh : Yong Salmi
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 45 minit
Jumlah Hidangan: 4 orang
Bahan-bahan:
Telur 4-6 biji (yang telah direbus)
Ubi kentang - 2 biji (dibelah 4 atau 6)
Serbuk kari daging - 4-5 sudu besar
(Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sehingga agak cair)
Santan - lebih kurang 1/2 - 1 cawan
Halba campur - lebih kurang separuh sudu kecil
Daun kari - 1 batang
Bahan-bahan untuk ditumbuk/dihiris :
Bawang kecil - 2 biji
Bawang putih - 2-3 ulas
Halia lebih kurang 2cm
Cara Penyediaan:
1. Panaskan kuali dengan lebih kurang secawan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Kemudian masukkan kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Ubi kentang boleh dimasukkan sekali untuk cepatkan ubi empuk dan lembut.
4. Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah masukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan boleh ditambah sedikit serbuk perasa.
6. Setelah mendidih bolehlah masukkan telur dan siap.
Tips:
Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan rendamkan telur yang
baru mendidih di dalam sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.
Sumber: Iresepi.com
4. Resipi Telur Hong Kong
Bahan-bahan:
6 biji Telur ayam
4 biji telur padi @ century egg
4 biji telur masin
4-5 tangkai daun sup (dipotong kecil)
4-5 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
1 biji cili merah besar (dicincang halus)
Cara-cara:
1. Rebus telur masin dan potong kecil.
2. Telur padi dipotong kecil.
3. Kacau telur ayam dan masukkan daun sup, daun bawang, dan cili merah besar.
4. Susun separuh daripada telur masin dan telur padi ke dalam acuan. Separuh lagi diletak ke dalam adunan telur ayam tadi.
5. Gaul rata adunan telur ayam. Jangan terlampau kasar, takut tekstur telur masin dan telur padi rosak.
6. Tuang adunan telur ayam ke dalam acuan yang telah disusun telur padi dan telur masin tadi.
Kemaskan adunan.
7. Kukuskan adunan tersebut lebih kurang 30-40 minit.
8. Siap dihidang.
Sumber: http://luarteko.blogspot.com/
5. Resipi rendang telur
Bahan-bahan
6 biji telur (direbus dan dibuang kulitnya)
2 sudu besar pes cili/cili kisar
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
*6 ulas bawang merah - hiris halus
*1 ulas bawang putih - hiris halus
*1 cm halia - hiris halus
2 batang serai - diketuk
3 cawan santan
1 keping asam gelugor
1 sudu besar kerisik
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Pesanan:
Tumbuk bahan-bahan bertanda*
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan bawang merah.
2. Apabila telah layu, masukkan halia.
3. Kemudian masukkan pes cili dan tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana.
4. Masukkan gula dan kacau lagi.
5. Kemudian masukkan santan, asam keping, serai dan serbuk ketumbar.
6. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala agar santan tidak berketul-ketul.
7. Apabila mendidih dan kuah agak pekat, masukkan telor rebus dan garam. Masak sebentar.
8. Akhir sekali masukkan kerisek, perlahankan api dan masak hingga kuah
pekat dan naik minyak lagi. Tutup api.
Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: https://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
6. Resipi telur dadar cendawan salmon
Bahan-bahan :
1 cawan isi ikan salmon - baki dari berbuka puasa
3 biji telur
6 cendawan tiram - saiz besar
5 kacang buncis
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Sedikit hirisan daun bawang
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit parutan keju cheedar dan parmesan - 1/2 cawan
Cara memasak:
- Racik halus bawang merah dan bawang putih , siat cendawan serta potong
nipis-nipis kacang buncis . Saya guna isi ikan salmon baki dari buka puasa ,
ikan salmon ni di grill . Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan garam serta
serbuk lada hitam secukup rasa bersama hirisan daun bawang .
- Panaskan butter atau minyak sayur secukupnya dalam frying pan . Masukkan
semua bawang dan goreng sampai wangi dan layu kemudian masukkan isi ikan salmon
bersama cendawan dan kacang buncis kacaus ampai sayur masak . Masukkan semua
telur dadar dan tutup frying pan , guna kan api dapur saiz kecil atau sederhana
. Bila dah nak masak boleh ditabur keju parmesan dan cheedar , tutup semula
frying pan . Buka tutup tudung dan terbalik kan telur dadar ni supaya sebelah
lagi telur dadar masak .
Bila dah masak boleh la ditutup apid apur dan dihidangkan.
Sumber: resepinannie.blogspot.com
7. Resipi telur masak sos
6 biji telur(goreng )
**Cili kering 2 sudu besar
**bawang kecik 3 ulas
**Bawang putih 2 ulas
**Sedikit belacan
Blend semua bertanda **
Sedikit air asam
Sedikit sos cili
Sedikit kicap manis
Sedikit halia hiris nipis untuk tumis
Pati ayam seketul
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit daun kari
Sedikit daun bawang
Cili padi 6 biji
Cili merah1 biji
Sebiji bawang besar untuk hiasan
Cara-cara:
Tumiskan halia dengan bahan² yang di blend tadi sampai pecah minyak...
kemudian kemudian masukkan air asam jawa , cili sos , kicap manis , pati ayam
,,gula dengan garam ,masak sampai kuah pekat... kemudian masukkan telur ,bawang
besar, daun kari ,daun bawang ,cili padi dengan cili merah
Tutup api dah siap. Boleh dihidangkan
Credit :Siti Fatimah
8. Resipi Spanish Omelette
Bahan-bahan
2 biji telur 2-3 sudu besar
susu segar
3 keping smoked turkey ham - dipotong kecil sedikit
lada benggala hijau (capsikum) - didadu sedikit parsly
-dicincang sedikit
chili flakes - kalau ganti dengan cili padi lagi sedap
sedikit butter
Cara memasak:
1. Pecahkan telur dan pukul sedikit bersama dengan susu segar.
2. Panaskan non stick pan dan masukkan butter (dalam 1 sudu besar).
Bila dah cair tuang bancuhan telur tadi, tunggu sehingga telur separuh masak.
3. Kemudian tabur bahan-bahan lain. Biarkan sehingga telur masak sepenuhnya.
4. Lipat dan angkat.
Taburkan sedikit parsly. Siap.
Bagus ini Atul.. bagi idea ke kak net nak masak apa tuk bersahur nanti. Sedang eloklah memang ada telur kat rumah ni.. hahaha
ReplyDeleteSedap betul nampak telur macam2 warna tu
ReplyDeleteRendang telur tu nak cuba buat lah
Bab telur, mmg best. Kak pip suka telur dadar mayones, Korean egg yg tambah cheese tu, dan menarik juga resepi telur Hong Kong tu, x pernah cuba lagi. Tq share resepi tau.
ReplyDeleteSedapnya semua resepi telur. Memang favourite saya telur. kalau hari-hari makan telur pun okey. hehe
ReplyDeleteHehe mmg byk resipi boleh buat dengan telur kan..sahur pun leh rotate resipi ni hehe
ReplyDeleteSemua resepi diatas memang selalu buat, ringkas, mudah dan Nampak sangat sedap menaikkan selera
ReplyDeletefeveret mama makan telur especially sambal telur hancur dan telur bungkus
ReplyDeleteSedap-sedap belaka..
ReplyDeletetelur pun boleh buat sampai 10 resepi. best best!
ReplyDelete