Cara renew ahli shaklee dengan mudah dan percuma

Atul Hamid
0

Cara renew ahli shaklee dengan mudah dan percuma | Setiap kali ada yang mendaftar diri sebagai ahli Shaklee dengan Atul, Atul selalu dapat pertanyaan macam ni.


“Kalau jadi ahli Shaklee, kena renew tak?”

“Kalau renew ahli nanti berapa nak kena bayar?”

“Jadi ahli Shaklee seumur hidup ke?”

“Berapa lama baru kena renew ahli?”

Dan bermacam lagi soalan yang ditanya oleh mereka.

 

Sebenarnya bagus mereka bertanya begitu, sekurang-kuranya mereka ada rasa hendak tahu tentang keahlian Shaklee. Keterujaan seperti itu amat digalakkan kerana ia menunjukkan yang mereka benar-benar bersemangat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Jadi, untuk entri kali ini, Atul ingin berkongsi info mengenai mudahnya perbaharui keahlian Shaklee.


    Adakah keahlian Shaklee perlu diperbaharui (renew)?


    Ya betul keahlian Shaklee memang perlu diperbaharui.

     

    Berapa lama tempoh untuk renew keahlian Shaklee semula? 


    1 tahun.

     

    Berapakah bayaran untuk renew ahli Shaklee?


    PERCUMA
    . Tiada yuran yang dikenakan untuk renew ahli Shaklee


    Perbaharui keahlian Shaklee dengan PERCUMA!

     

    Bagaimana cara untuk renew keahlian Shaklee?


    Renew keahlian Shaklee mudah sahaja. Ingat bila tarikh lahir anda? Ketika itulah keahlian Shaklee anda akan tamat tempoh. Menarikkan? Dah macam nak hidupkan lesen pula, tamat waktu hari lahir.

     

    Berikut cara untuk renew keahlian Shaklee anda

     

    Beli mana-mana produk Shaklee, walaupun hanya 1 unit sahaja di laman web Shaklee atau cawangan Shaklee atau dengan upline anda, secara automatik keahlian anda akan diperbaharui.

     

    Selesai. Mudahkan? Hanya dengan membeli produk Shaklee sahaja, secara automatik keahlian anda diperbaharui tanpa perlu membayar yuran perbaharui keahlian. Sebab itu Atul kata, renew ahli Shaklee ni PERCUMA sahaja.

     

    Tahukah, Shaklee sangat baik hati. Ini kerana dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh keahlian iaitu 3 bulan sebelum tarikh lahir anda, sekiranya anda ada membuat mana-mana belian produk Shaklee ketika itu, keahlian anda akan terus diperbaharui tanpa perlu menunggu waktu Tarikh lahir anda tiba. Bestkan Shaklee?

     

    Jadi, kalau berminat nak sertai Shaklee, boleh wasap Atul. Selalunya untuk anda yang berdaftar dengan Atul, Atul akan bantu dan memberi tunjuk ajar pada mereka yang hendak renew kehlian.


    #NextLevelBlogging
    #Blogmegashaklee
    #ShakleeThrive2023
    #ShakleeTriumph2023

    #atulhamid

    Post a Comment

    0Comments

    Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

    Post a Comment (0)

    #buttons=(Accept !) #days=(20)

    Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
    Accept !