Ganti puasa atau qadha puasa adalah perbuatan menggantikan puasa wajib iaitu puasa di bulan Ramadan yang ditinggalkan sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.
Hukum
Puasa adalah Rukun Islam ketiga. Jadi hukum ganti puasa adalah wajib. Tidak kiralah sama ada secara sengaja, tidak sengaja. Seperti dalam Surah Al-Baqarah ayat
184, firman Allah swt menyatakan
أَيَّامًۭا مَّعْدُودَٰتٍۢ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌۭ طَعَامُ مِسْكِينٍۢ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًۭا فَهُوَ خَيْرٌۭ لَّهُۥ ۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (١٨٤)
Maksudnya:
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka
sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia
berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya
berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan
orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan
baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu
daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Siapa yang wajib melaksanakannya?
Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah; ayat 185
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥)
Bermaksud:
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari
antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir
maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari
yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang
demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Berikut adalah individu yang wajib menggantikan puasa samada meninggalkan
puasa secara sengaja atau dengan sebab-sebab yang dibenarkan syarak. Individu tersebut adalah:
2. Orang bermusafir yang dibenarkan syarak.
Diriwayatkan daripada Mu’adzah, dia berkata: Saya bertanya kepada
Saidatina Aisyah RA: Mengapa wanita yang haid, mengqada’ puasa dan tidak
mengqada’ solat?"
Maka Saidatina Aisyah RA menjawab: "Apakah kamu daripada golongan
Haruriyah?” Aku menjawab: "Aku bukan Haruriyah, akan tetapi aku hanya
bertanya,"
Saidatina Aisyah RA menjawab: "Kami dahulu juga mengalami haid,
maka kami diperintahkan untuk mengqada’ puasa dan tidak diperintahkan
untuk mengqada’ solat," (Hadis Riwayat Muslim)
Hukum jika tidak melaksanakan puasa ganti
Hukumnya adalah haram dan berdosa besar.
Bagi sesiapa yang sengaja melewat-lewatkan mengganti puasa sehingga telah masuk bulan Ramadan tahun berikutnya, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya, individu tersebut bukan sahaja wajib menggantikan puasa di hari lain, tetapi juga wajib membayar fidyah atau denda.
Cara melaksanakan puasa ganti
Berapa banyak bilangan puasa Ramadan yang ditinggalkan, maka sebanyak
itu jugalah yang wajib diganti sebelum masuk bulan Ramadan tahun
seterusnya.
Jika tidak berpuasa selama 7 hari di bulan Ramadan, maka hendaklah
ganti puasa sebanyak 7 hari juga.
Sekiranya telah masuk bulan Ramadan tahun seterusnya, tetapi puasa masih tidak habis diganti, maka hendaklah membayar denda atau fidyah. Namun begitu, puasa tersebut tetap wajib dilakukan juga.
Bila waktu sesuai untuk berniat
Niat puasa hendaklah dibaca pada waktu malam atau sebelum masuk waktu Subuh, ia sama seperti membaca niat ketika berpuasa di bulan Ramadan. Jika niat dibaca setelah azan Subuh, maka puasa tersebut adalah tidak sah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud;
"Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya." - Riwayat al-Nasaie (2334)
Lafaz niat ganti puasa
Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadan kerana Allah Taala
Waktu untuk melakukan puasa ganti
Puasa ganti boleh dilakukan seawal 2 Syawal sehinggalah 29hb Syaaban
iaitu sebelum masuk Ramadan pada tahun berikutnya. Kenapa 29 Syaaban?
Kerana 30 Syaaban termasuk dalam hari-hari yang diharamkan
berpuasa.
Walau bagaimanapun, amatlah digalakkan untuk menyegerakan puasa ganti kerana ia adalah salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan dan perlu untuk
dilakukan segera.
Baca juga: Resepi tauhu bergedil. Sedap dibuat juadah berbuka
Kesimpulan
Sekiranya belum melakukan puasa ganti, bolehlah mula berpuasa dari
sekarang. Ini kerana setiap puasa Ramadan yang ditinggalkan dengan
sengaja atau tidak sengaja, wajib diganti. Sekiranya tidak diganti
setelah masuk Ramadan tahun seterusnya, adalah berdosa dan perlu
didenda. Atul harapkan semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda
yang membaca dan dapat membantu anda melaksanakan puasa ganti dengan
lebih lancar. Selamat beribadah.
good sharing. thanks Atul.
ReplyDeleteterima kasih perkongsiannya. dah boleh start puasa ganti dah ni
ReplyDeleteItulah kan, sekejap je masa berlalu. Dah nak berpuasa lagi nanti. Ganti awal² lagi bagus tak kalut last minute hihihi.
ReplyDelete