Senarai pangkat Polis Diraja Malaysia

Atul Hamid
7


Polis Diraja Malaysia (PDRM)
merupakan sebuah badan beruniform yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara Malaysia. Polis Diraja Malaysia mempunyai banyak pangkat dan setiap pangkat mempunyai skop kerja dan tanggungjawab yang berbeza. Sebelum Atul kongsikan senarai pangkat PDRM, jom ketahui secara ringkas info tentang Polis Diraja Malaysia.


Sejarah Polis Diraja Malaysia


Secara ringkas, menurut sejarah, pasukan polis telah wujud sejak termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 1807. Yang mana pada ketika itu kebanyakan pegawai polis adalah berbangsa British. Pasukan polis berkembang ke negeri-negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Namun begitu, pasukan polis tersebut terhad di negeri masing-masing. Tetapi selepas dunia perang kedua, satu organisasi polis tunggal dengan pentdbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai “Civil Affair Police Force” (CAPF). Orgnisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu  bagi menjalakan tugas-tugas kepolisan.

 

Sebenarnya peranan polis telah bermula dari zaman kesultanan Melayu lagi di mana pada waktu itu telah wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang-undang. Tetapi pada ketika itu undang-undang yang wujud lebih menjurus kepada undang-undang adat ataupun undang-undang syariah. Untuk penguatkuasaan pula dijalankan oleh institusi Temenggung dan para hulubalang.

 

Hampir setahun selepas hari kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia atau PDRM.

 

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

 

Ibu pejabat PDRM terletak di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Ini merupakan ibu pejabat utama bagi pasukan Polis di Malaysia. Namun begitu, setiap negeri mempunyai Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) sendiri.

Senarai pangkat Polis Diraja Malaysia

Berikut Atul kongsikan senarai Ibu Pejabat Kontinjen Polis bagi setiap negeri.


  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perlis (IPK Perlis)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah (IPK Kedah)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang (IPK Pulau Pinang)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak (IPK Perak)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK Selangor)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan (IPK Negeri Sembilan)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka (IPK Melaka)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor (IPK Johor)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang (IPK Pahang)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu (IPK Terengganu)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan (IPK Kelantan)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah (IPK Sabah)
  • Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sarawak (IPK Sarawak)

 

Setiap Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri mempunyai Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) di setiap daerah dalam negeri.

 

Senarai pangkat dalam PDRM

 

Pangkat dalam Polis Diraja Malaysia ada 17 peringkat. Pangkat dibahagi kepada 2 kategori iaitu:

 

1. Kumpulan Pegawai Kanan Polis

  • Bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inpektor General Polis

 

2. Kumpulan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel

  • Bermula dari pangkat Konstabel sehingga Sub-Inspektor

 

Senarai pangkat Polis Diraja Malaysia dalam bentuk grafik

Senarai pangkat Polis Diraja Malaysia

Senarai pangkat serta istilah-istilah setiap pangkat Polis Diraja Malaysia

 

A. Pemerintah Tertinggi Polis

1. Ketua Polis Negara (KPN) : Inspector General of Police (IGP)

2. Timbalan Ketua Polis Negara : Deputy Inspector General of Police (DIG)

 

B. Pegawai-Pegawai Kanan Polis

1. Pesuruhjaya Polis : Commissioner of Police (CP)

2. Timbalan Pesuruhjaya Polis : Deputy Commissioner of Police (DCP)

3. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis : Senior Assistant Commissioner of Police (SAC)

4. Penolong Pesuruhjaya Polis : Assistant Commissioner of Police (ACP)

5. Penguasa Polis : Superintendant of Police (SUPT.)

6. Timbalan Penguasa Polis : Deputy Superintendant of Police (DSP)

7. Penolong Penguasa Polis : Assistant Superintendant of Police (ASP)

8. Inspektor Polis : Inspector of Police (INSP)

9. Inspektor Percubaan Polis : Probationary Inspector of Police ( P/I)

 

C. Pegawai Rendah Polis

1. Sub Inspektor Polis : Sub Inspector of Police (SI)

2. Sarjan Mejar : Police Sergeant Major (SM)

3. Sarjan : Police Sergeant (SJN)

4. Koperal : Police Corporal (KPL)

5. Lans Koperal : Police Lance Corporal (L/KPL)

6. Konstabel : Police Constable (KONST)


 

Skop kerja dan tugasan anggota PDRM


Seperti yang kita tahu, tanggungjawab polis adalah memastikan keselamatan orang awam dan keamanan negara. Namun begitu, masih banyak lagi tugas anggota PDRM seperti yang tertulis dalam seksyen 20 Akta polis.

 

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti:

 

  1. Menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
  2. Memproses risikan keselamatan;
  3. Menjalankan pendakwaan;
  4. Memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  5. Memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  6. Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
  7. Mempamerkan maklumat;
  8. Melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  9. Menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  10. Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  11. Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  12. Menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
  13. Menjaga ketenteraman didalamnya dan
  14. mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.

 

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.


Banyakkan? Namun begitu, setiap anggota polis ada tugas hakiki yang lebih spesifik. Tugas-tugas ini mengikut jabatan dan unit yang mana mereka ditempatkan sebagai contoh seperti trafik, pengangkutan, senjata, dan banyak lagi.

 

Jabatan-Jabatan dalam PDRM

 

Dalam PDRM ada jabatan tersendiri. Jabatan-jabatan ini mempunyai skop kerja tersendiri. Berikut Atul senaraikan jabatan-jabatan yang terdapat dalam PDRM

 

  • Jabatan Pengurusan (JP)
  • Cawangan Khas
  • Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
  • Jabatan KDN/KA
  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
  • Jabatan Logistik dan Teknologi
  • Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamat Komuniti (JPJKK)
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)

 

Kesimpulan


Setiap anggota polis berwibawa dalam menjalankan segala kewajipan dan kuasa-kuasa dengan tegas, berani, adil dan saksama. Ini dibuktikan dengan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh PDRM dalam membanteras jenayah di Malaysia. Sehingga PDRM digelar sebagai Warga Sang Saka Biru. Setelah berjaya mengharumkan nama negara Malaysia, kini
 Warga Sang Saka Biru ini mendapat pengiktirafan sebagai pasukan polis Malaysia terbaik dunia.

Senarai pangkat Polis Diraja Malaysia


Semoga perkongsian senarai pangkat dalam Polis Diraja Malaysia ini serta beberapa info ringkas berkaitan PDRM ini dapat memberi manfaat kepada semua. Terutama buat mereka yang berminat untuk menjadi salah seorang anggota PDRM. 


Terima kasih sudi baca entri Atul ini. Disini Atul ingin kongsikan  review novel Terima kasih Allah saat roh di sempadan Barzakh


Sumber: Laman Web Rasmi PDRM


Post a Comment

7Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. tq sis atul..mcm tau je mggu lepas sis mencari2 bend alah ni..sbb ada nk rujuk somthing la masa tu..now atul da buat entry ni..tq sangat membantuuu

    ReplyDelete
  2. Rupanya ada banyak pangkat lagi ya. Tak tahu pun selama ni. Tq share atul

    ReplyDelete
  3. cita² nak jadi polis jugak dulu.
    best la tengok pakaian seragam polis. ade pangkat² banyak tu.. tahniah pdrm

    ReplyDelete
  4. Didn't know so many ranking within the PDRM officers actually until reading your story here. Now learnt them, thanks for this. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  5. Good sharing ni. X ramai yg tahu pasal pangkat2 Polis ni semua. Yg pasti kak pip pernah pi balai polis utk buat rayuan kurangkan bayaran saman. Hehe, kena saman RM300 masuk emergency lane.

    ReplyDelete
  6. Menarik info ni... bkn semua jawatan yang kita tahukan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !