Jeragat merupakan tompok-tompok coklat pada kawasan kulit yang disebabkan terdedah terlalu lama pada sinaran matahari. Jeragat tidak berbahaya tetapi kehadirannya membuatkan diri rasa tidak selesa untuk berdepan dengan orang ramai. Ini kerana Tompok jeragat akan meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jerawat. Jadi tidak hairanlah ramai yang mencari jalan untuk menghilangkan jeragat. Berikut Atul kongsikan beberapa petua tradisional untuk hilangkan jeragat yang mungkin berkesan untuk anda. Petua ini bukan sahaja mudah, tetapi bahan-bahannya juga boleh didapati dari dapur anda sahaja.
5 petua hilangkan jeragat diwajah
1. Aloe vera
Aloe vera atau lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan berduri tanpa daun yang banyak khasiatnya untuk kesihatan, terutama sekali untuk kulit dan rambut. Aloe vera banyak digunakan dalam pembuatan set penjagaan kulit kerana salah satu fungsinya untuk melembabkan kulit.
Untuk jeragat, Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efektif untuk melawan pigmentasi kulit. Ia telah menjadi salah satu petua tradisional yang digunakan secara turun-temurun untuk rawatan menghilangkan jeragat.
Namun perlu diingat, sekiranya anda alahan dengan Aloe Vera, atau menjadi keradangan, kegatalan ketika mennggunakannya, henti serta merta kerana kemungkinan besar kulit anda tidak sesuai dan serasi dengan petua ini.
2. Teh Hijau
Selalu kita dengar teh hijau sangat bagus untuk kuruskan badan. Betul tak? Sebenarnya, teh hijau juga membantu untuk menghilangkan jeragat di muka.Teh hijau berperanan untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan dapat menghalang adrogen dalam kulit.
Selain itu, teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iriitasi pada kulit. Teh hijau juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.
Disebabkan teh hijau bersifat antiinflamasi, jadi ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit termasuklah jeragat.
Cara menghilangkan jeragat dengan teh hijau adalah dengan merendam beg tehhijau ke dalam air suam/air panas selama 5 minit, kemudian angat beg the hijau dan gosok perlahan-lahan di kawasan yang bertompok hitam. Akhir sekali bilas muka dengan air suam.
3. Putih telur
Tahukah anda, telur bukan sahaja enak untuk di makan, tetapi telur juga banyak manfaat untuk kecantikan. Sebab itulah telur sejak dulu lagi tersenarai dalam petua kecantikan turun termurun kerana khasiatnya bagus untuk kulit. Memang telur berbau hanyir, namun telur kaya dengan kandungan asid amino dan zat besi yang bagus untuk kecantikan kulit termasuk untuk menghilangkan jeragat dimuka.
Cara untuk hilangkan jeragat di wajah dengan telur, pertama sekali pastikan wajah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian, ambil putih telur dan sapukan dibahagian wajah yang mempunyai jeragat. Biarkan seketika sehingga kering, dan ulang semula untuk lapisan kedua. Setelah kering sepenuhnya, bilas muka dengan air suam. Petua ini boleh dilakukan dua kali seminggu.
4. Lemon
Parut jerawat merupakan salah satu jenis jeragat yang dikenali sebagai Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH). Sebab itulah lemon mampu memudarkan jeragat yang degil serta mencerahkan kulit kerana ia sangat berkesan untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit.
Caranya, ambil 2 - 3 sudu the jus lemon dan sapukan ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 10 minit kemudian bilan dengan air sejuk. Boleh lakukan setiap hari.
Alternatif lain yang boleh dibuat, potong lemon (jangan terlalu nipis) campurkan sedikit madu asli, gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) dan biarkan 10 ke 15 minit dan bilas.
5. Serbuk kunyit
Serbuk kunyit sebenarnya salah satu petua hilangkan jeragat secara tradisional.
Kajian menunjukan bahawa curcumin yang terdapat dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang boleh menyebabkan jeragat.
Cara untuk hilangkan jeragat dengan kunyit adalah campurkan 1 sudu the serbuk kunyit bersama jus lemon. Kacau sehingga ia membentuk sebatian pekat. Kemudian oles pada kawasan yang ada tompok jeragat sahaja. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air suam. Amalkan petua ini hanya seminggu sekali sahaja.
Baca: Biji ketumbar
Penutup
Menarikkan petua yang Atul kongsikan ini. Tapi perlulah diingatkan, selain di atas, petua pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan menjaga rutin penjagaan muka. Pastikan wajah dibersihkan dua kali sehari dan yang paling penting adalah jangan sesekali terlepas pakai krim perlindungan dari sinar matahari atau lebih dikenali sebagai sunscreen. Sebaiknya pakai sunscreen yang mengandungi SPF-50 kerana di Malaysia sunscreen terbaik adalah yang mengadungi SPF-50 dan sekurang-kurang SPF-30. Wajib pakai hari-hari walaupun hanya duduk dirumah sahaja.
Setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Satu lagi pesanan buat anda semua, perkongsian petua hilangkan jeragat diatas adalah cara tradisional yang telah diamalkan oleh mereka yang terdahulu. Perlulah diingatkan bahawa setiap kesan terhadap individu adalah berbeza. Sekiranya serasi buat anda, bolehlah teruskan amalan ini, tetapi jika tidak sesuai, jangan diteruskan. Perlu diingatkan, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap kesan yang dialami oleh anda jika mempraktikkannya. Semoga bermanfaat.
Menarik tips jeragat tu atul. Boleh guna2 macam2, yang penting rajin buat kan
ReplyDeletememang geram dengan jeragat rasa nak gores².. bila dia dah ada susah nak ilang.. mujur ade info nih .. mekasih
ReplyDeleteBialah dah awal 40 an nih... muka memang ada jeragat kalau tak jaga lagi teruk nanti boleh cuba perkongsian ini. - Bonde
ReplyDeleteMenarik juga cara ni semua. Tinggal kena ada satu lagi resepi iaitu kerajinan😂😂
ReplyDeleteOhh wowo... absolutely spotted on all your info shared here for acne prevention. Thanks so much for this, absolutely helpful. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeletemenariknya atul..tq share…benda mudah dapat ada disekeliling kita ja, tinggal nak buat atau tak ja..hehe
ReplyDelete