Jeragat: Jenis, punca dan cara pudarkan jeragat

Atul Hamid
0

Kehadiran jeragat boleh menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri terutama sekali untuk berdepan dengan orang ramai. Jeragat merujuk kepada tompok-tompok gelap pada wajah. Jeragat juga dikenali sebagai hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi tidak berbahaya tetapi ia membuatkan kulit kelihatan tidak cantik dan tona menjadi tidak sekata. 



Apakah jeragat?


Jeragat atau hiperpigmentasi adalah kawasan kulit yang menjadi gelap daripada tona asal akibat:

👉 Peningkatan sel melanosit di dalam kulit

👉 Sel melansot menghasilkan melanin yang berlebihan


Hiperpigmentasi boleh berlaku secara tompokan kecil pada mulanya. Namun jika dibiarkan, ia mula akan merebak dan memenuhi keseluruhan muka dan badan. Ini kerana ia bersifat hidup dan tumbuh. Itu adalah proses bagaimana jeragat membiak.


Apakah maksud melanin?


Melanin adalah pigmen yang menentukan warna kulit seseorang. Semakin gelap warna kulit seseorang, semakin tinggi jumlah melanin yang dimilikinya. Melanin dihasilkan oleh sel melanosit dengan tujuan mengelak kerosakan dalaman pada DNA kulit apabila sesuatu perkara berbahaya berlaku kepada kulit. Jadi sebenarnya jeragat ada satu reaksi kulit melindungi diri sendiri.


Punca jeragat muncul dikulit

Punca utama menyebabkan jeragat muncul ialah

👉 Kulit terdedah kepada sinar ultra ungu daripada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang.


👉 Kulit mengalami keradangan iaitu tindak balas berbentuk perlindungan yang tercetus oleh kecederaan, jangkitan kuman atau kerosakan tisu.


Kedua-dua keadaan ini menyebabkan peningkatan penghasilan melanin. Yang mana semakin kerap kulit terdedah kepada cahaya matahari, semakin tinggi risiko untuk mengalami jeragat.

Baca juga: Bahaya sinar UV

Faktor lain yang boleh menjadi punca jeragat adalah:

👉 Pengambilan ubat hormon dan pil kontraseptif seperti yang berlaku kepada pesakit melasma.

👉 Kulit yang lebih gelap sudah sedia memiliki melanin yang banyak

👉 Apabila hormon berubah atau kecederaan berlaku pada kulit, tompok hitam sangat mudah berlaku

👉 Ubat atau produk yang boleh meningkatkan tahap kepekaan kulit terhadap cahaya matahari.

👉 Trauma yang berlaku kepada kulit seperti luka atau terbakar.

👉 Usia semakin meningkat menjadikan penghasilan kolagen di dalam kulit berkurangan lalu ia memudahkan kehadiran jeragat pada kulit

👉 Penggunaan kosmetik dan alat solek yang tidak serasi dengan kulit

👉 Serangan radikal bebas yang merosakkan kulit dan menjadikan lapisan kulit menipis., lalu ia mudah terhakis disebabkan sinaran UV


Jenis-jenis hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi mempunyai banyak jenis tetapi tiga jenis hiperpigmentasi yang popular adalah:


Melasma

Melasma sering berlaku kepada wanita mengandung atau individu yang mengambil ubat hormon dan pil kontraseptif kerana perubahan hormon yang berlaku


Hormon estrogen dan progestron yang tinggi, menyebabkan aktiviti sel melanosit meingkat dan menghasilkan lebih banyak melanin


Pendedahan kepada sinar ultra ungu juga menyebabkan terjadinya melasma atau membuatkan melasma menjadi lebih teruk.

 

Freckles

Freckles mempunyai dua kategori iaitu ephelides dan solar lentigo

👉 Ephelides adalah nama lain bagi freckles. Sering dimiliki oleh individu berkulit cerah dan berpunca daripada genetik

👉 Solar lentigo terjadi akibat pendedahan yang terkumpul daripada sinar matahari tanpa perlindungan menyebabkan ia muncul sekitar usia 40-an

 

Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)

PIH adalah tompok-tompok gelap yang berlaku selepas jerawat pulih dan sering dipanggil sebagai bekas jerawat atau parut jerawat


Ia bukanlah parut yang sebenar, sebaliknya adalah perubahan warna kulit pada kawasan berkaitan

Punca PIH adalah peningkatan melanin yang berlaku apabila kulit alami keradangan atau kecederaan semasa proses pemulihan kulit


Cara bantu pudarkan masalah jeragat


Setiap jeragat mengambil masa untuk dipulihkan kerana kulit setiap individu adalah berbeza dan perlu menggunakan teknik yang berbeza. Walaupun tidak semua jeragat boleh dihilangkan  sepenuhnya tetapi hampir semua jeragat boleh dipudarkan dengan rawatan-rawatan tertentu.

 

Jeragat boleh dipudarkan dengan 2 jenis kategori rawatan iaitu:

👉 Rawatan topikal

Penggunaan bahan yang mengawal aktiviti sel melanosit seterusnya menghentikan penghasilan melanin berlebihan seperti vitamin C, kojid acid dan retinoid


👉 Rawatan klinikal

Rawatan klinikal adalah rawatan yang memerlukan khidmat pakar estetik atau ahli dermatologi.

Antara rawatan yang popular adalah laser, peel, chemical peel, dan dermabrasion

Sesetengah jeragat seperti melasma dan solar lentigo yang kritikal tidak boleh dirawat dengan rawatan tropikal tetapi boleh dipudarkan dengn rawatan klinikal.


Selain itu, boleh juga usaha kurangkan masalah jeragat dengan pengambilan seperti


👉 Vitamin C

Penting dalam pembentukan kolagen. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C. Ini kerana vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik

👉 Vitamin E

Terkenalsebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan Beta carotene.

👉 Protein

Protein membantu mengurangkan kesan hitam atau kulit mati akibat jeragat. Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat protein yang cukup. Ini kerana protein membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.


👉 Air

Air sangat penting dalam pengaliran darah, penyerapan semua untuk nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah. 

 

Penutup

Untuk memastikan jeragat tidak hadir di muka walaupun telah mencecah usia 40-an hendaklah sentiasa rajin dan konsisten memakai pelindung suria. Ini kerana pelindung suria memainkan peranan penting untuk melindungi kulit muka dan mencegah kulit daripada membentuk jeragat. Mencegah lebih baik dari merawat. Begitu juga dengan masalah jeragat. Adalah lebih baik melindungi kulit daripada merawat untuk memudarkan jeragat kerana belum tentu ia boleh hilang sepenuhnya.


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !