3 sebab kenapa Shaklee bisnes online terbaik di Malaysia

Atul Hamid
0

3 sebab kenapa Shaklee bisnes online terbaik di Malaysia | Ramai yang terkesan sejak PKP diperkenalkan ketika negara dilanda COVID-19. Pada waktu ini, ramai yang telah kehilangan sumber pendapatan, jadi mereka mengambil peluang untuk melibatkan diri dengan bisnes online. Malah bisnes online pada waktu ini dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pada ketika itu banyak bisnes online baru mula bertapak dan ada diantara mereka viral dengan terlalu cepat, tetapi banyak juga yang bertahan hanya separuh jalan. 


Walaupun kini negera telah bebas COVID-19, namun rakyat pula dibebani dengan kenaikan harga barang. Disebabkan ini, rakyat masih lagi memilih untuk menceburi bisnes online sebagai mencari duit tambahan untuk menampung perbelanjaan kehidupan. Pelbagai jenis bisnes online kini wujud negara kita.


Namun, bagi syarikat yang telah lama bertapak, umumnya seperti Shaklee, walaupun keadaan negara berkocak diserang wabak, ada bisnes online yang tutup walaupun baru bermula, ada yang tutup akibat kenaikan harga bahan mentah, Alhamdulillah, kami yang melakukan bisnes Shaklee, samada secara online ataupun offline, tetap bertahan hingga ke hari ni, syarikat Shaklee masih kukuh, dan penyertaan sebagai ahli Shaklee sentiasa ada setiap hari.


Shaklee bisnes online terbaik di Malaysia


Ini kerana Shaklee menyediakan peluang bisnes online terbaik di Malaysia kepada sesiapa yang menyertainya. Selain itu, Shaklee juga merupakan bisnes online yang paling laris hingga ke hari ni. Mana tidaknya, produk Shaklee sentiasa mendapat sambutan ramai, boleh dikatakan permintaan terhadap produk Shaklee telah melebihi dari penawaran. Jom Atul ulas 3 sebab kenapa Shaklee adalah bisnes online terbaik di Malaysia.


3 sebab kenapa Shaklee bisnes online terbaik di Malaysia.


1. Syarikat yang kukuh

Shaklee merupakan sebuah syarikat yang telah lama wujud, iaitu sejak tahun 1956 lagi. Namun begitu, pengasas Shaklee iaitu Dr. Forest C Shaklee telah mencipta vitamin pertama pada tahun 1915 yang diberi nama Vitalized Mineral yang mana kini di panggi Vita-lea Iron. Manakala di Malaysia pula, Shaklee telah wujud sejak tahun 1995. Sehingga ke hari ini, produk Shaklee masih terus mendapat permintaan dari ramai pengguna samada yang baru mahupun yang lama. Shaklee juga pernah dinobatkan sebagai Malaysian's Trusted brand for Vitamin and Health Supplements.


Bestkan kalau dapat sertai bisnes online yang kukuh dan dipercayai seperti Shaklee ni?


2. Ada team support yang aktif

Sekiranya awak memilih untuk melakukan bisnes online Shaklee, awak tidak akan gerak bersendirian. Tetapi awak akan bergerak bersama kumpulan. Maksudnya disini, apabila berada dalam kelompok Shaklee, terutamanya bila melakukan bisnes, secara automatik awak akan dimasukkan ke dalam group support dari WhatsApp, Facebook dan  mana-mana yang bersesuaian. Disini, awak boleh bertukar pendapat, bertanya soalan, berkongsi ilmu dan pelbagai lagi yang menarik. Di sini juga, awak akan rasa seronok bila berada bersama komuniti Shaklee.


Menarikkan?


3. Bisnes online yang sistematik


Sekiranya awak mendaftar diri sebagai ahli Shaklee secara automatik awak akan dapat nombor keahlian sebagai pengedar Shaklee yang sah. Dengan nombor keahlian ni, semua urusan berkaitan dengan Shaklee akan jadi lebih mudah dan sistematik. Antara yang boleh dilakukan setelah ada nombor keahlian Shaklee seperti:

1) login sistem Shaklee dengan mudah yang mana dalam sistem ini awak boleh lihat:

  • Produk apa yang available
  • Semak tracking nomhor untuk setiap pembelian secara onlinee
  • Segala info terkini tentang Shaklee
  • Senarai susur galur awak (downline dan upline)
  • Status setiap keahlian awak & downline m
  • Email Shaklee sekiranya perlu
  • Mencari ilmu produk, marketing dan bisnes di website Shaklee dan banyak lagi


2) Membeli produk Shaklee dengan menggunakan nombor keahlian untuk melayakkan awak dapat:

  • Belian dengan harga ahli
  • Potongan harga ketika promosi
  • Unit Volume (point) untuk melayakkan kiraan bonus) dan sebagainya
Belian boleh dilakukan secara online atau walk-in di cawangan Shaklee


Setiap nombor keahlian adalah untuk seorang sahaja dan uniknya untuk pasangan juga (ini bagi mereka yang berdaftar & telah berkahwin).


Menarikkan? Segala kerja yang dapat diuruskan dengan sistematik ni, membuatkan kerja kita lebih efisyen dan teratur.


Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa Shaklee boleh diijadikan sebagai pilihan bisnes online terbaik di Malaysia. Pihak Shaklee telah menyediakan platform terbaik buat semua ahli yang berdaftar dengan Shaklee. Perkara seperti ni, tidak semua company mampu melaksanakan seperti yang Shaklee lakukan.


So, untuk rasainya sendiri, jom daftar ahli hari ni dengan Atul dan sekaligus jadikan Shaklee sebagai bisnes online pilihan awak untuk mencari pendapatan tambahan. Walaupun awak sebagai seorang suri rumah, awak seorang pelajar, awak sedang bekerja, awak juga layak mendaftar. Asalkan cukup 18 tahun dan ke atas.


Akhir kata, jom sertai Shaklee hari ni juga! Jangan lepaskan peluang tau! 


Baca: jnt Johor


#atulhamid

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !