Awal Muharram: sejarah tahun Islam, amalan sunat serta doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah.

Atul Hamid
2


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam. Pada hari tersebut berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.


Awal Muharram: Sejarah tahun Islam, Amalan sunat,  Doa akhir tahun & doa awal tahun Hijrah

Oleh itu, bulan Muharam telah menjadi bulan permulaan bagi kalendar umat Islam mengikut kalendar hijrah. Bagi memperingati kisah hebat penghijrahan Nabi Muhammad SAW serta meraikan tahun baharu bagi umat Islam, awal muharram bersamaan 1 Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


Sejarah Tahun Islam

Kalendar Hijrah bermula pada zaman Khalifah Ar-Rasyidin kedua iaitu Saidin Umar Al-Khattab R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat ketika menetapkan tarikh untuk tahun Islam bermula. Antara cadangan para sahabat adalah seperti ketika kelahiran Nabi Muhammad SAW, ketika Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai nabi dan rasul. Namun begitu, Saidina Umar telah memilih untuk menetapkan tahun Islam berdasarkan tahun hijrah Rasulullah SAW dari Kota Makkah ke Madinah sebagai tahun pertama dalam takwim Islam.


Setelah mendapat kata sepakat bagi penetapan tahun pertama dalam takwin Islam,  timbul pula masalah bagi menetapkan bulan pertama dalam tahun Hijrah. Namun, perkara ini dapat diselesaikan apabila Saidina Umar memilih bulan pertama dalam tahun Hijrah adalah bulan Muharram. Ini kerana Muharram adalah bulan selepas umat Islam menunaikan ibadah haji.


Penetapan ini adalah untuk mengingatkan bahawa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi titik permulaan dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan bermacam cabaran dan kesukaran yang dihadapi namun dengan izin Allah SWT baginda berjaya melakukannya sehingga Islam tersebar luas hingga ke hari ini.


Amalan Sunat di bulan Muharram

Pada bulan Muharram, ada satu amalan yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam iaitu memperbanyakkan puasa sunat. Bulan Muharram adalah bulan yang afdhal berpuasa selepas bulan Ramadan.


Puasa Sunat

👉 Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram. Puasa sunat ini dinamakan puasa Asyura kerana 10 Muharram dikenali sebagai Hari Asyura. Hari Asyura adalah hari yang dicari fadhilatnya iaitu puasa Asyura, yang mana pada hari ini akan diampun dosa untuk setahun yang lalu. Asal usul hari Asyura ini adalah dari perkataan Arab, “Asyara” yang bermaksud sepuluh.


Lafaz niat puasa sunat Asyura


Muharram

👉 Selain itu, umat Islam juga boleh melakukan puasa sunat Tasu’a. Puasa Tasu’a adalah puasa sehari sebelum hari Asyura iaitu pada 9 Muharram. Untuk makluman anda, maksud Tasu’a adalah diambil daripada perkataan nombor sembilan dalam bahasa Arab iaitu 'Tis A'.


Lafaz niat puasa sunat Tasu’a


Muharram


Panduan untuk melakukan puasa sunat Asyura

👉 Berpuasa sehari sebelum atau selepas 10 Muharram

👉 Berpuasa pada 10 Muharram sahaja

👉 Berpuasa sehari sebelum dan selepas 10 Muharram


Doa Akhir tahun dan awal tahun Hijrah

Sempena ketibaan bulan Muharram, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir tahun bagi mengakhiri penghujung tahun Islam dan membaca doa awal tahun bagi menyambut kedatangan dan permulaan tahun baru Islam. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. InsyaAllah.


Doa akhir tahun Hijrah

Muharram


Doa awal tahun Hijrah

Muharram


Panduan membaca doa

👉 Doa akhir tahun Hijrah hendaklah dibaca selepas solat Asar dan pastikan sebelum masuk waktu Maghrib (iaitu akkhir waktu Asar)

👉 Doa awal tahun Hijrah hendaklah dibaca selepas masuk waktu Magrib. Iaitu setelah masuk 1 Muharram. Ini kerana mengikut kalendar Islam, pertukran tarikh Hijri (Hijrah) bermula selepas masuknya waktu Mahgrib.

👉  Berikut adalah perkongsian doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.


Baca: Doa mustajab depan Kaabah


Kesimpulan

Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantangkan’ iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Tetapi larangan ini telah ditamatkan selepas pembukaan Makkah. Sejak itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan amal ibadah tanpa terikat dengan larangan tersebut.

Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (Shahrullahi). Oleh itu, tidaklah ada bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam disisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadan selain bulan Muharram. Disebabkan besar kehormatan bulan ini, ia telah dinamakan sebagai bulan Allah SWT.


Awal Muharram

Sempena kedatangan tahun baharu Islam ini, menguatkan lagi azam kita semua untuk meningkatkan amal ibadat, melakukan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. 


Selamat menyambut Maal Hijrah


Post a Comment

2Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Salam maal Hijrah..Cuya first time dtg sini, nak follow tapi tk jumpa pulak button follow nya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !