Pengedar Shaklee Perlis

Atul Hamid
0

Pengedar Shaklee Perlis | Di Malaysia, pengedar Shaklee memang ramai. Ada yang aktif berniaga dan ada yang tidak berniaga tetapi mereka hanya aktif pembelian untuk makan dan kegunaan sendiri. Atul juga merupakan salah seorang pengedar Shaklee yang aktif. Atul aktif berniaga secara offline dan online. Atul juga telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 lagi.

Pengedar Shaklee Perlis

Pengedar Shaklee kawasan mana?

Atul kini menetap di Kangar Jaya, Perlis. Jadi Atul adalah seorang pengedar Shaklee Perlis. Atul aktif berniaga secara offline dan melakukan Cash on Delivery (COD) di seluruh negeri Perlis. Walaupunbegitu Atul juga merupakan pengedar Shaklee aktif yang berniaga secara online dan menyediakan servis penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

 

Siapa Atul Hamid?

Nama sebenar ialah Jamatuladauyah binti Abdul Hamid. Lebih di kenali sebagai Atul Hamid. Atul Hamid merupakan branding name untuk diri Atul. Atul mendaftar sebagai pengedar Shaklee yang Sah pada Oktober 2013. Tahun ini merupakan tahun ke-10 Atul bersama Shaklee. Ini bermakna telah satu dekad Atul mengamalkan produk Shaklee.


Pengedar Shaklee Perlis


Atul telah berkahwin, ada sepasang cahaya mata. Untuk pengetahuan semua, suami dan anak-anak Atul juga mengamalkan produk Shaklee. Pada tahun 2020, Atul telah berjaya naik pangkat pertama dalam Shaklee, iaitu Supervisor. Alhamdulillah dengan Shaklee Atul telah berjaya peroleh pendapatan dengan sebanyak 5 angka setahun dan 4 angka setiap bulan walaupun Atul hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

 

Bagaimana Atul boleh aktif berniaga Shaklee?

Sebenarnya pada awal sertai Shaklee, Atul hanya berniat untuk dapatkan harga ahli sahaja. Lebih menjimatkkan. Pada saat itu Atul mencari produk yang boleh bantu ikhtiar hamil. Alhamdulillah dengan izin Allah, Atul berjaya hamil. Seterusnya membuatkan Atul mencuba pelbagai jenis produk Shaklee sehingga membuatkan Atul jatuh cinta dengan produk Shaklee. Bermula dengan hanya memakan suplemen Shaklee, kemudian mendapat efek yang sangat memuaskan hati antaranya seperti

  • Hormon stabil
  • Berat badan yang ideal dan kekal kurus
  • Kulit bertambah sihat
  • Masalah resdung dan sembelit tiada

Dan banyak lagi dapat kalau nak disenaraikan.

Kini Atul merupakan salah seorang usahawan Shaklee yang aktif dan memperoleh pendapatan setiap bulan dari Shaklee.

Atul pilih untuk melakukan bisnes Shaklee, yang pertama sekali adalah untuk membantu lebih ramai individu yang perlukan bantuan dari segi kesihatan dengan menyebar dan berkongsi manfaat produk Shaklee kepada semua rakyat Malaysia.

Selain itu, dengan melakukan bisnes Shaklee ini, Atul ingin membantu individu yang hendak menambah pendapatan, samada secara sepenuh masa atau sampingan. Tak kira samada dia seorang bekerjaya atau suri rumah, bahkan pelajar yang telah berusia 18 tahun ke atas juga boleh sekiranya hendak membuat bisnes Shaklee. Alhamdulillah dengan melakukan bisnes Shaklee ini sedikit sebanyak dapat menambah lagi kewangan keluarga serta sebagai satu kerjaya buat Atul yang mana Atul merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Seronokkan? Walaupun seorang suri rumah tetapi ada pendapatan sendiri. Ada suri rumah yang berminat tak? Kalau ada, meh kita sembang-sembang hehe


Siapa Anggerik Legacy?

Atul mempunyai team Shaklee sendiri yang diberi nama Anggerik Legacy. Ahli Shaklee yang bernaung dibawah team Anggerik Legacy lebih daripada 100 orang. Mereka bukan sahaja dari Perlis, tetapi dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Namun begitu, Atul masih mencari mereka yang belum berdaftar sebagai Ahli Shaklee untuk mendaftar dan sertai team Shaklee Atul, Anggerik Legacy. Banyak peluang yang boleh didapat sekiranya mendaftar keahlian Shaklee ini.

 

Kenapa kena beli dan mendaftar dengan Atul?

👉 Atul merupakan pengedar Shaklee yang aktif dan telah mendaftar keahlian sejak tahun 2013

👉 Atul merupakan seorang Shaklee Lover. Telah 10 tahun setia bersama Shaklee dan banyak kesan positif yang telah Atul dapat setelah mengamalkan produk Shaklee. (Testimonial sendiri)

👉 Ada team Shaklee sendiri iaitu Anggerik Legacy

👉 Atul aktif melakukan bisnes Shaklee secara online dan offline.

👉 Untuk bisnes online, medium yang Atul gunakan adalah blog, facebook, instagram, Whatsapp dan Google.

👉 Atul mempunyai stock untuk COD dan semua produk Shaklee adalah dari Syarikat Shaklee Malaysia. Jadi, untuk seluruh kawasan Perlis, boleh dapatkan produk Shaklee daripada Atul.

👉 Manakala untuk luar Perlis juga masih boleh berurusan dengan Atul kerana khidmat pos juga disediakan. Servis penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

👉 Atul Sedia memberi tunjuk ajar dan konsultansi kepada yang memerlukan.

👉 Aktif menyediakan poster dan info untuk ahli team Anggerik Legacy.

👉 Aktif sertai kelas produk, kelas marketing kelas bimbingan dan aktiviti yang disediakan oleh upline dan Shaklee.

👉 Sesiapa yang daftar ahli dengan Atul bebas memilih samada hendak berbisnes atau hanya untuk makan sendiri.

👉 Boleh sertai cabutan bertuah sekiranya layak setelah membuat belian dengan Atul. (Bergantung kepada keadaan)

👉 Walaupun Atul hanya seorang pengedar Shaklee, Atul telah diajar cara pengambilan vitamin dengan betul,vitamin yang sesuai dan cara consultasi yang berkesan.

 

Di Perlis ada pengedar Shaklee aktif tak?

Mestilah ada dan Atul Hamid adalah orangnya. Atul adalah pengedar Shaklee aktif di Perlis. Sekiranya berminat untuk membeli produk Shaklee dan menyertai team Atul untuk berkongsi segala manfaat produk Shaklee, Atul sangat mengalu-alukan kehadiran anda. Sebenarnya banyak kelebihan bila mendaftar sebagai pengedar Shaklee ini. Jadi sekiranya berminat, jom daftar dan sertai Shaklee bersama team Shaklee Atul, Anggerik Legacy dengan tekan pada gambar dibawah ini.

Pengedar Shaklee Perlis


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#atulhamid

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !