6 amalan gaya hidup sihat

Atul Hamid
0


Amalan gaya hidup sihat pada zaman kini sangat perlu diamalkan. Ini kerana pada zaman yang serba moden ini, kita terdedah dengan bermacam-macam yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti kehidupan kita, antaranya seperti kesibukan bekerja, makanan yang pelbagai jenis,persekitaran yang terdedah dengan bermacam jenis pencemaran dan pelbagai lagi. Hal ini telah menyebabkan kita sering dikejutkan dengan berita berkenaan dengan masalah kesihatan rakyat Malaysia. Sebagai contoh masalah kardiovaskular, obesiti dan lain-lain penyakit yang peratusannya semakin meningkat. Oleh yang demikian, kita perlu sedar dan berusaha untuk pastikan tubuh sentiasa sihat demi meneruskan kehidupan. Kunci untuk sihat sepanjang hayat adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Amalan gaya hidup sihat


Amalan gaya hidup sihat perlu bermula
 dari usia muda lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat boleh menjadikan seseorang lebih sihat, cergas dan cerdas untuk melakukan aktiviti harian. Oleh itu, jadikan amalan gaya hidup sihat sebagai rutin harian. Terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat. Sebelum Atul kupas tentang amalan gaya hidup sihat, jom lihat apakah kelebihan melaksanakan amalan ini.


Kelebihan mengamalkan gaya hidup sihat

Banyak kelebihan dan manfaat yang diperoleh bila mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antaranya adalah:

👉 Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan.

👉 Mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.

👉 Membantu diri kelihatan dan berasa lebih baik

👉 Membolehkan diri memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.

👉 Menjadikan diri lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja

👉 Membantu penampilan diri lebih menarik dan rasa lebih selesa.


6 amalan gaya hidup sihat

Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan yang sihat. Berikut Atul kupaskan, apakah amalan gaya hidup sihat yang boleh kita lakukan setiap hari.

 

Kawal pemakanan harian

Perkara pertama sekali yang perlu diubah adalah gaya pemakanan kita. Ini kerana pengambilan makanan tanpa kawalan akan memberi kesan negatif dikemudian hari. Gaya pemakanan sihat adalah dengan mengawal apa yang masuk ke mulut kita, bukan makan mengikut apa yang nafsu kita mahu. Terutama sekali makanan yang tidak berkhasiat dan tinggi kandungan gula, hendaklah kawal pengambilan dan makanlah secara berpada-pada.


Amalan gaya hidup sihat

Salah satu cara mudah untuk mengawal pemakanan adalah dengan mengamalkan pengambilan konsep diet suku suku separuh dan pinggan sihat seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antaranya hendaklah perbanyakan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, cara terbaik adalah makan sebelum lapar dan berhenti sebelum  kenyang.

 

Minum Air putih secukupnya

Perkara yang selalu dan paling sedikit orang amalkan adalah pengambilan air putih secukupnya. Mungkin ramai kurang sedar tentang kebaikan minum air putih dalam kehidupan seharian. Bukan sahaja selepas makan tetapi amalkan minum air putih pada waktu-waktu tertentu atau selepas melakukan aktiviti juga sangat bagus. Adalah sebaiknya jika dapat gantikan pengambilan air manis kepada air putih dengan lebih kerap.

6 amalan gaya hidup sihat

Tahukah anda sebenarnya minum air putih, air suam atau air mineral secukupnya dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Rahsia yang paling besar dan ramai taktahu adalah air putih mempunyi kandungan zero kalori.


Jadi pengambilan air puith setiap hari amatlah digalakkan. Jadikan pengambilan air putih sebagai salah satu tabiat dan kewajiban setiap hari. Pastikan setiap hari anda minum air putih secukupnya dan penting untuk ketahui aturan waktu mengamalkan minum air kosong agar boleh konsisten setiap hari.

 

Jangan Merokok

Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan. Bukan itu sahaja, ia juga turut mencemarkan udara sekeliling.


Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda peluang untuk mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit kronik seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar dan banyak lagi. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser.


6 amalan gaya hidup sihat

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam 
Tobacco Induced Diseases Journal (2022), risiko kematian meningkat dengan merokok setiap hari. Pada tahun 2015, World Health Organization (WHO) mengisytiharkan bahawa merokok adalah punca utama untuk  6.4 juta (11.5%) kematian di seluruh dunia.


Perokok pasif juga terdedah kepada risiko yang sama seperti perokok aktif. Pendedahan yang kerap terhadap asap rokok boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan strok (Cancer Research UK Organization, 2021). Oleh itu, elakkan asap rokok di sekeliling anda jika anda tidak merokok.

 

Bersenam 

Bersenam atau beriadah adalah aktivit sihat yang bagus untuk kesihatan jasmani dan rohani. Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan bahawa kita memerlukan sekurang-kurang 150 minit senaman fizikal setiap minggu dan sekurang-kurang 8000 langkah setiap hari. Kini, dunia kecergasan telah berkembang dan menawarkan pelbagai aktiviti mengikut kemampuan dan tahap keselesaan kita. Samada kardio, latihan berat badan, atau macam-macam lagi, semuanya hanya dihujung jari.

Amalan gaya hidup sihat

Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membantu darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. Secara tak sedar, tekanan juga dapat dikurangkan kerana badan yang sihat dan aktif sekaligus dapat menghindari dari tekanan.


Dengan menyertai aktiviti sebegini masa juga dapat digunakan sebaiknya. Pakar gaya hidup sihat mencadangkan, setiap aktiviti boleh dilakukan sekurang-kurangnya 10 minit sehari atau 3 kali seminggu selama 20 ke 30 minit setiap kali beraktiviti terutamanya bagi mereka yang sibuk. Jadikan ia sebagai rutin setiap hari untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat.


Tidur Berkualiti

Untuk pastikan hari kita dapat dijalani dengan baik, mood yang ceria dan lancar, pastikan kita dapat tidur yang cukup 6 hingga ke 8 jam sehari. Sudah pasti hari kita akan jadi lebih berkualiti.


Berdasarkan laporan daripada World Sleep Association (WSA), peratusan individu yang mengalami masalah gangguan tidur semakin meningkat. Mereka terdiri daripada 35% rakyat Malaysia dan hanya kira-kira 53% pekerja sahaja yang memperoleh tidur tujuh (7) jam yang mencukupi setiap malam.


Kekurangan tidur boleh memberi kesan yang besar kepada kesihatan fizikal dan mental, termasuk keadaan seperti insomnia dan kemurungan. Oleh itu, pastikan kita tidur selewat-lewatnya jam 11 malam untuk mendapatkan tidur yang cukup setiap hari.

 

Makanan Tambahan

Semua sedia maklum, pada zaman kini kita terdedah dengan pelbagai pencemaran persekitaran. Tidak ketinggalan juga makanan pada masa kini lebih banyak hipster dan telah diubahsuai menjadi lebih enak dan sangat menyelerakan. Keadaan ini menjadikan persekitaran kita tidak seimbang dan diet seharian kita juga menjadi tidak seimbang.


Jadi adalah penting untuk kita ambil makanan tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi dalam badan serta mencukupkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan fungsi badan yang sihat. Selain itu bertujuan untuk bantu meningkatkan daya ketahanan tubuh sekaligus bantu merendahkan risiko dijangkiti penyakit yang tidak diingini.


Baca juga: Cherry blossom di Jeju


Penutup


Amalan gaya hidup sihat


Realiti yang selalu dinafikan? Adakah kita antara yang terlukis didalam gambar untuk 5 atau 10 tahun akan datang? Pilihan semua ditangan kita. Jika kita memilih untuk dapatkan kesihatan yang baik hingga ke hujung usia, ubahlah gaya hidup yang sihat dari sekarang juga. Masih belum terlambat untuk praktikkan 
6 amalan gaya hidup sihat yang telah Atul kongsikan di atas. Mula dengan langkah dan tindakan yang pertama, insyaAllah akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita. Pastikan amalan gaya hidup yang sihat menjadi amalan sekeluarga, barulah kehidupan lebih tenang, ceria dan kualiti kesihatan lebih terjamin.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#atulhamid

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !