Kesibukan kerja menaikkan berat badan. Nah 6 cara kuruskan badan dengan cepat

Atul Hamid
4

Kesibukan kerja menaikkan berat badan. Nah 6 cara kuruskan badan dengan cepat | Kesibukan kerja menyebabkan berat badan naik mendadak. Mana tidaknya, bila sibuk mesti waktu makan jadi tidak menentu. Bila waktu makan tidak menentu, mulalah akan mengunyah bermacam jenis kudapan, seperti coklat, biskut atau apa-apa sahaja yang mudah dimakan sambil buat kerja. 


Selain tu, kesibukan juga menyebabkan kualiti tidur terjejas kerana tidak mendapat waktu tidur secukupnya. Bila tidur lambat, untuk tahan mata dari mengantuk, sudah pastinya air kopi panas, air coklat panas menjadi pilihan. Termasuk juga kudapan wajib ada untuk bantu mata cerah ketika siapkan kerja di malam hari.


Keadaan seperti inilah yang menyebabkan berat badan naik mendadak. Betul tak? Bila berat naik mendadak, pakaian pun berubah saiz. Semakin stress jadinya. Bila stress, rasa nak makan pun menjadi-jadi. Akhirnya berat semakin bertambah dengan jayanya. 


cara kuruskan badan dengan cepat

Jadi, sebelum terlambat, jom amalkan tips untuk turunkan berat ini. Nah Atul kongsikan enam cara kuruskan badan dengan cepat, confirm menjadi bila dipraktikkan.


Enam cara kuruskan badan dengan Cepat


1. Tukar diet harian anda


Untuk kuruskan badan, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan diet harian. Pemilihan diet makanan yang sesuai penting untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Berikut adalah jenis² diet harian yang boleh diamalkan


a) Pilih makanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serti tinggi serat 


TAHUKAH ANDA ?


Saranan keperluan SERAT (Fiber) adalah antara 20g hingga 30g sehari mengikut Garis Panduan Diet Malaysia (2010).


Berdasarkan laporan NHMS 2019, 94.9% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi.


Adakah anda sebahagian daripada 94.9% tersebut?


Untuk pengetahuan awak, makanan tinggi serat membuatkan awak rasa cepat kenyang dan rasa kenyang lebih lama seterusnya dapat elakkan pengambilan makanan yang berlebihan. Secara tak sengaja ia mampu bantu anda turunkan berat badan seperti yang diidamkan. 


Selain itu, diet kaya dengan serat ni bantu mempercepatkan pembuangan najis (melawaskan) dan dapat elakkan dari sembelit serta kurangkan risiko kanser usus. Ini bermaksud, diet tinggi serat bagus untuk kesihatan sistem pencernaan. 



b) Amalkan pengambilan diet suku-suku separuh (DSSS) 


Di media sosial, terbukti telah ramai individu yang berjaya kuruskan badan dengan mengamalkan konsep dsss ini


Dsss adalah salah satu amalan pemakanan seimbang dalam gaya hidup sihat. DSSS merupakan diet terbaik kerana melibatkan pengambilan karbohidrat, protein, lemak dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


Sukatan untuk dsss adalah;

  • Suku karbohidrat
  • Suku protein dan lemak
  • Separuh sayur-sayuran dan buah-buahan.


Walau apa pun jenis makanan yang awak ambil, sukatannya perlulah mengikut dsss. Ini bagus di amalkan untuk mengelakkan diri daripada makan secara berlebihan terutamanya karbohidrat.


Dengan cara ini, sekaligus awak boleh mengawal pengambilan kalori mengikut keperluan tubuh awak.



c) Pengambilan makanan berprotein tinggi


Tubuh manusia membakar lebih banyak kalori untuk menghadam protein berbanding lemak atau karbohidrat. Malah dalam kebanyakan diet, memang menyarankan untuk menambah protein dan mengurangkan karbohidrat.


Antara sumber protein yang baik antara lain adalah; daging lembu tanpa lemak, ikan, ayam, taufu, kekacang, telur dan produk susu rendah lemak.


Nak lagi mudah, awak boleh cuba amalkan Protein Shake Shaklee seperti Cinch Shake Shaklee, ESP & Life Shake. Protein Shake Shaklee diperbuat dari bahan semulajadi. Membantu menurunkan berat badan & memberi rasa kenyang yang lama.


d) Pilih kudapan berkhasiat


Bila cakap tentang kudapan ni, coklat, keropok, kek memang pilihan utama kebanyakan orang. Tapi semua tu berkalori tinggi. Kalau nak kuruskan badan memang tak sesuai diamalkan. Jadi, apa kata tukar kepada kudapan lebih berkhasiat seperti buah-buahan. Selain itu, boleh amalkan salad, yogurt asli, buah prun dan sebilangan kecil kekacang.


Awak boleh pilih buah-buahan yang sesuai untuk dijadikan kudapan seperti epal, jambu batu, anggur hijau dan banyak lagi. Untuk elakkan pembaziran (buah busuk) dan tidak habis boleh beli dalam kuantiti yang kecil.



e) Kurangkan makanan dan minuman manis. Hentikan lebih baik


Cara paling mudah untuk kuruskan badan dan mengurangkan berat badan adalah dengan meninggalkan makanan dan minuman manis. Ini kerana gula adalah penyumbang pembentukan lemak pada tubuh dan mempunyai kandungan kalori yang tinggi. 


Jika awak cuba hentikan pengambilan manis, nescaya dalam masa seminggu awak akan nampak perubahan pada angka penimbang. Cubalah, mesti awak teruja.



2. Dapatkan tidur yang secukupnya


Jika awak tidur lewat pada malam hari, sudah pasti makanan akan menjadi peneman setia awak. Maka, berat awak pun akan berpontesi akan bertambah. Selain itu, bila tak cukup tidur, metabolism awak pula akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak?


Tapi, jika awak mendapat tidur yang cukup setiap hari, ini bermakna awak akan tidur awal pada setiap malam. Bila tidur awal, potensi untuk makan banyak di malam hari tidak berlaku kerana awak sedang berehat dan kualiti tidur awak pun terjaga.


3. Minum air kosong secukupnya


Samada awak berdiet atau tidak, tahukah awak sebenarnya minum air kosong secukupnya sememangnya perlu.


Tapi bila awak sedang berusaha untuk kuruskan badan, pengambilan air kosong amatlah penting. Ini kerana dengan minum air, metabolisma badan awak akan meningkat. Air juga bantu melancarkan perkumuhan badan dan boleh mengurangkan selera makan. Jadi tidaklah anda cari jajan sahaja. 


Cukup tak minum air kosong hari ni? Sekurang-kurangnya 2 Liter sehari.


4. Jangan makan malam


Kalau nak kuruskan badan, elakkan makan pada waktu malam. Pastikan awak makan malam paling lewat jam 8 malam. Ini kerana jam 11 malam, adalah waktu tidur, jadi kita tak mahu perut bekerja ketika tidur. Itulah sebab kenapa sekurang-sekurangnya kita berhenti makan tiga jam sebelum masuk tidur.


Tetapi jika selepas jam 8 malam masih terasa lapar, awak boleh isi perut dengan makan buah-buahan hijau, salad, minum air teh O dan kopi O tanpa gula, air teh hijau atau boleh juga ambil protein Shake Shaklee.


Disiplin sangat penting kalau nak kurus. Kaedah ini mungkin hampir sama seperti diet IF, tetapi untuk kali ini, ianya lebih fleksibel. Anda masih dapat makan sarapan pagi esoknya berbanding IF.



5. Lakukan intermittent fasting (IF)


Pernah tak buat IF? Tak pasti apa itu IF? Klik link ni Kalau nak tahu secara detail apa itu intermittent Fasting. Sebenarnya bagus amalkan diet IF ni. Diet IF ni sangat efektif untuk turunkan berat dan semakin popular dikalangan mereka yang hendak kuruskan badan. 


Banyak hasil kajian sains telah menunjukkan keberkesanan diet IF ini. IF juga terbukti dapat mengurangkan tekanan darah tinggi menurut kajian oleh Malinowski et. al (2019).


Melalui diet IF awak boleh mengambil makanan secara normal tanpa sekatan. Hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja awak dilarang mengambil makanan, tetapi boleh minum air kosong, teh hijau, teh O dan Kopi O dengan syarat wajib mesti tanpa gula. Menarikkan? dahla puasa tapi boleh minum. Kalau nak lagi cepat kesannya, waktu yang boleh makan tu, hendaklah jaga portion makanan dan adalah lebih baik amalkan dsss supaya awak dapat kawal pengambilan kalori yang sepatutnya.  


Jika nak lagi berkesan, lakukan diet IF bersama dengan pengambilan set kurus  Shaklee. Di jamin, hasilnya lebih cepat & awak akan lebih enjoy ketika membuat diet IF.


Baca: Sayur masak lemak


6. Bersenaman


Awak tahukan, untuk kuruskan badan lebih cepat, senaman juga tidak boleh diabaikan. Sesibuk mana pun awak, senaman jangan tinggal. Ini kerana walaupun awak berdiet, jaga pengambilan pemakanan, tetapi untuk pastikan tubuh badan sentiasa cergas, bertenaga, tidak lesu dan lebih fit, hendaklah melakukan senaman.


Istilah sibuk tidak sempat bersenam tidak boleh digunapkai dah zaman sekarang. Ini kerana pada zaman canggih ni, bermacam-macam jenis senaman ada. Bukan jogging semata-mata. Jika awak hendak melakukan senaman berfokus pun ada. Seperti senaman fokus utk kempiskan perut, senaman untuk kecilkan peha dan lengan. Senaman kardio dan bermacam jenis senaman lagilah. 


Seandainya awak sibuk tidak sempat untuk pergi ke pusat rekreasi atau pun gim juga tidak ada masalah buat masa ini. Awak boleh lakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Jangan terkejut, selepas bangun tidur dan sebelum tidur pun awak boleh lakukan senaman. Hanya 5 minit sahaja masa diperlukan untuk melakukan senaman, contohnya seperti plank.


Awak tidak perlu bersenam hari-hari, bersenam tiga kali seminggu pun sudah memadai. Awak cuba cari masa sekurang-sekurangnya 5 minit hingga je 20 minit sehari. Menarikkan? Mudah je bersenam ni sebenarnya, cuma nak dengan taknak je.


Kesimpulannya untuk kuruskan badan, perkara pertama yang perlu awak ada adalah mindset dan disiplin. Kalau awak bersungguh-sungguh nekad hendak kuruskan badan, awak pasti dapat lakukan dengan terbaik. Percayalah, dengan enam cara kuruskan badan yang Atul kongsikan di atas, kesannya sangat menggembirakan. Cuma awak perlu buat dengan konsisten, enjoy dan jangan stress


Kalau berminat nak dapatkan set Kurus Shaklee, jangan lupa wasap Atul ya.


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#atulhamid


Post a Comment

4Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Nak kurus bukan sembarangan jer tau. Lau tak cukup nutrisi dalam badan pun tak jadi kurus tu. Sebab tu wajib amik shaklee. Sangat membantu selain perkata wajib

    ReplyDelete
  2. Seronok bila berjaya kurus atau kurangkan berat badan secara sihat. Boleh try produk Shaklee kalau korang nak Cari meal replacement yg diyakini selamat dan efektif.

    ReplyDelete
  3. Wow.... it's important for most ladies to always looks fit & healthy, thanks for sharing this 6 tips on weight control. Saved it to remind myself:) cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  4. Bila baca tidur tak menentu boleh menjadi punca berat badna naik tu macam kena tampar juga. Lepas ni kena manage masa tidur bagi okay juga lah. Add on IF dgn Shaklee pun menarik ni!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !