Resipi kuah kacang | Siapa suka sate atau nasi impit? Salah satu makanan kegemaran ramai ni. Sudah semestinya bila makan sate atau nasi impit, wajib ada kuah kacang, kan? Kalau dulu nak dapatkan menu yang ada kuah kacang ni, kena tunggu hari raya. Tapi zaman sekarang ni, tak payah tunggu raya. Nak dapatkan sekarang pun boleh. Pesan je dekat penghantar makanan seperti "Food Panda" "Grab Food" atau seangkatan dengannya. Terus sampai ke rumah.
Tapi kalau dapat masak sendiri, lagi seronok. Lagi puas makan dibuatnya. Boleh berulang kali makannya. Kalau sedap masaknya bolehla bagi jiran sedikit hehe.
Jadi, disini Atul nak kongsikan resepi kuah kacang sedap yang wajib awak cuba buat dirumah. Berikut adalah bahan - bahan dan cara untuk membuat Kuah Kacang sendiri.
Bahan-bahan
1 kilo kacang tanah disangai dan di kisar kasar bersama ± 3cawan air ( lebih pun takpe) ketepikan
Kemudian,
Bahan-bahan kisar :
20 tangkai cili kering (kalau taknak pedas, campurlah dengan cili kering besar (cili tomato) tu )
10 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 sudu besar jintan manis
6 sudu besar ketumbar
8 - 10 batang serai
Bahan-bahan perasa: (boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian tekak kita)
2 sudu teh Garam
3/4 cawan Gula
3/4 cawan Gula merah
Aji no moto / Maggi cukup rasa
Cara memasak:
- Panaskan 1½ cawan minyak
- Tumis bahan kisar , sehingga naik bau dan pecah minyak
- Masukkan bahan perasa , kacau sebati
- Masukkan kacang tanah kisar
- Kecilkan api
- Sentiasa kacau bg mengelakkn kacang hangus dan berketul
- Boleh tambah minyak masak jika kurang
- Masak sehingga minyak timbul pada permukaan
Pesanan : Jangan lokek gula
Notakaki: Untuk seimbangkan rasa masin dan manis, tunggu kacang tanah sudah diserap dengan perasa (ketika minyak sudah mula timbul pada permukaan kuali)
Setelah selesai, bolehla dihidangkan bersama-sama dengan sate atau nasi impit, dan bolehlah di makan bersama keluarga tersayang.
Baca juga: Daun kesum
Sumber resepi kuah kacang: Noridah Binti Bachok Abdullah
Sedapnya kuah kacang. Kelmarin dapat makan daging kuah kacang sempena majlis aqiqah anak buah.
ReplyDeletesedapnya..makan dengan lontong pun best selain cicah dengan satay
ReplyDeleteSedapnya. Tq share. Biasa makan kuah kacang ni time raya jelah hihi
ReplyDeleteNampak sedap kuah kacang yang Atul buat nih. Berbeza dgn kuah Kacang saya menggunakan gula melaka.
ReplyDeleteThanks share resipi. Nampak mcm senang ja buat, tapi kak pip pernah la jg buat, cumanya rasa tak berapa nak menjadi. Haish, tangan kak pip bab masak2 mmg selalu gagal , hehe.
ReplyDeleteOhh wow...thanks for sharing this recipe, I've learnt how to now. Yeah! Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteKak net suka kuah kacang ni. Tapi tak pernahnya buat. Tengok resepi atul share ni menarik pula nak dicuba.
ReplyDeleteBanyak kali dah tengok resepi... Tapi tak confident nak buat sendiri lagi .. 😅
ReplyDeleteTak pernah buat kuah kacang .... hahahaha ... ni dah de resepi akk diusahakan untuk buat .. time kasih
ReplyDelete