6 cara protein bantu kurus | "Badan kurus dah, tapi masih ada yang menggeleber, jatuh 😓 bentuk badan tak cantik. Aduh nak buat macam mana ni?" Mesti ramai yang ada masalah macam ni kan? Sebenarnya, untuk kelihatan kurus, langsing dan memiliki bentuk tubuh yang cantik, sila jangan abaikan pengambilan protein. Kekurangan sumber protein dalam diet seharian merupakan salah satu punca kenapa berlakunya kegemukan dan bentuk badan tidak cantik.
Jadi, hari ini Atul ingin kongsikan 6 cara protein bantu anda kelihatan kurus, langsing dan memiliki bentuk tubuh yang cantik.
6 cara protein bantu kurus
❶ Protein bantu kurangkan hormon lapar
Protein
mengurangkan tahap hormon kelaparan (ghrelin), sementara ia meningkatkan hormon
mengurangkan selera makan (GLP-1, peptida YY, cholecystokinin).
❷ Protein bantu bakar lebih banyak kalori
Pengambilan
protein yang tinggi boleh membakar lebih 80-100 kalori setiap hari, dengan satu
kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 260 kalori jika makan berlebihan. Sekitar 20-30% kalori protein dibakar ketika tubuh memproses protein.
➌ Protein bantu mengenyangkan
Mengamalkan pemakanan yang tinggi protein bantu mengenyangkan dalam tempoh yang lebih lama. Ptotein mampu membuatkan anda kurang rasa lapar dan memotong selera makan, berbanding pemakanan rendah protein.
❹ Protein bantu mengurangkan craving
Pengambilan protein boleh mengurangkan keinginan untuk makan dan keinginan untuk
mengunyah pada lewat malam. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan dan minuman manis.
❺ Protein bantu turunkan berat
Amalan
pengambilan protein tinggi membantu penurunan berat badan, walaupun tanpa
pengiraan kalori, portion control, atau menyekat pengambilan karbohidrat.
Peningkatan sederhana dalam pengambilan protein juga dapat membantu mencegah
kenaikan berat badan.
➏ Protein bantu singkirkan lemak dan kekalkan metabolisma
Pengambilan protein ketika menurunkan berat badan membantu menyingkirkan lemak dengan lebih efektif. Kandungan asid amino yang terdapat dalam protein membantu otot terbentuk dengan lebih baik dan membuatkan anda memiliki bentuk tubuh yang cantik. Selain itu, ia juga bantu mengekalkan tahap metabolisma tubuh anda.
Itulah 6 cara bagaimana protein membantu anda kurus. Menarikkan? Jadi apakah perasaan anda selepas membaca 6 cara protein bantu kurus ni? Mesti rasa nak ambil protein sekarang juga kan?
Tapi sebelum nak ambil protein tu perlu diingatkan, pastikan sumber protein yang anda ambil itu mestilah bebas kolesterol, bebas lemak, dan bebas gula tambahan. Atau anda boleh semak ciri-ciri memilih sumber protein terbaik terlebih dahulu agar tidak tersalah pilih.
Atau cara mudah dapatkan makanan yang kaya dengan sumber protein, bebas kolesterol, bebas lemak, bebas gula tambahan, dan sudah semestinya sangat mudah disediakan adalah dengan mengambil Protein ESP Shaklee dan Protein Cinch Shake Shaklee
Atul sangat-sangat mencadangkan anda mengamalkan pengambilan salah satu protein Shaklee yang Atul nyatakan diatas atau amalkan kedua-duanya sekali amatlah digalakkan. Hal ini kerana kedua-dua sumber protein yang Atul nyatakan ini sangat berkhasiat, kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh, bebas kolesterol, bebas lemak, bebas gula tambahan, mempunyai indeks glisemik yang rendah. Terbukti membantu anda mendapat badan yang sihat, bentuk tubuh yang cantik, dan otot yang sihat.
Baca juga: Adakah Protein menjadikan badan gemuk?
Memang diakui protein sangat baik!...sangat menarik Atul ESP nii
ReplyDeleteBaguslah info ini sangat membantu pada mereka yang ingin kuruskan badan
ReplyDeleteMemang selalu orang makan proteinkan kalau nak kurus. Thank you sharing
ReplyDeleteprotein mmg sangat membantu dlm mengawal dan menurunkan berat badan.
ReplyDelete