Roti puri ini kalau makan waktu panas bersama keluarga tersayang memang seronok kan. Bahagia rasa. Jadi untuk entri kali ini Atul ingin kongsikan 2 jenis resepi buat roti puri mudah dan sedap.
Resepi Roti Puri Mudah dan Sedap Tanpa Yis
Bahan-bahan
1 setengah cawan tepung gandum
½ sudu besar gula
½ sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
Setengah cawan air
Cara memasak
1. Gaul semua bahan kecuali air.
2. Kemudian tambahkan sedikit demi sedikit air sehingga doh tidak melekat ditangan (Tidak perlu habiskan air jika doh sudah okay)
3. Kemudian bulat-bulatkan seperti bola pingpong dan ketepikan. Biarkan doh rehat selama 15 minit.
4. Akhir sekali, canaikan doh dan goring dalam minyak panas tetapi api yang kecil.
Siap untuk disediakan.
Kredit Resipi: Suhaira Iznie Ismail
Resepi Roti Puri Mudah dan Sedap dengan Yis
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis (Atul guna yis Mauripan)
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air panas
Cara memasak
1. Gaulkan ke semua bahan-bahan kecuali air.
2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air panas, gaul rata, dan uli sehingga doh tidak melekat ditangan (Tidak perlu habiskan air jika doh sudah okay)
3. Kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong dan ketepikan. Biarkan doh rehat selama 15 – 30 minit.
4. Setelah adunan kembang, lenyekkan dengan penggelek.
5. Akhir sekali, goreng dalam minyak panas tetapi api yang kecil.
Siap untuk disediakan.
Kredit Resipi : cik puan julieta
Tip untuk memasak roti puri
Ketika mencanai / lenyekkan doh, pastikan tidak terlalu nipis. Kalau nipis nanti, tak berapa nak jadi kembong. Jadi melecur je. Silap-silap kempis je nanti hehe Tapi bila kempis rasanya macam keropok. Rangup je.
Ketika menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas. Tapi api kecil. Kalau besar api nanti, hangit pula hehe
Ni paling penting, untuk jadikan roti puri kembong macam belon, ketika menggoreng, perlu curahkan minyak ke atas roti tadi, baru elok naik kembong roti puri. Nah tengok video yang cun ni ha ha
Okay, itu je tipnya.
Selesai menggoreng, bolehlah cicah dengan sambal ikan bilis, kuah sardin, dan kuah kari.
Menu ini sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja, terutamanya pada waktu sarapan, dan minum petang hingga menjelang Maghrib .
Selamat mencuba
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)