Vita-E Complex Shaklee

Atul Hamid
0

Vitamin E adalah sejenis nutrien yang larut dalam lemak dan berfungsi sebagai antioksidan penting bagi tubuh manusia. Vitamin E boleh disimpan oleh tubuh dalam tisu lemak. Vitamin E juga dikenali sebagai "tokoferol". Ia membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas dan berperanan dalam memelihara kesihatan kulit, sistem imun, dan fungsi sel-sel lain dalam tubuh. Vitamin E boleh didapati daripada makanan seperti minyak sayuran, kekacang, biji-bijian, dan produk-produk gandum.

Vitamin E

Vitamin E terdiri daripada 8 jenis antioksidan berbeza seperti 4 tocopherol dan 4 lagi tocopherol dengan alpha, beta, delta dan gamma dalam setiap satunya. Alfa-tocopherol adalah yang paling aktif terdapat dalam tubuh manusia. Vitamin E sintetik mempunyai tahap aktif atau nilai fungsi hanya separuh berbanding vitamin E semulajadi.


Khasiat, kelebihan dan manfaat vitamin E


Seperti yang kita tahu, vitamin E sangat popular untuk kesihatan kulit. Sebenarnya, banyak lagi kelebihan vitamin E. Antara kelebihan vitamin E adalah:

👉 Membantu menguatkan sistem imun dengan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan jangkitan dan penyakit.

👉 Kaya dengan antioksidan yang bertindak melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan awal dan penyakit kronik.

👉 Menyokong kesihatan kulit dengan membantu memperbaiki dan menjaga kelembapan kulit, membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan memberi kulit penampilan yang lebih muda.


Baca: Bio Essence Rose Gold Water


👉 Memperbaiki kitaran haid dengan cara bantu seimbangkan hormon dan memperbaiki masalah kitaran haid yang tidak teratur.

👉 Melindungi sistem saraf. Vitamin E berperanan penting dalam melindungi dan menyokong kesihatan sistem saraf, termasuk fungsi otak.

👉 Bantu tingkatkan kesuburan dikalangan lelaki dan wanita.

👉 Melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas, dan dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit mata seperti katarak.

👉 Bantu melebatkan rambut dengan menggalakkan pertumbuhan rambut dan menjadikannya lebih sihat.

👉 Bantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan melindungi arteri daripada kerosakan oksidatif, dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan masalah kardiovaskular.

👉 Menyokong kesihatan tulang dengan membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh.


Dos pengambilan Vitamin E sehari

Tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 200IU vitamin E setiap hari, bergantung kepada berat badan, umur dan keadaan kesihatan individu. Berikut Atul sertakan jadual dos pengambilan sehari vitamin E dah dos maksima secara umum bagi orang dewasa yang dibenarkan.


Sekiranya individu mempunyai masalah kesihatan, sedang hamil atau menyusukan anak, sekiranya ingin mengambil vitamin E, dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar kesihatan terlebih dahulu untuk mengetahui dos yang diperlukan mengikut keadaan diri.



Punca kemusnahan vitamin E dalam tubuh

Vitamin E boleh musnah dalam tubuh disebabkan oleh proses pengoksidaan. Pengoksidaan berlaku apabila molekul-molekul dalam badan berinteraksi dengan oksigen, dan ini boleh menyebabkan perubahan struktur vitamin E. Oleh itu, untuk mengekalkan kesan yang optimum, penting untuk mengambil langkah-langkah untuk melindungi vitamin E daripada pengoksidaan, seperti mengamalkan pemakanan yang kaya dengan antioksidan dan menyimpan makanan atau suplemen yang mengandungi vitamin E dengan betul.


Kesan kekurangan vitamin E dalam tubuh

Kekurangan vitamin E dalam tubuh boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, antaranya:

 

1. Kerosakan sel dan tisu
👉 Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan kerosakan kepada sel dan tisu dalam badan disebabkan oleh kekurangan perlindungan daripada antioksidan. Ini boleh menyebabkan penuaan sel yang lebih cepat dan risiko kerosakan DNA.

 

2. Masalah Kulit
👉 Kulit menjadi lebih rentan terhadap kerosakan daripada faktor-faktor luaran seperti sinaran UV dan pencemaran. Ini boleh menyebabkan masalah kulit seperti kering, gatal, dan kulit yang tidak sihat.


3. Masalah Kesihatan Mata
👉 Kekurangan vitamin E boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mata seperti katarak dan degenerasi makula, yang boleh membawa kepada masalah penglihatan dan kehilangan penglihatan.


4. Sistem Imun Lemah
👉 Vitamin E membantu memperkuat sistem imun tubuh. Kekurangan vitamin E boleh melemahkan sistem imun, menjadikan tubuh lebih rentan terhadap jangkitan dan penyakit.

 

5. Masalah Kardiovaskular
👉 Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan masalah kardiovaskular seperti peningkatan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi kerana vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menjaga kitaran darah yang sihat.


Sebenarnya bukan 5 sahaja kesan kekurangan vitamin E, malah banyak lagi kesan yang boleh berlaku jika kita mengabaikan pengambilan vitamin E setiap hari.

 

Sumber makanan yang kaya dengan vitamin E

Berikut adalah 10 makanan yang kaya dengan vitamin E, antaranya adalah:


1. Minyak bijan (sesame oil)
2. Kacang almond (almond)
3. Biji bunga matahari (sunflower seeds)
4. Minyak gandum (wheat germ oil)
5. Kacang Brazil (Brazil nuts)
6. Bayam (spinach)
7. Kiwi
8. Kacang hazelnut (hazelnuts)
9. Brokoli (broccoli)
10. Mangga (mango)

Makanan-makanan ini adalah sumber semulajadi yang baik untuk mendapatkan vitamin E dalam diet harian. Sentiasa pastikan untuk menyertakan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien dalam pemakanan harian anda untuk memastikan anda mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

 

Tips memilih vitamin E

 

Untuk dapatkan sumber vitamin E, selain daripada makanan dan sumber semulajadi, vitamin E boleh juga diperoleh daripada pengambilan suplemen. Berikut Atul sertakan tips memilih vitamin E terbaik dari Dr Bruce Miller. Tips memilih vitamin E adalah:

👉 Penting untuk memastikan vitamin E dari sumber semulajadi. Cara untuk mengetahui suplemen vitamin E dari sumber semulajadi atau tidak boleh dilihat pada label, seperti

✔ Huruf “d” kecil (d-alfa-tocoferol) - Sumber semulajadi

✔ Huruf “l” atau “dl” - Sumber Kimia atau tiruan

👉 Pasti ada perkataan mixed tocopherol pada label suplemen

👉 Pastikan suplemen vitamin E mengandungi “Selenium”


Kenapa perlu memilih suplemen vitamin E dari bahan sumber semulajadi?


Suplemen vitamin E perlu dipilih dari sumber semulajadi kerana ia lebih baik dan paling utama ia mudah diserap oleh tubuh berbanding suplemen dari sumber tiruan atau kimia.


Untuk makluman, suplemen dari sumber tiruan atau kimia ini sukar dan tidak dapat diserap oleh tubuh sepenuhnya. Keadaan ini akan menyebabkan toksik dan mewujudkan sel-sel abnormal dalam tubuh.

 

Cadangan pengambilan suplemen vitamin E
 

Semua sedia maklum, dipasaran terdapat banyak pilihan suplemen vitamin E. Tetapi dalam banyak-banyak pilihan tersebut, Atul sangat-sangat mencadangkan anda cuba amalkan suplemen vitamin E keluaran Shaklee.


Vitamin E

Ini kerana di Shaklee, suplemen vitamin E boleh didapati pada botol yang dinamakan Vita-E Complex. Vitamin E Shaklee berasaskan sumber semulajadi.

 

Keistimewaan vitamin E Shaklee

 

Vitamin E

1 Kapsul Vita-E Complex mengandungi:

👉 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi iaitu daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol dan ia mudah diserap oleh tubuh. 

👉 65mcg selenium untuk melengkapi kandungan vitamin E bagi memberi fungsi optimum kepada pengamalnya. 

👉 39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

 

Manfaat Vitamin E Shaklee

Sebenarnya banyak manfaat yang akan diperoleh sekiranya rajin mengamalkan pengambilan vitamin E, konsisten dan mengambil dalam tempoh yang lama. Antaranya seperti:

👉 Membantu mengurangkan kesan "keradangan" 

👉 Membantu mengurangkan risiko penyakit Parkinson. 

👉 Membantu luka cepat sembuh. 

👉 Membantu mengurangkan risiko kulit terbakar "sunburn". 

👉 Membantu meningkatkan fungsi kesihatan mata. 

👉 Membantu kanak-kanak yang ada masalah beta-thalassemia dan vitamin E deficiency. 

👉 Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit.

👉 Membantu melembabkan kulit serta menjadikan kulit ‘pinkish’

👉 Membantu meningkatkan fungsi sistem saraf 

👉 Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang. 

👉 Membantu merawat luka kecil di dalam tulang dan otak bayi pramatang. 

👉 Membantu menguatkan sistem imun

👉 Meningkat rasa ghairah ketika melakukan hubungan intim (suplemen cinta)

👉 Membantu menghasilkan sperma yang berkualiti dan aktif

👉 Bantu menurunkan paras bacaan kolesterol


Siapakah yang sesuai ambil vitamin E

Orang-orang yang sesuai untuk mengambil vitamin E ialah:

👉 Individu dengan masalah kulit:
👉 Individu dengan sistem imun yang lemah
👉 Individu yang mengalami masalah kesuburan baik lelaki mahupun wanita
👉 Individu yang mengalami masalah penglihatan
👉 Individu yang menghadapi risiko penyakit jantung
👉 Individu yang ingin meningkatkan kesan anti-penuaan
👉 Individu yang mengalami masalah keguguran rambut
👉 Individu yang menghidap diabetes
👉 Individu yang ingin meningkatkan rasa ghairah dalam hubungan intim
👉 Lelaki yang ingin kualiti sperma
👉 Individu yang ingin mengelakkan anemia
👉 Individu yang mempunyai masalah saraf dan otot
👉 Individu yang ingin menurunkan paras kolesterol
👉 Individu yang ingin mengurangkan keradangan
👉 Mengurangkan risiko penyakit kronik

 

Baca: Kenapa perlu ttc dengan vitamin E


Kenapa perlu dapatkan vitamin E Shaklee hari ini juga?

 

👉  Sebotol vita-E Shaklee ada 120 biji dan tahan sehingga 4 bulan. Lamakan? Sangat menjimatkan dan yang paling penting boleh dapat banyak manfaat dari sebotol vita-E Complex

👉  Vitamin E Shaklee mengandungi sumber semulajadi dan selenium

👉  Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU yang mana ia sesuai diambil oleh orang dewasa baik lelaki mahupun wanita dan boleh diamalkan setiap hari.


Pesanan ikhlas dari Atul bahawa

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

 

 

Harga sebotol: RM 160 / 120 biji
Saranan pengambilan: 1 biji sehari

 

Untuk dapatkan lebih penjimatan, boleh daftar keahlian sendiri atau hubungi Atul untuk bantuan pendaftaran.

Atul Hamid,
Supervisor Shaklee Malaysia
1077444

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !