5 jenis kerja dari rumah yang boleh buat duit

Atul Hamid
2

Zaman sekarang apa sahaja yang boleh buat duit, waima kerja dari rumah sahaja mesti jadi bila dilakukan. Walaupun status anda seorang suri rumah, penganggur, pelajar atau apa sahaja, kalau rajin mesti boleh buat duit. Zaman sekarang dah banyak permintaan, cuma penawaran je yang masih kurang. Jadi, jika tahu cari peluang, kerja dari rumah sahaja boleh jana pendapatan sampingan yang lumayan.

 

5 jenis kerja dari rumah yang boleh buat duit dengan modal yang rendah

Kerja dari rumah boleh buat duit
 

Jual Ais Krim Malaysia

Ais krim Malaysia, dari zaman Atul budak lagi dah ada yang jual. Pelbagai perisa ada. Mak Atul sendiri selalu buat masa Atul kecil dulu. Ais krim Malaysia tidak luput dizaman malah zaman sekarang ia semakin popular kerana zaman sekarang lagi bermacam jenis perisa ais krim Malaysia yang ada seperti Oreo, Vanila, Solero, Choki-Choki dan pelbagai lagi. Bukan budak-budak je suka ais krim Malaysia, malah orang dewasa pun turut menyukainya.

5 jenis kerja dari rumah yang boleh buat duit

Jadi, bolehla cuba jual ais krim Malaysia yang mana ia hanya bermodalkan plastik ais krim, jus pelbagai perisa yang hendak dijual dan gula atau susu. Cara pengiklanan boleh maklumkan pada group whatsapp kawasan kejiranan anda atau di status whatsapp. Selain itu boleh juga letakkan ais krim Malaysia di kedai-kedai yang sudi menjualnya. Jangan tak tahu, sebatang ais krim Malaysia kini adalah antara RM1-RM2 sebatang mengikut perisa yang dijual.

 

Bisnes online

Sekiranya anda aktif menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter atau apa sahaja media sosial, anda boleh cuba melakukan bisnes online. Zaman sekarang orang ramai lebih gemar membuat belian secara atas talian. Bagi mereka transaksi atas talian lagi mudah, dan cepat. Terutama sekali bagi mereka yang sibuk dengan kerja hakiki sehingga tidak mempunyai cukup masa untuk membeli belah.

5 jenis kerja dari rumah yang boleh buat duit


Untuk bisnes online sebenarnya banyak pilihan yang boleh anda buat. Antaranya seperti menjadi ejen, dropship, dan affiliate. Atul sendiri merupakan seorang suri rumah yang buat bisnes online dari rumah sahaja. Atul merupakan seorang pengedar Shaklee sepenuh masa. Sekiranya berminat nak cuba buat bisnes online dari rumah, boleh
baca 9 tips untuk memulakan bisnes online dari rumah.

 

Penulis bebas / penulis blog / penulis upahan

Sekiranya anda minat menulis dan suka membaca, bolehlah meluaskan minat tersebut dengan menulis di blog. Kerja sebagai penulis blog ini tidak memerlukan modal. Tetapi anda boleh membuat duit dari kerja ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda hanya perlukan kerajinan untuk menulis di blog. Dengan memilih satu niche untuk ditulis, membuka akaun google dan akaun di blogspot.com anda telah boleh mula menulis. Menulis setiap hari dan kongsikan di media sosial untuk mendapatkan pembaca dan usaha untuk menaikkan statistik pembaca setiap hari. Apabila telah melepasi syarat yang ditetapkan anda boleh menjana pendapatan dari blog iaitu dari akaun Google Adsense (GA). Pihak GA akan membayar dalam bentuk USD dan paling minima adalah 100usd. Sekiranya anda mempunyai pembaca blog yang tinggi setiap bulan, dan penulisan anda menepati kata kunci yang Google tetapkan, tidak mustahil anda boleh kreditkan hasil GA setiap bulan dengan nilai yang berganda.

5 jenis kerja dari rumah yang boleh buat duit


Selain dari penulis blog, sekiranya penulisan anda menarik dan pandai membuat copywritting, pasti penulisan anda akan dibayar sebagai penulis upahan. Harga untuk penulis upahan ini bergantung pada kompeni yang upah anda, selalunya paling minima RM100 per entri. Kalau 10 entri sebulan, sudah pasti RM1,000 dalam genggaman.

 

Pengulas berpengaruh


5 jenis kerja dari rumah yang boleh buat duit


Zaman teknologi moden ini, hanya rangkaian internet semuanya dihujung jari, siapa yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut di media sosial boleh merebut peluang untuk menjadi pengulas produk berbayar. Selalunya lagi ramai pengikut, lagi tinggi bayaran yang akan diterima. Atul sendiri pernah menerima RM400 untuk satu tugasan sahaja yang mana videonya hanya dalam 1 minit sahaja. Menarikkan?

 

Youtuber

5 jenis kerja dari rumah yang boleh buat duit


Seorang yang kreatif, menghasilkan video yang unik, berinfomasi dan mampu meraih ramai penonton di Youtube, akan mendapat ganjaran dari Youtube sendiri.Dengan memilih niche mengikut kepakaran sendiri, dan konsisten menghasilkan video yang menarik seperti memasak, menyanyi, perlancongan, berkhemah dan bermacam lagi sehingga boleh viral video tersebut, lagi pihak Youtube suka. Tahukah anda bahawa bayaran diberikan dalam nilai USD dan sebulan boleh mencecah ribuan ringgit.


Baca: Cara untuk move on

 

Kesimpulan

Kerja dari rumah sebenarnya banyak yang boleh dilakukan. Ada secara online ada juga yang tidak. Apapun kerja yang hendak dilakukan perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Namun begitu, perlu diingatkan sekiranya menerima tugasan dari syarikat untuk mengiklan atau membuat ulasan hendaklah pastikan latar belakang syarikat itu terlebih dahulu untuk mengelakan sebarang penipuan berlaku. Semoga entri ini dapat membantu anda mencari idea untuk melakukan kerja dari rumah.


Post a Comment

2Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. betul..pucuk pangkal nya..rajin...
    kann?

    ReplyDelete
  2. Paling minat dgn penulisan, tp selalu separuh jalan.. kena ada mentor baru akan jadi minat rasanya.!! 😌

    kad kahwin digital

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !