Resdung: adakah bahaya dan perlu dirawat? apakah tanda dan punca resdung?

Atul Hamid
2


RESDUNG, sekiranya tidak segera dirawat boleh jadi makin parah! Betulkah?

Resdung

Apa itu resdung?

Resdung atau sinus merupakan kerengsaan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Resdung boleh menjadi radang apabila keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan mambrane pada rongga resdung. Radang resdung sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. 

Resdung

“Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) yang juga Pakar Bedah Kepala dan Leher Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Wong Hui Tong, berkata, dalam tengkorak setiap manusia ada empat pasangan ruangan udara yang dipanggil paranasal sinus. Dalam setiap sinus, ada lapisan sel dan apabila sel-sel itu mengalami keradangan atau inflamasi, ia dipanggil sinusitis atau resdung. Namun begitu, resdung bukan penyakit keturunan, tetapi peluang ahli keluarga lain mendapat penyakit itu tinggi jika ada ahli keluarga sudah mengalaminya,”


Namun begitu ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit resdung ini, sedangkan ia berisiko tinggi kepada penghidapnya.


Jenis Resdung

Resdung terbahagi kepada dua:

👉 Radang resdung akut yang bermaksud berlaku kurang daripada tiga bulan

👉 Radang resdung kronik yang mana tempoh penyakit resdung itu sudah melebihi tiga bulan.

 

Punca Resdung

Resdung berlaku disebabkan oleh :


Alahan
Terhadap habuk, parasit, kutu, bulu haiwan peliharaan, debu bunga dan beberapa jenis makanan seperti makanan laut,  yang disebabkan struktur dalam hidung membengkak dan mudah mendapat resdung


Udara di dalam hidung terperangkap
Disebabkan oleh bahagian dalam hidung membengkak dan pertumbuhan kulat berlaku


Asap rokok
Asap rokok boleh menyebabkan pernafasan terganggu sehingga hidung berasa tidak selesa dan berair


Sakit atas gusi
ini kerana kuman dan bakteria dari kerosakan gigi merebak dengan mudah ke rongga resdung


Menyelam dan kulat
Terjadi apabila lokasi sungai atas kolam yang kotor atau tercemar turut menjadi faktor jangkitan resdung 


Struktur hidung abnormal
Akibat tulang tulang hidung patah atau senget juga berisiko


Ketumbuhan dalam hidung (polyp)
Ketumbuhan bahagian dalam hidung jika membesar boleh menyebabkan saluran hidung tersumbat sehingga menyebabkan resdung berlaku


Asid perut
Asid perut mungkin refluks ke atas sampai ke hidung. Bila tidur malam, hidung jadi tersumbat dan hingus jadi banyak. 


Iritasi kimia
Sensitif terhadap alat solek dan set penjagaan kulit


Faktor lain, seperti pesakit asma, tonsilitis dan gastrik mudah mendapat resdung kerana ia mempunyai kaitan dengan saluran pernafasan yang sama.

 

Tanda dan gejala berlakunya resdung

Di antara tanda dan gejala berlakunya resdung adalah seperti:

👉 Rasa sakit berpanjangan pada hidung

👉 Hidung tersumbat dan adakala hidung berbau busuk

👉 Keluar lendir berwarna hijau, kuning dan berbau busuk.

👉 Sakit tekak, tidak selesa dan batuk kerana lendir sudah mengalir dari hidung ke tekak

👉 Batuk teruk pada waktu malam

👉 Sakit kepala atau muka

👉 Jerawat pada muka

👉 Selsema berpanjangan

👉 Demam dan nafas tidak lancar

👉 Hilang deria rasa dan bau

👉 Hidung berdarah disebabkan alahan

👉 Kerap bersin

👉 Pipi, dahi dan bahagian di antara mata akan sakit

 dan terdapat tanda-tanda lain juga yang gejalanya berbeza pada setiap individu

 

Adakah resdung berbahaya dan perlu dirawat? Apakah kesan jika resdung dibiarkan?

Jika resdung dibiarkan terutama sekali jika sudah lama menghidap resdung, sehingga menyebabkan selsema sampai keluar nanah dari hidung beserta demam tinggi berlarutan antara seminggu hingga ke dua minggu dan mengalami masalah deria bau mungkin akan berkekalan dan sukar dipulihkan.

Kesan kepada kanak-kanak

Untuk kanak-kanak, resdung boleh menyebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. 


Resdung

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Dengan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.


Pada tahap kritikal,doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.



Kesan kepada orang dewasa

Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.


Keadaan ini mengakibatkan saluran mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding yang tebal.


Sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan sinus neurosurgery.Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.


Resdung kronik

Sekiranya individu yang ada resdung berada pada tahap kronik, bimbang ia tidak boleh dirawat, kebarangkalian boleh menyebabkan jangkitan hingga ke mata dan otak.


Jika resdung sudah mengganggu bahagian mata, bimbang boleh menyebabkan mata merah, membengkak dan juga kabur .


Jangkitan yang merebak ke bahagian otak pula jika tidak dirawat, sengsara penyakit itu boleh menyebabkan demam tinggi seterusnya sawan.


Oleh itu perlulah berjumpa doktor pakar dengan segera untuk dapatkan rawatan sebelum terlambat. Bagaimanapun, keadaan ini sangat jarang berlaku ketika ini kerana ramai penghidap telah mendapatkan rawatan sewajarnya.

 

Bagaimana cara mencegah resdung?

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mencegah dari terjadinya radang resdung adalah:

👉 Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

👉 Pastikan kelembapan di rumah baik

👉 Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara

👉 Berhenti merokok

👉 Hindari alkohol

👉 Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam

👉 Amalkan vitamin C setiap hari kerana ia bertindak sebagai anti-histamin

👉 Sokong tubuh dengan pengambilan makanan tambahan yang membantu tingkatkan daya ketahanan tubuh seperti vitamin ACE

 

Cara mengurangkan gejala resdung

Sekiranya telah menghidap resdung, jangan risau, pasti ada cara untuk mengurangkan gejala resdung. Antara yang boleh dilakukan adalah:

👉 Jaga kebersihan diri, tempat tidur, kawasan sekeliling

👉 Bernafas dalam wap panas dari semangkuk air (boleh tambah sedikit minyak angin)


Resdung

👉 Ambil ubat selsema yang disyorkan pakar bagi mengurangkan ketidakselesaan hidung

👉 Boleh amalkan pengambilan makanan tambahan khususnya untuk resdung seperti Set Resdung Shaklee

👉 Amalkan pengambilan vitamin C setiap hari kerana ia berfungsi sebagai anti-histamin

👉 Berjumpa pakar ENT untuk dapatkan rawatan


Bagi resdung kronik, rawatan berikut amat membantu:

👉 Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)

👉 Penggunaan ubat Antihistamin dalam jangkamasa panjang

👉 Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran resdung.


Baca: Elakkan atau kurangkan bermain dari haiwan berbulu seperti kucing. Tapi kalau nak bagi kucing makan, boleh. Nah cara memilih makanan kucing

 

Penutup

Jadi adakah resdung bahaya? Sebenarnya penyakit resdung ini bergantung pada tahap yang dihadapi individu sendiri. Tidak semua individu mengalami gejala yang sama. Ada yang alahan pada makanan, ada yang tidak. Ada yang muka berjerawat tetapi tidak mempunyai resdung tetapi ada yang muka licin mempunyai resdung. Ada pula Individu yang merasa keliru dengan gejala yang di alami. Sekiranya dia mengalami resdung yang kronik, maka dia perlu berjaga-jaga dan dapatkan rawatan segera sebelum lebih parah. Oleh itu, amat penting untuk peka dengan tahap kesihatan supaya setiap penyakit, dapat diberikan rawatan awal bagi mengelak kemudaratan. Masalah resdung boleh dicegah sekiranya dikenalpasti awal. Seperti Atul sendiri, alhamdulillah sekarang telah bebas dari masalah resdung dan boleh makan makanan laut, yang mana sebelum ni kalau makan makanan laut atau terdedah dengan habuk, akan menyebabkan gatal satu muka, tapi sekarang tidak lagi. Alhamdulillah.


Semoga entri ini bermanfaat buat awak yang berusaha untuk atasi masalah resdung yang dihidapi.


Post a Comment

2Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. 1st time got to know about resdung from your detailed sharing here. Thanks so much, I had informative read . Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  2. resdung ni memang seksa. asyik bersin jer. pantang ada habuk sikit setiap pagi mesti bersin. ada tu siap bertukar suara jadi sengau. baiklah ambil alternatif utk kawal. insyaAllah should be ok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !