Vita-Lize Shaklee: Multivitamin terbaik di Malaysia | Kenapa Vita-Lize Shaklee Multivitamin terbaik di Malaysia? Sebelum menjawab soalan ini. Cuba tanya diri anda tentang persoalan dibawah gambar
Pernahkah anda terfikir, adakah anda mengambil makanan berkhasiat setiap hari? Serta adakah pemakanan seharian anda cukup menampung nutrisi yang diperlukan tubuh?
Secara umumnya, makanan yang kita makan setiap hari tanpa kita sedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat seperti vitamin, mineral, anti oksidan dan sebagainya. Tambahan zaman sekarang, kita terdedah dengan budaya makanan segera, makanan proses dan makanan yang kaya dengan karbohidrat proses, lemak omega 6, lemak ‘trans’ dan ‘GULA’ yang berlebihan ditambah lagi dengan pelbagai pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Bahan-bahan seperti ini mengganggu keseimbangan metabolisma sel-sel dalam tubuh manusia.
Seperti Hasil Kajian Nutrisi Golongan Dewasa Malaysia (2014) menunjukkan peratusan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang mencukupi.
Dikukuhkan lagi, pada zaman sekarang, kita terdedah dengan pelbagai pencemaran seperti udara, air, dan alam. Yang mana pencemaran ini menyebabkan tubuh kita terdedah dengan pelbagai penyakit.
Kesan Kekurangan Mikronutrien
Walaupun jumlah mikronutrien yang diperlukan badan adalah rendah, namun kekurangan mikronutrien boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit berjangkit, seterusnya menyebabkan kematian jika dibiarkan. Kesan kekurangan Mikronutrien seperti:
✓ cirit-birit, campak, malaria dan radang paru-paru.
✓ Sakit tulang / tulang rapuh (akibat kekurang kalsium)
✓ Pergeseran mood (disebabkan kekurangan vitamin D)
✓ Keletihan
✓ Sesak nafas
✓ Tangan dan kaki sejuk
✓ Kuku rapuh (disebabkan kekurangan zat besi)
✓ Kebas, kesemutan jari
✓ Irama jantung yang tidak normal (disebabkan kekurangan kalsium)
✓ Risiko kecacatan kelahiran
✓ Sakit perut (disebabkan kekurangan kalsium)
Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk mengambil multivitamin setiap hari sebagai usaha untuk membantu tubuh mendapatkan nutrisi yang mencukupi. Sekaligus melindungi diri dengan merendahkan risiko dari terkena penyakit yang tidak diingini.
Jadi, multivitamin terbaik yang Atul cadangkan kepada anda semua adalah Vita-Lize Shaklee.
Kenapa Vita-Lize Shaklee Multivitamin terbaik di Malaysia?
Vita-Lize Shaklee mengandungi 25 jenis multivitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. 2 tablet Vita-Lize membekalkan 600 mcg asid folik dan Vitamin B. Tahukah anda, asid folik adalah jenis Vitamin B yang sangat susah untuk diserap. Jadi Shaklee menjalankan kajian tentang macamana asid folik ni dapat diserap secara paling optimum. Hasilnya Multivitamin Shaklee Vita-Lize memiliki sistem penghantaran salutan mikro berpaten untuk memastikan penyerapan paling berkesan untuk asid folik. Menarikan?
Asal usul Vita-Lize
Tahukah anda Vita-Lize ada nama lain sebelum ini?
Ya, sebelum ini Vita-Lize dikenali sebagai Vita-Lea. Vita-Lea ialah suplemen asas dalam barisan produk Shaklee, dan ia adalah salah satu produk yang paling laris dan disukai oleh Shaklee lover. Seiring masa dan teknologi yang semakin berkembang, Multivitamin ini telah ditambahbaik formulanya lalu dinamakan semula dengan nama Vita-Lize.
Sebenarnya Vita-Lize adalah Multivitamin Pertama di dunia yang diciptakan oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1915. Multivitamin pertama ini pada mulanya diciptakan dalam bentuk liquid Concentrated yang diberi nama 'Vitalized Mineral'. Ketika waktu itu syarikat Shaklee pun masih belum ditubuhkan. Ini bermakna Dr Shaklee telah mengeluarkan produk sebelum empayar perniagaannya dibina. Kesannya ia telah menjadi peneraju kepada nama 'Vitamin' yang digunakan hingga ke hari ni.
Memandangkan Vita-Lize ialah supplemen yang mengandungi multivitamin dan multimineral berkualiti tinggi yang telah berada di pasaran lebih 100 tahun, jadi multivitamin ini telah di inovasikan dalam bentuk tablet yang mudah ditelan, diserap oleh tubuh demi mendapatkan khasiat dan sumber vitamin dan mineral yang dibekalkan. Multivitamin ini sudah melalui pelbagai fasa pembaharuan dengan kajian klinikal yang dijalankan oleh para Saintis hebat dunia.
Bermula dengan penemuan Multivitamin inilah syarikat Shaklee Corp. ditubuhkan demi menyebarkan manfaat dan kebaikan produk ini serata dunia.
Boleh lihat invosi multivitamin Shaklee
Perbezaan kandungan Vita-Lea dan Vita-Lize
Untuk Vita-Lea Plus
Vitamin A (IU) -2310
Vitamin D (IU) - 200
Asid folik (mcg) - 200
Vitamin K1 (mcg) - T/A
Timah (mcg) - 5
Vanadium (mcg) - 10
Nikel (mcg) - 7.5
Untuk Vita-Lize New & Approved Formula
Vitamin A (IU) - 2000
Vitamin D (IU) - 350
Asid folik (mcg) - 300
Thamin K1 (mcg) - 40
Timah (mcg) - T/A
Vanadium (mcg) - T/A
Nikel (mcg) - T/A
Siapa yang perlu ambil Vita-Lize Shaklee?
Vita-Lize ialah suplemen multivitamin dan multimineral spektrum luas yang sesuai untuk orang dewasa dari semua peringkat umur dan gaya hidup. Vita-Lize juga sesuai untuk vegetarian dan vegan. Selain itu, Vita-Lize sesuai juga untuk mereka seperti:
✓ Individu yang sibuk
✓ Individu yang tertekan
✓ Individu yang kurang berat badan
✓ Individu yang aktif
✓ Individu yang diet seharinya tidak seimbang
✓ Ibu mengandung
✓ Ibu menyusu
Manfaat Vita-Lize Shaklee
Jika mengamalkan Vita-Lize Shaklee banyak manfaat yang boleh didapati. Berikut Atul bahagikan kepada tiga kategori utama iaitu kesihatan, pencegahan penyakit dan penggalak prestasi
1. Kesihatan
Vita-Lize membekalkan vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan tubuh. Vitamin dan mineral penting seperti Vitamin A, D, C, E, B6, dan B12 menyokong sistem imun, kesihatan jantung, kesihatan tulang, penghasilan tenaga dan fungsi kognitif. Selain itu, multivitamin ini turut menyediakan nutrien penting yang mungkin kurang dan tidak seimbang dalam diet harian individu, termasuk selenium, kalsium, magnesium, dan zink.
2. Pencegahan penyakit
Vita-Lize mengandungi beberapa khasiat yang terbukti dapat merendahkan risiko diserang penyakit kronik. Sebagai contoh:
✓ Vitamin B membantu kesihatan saraf
✓ Vitamin D dan kalsium berfungsi untuk mengurangkan risiko tulang rapuh, patah tulang osteoporosis di awal usia.
✓ Vitamin E, zink, dan selenium telah terbukti mempunyai sifat antioksidan, yang boleh membantu mencegah penyakit jantung, kanser, dan penurunan kognitif.
3. Penggalak prestasi
Vita-Lize Shaklee membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan risiko kekurangan nutrien pada tubuh. Multivitamin ini mengandungi vitamin dan mineral penting yang sangat diperlukan untuk pengeluaran tenaga, fungsi otot, dan pemulihan. Selain itu, beberapa nutrien seperti Vitamin C dan E telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot, keradangan dan tekanan oksidatif. Serta berfungsi sebagai penggalak prestasi dan meningkatkan stamina senaman bagi orang yang aktif.
Bestkan amalkan multivitamin Shaklee ni. Lengkap dengan 25 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#next
Wahhh, ada improved formula 😊. Baguslah multivitamin Shaklee ni 👏
ReplyDelete