Kisah Wira Special Constable (SC) Pak Said

Atul Hamid
0


Ini kisah abah Atul. Kisah ini dipaparkan di Facebook Balai Polis Bota pada 15 Julai 2021 yang lalu.

Wira Special Constable


Alhamdulillah, Allah masih bagi abah kudrat dan kesihatan yang baik walaupun usianya telah mencecah 85 tahun pada tahun 2023 ini.


Kalau dengar betul-betul depan abah kisah CS nya dulu, meremang bulu roma. Panjang untuk diceritakan. Jadi, dengan adanya coretan ringkas dari Balai Polis Bota ni, dapatlah kita tahu dan kenali serba ringkas wira-wira negara yang telah berkorban dan berjasa demi masa depan kita semua.

Jadi, Atul ambil keputusan untuk simpan kisah ini di blog Atul.

Abah, Adik bangga jadi anak abah. Adik sayang abah dan mak sampai bila-bila. Sayang tiada had.


Baiklah, jom baca kisah wira ini.


KISAH WIRA SPECIAL CONSTABLE (SC) PAK SAID

Wira (SC) Pak Said atau nama sebenarnya Tuan Haji Abdul Hamid bin Alang Ahmad telah dilahirkan di Kampung Sedingka, Padang Changkat, Bota, Perak pada tanggal 25 Februari 1938. Merupakan anak kelima daripada 10 adik-beradik yang mana abang sulungnya merupakan seorang pesara polis iaitu Sarjan (B) Haji Md Isa bin Alang Ahmad yang merupakan seorang pejuang negara dan artikel mengenai beliau pernah admin terbitkan sebelum ini di dalam FB Balai Polis Bota.

Abah ketika usia 83 tahun


Beliau telah menerima pendidikan sehingga darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Padang Changkat, Bota, Perak. Selepas persekolahan beliau ketika itu masih remaja berumur 18 tahun, pada Oktober 1956 sebelum Tanah Melayu menyambut kemerdekaan, anak muda ini telah mempunyai tekad untuk berbakti kepada nusa dan bangsa menyertai pasukan keselamatan yang dipanggil sebagai Special Constable (SC). Dengan berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi, beliau telah mengikuti latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Tanjung Keling, Melaka selama hampir 2 bulan. Selepas tamat latihan, tugasan sulung beliau bersama Platun Papan Pusing Batu Gajah terdiri daripada 36 orang kesemuanya.


Misi pertama Pak Said

Misi pertama Pak Said apabila telah dihantar untuk menjejaki maklumat kumpulan komunis terdiri daripada 7 orang keseluruhannya yang bersembunyi di sekitar kawasan Batu Gajah Ekoran kejayaan misi tersebut melalui pertempuran sengit membuahkan hasil kejayaan sehingga berjaya membuat tangkapan dan membunuh musuh-musuh tersebut. Selang seminggu kejayaan yang dikecapi tersebut, beliau sekali lagi diberi tanggungjawab  memburu saki-baki komunis di kawasan Batu Tujuh, Tanjung Tualang berikutan maklumat terdapatnya tujuh orang komunis yang bersembunyi di kawasan tersebut.

Gambar hiasn - Gambar abah taktahu mana hilang, jenuh cari

Ketika pertempuran berlaku suasana dimana lokasi tersebut dihujani dengan peluru-peluru memasuki waktu subuh oleh kedua-dua belah pihak yang mana ketika itu Pak Said menggunakan senjata jenis rifle untuk berjuang dan mempertahankan negara. Atas keberanian yang ditonjolkan tiada tolok bandingannya platun Pak Said telah berjaya menangkap kesemua tujuh pengganas komunis tersebut yang mana diketuai oleh seorang wanita.


Sekadar gambar hiasan

37 tahun berkhidmat

Hampir 37 tahun menabur bakti untuk nusa, bangsa dan negara, pada tahun 1993 Pak Said telah bersara daripada SC dan bekerja sebagai pemandu di Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Perak Tengah. Beliau yang masih dikurniakan kekuatan tulang empat kerat turut melakukan kerja-kerja sampingan di sawah dan kelapa sawit miliknya sendiri demi untuk menyara sembilan orang anaknya.

Semangat keperwiraan yang dipamerkan oleh Pak Said tersebut ternyata membuahkan hasil apabila kita sehingga kini dapat menikmati kehidupan yang aman dan tenteram. Semoga jasa dan pengorbanan Pak Said tidak hanya hilang ditelan zaman sebaliknya menjadi teladan kepada generasi muda masa kini agar sama-sama memelihara kesejahteraan dan kedaulatan negara yang tiada ternilai ini.


Sumber: Facebook Balai Polis Bota


Kesimpulan

Walaupun kisah yang dikongsikan oleh admin Balai Polis Bota ini ringkas, namun ketahuilah kalian, ketika Abah Atul ditemubual ini, Abah rasa teruja sangat. Kerana kisah ini amat bermakna buat abah.


Kalau korang dengar kisah abah depan-depan, lagi teruja. Sampai sekarang masih ada lagi tanda yang tinggal kesan daripada bertugas sebagai SC.


Masa temubual berlangsung, Atul takde, mak Atul ada. Tapi sekarang, mak dah tiada. Hanya kenangan bersama mak yang sentiasa ada. Al-Fatihah buat Mak Atul.


Baca: Selawat ke atas Nabi


Sebelum berakhir, Atul nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Balai Polis Bota, kerana sudi mencoret kisah Abah Atul di Facebook kalian. 


Terima kasih Abah, Wira Special Constable Negara.

Demi keamanan, keselematan Negara, Agama dan Bangsa 💗


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !