Manfaat CoQ10 untuk kesihatan jantung

Atul Hamid
0

Koenzim Q10 (Coenzyme Q10 atau CoQ10) merupakan sejenis molekul yang terdapat secara semulajadi dalam tubuh manusia. Ia berperanan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam sel-sel tubuh, khususnya di dalam mitokondria. Koenzim Q10 juga memainkan peranan sebagai antioksidan, melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.

Manfaat CoQ10 untuk kesihatan jantung

Dalam konteks kesihatan jantung, CoQ10 diketahui membantu meningkatkan tenaga jantung, melindungi sel-sel jantung, meningkatkan aliran darah, dan menyokong fungsi kardiovaskular keseluruhan. Kekurangan CoQ10 telah dikaitkan dengan masalah kesihatan jantung dan saluran darah tertentu. CoQ10 juga boleh didapati dalam makanan tertentu dan juga sebagai suplemen kesihatan.

 

Fungsi jantung dalam tubuh manusia

Jantung memainkan peranan penting dengan mengepam kira-kira 2,000 gelen darah ke seluruh badan setiap hari. Jantung merupakan otot yang paling keras bekerja dan berfungsi sebagai pusat kawalan utama sistem peredaran darah, yang memerlukan sejumlah besar tenaga untuk berfungsi dengan cekap.


Jantung bekerja tanpa henti untuk memastikan setiap sel menerima nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Oleh itu, penting untuk memberikan nutrien yang sesuai kepada jantung, seperti CoQ10 dan asid lemak omega-3, sebagai usaha menjaga kesihatan jantung dan sistem peredaran darah kita.


CoQ10 adalah nutrien yang membantu menyediakan tenaga kepada jantung dan juga menyokong kesihatan saluran darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh dan terdapat dalam semua sel. Walaupun makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10, jumlah yang dimakan melalui makanan biasanya kurang daripada 10 mg sehari.

 

Manfaat CoQ10 untuk kesihatan jantung

👉 Memberi tenaga dan menguatkan otot jantung

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung 1,2 dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

CoQ10 membantu meningkatkan tenaga yang diperlukan oleh sel-sel jantung untuk berdenyut dengan kuat dan efisien.

 

👉 Meningkatkan peredaran darah 

CoQ10 membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan beban pada jantung dan arteri. Ini kerana CoQ10 bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri3,4 meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.  Ia membantu meningkatkan aliran darah ke jantung, memastikan bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi.

 

👉 Mengoptimumkan denyutan jantung

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

 

👉 Mengurangkan keradangan

 Koenzim Q10 boleh membantu mengurangkan keradangan dalam arteri dan tisu jantung, kesannya risiko untuk dapat dan diserang penyakit jantung adalah rendah.  Ini kerana CoQ10 berfungsi melindungi sel-sel jantung daripada keradangan dan kematian, memelihara kesihatan jantung serta bantu meningkatkan fungsi keseluruhan sistem kardiovaskular, agar sihat selalu.

 

👉 Meningkatkan fungsi endotel

Koenzim Q10 dapat meningkatkan fungsi lapisan dalaman arteri (endotel) dengan cara meningkatkan keupayaan lapisan endotel untuk berfungsi dengan lebih baik serta menjaga keseluruhan kesihatan vaskular. Endotel memainkan peranan penting dalam mengawal pengembangan dan penyempitan arteri, mengawal aliran darah, dan mengelakkan pengumpulan plak yang boleh menyumbat arteri. Dengan meningkatkan fungsi endotel, CoQ10 membantu memelihara kesihatan saluran darah dan mengurangkan risiko masalah jantung.

 

Apakah itu CoQ10?

Koenzim Q10 (CoQ10) merupakan nutrisi larut lemak yang hadir secara semulajadi dan boleh didapati dalam semua bahagian sel tubuh. CoQ10 penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria (stesen janakuasa sel). CoQ10 umpama stesen janakuasa elektrik. Jika ia tiada, tiadalah elektrik yang akan dibekalkan. Tetapi, kalau ada stesennya sahaja, tapi tiada bahan yang hendak diproses menjadi elektrik, pun tak bermakna juga.

CoQ10 ini tinggi di dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia mampu menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksidan yang berkesan untuk melindungi sel-sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Apabila usia semakin meningkat, tahap CoQ10 dalam tubuh kita semakin menurun. Selain itu, individu yang mengamalkan pengambilan statin iaitu ubat menurunkan paras kolesterol dalam tubuh juga akan menyebabkan tahap CoQ10 semakin rendah di dalam tubuh. Jadi, untuk menambahkan CoQ10 dalam tubuh kita perlu mengambilnya dari pemakanan atau suplemen

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil 3kg daging, 100 cawan brokoli rebus, 100 sudu makan minyak Canola dan 3.3kg mentega kacang.



Persoalannya sekarang, agak-agak mampukah anda mengambilnya setiap hari?

 

Cadangan suplemen untuk kesihatan jantung yang kaya dengan CoQ10

 

CoQ-Trol Plus Shaklee

CoQ-Trol Plus Shaklee merupakan gabungan antara CoQ10 dan Polifenol dan kehadiran CoQ-Trol Plus Shaklee ini menggantikan Coq Health.

CoQ10

 

Keistimewaan CoQ-Trol Plus

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.


Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.

 

Manfaat CoQ-Trol Plus Shaklee untuk kesihatan jantung

  •  Membaiki peredaran darah yang sihat
  • Menguatkan otot jantung
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menyokong pengeluaran tenaga pada jantung
  • Menggalakkan dan melindungi arteri yang sihat daripada pengoksidaan LDL
  • Membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 dalam darah
  • CoQ-Trol juga mengandungi resveratrol, yang telah dibuktikan di dalam kajian makmal untuk Membantu melegakan saluran darah dan menggalakkan kesihatan aliran darah.

  

Ketahui info lengkap berkaitan CoQ-Trol Plus Shaklee


Kesimpulan

Jadi, CoQ-Trol Plus Shaklee merupakan suplemen yang sesuai untuk melindungi jantung. Ini kerana CoQ-Trol kaya dengan antioksidan yang bertindak untuk melindungi sel-sel jantung daripada kerosakan radikal bebas, sekaligus membantu mencegah penyakit jantung. Koenzim Q10 dan polifenol yang terkandung dalam CoQ-Trol membantu mengekalkan kesihatan jantung pada paras normal.

 

Kesihatan jantung perlu dititikberatkan supaya jantung dapat berfungsi dengan baik dan efisen. Ini kerana jantung yang sihat dapat meningkatkan kualiti hidup kita.

 

CoQ-Trol Plus Shaklee

1 Botol mengandungi 30 biji

Harga: RM 156.25

 

Untuk dapatkan lebih penjimatan, anda digalakkan untuk mendaftar keahlian Shaklee. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Atul.

 

Atulhamid

www.atulhamid

Supervisor Shaklee

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !