Tarikh cuti Tahun Baru Cina 2024

Atul Hamid
0

Tahun baru cina atau hari raya Cina merupakan salah satu perayaan terpenting bagi masyarat Cina. Perayaan ini diraikan bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia yang mana terdapat pwnduduk atau bangsa Cina di kawasan itu. Ini termasuk negara di seluruh Asia, Ocenia dan Amerika Utara. Sydney, London dan San Framcisco sering menjadi tuan rumah utnuk sambutan Tahun Baru Cina yang terbesar di luar Asia dan Amerika Selatan.


Tarikh cuti Tahun Baru Cina 2024

 

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Imlek atau Tahun Baru Lunar.  Ia adalah perayaan yang penting dalam budaya Cina dan masyarakat Cina bagi menyambut tahun baru mengikut kalendar lunar Cina atau kalendar qamari Cina . Ia dirayakan pada tarikh yang berbeza setiap tahun namun begitu jika mengikut kalendar Gregorian perayaan ini biasanya jatuh pada bulan Januari atau Februari. Kalendar lunar Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.


Tarikh Tahun Baru Cina 2024

Tarikh Tahun Baru Cina 2024 jatuh pada 10 hb Februari 2024 dan 11hb Februari 2024, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Oleh itu, rakyat Malaysia dapat cuti ganti pada 12 Februari 2024 bersamaan hari Isnin. Jadi cuti hari raya Cina 2024 adalah selama 3 hari.


Tarikh cuti Tahun Baru Cina 2024


Pada tahun 2024, masyarakat Cina meraikan sambutan Tahun Baru Cina ketika cuti sekolah. Jadi boleh rancang percutian dari sekarang, kemana arah tuju, berapa hari hendak pergi bercuti, dan lain-lain yang berkaitan. 


Mungkin boleh mengisi jadual percutian ke tempat menarik seperti 
Zoo Negara , Taman Tema Air, Taman rama-rama dan bermacam lagi tempat menarik di negara kita ini.



Zodiak Tahun Baru Cina 2024 sempena nama haiwan


Dalam kalendar Lunar Cina terbahagi kepada 12 tahun pusingan.  Zodiak Cina yang terdiri daripada 12 ekor haiwan yang melambangkan 12 jenis personaliti berbeza.

 

12 ekor haiwan yang melambangkan zodiak Cina terdiri daripada

🐭 Tikus 

🐄 Lembu 

🐅 Harimau 

🐇 Arnab

🐉 Naga

🐍 Ular

🐎 Kuda

🐐 Kambing

🐒 Monyet

🐔 Ayam

🐕 Anjing

🐖 Babi

 

Kalau mengikut zodiak Cina, korang lahir tahun haiwan apa?

Untuk tahun 2024 adalah tahun Naga 🐉

Tahun Baru Cina 2024

Personaliti berdasarkan tahun Naga

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, setiap haiwan mempunyai lambang dan personaliti tersendiri. Berikut Atul sertakan beberapa personaliti baik dan buruk bagi mereka yang lahir pada tahun naga.

 

😀 Sifat Baik

Baik hati, penuh bersemengat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penih hasrat, bersemangat, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati dan setia

 

😏 Sifat buruk

Sombong, zalim, suka mendesak, eksentrik

 

Menarikkan kepercayaan bagi masyarakat Cina? Itu hanya sebahagian, mungkin ada lagi sifat baik dan sifat buruk bagi mereka yang lahir pada tahun Naga.

 

Warna Tahun Baru Cina 2024


Setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mengenakan pakaian berwarna merah. Bukan pakaian sahaja, tetapi termasuk ang pau, hiasan tanglung yang pelbagai saiz dan bermacam lagi. Warna merah akan menguasi kehidupan masyarat Cina ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina 2024

Dalam bahasa Cina, warna merah dikenali sebagai hong. Bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah.Disebabkan ini masyarkat Cina percaya bahawa warna ini membawa tuah sepanjang tahun jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina.

 

Ini kerana maksud sebenar warna merah bagi masyarakat Cina adalah keteguhan, keberanian, keceriaan, kecergasan, umur panjang, kebahagiaan, kejayaan dan kemegahan. Bukan itu sahaja, warna merah juga dianggap sebagai warna yang membawa tuah dalam kehidupan, pengiktirafan dan kemasyhuran

 

Warna merah juga dikatakan mampu memberi dorongan yang positif dalam kehiudpan masyarakat Cina. Warna merah sering digunakan dalam perayaan dan sambutan majlis kebesaran kecuali hari-hari sedih dalam kehidupan mereka.

 

Bila tiba perayaan ini, hiasan tanglung berwarna merah dengan pelbagai saiz dan bentuk yang sering memenuhi kawasan kediaman masyarakat Cina. Namun begitu, pada zaman sekarang bukan sahaja dirumah malah disepanjang jalan juga turut digantung perhiasan taglung. Keadaan ini menunjukkan bahawa perayaan bukan sahaja disambut oleh masyarakat Cina tetapi sudah menjadi seperti perayaan seluruh masyarakat. Keadaan ini menggambarkan bahawa perayaan ini disambut dengan cukup meriah sekali.

Tahun baru Cina 2024


Megikut kepercayaan masyarakat Cina pada zaman dahulu, mereka sering berpesan supaya menggantungkan kertas berwarna merah dipintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah pada setiap kali menjelang tahun baru. Ini kerana dikhuatiri didatangi binatang bernama Nian (raksasa) yang akan mengganas di kawasan perumahan dan persekitaran. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian dan mampu menghalau raksasa tersebut.

Jadi, warna pilihan untuk Tahun Baru Cina 2024 sudah semestinya warna merah.

 

Makan besar Tahun Baru Cina 


Ketika musim perayaan inilah peluang untuk ahli keluarga berkumpul beramai-ramai. Begitu juga waktu sambutan perayaan tahun baru cina, malam perayaan ahli keluarga akan berkumpul untuk meraikan makan besar. Bagi masyarakat Cina, waktu makan besar ini merupakan kemuncak bagi keseluruhan perayaan. Ini kerana makan besar pada malam raya Cina merupakan satu tradisi sejak dahulu lagi dan mempunyai nilai simbolik yang penuh makna tersirat.

Tahun Baru Cina 2004


Seluruh ahli keluarga akan berkumpul dan memakan hidangan-hidangan yang penuh makna dan tradisi. Pentingnya majlis makan besar di malam raya ini apabila seluruh ahli keluarga baik dekat, jauh dari luar negara juga turut pulang untuk meraikannya bersama-sama.

 

Antara hidangan yang dihidang ketika makan besar malam Tahun Baru Cina adalah:

👉 Yee Sang - Hidangan yang melambangkan nasib yang baik dan kekayaan yang melimpah ruah

 

Tahun Baru Cina 2024

👉 Poon Choi  - Hidangan istimewa diperbuat daripada bahan-bahan premium seperti ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang disatukan dalam periuk yang bertujuan untuk memupuk perpaduan di kalangan ahli keluarga. Manakala periuk yang penuh pula melambangkan kelimpahan dan kemakmuran

Tahun Baru Cina 2024


👉 Ikan - Memberi kemewahan dan rezeki kepada mereka

👉 Udang  - Melambangkan kebahagiaan dan keriangan bersama keluarga sepanjang tahun. Ini kerana udang dalam bahasa Kantonis di sebut Har yang menyerupai bunyi gelak ketawa

👉 kuih bakul atau Nian Goa - Kek ketuhanan. Gao merupakan perkataan Cina yang membawaerti tinggi dan memberi simbolik kepada pencapaian tahap tertinggi pada tahun mendatang

👉 Limau Mandarin - simbolik kepada kesejahteraan dan kemewahan

Tahun Baru Cina 2024 

Selain itu terdapat bermacam lagi hidangan wajib ketika makan besar yang mana setiap hidangan ada lambang tersendiri bagi masyarakat Cina. Baik meraikan majli makan besar di rumah ataupun restoran pilihan menu amatlah penting kerana setiap menu mempunyai simbolik dan maksud yang tersirat.

 

Lain-lain tradisi waktu Tahun Baru Cina

 

Sebenarnya terdapat beberapa lagi tradisi yang perlu dilakukan ketika menyambut Tahun Baru Cina. Antaranya adalah:

 

1. Pembersihan Rumah: Sebelum Tahun Baru Cina, keluarga membersihkan rumah mereka untuk mengusir roh jahat dan menyambut keberuntungan yang baru.

 

2. Dekorasi Rumah: Rumah-rumah dihias dengan dekorasi merah seperti lentera, poster, dan bunga lili, kerana merah dianggap sebagai warna yang membawa keberuntungan.

 

3. Ang pau: Anak-anak atau individu yang belum berkahwin akan menerima angpau bewarna merah dengan wang tunai di dalamnya, dari orang dewasa yang telah berkahwin sebagai tanda kasih sayang dan keberuntungan.Selalunya angpau di hari perayaan akan mengandungi jumlah duit yang genap. Ini kerana jumlah yang ganjil diberi ketika majlis pengebumian.

 

4. Persembahan kepada Leluhur: Keluarga juga mungkin membuat persembahan kepada leluhur mereka, termasuk membakar kertas berbentuk wang, makanan, dan dupa.

 

5. Tarian Naga dan Singa: Perarakan tarian naga dan singa adalah sebahagian besar dalam perayaan ini, dengan tarian yang menarik dan berwarna-warni yang selalu dilakukan di jalan-jalan dan pasaraya.


Baca lebih mendalam tentang Tarian Singa

 

6. Pembakaran Mercun: Mercun dan bunga api sering dinyalakan semasa perayaan ini. Ini merupakan budaya masyarakat Cina yang menandakan bermulanya Tahun Baru dan bagi menghalau nasib malang.

 

Penutup


Tahun Baru Cina adalah masa yang penuh kegembiraan, penyatuan keluarga, dan harapan untuk masa depan yang lebih baik. Ia merupakan lambang sebagai titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Dari dulu hingga kini, termasuk perayaan Tahun Baru Cina 2024 diraikan dengan penuh tradisi.

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !