Sepanjang tempoh kehamilan, penting untuk memberikan perhatian khusus kepada
pemakanan ibu hamil. Salah satunya adalah pengambilan nutrisi yang sesuai sepanjang kehamilan. Nutrisi yang mencukupi adalah kunci kepada kesihatan ibu dan perkembangan
bayi yang sihat. Dalam artikel ini, Atul akan membawa anda meneroka tentang mengapa nutrisi penting terhadap ibu hamil.
Mengapa nutrisi penting terhadap ibu hamil?
1. Kekurangan nutrisi boleh mempengaruhi kesihatan ibu hamil
Semasa mengandung, tubuh ibu mengalami perubahan yang ketara. Salah satu
perubahan utama adalah peningkatan jumlah darah dalam badan. Nutrisi yang
mencukupi membantu dalam pembentukan sel darah merah yang baru dan mencegah
anemia. Kekurangan zat besi dan asid folik boleh menyebabkan masalah
kesihatan yang serius seperti keletihan yang teruk dan risiko komplikasi
semasa bersalin.
2. Nutrisi yang sesuai membantu dalam pembentukan janin yang sihat
Sejak dari awal kehamilan, organ dan sistem utama bayi anda sedang
berkembang pesat. Nutrien seperti kalsium, protein, dan asid lemak omega-3
sangat penting dalam membantu pembentukan struktur tulang, otot, dan otak
yang sihat pada janin. Tidak hanya itu, kalsium juga membantu dalam
pembentukan gigi yang kuat. Untuk memastikan pertumbuhan yang baik, pastikan
diet harian ibu kaya dengan makanan yang mengandungi
nutrien-nutrien ini.
3. Membantu mengurangkan risiko kecacatan janin
Asid folik adalah nutrien yang sangat penting semasa kehamilan. Pengambilan
asid folik yang mencukupi dari proses ikhtiar seterusnya pada awal
kehamilan dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada sistem saraf
bayi. Ini adalah contoh kepentingan nutrisi yang sering kali diabaikan.
Jadi, pastikan ibu hamil mendapatkan asid folik yang mencukupi daripada
makanan atau suplemen yang disyorkan oleh doktor.
4. Membantu dalam pengurusan berat badan semasa kehamilan
Peningkatan berat badan semasa kehamilan adalah normal, tetapi perlu
diuruskan dengan baik untuk mengelakkan masalah kesihatan. Pengambilan
nutrisi yang seimbang membantu dalam menguruskan berat badan yang sihat. Ia
juga membantu dalam memastikan bahawa bayi mendapatkan nutrien yang
mencukupi untuk pertumbuhannya.
5. Mengekalkan kesihatan mental
Kesihatan mental ibu hamil adalah faktor yang penting. Nutrien
seperti asid lemak omega-3 telah terbukti membantu dalam meningkatkan mood
dan mengurangkan risiko kemurungan semasa kehamilan. Ini adalah contoh
bagaimana nutrisi dapat memberikan kesan positif pada aspek kesihatan yang
mungkin sering kali diabaikan.
6. Meningkatkan sistem imun
Ketika hamil, sistem imun tubuh ibu boleh berubah. Ini boleh menyebabkan
ibu lebih rentan kepada jangkitan dan penyakit. Nutrien seperti vitamin C
dan zink membantu dalam meningkatkan sistem imun dan menjaga ibu dan bayi
daripada penyakit.
7. Bantu tidur yang lena sepanjang kehamilan
Apabila hamil, tubuh akan melalui pelbagai perubahan. Perubahan berkenaan
sedikit sebanyak mengganggu tidur lena si ibu. Salah satu puncanya adalah
kerana peningkatan saiz janin di dalam rahim. Oleh itu, untuk membantu ibu
hamil mendapat tidur yang lena sepanjang kehamilan, nutrisi seperti kalsium
dan magnesium sangat diperlukan oleh ibu.
Jadi, pentingnya nutrisi kepada ibu hamil memang tidak boleh
disangkal lagi. Ibu hamil perlu mengambil diet yang seimbang dan
mendapatkan nutrien yang mencukupi sepanjang kehamilan untuk memastikan
keadaan ibu hamil sihat berada dalam keadaan baik dan perkembangan
bayi yang sihat. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil untuk
memberikan perhatian khusus kepada pemakanan yang diambil setiap hari.
Apakah nutrisi yang diperlukan oleh Ibu Hamil?
Ibu hamil perlu mendapatkan pemakanan seimbang bagi memastikan kandungannya mendapat nutrisi yang cukup. Beberapa jenis nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil adalah:
👉 Asid Folik
Asid folik adalah nutrisi yang sangat penting untuk perkembangan awal
bayi dalam kandungan. Asid Folik penting untuk pembentukan dan
perkembangan saraf bayi yang sihat dan normal. Kekurangan asid folik
boleh menyebabkan kecacatan saraf yang serius. Oleh itu, pengambilan asid
folik yang mencukupi sangat penting sebelum dan semasa
kehamilan. Biasanya pengambilan asid folik lebihkurang 400
mikrogram sehari semasa kehamilan. Selain itu, asid folik juga penting
untuk perkembangan otak bayi. Ibu hamil sangat memerlukan asid folik untuk
penambah tenaga dan pembentukan sel darah merah.
Asid folik sangat berkesan jika diambil bersama dengan vitamin B12 dan vitamin C.
👉 Kalsium
Ketika hamil, kalsium ibu akan diserap secara langsung melalui plasenta
oleh janin untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Jadi, ibu akan mendapat
beberapa gejala seperti sakit gigi, kejang kaki sukar untuk tidur lena,
sakit pinggang dan cepat letih akibat kekurangan kalsium ketika hamil.
Selalunya ibu hamil akan merasai gejala ini apabila kandungan telah memasuki
trimester kedua kehamilan. Oleh itu, untuk mengurangkan gejala akibat
kekurangan kalsium, ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi kalsium secukupnya
sepanjang kehamilan.
Selain ibu, kalsium juga adalah nutrien penting bagi membantu
pembentukan dan pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Ibu hamil
perlu memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi untuk sokongan
perkembangan tulang yang sihat. Sepanjang proses kehamilan, ibu hamil
memerlukan 1000mg kalsium.
👉 Magnesium
Magnesium adalah nutrien penting untuk ibu hamil kerana ia membantu menjaga dan mengokong keseimbangan elektrolit dalam tubuh ibu hamil. Ini penting untuk mencegah masalah kesihatan yang berkaitan dengan ketidakseimbangan elektrolit.
Selain itu, kekurangan magnesium boleh menyebabkan
kekejangan otot sehingga menyebabkan ibu hamil menjadi tidak selesa.
Keadaan ini selalunya akan berlaku ketika hari sejuk dan pada hari malam.
Jadi, pengambilan magnesium yang mencukupi dapat membantu mencegah masalah
ini.
👉 Asid Lemak Omega 3
Asid lemak omega 3 adalah nutrien yang penting untuk perkembangan otak
bayi. Selain itu, pengambilan asid lemak omega 3 juga telah dikaitkan
dengan pengurangan risiko kemurungan selepas bersalin.
Berita baik bagi ibu yang mengamalkan pengambilan asid lemak omega 3 sepanjang kehamilan. Sebenarnya pengambilan asid lemak omega 3 dapat membantu ibu hamil mengawal pengurusan berat badan. Jadi, risko untuk kenaikan berat badan secara mendadak ketika hamil dapatlah dikurangkan.
Selain suplemen, ibu hamil boleh mendapatkan asid lemak omega 3 dari makanan seperti ikan berlemak.
👉 Protein
Protein adalah nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan
bayi dalam kandungan. Ibu hamil perlu memastikan pengambilan protein yang
mencukupi sepanjang kehamilan. Selain itu, protein juga membantu
dalam pembaikan tisu-tisu yang rosak dalam tubuh ibu hamil. Ini kerana
ketika hamil, badan bekerja keras untuk mengikut usia kandungan. Jadi,
akan berlaku perubahan pada fizikal ibu sehingga menyebabkan tisu dan otot
terganggu. Jadi, pengambilan protein adalah penting untuk memulihkan
kerosakan sel dan kecederaan otot.
👉 Zat Besi
Zat besi adalah nutrien paling penting untuk ibu hamil. Zat besi
membantu mencegah anemia daripada berlaku semasa
kehamilan. Selain itu, fungsi zat besi juga membantu pengangkutan
oksigen dalam darah, yang diperlukan oleh ibu hamil dan
bayi. Kekurangan zat besi akan mengganggu bacaan hemoglobin yang mana
ia amat penting bagi mengurangkan risiko bayi lahir tidak cukup bulan dan
kekurangan berat.
👉 Iodin
Iodin adalah nutrien yang penting untuk menghasilkan hormon tiroid
yang normal. Hormon ini akan menyokong pertumbuhan bayi pada tahap yang
sihat. Jadi, Ibu hamil perlu memastikan pengambilan iodin yang
mencukupi sepanjang kehamilan. Selain itu, iodin juga memainkan peranan
penting dalam perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Keperluan ini
berlanjutan sehingga kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun.
Pesanan ikhlas, jika sukar untuk dapat nutrisi secukupnya, apakata cuba amalkan Set Hamil Shaklee. Set ini lengkap kesemua supplement yang diperlukan oleh ibu hamil
Baca juga: Senarai Nama Anak Lelaki dalam Islam
Kesimpulan
Ibu hamil memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk memastikan
perkembangan bayi yang sihat sepanjang proses kehamilan berlaku.
Nutrisi seperti asid folik, kalsium, magnesium, asid lemak omega 3, protein,
zat besi, dan iodin memainkan peranan penting dalam memastikan ibu hamil dan
bayi mereka mendapat sokongan nutrisi yang lengkap. Pengambilan nutrisi yang
mencukupi adalah kunci untuk memastikan perkembangan yang sihat bagi bayi
dan ibu hamil. Sekiranya ibu hamil ingin mengambil suplemen yang
sesuai, dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor yang menjaga rawatan
ibu sepanjang kehamilan.
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)