7 tips kekal positif dalam bisnes | Anak helang boleh, takkan kita sebagai manusia tidak boleh? Ketahui 2 cara untuk berjaya dalam bisnes yang diambil dari kisah anak burung helang yang hebat.
Suatu ketika nampak diatas pohon seekor ibu helang sedang mengerami telur-telurnya. Sedikit demi sedikit telur itu mulai menetas dan menampakan isi dalamnya. Terlihat jelas tiga ekor anak helang.
Ibu helang pun sangat bahagia melihat anak-anaknya yang menetas dengan keadaan
yang baik.
Pada
suatu hari ketika anak-anak helang ini sudah boleh berbicara, ada salah satu
diantaranya yang berkata kepada ibunya, ibu apakah saya suatu saat bole terbang
jauh seperti ibu? Ibu helang pun menjawab dengan senyuman, pasti boleh,
suatu saat kamu juga akan boleh terbang tinggi seperti ibu.
Tepat
pada saat ketiga anak helang ini dilatih untuk terbang, anak helang tadi tanpa
sengaja terjatuh terperosot dari atas. Kerana kejadian itu, menyebabkan anak helang
tadi menjadi trauma untuk belajar terbang.
Ketika
saudara-saudara nya sudah boleh terbang, cuma dia sahaja yang belum boleh
terbang. Dia pun berkata kepada ibunya, menurut ibu apakah aku benar-benar
boleh terbang? Ibunya menjawab, Anakku kalau kamu tidak pernah mencuba merentangkan
sayapmu dari sekarang, bila kah kamu akan boleh terbang? Jaga fikiranmu dan lawanlah
rasa takut yang ada di dalam dirimu itu.
Ibu
tidak akan pernah tahu apakah kamu benar-benar boleh terbang atau tidak kalau
kamu tidak pernah mencubanya, yang tahu itu semua hanyalah dirimu sendiri.
Mulalah dari sekarang, kerana langkah kecil yang kamu lakukan saat ini akan
menjadi awal perubahan dalam hidupmu.
Anak
helang itupun mulai fokus, berusaha dan belajar untuk memberanikan dirinya,
sampai pada akhirnya dia mampu terbang tinggi seperti saudara-saudaranya yang
lain.
Awak,
agak-agak adakah kisah anak helang ini dapat memberi motivasi kepada awak yang
membacanya? Dan apakah motivasi yang awak dapat dari kisah anak helang ini? Jom teruskan membaca.
Motivasi
yang boleh kita ambil dari kisah anak helang ini adalah sesuatu kejayaan itu
tidak akan pernah ada kalau hanya sekadar harapan semata, semuanya harus
dimulai dengan jaga pemikiran (MINDSET) kita sertai bermula dengan sebuah
TINDAKAN, walaupun TINDAKAN itu bermula dengan sekecil-kecil tindakan.
Begitu juga dalam dunia perjalanan bisnes kita. Jika kita mampu menjaga MINDSET, kita akan mampu fokus pada usaha yang kita lakukan. Ini kerana MINDSET umpama nadi yang menghidupkan tindakan dan pergerakan seseorang. Umpama kata, jika seseorang itu menganggap sesuatu perkara yang dilakukan tu adalah penting atau sangat penting. Dia akan berusaha berbuat sehabis baik. Apa juga halangan dan cabaran yang ada di depan, dia akan harungi sebaiknya dengan mudah.
Begitu
jugalah dengan tindakan kita. Mulalah dengan satu langkah, kerana dengan adanya
Langkah yang pertama, akan ada Langkah seterusnya kerana Langkah-langkah inilah
yang akan menentukan kemana arah tuju awak. Serta berusahalah walau dari
sekecil-kecil tindakan. Hanya dengan satu tindakan, akan wujudlah tindakan
seterusnya. Lakukan dengan konsisten tanpa jemu. Percayalah, Allah telah
menyatakan "Man Jadda Wa Jada" Siapa berusaha dia pasti akan Berjaya.
Yang penting, Trust the process.
Kerana
minda kita telah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berada di depan.
Umpama signal penunjuk ke arah kejayaan. Jika
kita sibuk sekalipun, semangat itu tidak akan pudar dengan alasan kejayaan
sedang menunggu di depan, kita perlu capai untuk penuhi kehendak dan
impian tu. Kerana
itulah MINDSET positif dalam bisnes ini sangat penting jika
kita mahu bisnes yang dijalankan bergerak maju.
Bila
MINDSET dijaga, barulah TINDAKAN akan dapat dilakukan dengan betul dan lebih
teratur.
Apakah kita pernah dengar tentang "MINDA POSITIF"?
Ya.
Ini yang kita kena fokus. Minda yang positif mampu untuk buat kita melakukan TINDAKAN secara rasional. Minda positif juga mampu buat kita berusaha bersungguh-sungguh
untuk capai semua impian dan target yang ditetapkan. Jadi bagaimanakah cara untuk pastikan kita sentiasa kekal positif samada dari segi minda mahupun tindakan?
Untuk menjawab persoalan itu, disini Atul kongsikan 7 tips cara untuk kekal positif samada dari segi minda mahupun tindakan yang mana ia mampu membuahkan hasil yang luar biasa dalam bisnes kita. Semoga tips yang dikongsikan ini bermanfaat buat semua
Tujuh tips kekal positif dalam bisnes
① Mulakan pagi dengan senyuman
② Berada dalam circle yang positif
Untuk
kekal positif samada dari segi minda, percakapan dan tindakan, kita hendaklah
berada dikalangan orang-orang yang positif. Oleh itu, carilah rakan-rakan yang
positif di sekeliling kita. Ini kerana, bila berada dikalangan mereka, secara automatik
kita akan turut bersikap positif. Barulah kita jauh dari sikap yang mampu
memusnahkan impian kita sendiri.
③ Aktif sertai group support
Dengan
sertai group support yang ahli di dalamnya sentiasa sokong kejayaan kita, sudah
pasti kita akan sentiasa bersemangat. Tidak kira kejayaan kecil mahupun
kejayaan besar, ahli dalam group support ini akan sentiasa memberi sokongan
padu pada kita. Tolakan-tolakan ni sangat perlu untuk kita sentiasa positif,
bersemengat dan bertenaga untuk terus berusaha mengejar impian dan target kita.
④ Rajin
membaca, sentiasa belajar dan tingkatkan diri dengan ilmu
Membaca merupakan amalan mulia. Lagi-lagi dengan membaca buku motivasi, tips kejayaan, kisah hidup atau pengalaman orang yang dah berjaya dalam bidang kita, ia mampu mendidik diri supaya terus bersemangat merealisasikan cita-cita.
Sekain
itu, pastikan kita sentiasa belajar, tambah ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan bidang yang diceburi. Percayalah, dengan ilmu kita berpotensi untuk
pergi lebih jauh. So, jangan malas untuk tambah ilmu ya.
⑤ Solat, doa, mengaji
Untuk ini kita kena usaha untuk buat. Hasilnya akan menjadikan kita lebih tenang walau bermacam ujian mendatang. Semuanya dipermudahkan apabila kita menjaganya kerana kita berusaha untuk mendekatkan diri kepada yang ESA.
Sebaiknya berusahalah untuk solat diawal waktu. Dengan solat awal waktu, hari kita akan terasa lebih panjang sehinggakan banyak kerja dapat disiapkan. Ingatlah dalam Solat ada Kejayaan.
Selain itu, berusahalah bangun di malam hari untuk menunaikan solat sunat seperti tahajud, taubat, baca quran. Ini kerana marketing langit hendaklah dijaga bersungguh-sungguh kerana inilah kunci rezeki mencurah-curah datang dari pelbagai arah.
Seterusnya berusahalah untuk mengaji setiap hari. Mengajilah walaupun hanya 1 Muka surat sehari. Kalau dapat mengaji setiap waktu selepas solat, lagi baik. Istiqamah kunci kejayaan.
⑥ Sedekah, kita akan positif, kita akan insaf
Kenapa perlu bersedekah?
Bila kita lihat kesusahan orang lain. Kita akan sedar, masih ramai yang lebih teruk diuji selain kita. Kerana itulah kita perlu melakukan sedekah, dengan sedekah ia mampu mengajar kita erti bersyukur, sekaligus kita dapat muhasabah diri untuk jadi lebih baik dan berusaha untuk lebih berjaya. Dengan bersedekah kerana Allah, tidak akan memiskinkan diri kita, bahkan akan memudahkan urusan kita. InsyaAllah
⑦ Buat Jadual dan To-Do-List
Untuk
kekal positif, pengurusan masa perlu diberi keutamaan. Yang ini penting untuk
pastikan masa lebih teratur dan sistematik. Banyak kerja dapat diselesaikan
dengan lebih lancar jika boleh ikut jadual dan to-do-list yang disenaraikan.
Hasilnya sangat membransangkan.
"The More You Give, The More You Get. Believe it!"
Ketahuilah untuk berjaya, jangan putus asa kerana tiada orang berjaya sehari dua, tiada juga orang berjaya tanpa berusaha. Ini kerana semua perlukan masa dan lalui proses tertentu. Trust the Process. 💪💪
Akhir kata, untuk berjaya dalam bisnes atau kehidupan, ingatlah bahawa perkara pertama yang perlu dijaga adalah MINDSET. Dengan mindset yang positif percayalah TINDAKAN kita juga akan bijak, seterusnya akan membuatkan hidup kita akan lebih tenang dan teratur. Kita juga akan dapat lebih fokus dan komited dengan setiap tindakan. Kesannya segala apa dirancang, insyaAllah dapat diatasi dengan baik dan hasilnya pasti luar biasa.
Semoga dapat sesuatu dari pembacaan ini, dan sudilah berkongsi jika entri ini bermanfaat untuk semua.
Terima kasih 😍
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#atulhamid
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)