Aplikasi Sujood: Tabung derma masjid secara online

Atul Hamid
1

Wang ada yang panggil dolar, ada yang panggil ringgit, ada juga yang panggil pound sterling. Jika kita usaha dan tawakkal insyaAllah wang akan kita dapat. Duit yang diperoleh kebiasaannya digunakan untuk keperluan diri, keluarga, hiburan dan kepuasan hati. Wang atau di Malaysia dipanggil wang Ringgit berfungsi sebagai medium penukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Satu unit akaun adalah satu unit ukuran nombor piawai bagi nilai pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan urusan lain. Ia juga perlu bagi persetujuan perdagangan yang melibatkan hutang. Wang sangat penting dalam kehidupan harian seperti kata yang popular, duit buat segala galanya tetapi segalanya memerlukan duit.

Aplikasi Sujood medium kutipan derma masjid


Kemanakah duit yang kita belanjakan haruslah dalam keadaan berhemah. Kita tak perlu habiskan semua duit yang ada. Kita mesti menyimpan untuk masa hadapan sekiranya berlakunya kecemasan dan sebagainya. Termasuk untuk keperluan pendidikan anak-anak, perubatan dan sebagainya. Selain itu, rezeki yang berkat adalah rezeki yang turut berkongsi dengan masyarakat sekeliling yang memerlukan. Duit hasil usaha daripada kita bolehlah digunakan sedikit untuk disumbangkan kepada masyarakat. Pelbagai medium yang boleh kita gunakan untuk menginfakkan duit kita seperti wakaf, anak-anak yatim, asnaf, fakir miskin dan masjid. Untuk kegunaan masjid , aplikasi Sujood telah dibangunkan untuk menjadikan medium kutipan derma bagi pihak masjid daripada orang ramai. Ini sangat berguna kepada semua pihak sama ada pihak masjid dan orang ramai.

Aplikasi Sujood

Pihak masjid boleh mendaftar dalam aplikasi Sujood ini untuk mengumpul dana daripada orang ramai selain daripada tabung derma masjid. Dengan adanya Sujood ini, derma akan menjadi lebih cepat untuk mencapai sasaran. Tidak terhad kepada ahli Qariah atau orang yang mengunjungi masjid juga, orang luar yang tidak pernah sampai ke masjid turut sama menderma untuk menjayakan lagi masjid. Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan sekiranya kutipan derma yang diterima meningkat. Selain itu, risiko duit cash yang berada didalam tabung masjid juga dapat dikurangkan. Pihak masjid dapat mengurangkan risiko kadar jenayah pecah tabung masjid. Dengan transaksi secara maya ini, pengurangan cash di tangan dan duit terus menerus ke akaun bank masjid. Kutipan juga menjadi lebih telus kerana setiap transaksi masuk ke dalam akaun masjid ada di dalam rekod. Sejumlah wang yang masuk dan keluar akan tercatat dan ketelusan kegunaan wang masjid dapat diterapkan. Selain itu, orang ramai juga dapat menderma tanpa mengeluarkan cash. Dunia hari ini menyaksikan kurangnya penggunaan cash dan segala transaksi adalah dalam bentuk maya. Oleh itu, dengan aplikasi Sujood ini, dapat pihak masjid manfaatkan untuk memudakan urusan penderma untuk menderma di masjid.

Orang ramai yang diluar masjid juga berpeluang menderma melalui aplikasi Sujood. Sebagai contoh, masjid yang terletak di Melaka ini iaitu Masjid Institusi Salmah Khamis, Masjid Tanah. Yang memerlukan sumbangan orang ramai untuk mengimarahkan lagi masjid dengan aktiviti - aktiviti keagamaan. Link untuk menderma ke masjid itu adalah https://masjidsalmahkhamis.sujood.net.

Tabung Masjid

Tetapi tidak salah untuk kita mengunjungi Melaka yang terkenal dengan empayar kesultanan melayu Melaka suatu ketika dahulu. Melaka atau digelar Melaka Negeri bersejarah adalah terletak di barat Semenanjung Malaysia. Bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor. Perjalan selama 2 jam sahaja dari Kuala Lumpur dengan kemudahan Lebuhraya Plus dan Keretapi laju ETS memudahkan lagi perjalanan untuk sampai ke negeri ini. Dengan jolokan bersejarah tersebut Melaka mempunyai banyak monumen peninggalan sejarah dahulu kala yang boleh dilawati pengunjung. Aktiviti yang paling teruja di sini sudah tentulah bergambar di dek utama kapal perang ini seperti ala-ala watak Jack Sparrow. Lokasinya terletak tidak jauh dari Jonker Street dan merupakan sebuah replika kapal perang Portugis. Destinasi ini pasti memberi anda satu pengalaman yang unik dengan konsep persembahan penceritaan sejarahnya yang lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak. Terdapat pameran-pameran dan replika lain di dalam muzium kapal ini berserta dengan paparan informasi yang lengkap.


Salah satu muzium di Melaka yang pasti membuatkan anak-anak tidak sabar untuk lawati. Kapal selam yang terletak di Pantai Klebang dan saiz yang besar ini dibina pada tahun 1979 namun setelah tamat beroperasi kini dijadikan muzium untuk lawatan orang ramai. Anda pasti terkejut bila melangkah masuk ke dalam kerana saiz laluan yang agak sendat. Waktu cuti memang ramai dan sesak di dalam tetapi mujurlah ada sistem penghawa dingin yang baik. Bunyi siren di dalam muzium ini pasti memberi anda satu pengalaman yang baru yang hanya ada di negeri Melaka.


Untuk melihat pandangan dari tempat tinggi menara Taming Sari adalah jawapannya. Pengunjung berpeluang menaiki menara ini dengan dek berkaca tertutup yang akan naik ke atas dan berpusing berterusan secara perlahan 360 darjah. Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini anda dapat melihat majoriti tarikan pelancongan yang ada di sekitar Bandar Hilir Melaka seperti Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Bukit St John, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya. Waktu paling best untuk mencuba adalah waktu petang kerana berpeluang melihat keindahan panorama matahari terbenam atau pada waktu malam dengan keindahan neon warna-warni yang menghiasi Bandar Melaka.


Untuk merasai keindahan pantai, Pantai Klebang adalah jawapannya. Tidak jauh daripada Bandar Hilir Melaka, pasti akan merasai angin pantai yang nyaman. Klebang juga terkenal dengan air coconut shake yang pasti menghilangkan dahaga pengunjung. Tidak susah untuk ke Melaka kerana terdapat banyak hotel, rumah tumpangan yang boleh disewa untuk bermalam di Melaka. Melaka juga kaya dengan khazanah alam semula jadi dan popular untuk kunjungan pengunjung. antaranya adalah zoo melaka yang menempatkan pelbagai spesis binatang yang kita jarang tengok. Pakej bermesra dengan binatang pasti akan membuatkan kita tidak akan melupakan peristiwa tersebut. Selain itu juga, terdapat taman buaya yang boleh kita lihat binatang tersebut secara dekat. binatang buas ini dikawal selia rapi oleh pihak zoo dan tidak berbahaya untuk kita berkunjung. Terdapat juga Taman botanikal Melaka yang indah. Kita boleh beriadah berjoging di trek yang disediakan di samping melihat pemandangan yang hijau. Terdapat juga taman burung yang kita boleh memberi makan kepada burung tersebut. Jom kita ke negeri Melaka kerana terdapat banyak tempat menarik disini.

 

Kemudahan Aplikasi Sujood

Berbalik kepada Aplikasi Sujood ini, terdapat beberapa kemudahan lain selain daripada derma masjid. Antaranya adalah Pengguna boleh membayar zakat melalui aplikasi Sujood. Pelayar Sujood telah menyenaraikan pusat zakat di Malaysia. Pengguna boleh terus kepada link tersebut dengan memilih negeri masing-masing. Transaksi zakat dapat dilaksanakan tanpa perlu mencari amil zakat atau ke pejabat zakat. Ini berlaku kebiasaan pada bulan Ramadhan, Di penghujung Ramadhan, mungkin terlupa untuk membayar awal. Pengguna boleh terus membayar secara maya sahaja. Dengan itu, bayaran yang wajib telah pun dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

Kemudahan Sujood


Selain itu juga, Aplikasi Sujood juga ada menyediakan tazkirah yang boleh pengguna mengambil manfaat daripadanya. Disediakan oleh para asatizah di negara ini pasti akan membuatkan pengguna dapat menimba ilmu melalui aplikasi ini. Ini sangat membantu dalam mengingati tugas kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Selain itu, orang luar juga boleh menderma tanpa mendaftar diri di dalam aplikasi sujood. Kita yang sudah mendaftar boleh menekan butang kongsi link di dalam sesuatu pautan masjid. Kita boleh kongsikan link masjid kepada orang ramai melalui aplikasi whatsapp dan facebook. Dengan kita berkongsi dengan orang lain, saham akhirat kita insyaAllah akan berpanjangan diatas asbab perbuatan baik yang kita kongsikan. Selain itu, orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat diri boleh memilih untuk menyembunyikan diri. Pengguna tersebut boleh menekan butang hamba Allah, hanya paparan hamba Allah sahaja yang keluar. Ini dapat menjimatkan masa dan tidak mendedahkan nama penderma kepada masjid.

 

Faedah aplikasi Sujood

Sujood app ini berfaedah kerana dapat membantu pihak masjid berkongsi makluman derma kepada orang ramai dan sampai kepada orang ramai secepat mungkin. Terdapat banyak sebab untuk orang masjid melancarkan derma seperti keperluan sound system, karpet dan program imarah masjid. Dengan cara ini kutipan derma menjadi lebih cepat dan meluas sampai kepada semua orang. Pihak pemberi pula dapat beramal bersedekah kepada semua masjid di setiap masjid Malaysia ini. Ketelusan aplikasi Sujood tanpa lalu orang tengah akan meyakinkan orang ramai untuk menderma ke masjid melalui aplikasi ini. Kutipan masjid tidak terbatas kepada tabung sahaja. Meluas kepada semua penduduk di Malaysia ini. Orang ramai dapat menderma beberapa kali, tidak hanya kepada satu masjid sahaja tetapi kepada masjid yang lain juga. Orang Perlis boleh menderma untuk masjid di negeri Sabah. Orang Sabah juga boleh menderma untuk masjid di semenanjung Malaysia.

aplikasi sujood


Dengan derma orang ramai masjid akan menjadi teguh dan kuat. Orang mula mengunjungi masjid kerana terdapat banyak kelengkapan yang disediakan pihak masjid. Hubungan antara masjid dan orang ramai akan menjadi erat kerana saling memerlukan antara satu sama lain. Masjid adalah simbol umat Islam yang kita patut dipertahankan. Masjid kita adalah cerminan qariah di kawasan tersebut. Pasti apabila masjid menjadi indah dek kerana ahli qariah di kawasan tersebut. Selain itu, akan menjadi tarikan orang luar untuk ke kawasan tersebut. Orang bukan Islam juga boleh mengunjungi kawasan masjid dan siapa tahu menjentik hati mereka untuk menerima Islam. Tanggapan mereka terhadap agama ini ada yang dingin, jadi dengan menjadikan masjid pusat tumpuan di tempat tersebut pasti dapat menangkis segala persepsi buruk masyarakat bukan Islam di situ. Nama agama Islam akan terpelihara dan merealisasikan agama Islam sebagai agama Indah dan damai.

 

Kesimpulan

Jom kita sama sama menggunakan aplikasi Sujood ini untuk membuat amal kebajikan. Sesungguhnya orang yang rajin menderma tidak akan berkurang sedikit pun hartanya. Harta yang kita infakkan kepada masjid pasti akan menjadi saham kita di akhirat sana. Orang yang bermurah hati insyaAllah Allah akan cukupkan rezekinya. Orang yang memberi adalah lebih mulia daripada yang menerima. Tidak perlu tunggu kaya untuk menderma, derma sahaja ketika kita belum ada. InsyaAllah berjaya.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke laman web mereka di: https://sujood.net/

Post a Comment

1Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !