Tiga tips wajib buat jika hendak elakkan makan berlebihan ketika di rumah terbuka hari raya

Atul Hamid
0

Tiga tips wajib buat jika hendak elakkan makan berlebihan ketika di rumah terbuka hari raya | Ramai kawan-kawan disekeliling Atul mengatakan bila raya je, berat naik balik, selera makan bertambah-tambah. Namun tidak pada Atul. Alhamdulillah, untuk raya tahun ini Atul berjaya kekalkan berat badan pada angka yang sama ketika hujung Ramadan. Walaupun pada raya kedua, keluarga Atul ada buat rumah terbuka hari raya beserta doa tahlil buat emak dan keluarga yang telah tiada, menu yang disediakan sangatlah lazat dan menyelerakan, namun tetap tidak menyebabkan berat Atul naik. Sedangkan Atul makan je semua menu yang terhidang. Macam mana tu?

Tiga tips wajib buat jika hendak elakkan makan berlebihan ketika di rumah terbuka hari raya


Bila sebut tentang open house hari raya, selagi tak habis Syawal, selagi itulah kita masih meraikanya. Selagi itu jugalah kita akan dapat jemputan rumah terbuka. Bila sebut tentang rumah terbuka hari raya, ligat fikiran terbayangkan pelbagai menu yang sedap-sedap terhidang untuk di jamah. Selalunya hidangan yang disajikan pasti akan membuka selera para tetamu yang hadir. Jika terlupa, pasti akan terlebih makan tanpa sedar yang akhirnya membuat diri rasa serba salah. Jadi, sebelum terjadi perkara seperti itu, ingin Atul kongsikan tiga tips wajib anda buat ketika hendak pergi rumah terbuka hari raya untuk elakkan diri daripada makan secara berlebihan.

 

Tiga tips wajib buat jika hendak elakkan makan berlebihan ketika rumah terbuka hari raya

 

1) Pastikan mengambil protein Shake sebelum pergi rumah terbuka hari raya

Tidak kira waktu bila anda akan hadiri rumah terbuka, pagi, petang ataupun malam, perkara pertama yang perlu anda buat adalah ambil dan minum protein Shake satu jam sebelum pergi ke rumah terbuka hari raya yang pertama.

 

Tiga tips wajib buat jika hendak elakkan makan berlebihan ketika rumah terbuka hari raya

Percayalah, jika anda amalkan minum protein Shake satu jam sebelum ke rumah terbuka, nescaya di rumah terbuka nanti anda akan berjaya kawal selera makan dan mengambil makanan dengan sukatan yang sedikit sahaja. Ini kerana fungsi protein itu sangat membantu anda dari makan secara berlebihan. Antaranya adalah;

  • Protein mengurangkan tahap hormone kelaparan (ghrelin), sementara ia meningkatkan hormon mengurangkan selera makan (GLP-1, peptida YY, cholecystokinin)
  • Protein bantu bakar lebih banyak kalori
  • Protein bantu mengenyangkan
  • Protein bantu mengurangkan craving

Wah, banyak juga fungsi protein untuk bantu diri dari makan berlebihan. Jadi, rugilah mereka yang tidak ambil protein sebelum pergi ke rumah terbuka. Untuk elakkan berat naik selepas raya, telah jadi perkara wajib untuk ambil dan minum protein shake setiap hari. Pilihan terbaik yang Atul boleh cadangkan adalah protein Shake dari Brand Shaklee seperti ESP, Cinch Shake dan Life Shake.


Baca juga: 6 cara protein bantu kurus


2) Wajib minum air kosong secukupnya

Tips yang kedua ni lagi penting sebenarnya. Samada raya ataupun tidak, Atul menyeru supaya anda minum air kosong secukupnya setiap hari. Untuk elakkan makan berlebihan ketika mengunjungi rumah terbuka waktu musim perayaan ini, pastikan anda minum segelas air kosong sebelum mengambil makanan yang disediakan. Tujuannya adalah untuk memberikan anda rasa lebih kenyang dan membantu anda dari makan secara berlebihan kerana jumlah makanan yang masuk adalah kurang.

 

Bukan itu sahaja, minum sebelum makan akan melembapkan lapisan perut. Selain itu, ia turut membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa dan selepas makan. Kesannya anda akan berjaya kawal berat badan walaupun mengunjungi rumah terbuka di hari raya.

Tiga tips wajib buat jika hendak elakkan makan berlebihan ketika di rumah terbuka hari raya

Untuk memudahkan anda, bawa sahaja air kosong dari rumah sendiri. Jadikan rutin setiap masa walau kemana anda pergi, pastikan sentiasa membawa air kosong. Lagipun air kosong mempunyai kosong kalori berbanding air manis. Tambahan pula Atul ada terbaca, khabar angin mengatakan harga gula akan naik sehingga RM4.60 sekilo bermula awal Jun 2023 nanti. Jadi adalah lebih baik jadikan rutin setiap hari minum air kosong secukupnya jika hendak turunkan berat dan kuruskan badan serta bantu kekalkan metabolisme badan yang baik.

 

3) Jaga sukatan makanan yang diambil

Tergugat dengan pelbagai menu yang terhidang di rumah terbuka waktu hari raya kerana semuanya membangkitkan selera dan pasti sedap belaka. Sebenarnya, pada pendapat Atul, kalau nak makan semua makanan yang terhidang, makanlah. Cuma sebaiknya tengok dulu setiap menu yang terhidang. Diantara semua menu yang ada, pilih betul-betul menu mana yang hendak di makan sangat-sangat. Selepas dah ada pilihan, pastikan anda ambil sekali sahaja. Jangan tambah untuk kali kedua. Namun begitu, walaupun hanya ambil sekali sahaja, pastikan anda jaga sukatan makanan yang diambil. Kenapa kecil? Kalau ambil sukatan besar, anda akan kenyang cepat, dan menybabkan anda tidak boleh makan juadah lain, jadi, ambil makanan dengan sukatan yang kecil sahaja.


Selain itu, sekiranya hendak makan semua hidangan, tapi ambil makanan yang belum di makan je. Sebabnya setiap rumah mesti ada menu atau jenis kuih raya yang sama. Jadi, yang mana sama tu, kalau di rumah sebelum ni dah makan, rumah seterusnya makanlah menu yang belum di makan. Kalau tak ada pilihan baru makan menu yang sama. Itupun makan dengan sukatan yang kecil juga. Untuk kuih raya, ambil sebiji dua sudah memadai, dan bukannya berulang sampai habis sebalang hehe


Baca: Resepi sotong masak kicap


Akhir kata dari Atul sekiranya anda mendapat jemputan rumah terbuka di musim perayaan ini, hadir dan makanlah hidangan yang disediakan. Tapi pastikan ambil protein shake satu jam sebelum pergi mengunjungi rumah terbuka dan minum segelas air kosong sebelum menjamah makanan. Yang paling penting jaga sukatan makanan agar tidak makan secara berlebihan. Kalau nak lebih berkesan dalam proses turunkan berat badan, jom amalkan set kurus Shaklee yang terbukti telah berjaya membantu ramai pengguna dapatkan berat badan yang ideal.


#projekblogmega
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#atulhamid

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !