Semut Charlie bahaya dan beracun

Atul Hamid
0


Semut Charlie atau Tomcat
bukanlah serangga yang baru, tetapi serangga ini popular dengan bisanya yang beracun sehingga berbahaya. Serangga ini dapat ditemui ditempat-tempat tertentu seperti sawah padi. Serangan Charlie akan menyebabkan mangsa kesakitan dan melepuh. Kadang kala boleh menjadi lebih serius. Jadi, dalam entri ini Atul hendak kongsikan beberapa info tentang semut Charlie agar kalian kenal dan boleh elak dari terkena bisa semut Charlie.

Semut Charlie bahaya dan beracun

Apakah itu semut Charlie?

Charlie atau nama lainnya Semut Semai, Semut Kayap, atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rove Beetle atau Tomcat. Di seluruh dunia, terdapat 600 spesies yang serupa dengan Charlie. Serangga ini memiliki sifat kosmopolitan, tersebar di pelbagai tempat. Makanan utama semut Charlie termasuk air manis, madu, sisa makanan, dan serangga kecil.


Ciri-Ciri

Ciri utama serangga ini adalah ia mempunyai saiz badan yang kecil iaitu berukuran antara 1 hingga ke 35 mm. Asal usul serangga ini daripada keluarga Staphylinidae yang mempunyai nama Latin Paederus littoralis.

Semut Charlie bahaya dan beracun


Badannya berbelang jingga dan perang. Kepala dan hujung abdomen berwarna hitam.
 Bahagian atas badan Charlie berwarna jingga gelap, sementara bahagian bawah abdomen (perut) berwarna hitam. Serangga ini kelihatan merangkak seperti semut, tetapi sebenarnya ia adalah sejenis kumbang dan mempunyai sayap yang tersembunyi.


Habitat

Habitat Charlie banyak ditemui di kawasan seperti sawah, taman bandar, dan juga hutan. Ia sangat suka kawasan yang lembap. Selain itu, Charlie juga biasa ditemui berdekatan dengan haiwan dan tumbuhan yang telah reput, kerana ia juga merupakan serangga pemakan bangkai. Seperti yang tertulis didalam Encyclopedia Britannica edisi 4 Januari 2018, jenis Lomechusa dan Atemeles di Eropah serta Xenodusa di Amerika Utara, spesis ini hidup di dalam sarang semut atau rayap.


Charlie
akan datang ke kawasan perumahan manusia pada waktu malam. Ini kerana ia tertarik kepada cahaya lampu yang terang. Ia juga boleh terbang atau dibawa oleh angin, terutamanya selepas kejadian hujan lebat/banjir, di mana ia berpindah ke tempat yang lebih kering. Kemungkinan semakin tinggi aras kediaman, semakin tinggi risiko kehadiran ‘Charlie’ kerana ianya memasuki aras tinggi dengan bantuan angin. Mereka biasanya mengelak daripada panas disiang hari. 


Dari pengalaman Atul, Semut Charlie yang terdapat dikawasan rumah Atul akan muncul pada waktu malam, terutamanya ditempat yang ada cahaya lampu. Sebab itu, apabila malam, Atul dan jiran tetangga akan pastikan lampu tangga dan koridor ditutup. Dalam rumah pula akan pastikan langsir ditutup rapat dan kalau boleh lampu juga ditutup. Tapi kadang-kadang ia muncul juga sebab saiznya yang kecil boleh masuk mengikut celah-celah pintu atau tingkap.


Cecair Charlie bisa dan beracun

Semut Charlie adalah bahaya. Ini kerana ia mempunyai cecair yang mengandungi bisa dan racun. Yang mana bisa Charlie lagi bahaya dari bisa ular tedung. Racun itu digunakan untuk mempertahankan diri dan menyerang musuh. Charlie tidak menggigit atau menyengat, tetapi apabila terancam, ia mengangkat bahagian belakang badannya seperti kalajengking dan mengeluarkan cecair beracun yang dikenali sebagai 'paederin'  (C24H43O9N) untuk mengancam musuhnya.Sekiranya serangga ini dipicit atau dipukul ianya akan merembeskan paederin yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit manusia jika terkena. Selain itu, Semut Charlie bergerak dan menyerang secara berkelompok, yang menjadikan bisa mereka lebih berbahaya dan amat menyakitkan.

Semut Charlie bahaya dan beracun
Sumber: Google

Racun yang terdapat dalam cecair tubuh mereka boleh menyebabkan kulit melepuh, terbakar, serta mengakibatkan dermatitis linearis yang menghasilkan ruam merah, gatal, alergi dan boleh menjadi luka jika tidak diatasi. Kulit akan menjadi kemerahan, gatal dan melepuh selepas 12-36 jam dan mengambil tempoh beberapa minggu untuk pulih. Keradangan kulit yang disebabkan oleh serangga ini dinamakan paederus dermatitis. Kadangkala boleh meninggalkan parut kekal pada sesetengah individu. Semut Charlie juga dikaitkan dengan penyebaran bakteria dan kuman, dan boleh menjadi masalah kesihatan apabila berada dalam kawasan kediaman manusia.


Semut Charlie juga boleh merosakkan tumbuhan dan tanaman yang dijadikan makanan utama mereka, menyebabkan gangguan ekologi dalam kawasan yang mereka penuhi. Mereka juga boleh menjadi masalah dalam kebun dan rumah, serta menyebabkan masalah kesihatan dan kebersihan jika dibiarkan berkembang tanpa kawalan.


Simptom terkena bisa dan racun Charlie

Jika kena cecair semut Charlie boleh menyebabkan kesan yang tidak menyenangkan dan kadang-kadang membahayakan. Berikut adalah simptom dan kesan yang mungkin timbul jika terkena semut Charlie:


1. Rasa sakit

Rasa sakit di kawasan yang terkena adalah simptom yang biasa dialami. Racun semut Charlie boleh menyebabkan kulit terbakar, melepuh dan rasa menyengat.

2. Bengkak

Cecair dari semut Charlie boleh menyebabkan bengkak jika terkena, sehingga boleh menyebabkan kawasan itu menjadi lebih besar dari biasa.

3. Kemerahan

Kulit di sekitar kawasan yang kena mungkin menjadi kemerahan dan bervariasi dalam intensiti.

4. Gatal-gatal

Cecair dari semut Charlie juga boleh menyebabkan rasa gatal-gatal  dan ruam pada kulit.

5. Reaksi alergi

Ada sesetengah orang akan mengalami reaksi alergi yang lebih serius bila terkena cecair semut Charlie. Sehingga boleh menyebabkan kesukaran bernafas, pembengkakan yang serius, ruam yang teruk di seluruh badan, dan reaksi sistemik yang memerlukan perhatian perubatan segera.

6. Jangkitan

Jika temapat yang terkena cecair semut Charlie tidak dirawat dengan betul, ia boleh menyebabkan luka terbuka dan berisiko mengalami jangkitan bakteria serta bernanah.

7. Rasa pedih, panas atau terbakar

Beberapa individu mungkin mengalami kepedihan, panas atau terbakar di kawasan yang terkena cecair sehigga menyebabkan rasa tidak selesa.

8. Lebam

Sesetengah orang kesan terkena racun semut ini menyebabkan lebam yang teruk

9. Gangguan kesihatan

Bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang lemah, racun semut Charlie mungkin menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius


Untuk makluman, setiap individu boleh mengalami simptom yang berbeza-beza, Jika terdapat reaksi alergi atau simptom yang serius, segera dapatkan bantuan perubatan untuk penjagaan yang tepat. Selain itu, elakkan merosak sarang semut atau mengusir semut dengan tangan untuk mengelakan dari terkena jangkitan


Cara merawat jika terkena semut Charlie

Jika anda terkena gigitan semut Charlie, ikuti langkah-langkah berikut untuk merawatnya dengan betul:

1. Bilas Gigitan

Segera bilas kawasan gigitan dengan air bersih dan sabun lembut. Ini membantu membersihkan kawasan tersebut dan mengurangkan risiko jangkitan.

2. Letakkan
ais

Letakkan ais yang dibalut dengan kain bersih pada kawasan yang terkena. Ini membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak.

3. Jangan Garu

Elakkan menggaru kawasan yang terkena, walaupun rasa gatal. Garu boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan meningkatkan risiko jangkitan.

4. Gunakan Krim Antihistamin

Anda boleh menggunakan krim antihistamin tanpa preskripsi yang membantu mengurangkan kemerahan, bengkak, dan gatal-gatal pada kawasan gigitan.

5. Hindari Alergi

Jika anda menyedari reaksi alergi yang serius seperti kesukaran bernafas, bengkak di muka, atau gatal-gatal di seluruh badan, segera dapatkan bantuan dari pakar perubatan.

6. Letak krim antibiotik

Jika kawasan sengatan mengalami keradangan atau bernanah, anda boleh menggunakan krim antibiotik untuk membantu melawan jangkitan.

7. Amalkan Garam Epsom

Garam Epsom (magnesium sulfat) boleh membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada kawasan sangatan. Campurkan beberapa sudu garam Epsom dalam air panas dan rendam kaki atau kawasan yang terkena selama beberapa minit.

Semut Charlie bahaya dan beracun


8. Minum air banyak
Amalkan minum air yang banyak untuk membantu mengurangkan racun dalam badan dan meningkatkan proses penyembuhan.

9. Elakkan tempat terbuka
Sekiranya mengalami gejala terlalu teruk, elakkan berada di tempat terbuka atau berhampiran sarang semut Charlie untuk mengelakkan gigitan yang lebih banyak.

10. Dapatkan rawatan pakar jika serius
Selalu pantau kawasan yang kena untuk memastikan tiada tanda-tanda jangkitan atau reaksi alergi yang lebih serius. Jika ada perubahan yang mencurigakan, dan semakin teruk sila dapatkan rawatan dari pakar secepat mungkin.


Cara mencegah semut Charlie

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegah kehadiran semut Charlie. Antaranya:


👉 Kurangkan penggunaan cahaya di dalam rumah kerana ianya menarik perhatian serangga untuk hinggap di kawasan lebih cerah

👉 Tutup tingkap dan pintu bagi mengurangkan kemasukan ‘Charlie’ ke dalam rumah

👉 Pasangkan jaring serangga yang paling halus pada tetingkap rumah dan gunakan gam pelekat serangga di tempat-tempat yang kerap dijumpai Charlie


Semut Charlie bahaya dan beracun


👉 Penggunaan lampu “LED Warm White” dapat mengurangkan tarikan
 Charlie

👉 Sekiranya hinggap pada badan, hembus secara perlahan untuk mengelakkan ‘Charlie’ merasa terancam dan mengeluarkan cecair paederin

👉 Segera basuh dengan sabun dan air sebelum cecair paederin meresap ke dalam kulit

👉 Sekiranya cadar dicemari Charlie, basuh menggunakan sabun dan air panas sebelum digunakan semula.

👉 Elakkan daripada memakai pakaian yang terlalu terdedah untuk mengelakkan sentuhan secara langsung dengan serangga ini

👉 Aerosol anti serangga, perangkap berpelekat dan kelambu nyamuk yang halus juga boleh digunakan.


Kesan bisa Charlie. Atul pernah mengalaminya

Teringat dulu waktu di universiti, kalau kawan-kawan mencuci pakaian di tandas pada waktu malam, pasti diantara mereka akan terkena Charlie. Pada masa tu, Atul tak kena, melihat bagaimana rupa Charlie pun Atul tak tahu. Dengar cerita sahaja. Tapi sejak Atul tinggal di menetap dirumah sekarang, Atul kerap kena dengan Charlie, sampai bengkak muka, mata, bibir. Sakitnya hanya tuhan je tahu. Masa mula-mula kena memang seram tengok keadaan Atul. Mana tidaknya kulit melepuh, bernanah, berair, rasa panas dan sakit yang amat sangat.

Semut Charlie bahaya dan beracun


Kesimpulan

Kehadiran semut Charlie merupakan ancaman serius kepada manusia dan alam sekitar, dan tindakan perlu diambil untuk mengawal populasi mereka dan mencegah kemungkinan gigitan atau sengatan yang boleh membahayakan keselamatan dan kesejahteraan manusia. Memerangi semut Charlie merupakan tugas yang mencabar kerana mereka cepat membiak dan sukar dikawal. Penggunaan racun semburan dan kawalan integrasi serangga adalah beberapa kaedah yang biasa digunakan untuk mengawal populasi semut Charlie.


Kalau terkena Charlie jangan serik ya. Jom explore Gunung Banang pula. Tiada Charlie disini. 


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !