Tarian singa di Malaysia

Atul Hamid
1


Tarian Singa bukanlah sesuatu yang asing bagi seluruh masyarakat di dunia ini lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina. Dalam artikel ini, Atul akan kongsikan dengan lebih mendalam mengenai tarian singa, dari sejarahnya yang kaya hingga makna simbolik di sebalik setiap gerakan yang elegan. Kita juga akan mengenalpasti instrumen muzik yang melengkapkan persembahan seni tari yang hebat ini.


Tarian singa di Malaysia
 

Pengenalan

Tarian singa atau wushi adalah tarian yang memerlukan dua orang penari yang akan meniru pergerakan singa bergerak mengikut alunan gendang dan muzik serta dentuman mercun yang secara simboliknya bermaksud membawa tuah, dua penari yang bertanggungjawab membawa bahagian kepala dan badan singa akan bergerak seiringan.


Tarian singa di Malaysia

Tarian singa adalah warisan budaya yang memukau dalam masyarakat cina di Malaysia. Ia bukan sekadar satu acara seni tari yang menghiburkan, tetapi juga suatu bentuk seni yang menceritakan cerita-cerita lama dengan semangat yang luar biasa.  



Sejarah tarian Singa di Malaysia

Tarian singa telah berada di Malaysia sejak beratus-ratus tahun lalu. Tarian singa telah melukis sejarahnya dalam budaya Malaysia sejak berabad-abad lamanya. Walaupun asal usulnya berasal dari budaya Cina, tarian singa telah mekar menjadi satu elemen penting dalam warisan seni budaya di Malaysia. Ia melibatkan seni persembahan yang mempesonakan, di mana dua orang penari menyusun diri di bawah kostum singa yang besar. Gerakan-gerakan yang dilakukan dengan penuh keseimbangan dan keanggunan adalah kunci kejayaan dalam seni tari singa.


Tarian singa pertama kali diperkenalkan di Malaysia oleh komuniti Cina yang datang ke tanah ini. Ia bermula sebagai suatu ritual dalam budaya Cina, dan kemudiannya diterima dalam budaya Malaysia. Tarian singa bukan sahaja menonjolkan keunikan seni tarinya, tetapi juga melambangkan semangat komuniti.

 


Jenis-jenis tarian singa

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Tarian Singa mempunyai dua jenis tarian yang berbeza dan ianya dikatakan sudahpun wujud seribu tahun yang lalu. Dua tarian singa yang amat popular itu ialah Tarian Singa Utara (Nothern Lion) dan Tarian Singa Selatan (Southern Lion). Kedua-dua tarian singa ini membawa maksud yang berbeza dan mempunyai pantang larang dan protokolnya yang tersendiri. Tarian singa utara tidak sama dengan  tarian singa Selatan kerana ia digunakan untuk menghuraikan singa yang sebenar.

 

Tarian singa utara

Tarian Singa Utara dikatakan berasal dari bahagian Utara negara China. Suatu ketika dahulu, tarian singa ini dipersembahkan adalah untuk hiburan di kalangan keluarga Diraja maharaja China. Jadi Tarian Singa Utara ini hanya boleh dipersembahkan sekiranya mendapat perintah daripada keluarga diraja China. Tetapi kini, tarian singa utara bertujuan sebagai hiburan sahaja.

 

Kostum untuk tarian Singa Utara bagi singa jantan adalah warna merah dan jingga dan kuning keemasan, manakala bagi singa betina pula mengenakan pakaian berwarna hijau dan kuning. Tarian Singa Utara ini lebih fleksibel seperti singa sebenar dan banyak menonjolkan ciri-ciri akrobatik yang mana hanya mereka yang mahir dan terlatih sahaja yang lama mampu mempersembahkannya.

 

Tarian singa di Malaysia

Singa Utara biasanya membuat persembahan menggunakan sepasang singa jantan dan betina. Singa utara tidak mempunyai sisik tetapi mempunyai mata yang kecil dan memiliki bulu yang panjang dan tebal di kepala dan badan mereka, tarian Singa Utara umumnya lebih menyeronokkan dan mempunyai sifat semulajadi yang kurang kompetitif.


Tarian singa selatan

Tarian Singa Selatan pula dikatakan berasal dari bahagian Selatan Negara China dan ianya lebih kepada perkaitannya dengan alam sekitar. Tarian Singa Selatan dipersembahkan sebagai satu istiadat atau upacara untuk membuang semangat jahat dan upacara memohon tuah.

 

Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna merah, hitam dan kuning. Kostum Tarian Singa Selatan juga berlainan iaitu mempunyai bahagian mata yang lebih besar daripada mata kepala singa tarian singa utara dan warna matanya adalah hitam dan putih atau merah putih serta mempunyai cermin, sisik dan tanduk di hadapan kepalanya.

 

Singa Selatan (yang biasanya dipersembah di Malaysia) pula berasal dari GuangZhou dan lebih menjadi pilihan di Asia Tenggara. ia dirias dengan bulu yang pendek dan dihias berwarna-warni. Kepala singa dibuat daripada buluh dan aluminum dan dibina secara mekanik supaya mata, mulut, dan matanya boleh bergerak.

 

Tarian singa di Malaysia

Singa yang dipersembahkan dalam Tarian singa selatan bukannya untuk menghuraikan singa yang sebenar tetapi “Nian”. Nian adalah seekor haiwan tradisi masyarakat Cina. Kebanyakan singa dari Malaysia dan Amerika adalah tarian singa berunsurkan Tarian Singa Selatan. Tarian ini secara amnya dimainkan oleh pelajar yang mempelajari kongfu dengan gaya tersendiri.


  

Komponen Tarian Singa

 

Kostum

Satu ciri utama tarian singa adalah kostumnya yang menakjubkan. Kostum tarian singa biasanya terdiri daripada kepala singa yang besar dan warna-warni, dengan mata yang boleh bergerak dan mulut yang boleh dibuka dan ditutup. Kostum ini diberi sentuhan artistik untuk menambahkan keunikan kepada setiap persembahan.

 

Musik

Setiap persembahan tarian singa disertai dengan muzik tradisional yang mengiringi gerakan-gerakan tarian. Muzik ini mencipta suasana yang megah dan meriah, dan memainkan peranan penting dalam menghidupkan tarian singa.

 

Gerakan

Gerakan tarian singa adalah unsur yang paling penting. Ia melibatkan keseimbangan, koordinasi, dan kekemasan yang tinggi. Penari tarian singa harus berlatih dengan tekun untuk menguasai gerakan-gerakan yang rumit ini


 

Alat Muzik dalam tarian Singa

Instrumen muzik memainkan peranan penting dalam mengiringi persembahan tarian singa. Muzik tradisional yang kaya mencipta suasana yang megah dan meriah. Instrumen-instrumen utama yang digunakan dalam persembahan seni tari singa adalah:

 

1. Gong (luo)

 

Tarian singa di Malaysia


Gong adalah instrumen utama dalam tarian singa. Bunyi gong yang berat dan bergetar memberikan penghormatan kepada gerakan tarian. Ia juga membantu mengekalkan irama dalam persembahan.

 

2. Gendang (Shigu)

 Tarian singa di Malaysia


Di bahagian atas lapisan gendang shigu  menggunakan kulit kerbau atau lembu yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Gendang shigu dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu. Dalam gendang shidu terdapat beberapa dawai besi seperti spring untuk memberikan warma ton atau menghasilkan bunyi yang istimewa.

 

3. Drum

 Tarian singa di Malaysia


Drum adalah instrumen penting yang memberikan ketukan berirama dalam persembahan. Ketukan dramatik dari drum mengiringi gerakan-gerakan tarian, mencipta dinamika yang menarik dan mengasyikkan.

 

4. Simbal (bo)

 Tarian singa di Malaysia



Simbal adalah sepasang plat logam yang nipis dan bulat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang berdering dan berirama. Bunyi yang dihasilkan oleh simbal adalah keras dan berkepuk, dan ia digunakan dalam pelbagai genre muzik. Plat-plat logam ini biasanya ditempa daripada aloi logam seperti tembaga atau perunggu. Instrumen ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan irama dan dinamika dalam muzik. Ia sering digunakan untuk mengiringi momen-momen dramatik dalam persembahan terian singa.

 

Instrumen-instrumen ini bukan sahaja menambahkan keindahan kepada persembahan, tetapi juga membantu penari dan penonton untuk merasai setiap gerakan dengan lebih mendalam.


  

Makna Simbolik Tarian singa

Tarian singa juga mempunyai makna simbolik yang mendalam. Ini bukan sahaja sekadar tarian hiburan, tetapi juga mempunyai makna budaya yang unik. Ia sering kali disertakan dalam perayaan-perayaan tradisional seperti Tahun Baru Cina. Tarian singa dikatakan membawa keberuntungan dan mengusir roh jahat. Dalam masyarakat Cina di Malaysia, ia juga melambangkan kemakmuran dan kejayaan.


 Beberapa makna simbolik utama seni tari singa adalah:

 

1. Kemakmuran dan Kejayaan

Tarian singa sering dikaitkan dengan kemakmuran dan kejayaan. Ia menjadi sebahagian daripada perayaan Tahun Baru Cina dan perayaan lain yang menandakan permulaan yang baik. Keberuntungan dan kesejahteraan diharapkan menerangi komuniti melalui persembahan seni tari singa.

 

2. Pengusir roh jahat

Dalam budaya Cina, tarian singa juga mempunyai peranan dalam mengusir roh jahat. Gerakan-gerakan tarian yang dinamik dan bunyi perkusi yang kuat dipercayai dapat menghalau roh jahat dan membawa keamanan kepada komuniti.

 

3. Persatuan dan kekerabatan

Tarian singa juga melambangkan persatuan dan kekerabatan. Dalam persembahan, dua penari bekerjasama dengan sempurna untuk mengendalikan kostum singa yang besar. Ini adalah peringatan bahawa kita mencapai kejayaan dengan bekerjasama dan berkongsi visi yang sama.

 

4. Warisan Budaya

Terakhir, Tarian singa adalah satu bentuk warisan budaya yang perlu dijaga dan disyukuri. Ia mengingatkan kita akan pentingnya menjaga akar budaya kita sambil terus bergerak maju dalam dunia moden.


 

Pentingnya Tarian Singa dalam Kebudayaan Malaysia

 

Tarian singa di Malaysia
Sumber gambar: Google

Tarian singa bukan sahaja menjadi tarikan dalam acara-acara kebudayaan, tetapi juga merupakan satu-satunya cara untuk mewarisi nilai-nilai tradisional kepada generasi muda. Ia mengajar nilai-nilai seperti kerjasama, kedisiplinan, dan kesabaran, sambil menyampaikan warisan budaya kepada mereka.


Baca juga: Kisah kucing

 

Kesimpulan

Tarian singa adalah suatu keajaiban seni budaya Malaysia yang memukau. Tarian ini tidak hanya mempesonakan mata, tetapi juga mempunyai makna budaya yang tersendiri. Sejarahnya yang kaya, instrumen muzik yang mengasyikkan, dan makna simboliknya yang dalam menjadikannya satu-satunya warisan budaya yang patut kita pelihara dan kita banggakan. Seni tarian singa adalah satu bentuk seni yang menggabungkan keindahan, kekuatan, dan makna budaya dalam setiap gerakan yang dinamik dan menarik. Tarian singa adalah suatu ciri unik dalam seni tari Malaysia yang harus dikekalkan dan diteruskan untuk generasi akan datang.

 

Post a Comment

1Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. great sharing..byk jenis rupanya tarian singa .. MA memang suka tarian singa ni sbb unik walaupun bising

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !