Sumber vitamin D dan fungsinya

Sumber vitamin D dan fungsinya


Sumber vitamin D dan fungsinya Vitamin D merupakan salah satu vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk memastikan tubuh berada pada tahap yang baik.

Fungsi vitamin D

Fungsi vitamin D pada tubuh adalah untuk membantu dalam penyerapan kalsium. Vitamin D mampu mencegah tulang dari berlakunya Osteoporosis. Ini kerana tugas vitamin D adalah memaksimumkan penyerapan dan penggunakan kalsium yang menjadi mineral penting kepada sistem tulang dan gigi manusia. Vitamin D juga akan mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.

Sumber vitamin D dan fungsinya
Risiko terkena Osteoporosis jika kurang vitamin D

Baca: Nutrien untuk bina tulang yang kuat

Menurut SEANUTS Malaysia (2013), sebanyak 50% kanak-kanak kekurangan vitamin D dalam tubuh. Keadaan ini mungkin kerana kebanyakan kanak-kanaksangat memilih makanan, tidak gemar minum susu dan mereka banyak menghabiskan masa di dalam rumah seperti bermain video game, menonton televisyen daripada bermain diluar rumah untuk mendedahkan diri kepada cahaya matahari untuk menghasilkan vitamin D secara semulajadi.

Sumber vitamin D

Sumber utama untuk mendapatkan vitamin D secara percuma dan paling mudah adalah daripada cahaya matahari. Vitamin D boleh dihasilkan oleh tubuh sendiri apabila kulit terkena cahaya matahariHanya memerlukan pendedahan muka, tangan, kaki atau belakang badan selama 5 hingga ke 10 minit kepada cahaya matahari tanpa menggunakan pelindung matahari antara jam 9 pagi ke 2 petang, sebanyak dua kali seminggu biasanya akan membekalkan vitamin D yang dapat memenuhi keperluan harian.

Sumber vitamin D dan fungsinya
Sumber: Public Health Malaysia

Selain dari cahaya matahari, vitamin D boleh diperolehi daripada sumber makanan seperti susu, ikan sardine, telur, sayur berdaun hijau dan keju.

Sumber vitamin D dan fungsinya


Bagi anda yang bekerja dalam bangunan, jarang terdedah dengan cahaya matahari, anda boleh mengamalkan pengambilan suplemen yang menadungi vitamin D.

Menurut Washington Post, Manfaat vitamin D juga boleh diperoleh melalui pengambilan suplemen.

Salah satu cadangan suplemen yang boleh anda amalkan adalah OsteMatrix Shaklee. OsteMatrix Shaklee mengandungi vitamin D3 sebanyak 100ui per kaplet.

Sumber vitamin D dan fungsinya


Istimewanya OsteMatrix Shaklee ini, selain vitamin D, ia juga mengandungi lagi 6
nutrien penting termasuk kalsium, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Mesti baca: Info menarik tentang OsteMatrix

Kesimpulannya, vitamin D adalah vitamin larut lemak. Tubuh sangat memerlukan vitamin D untuk memastikan penyerapan kalsium secara maksima. Kekurangan vitamin D dalam tubuh akan menyebabkan kepadatan dan kualiti tulang berkurangan, jadi risiko untuk berlakunya Osteoporosis sangat tinggi. Oleh itu, pastikan mengambil vitamin D sehari mengikut sarananpengambilan nutrisi (RNI) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sumber vitamin D dan fungsinya
Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM


Continue Reading

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan


Set Kurus Shaklee Paling Berkesan
Stress sangat bila berat susah nak turun. Bila badan banyak spare tyre, perut buncit, sukar nak cari baju seluar yang sesuai dengan saiz badan, nak pakai baju seluar sedia ada, ketat pula. Memang stress dibuatnya.

Atul sendiri pernah rasa keadaan ini, terutamanya bila pakaian yang dipakai buat kita rasa tak selesa. Nasib baik ada set kurus Shaklee. Set kurus Shaklee sangat membantu Atul dapatkan berat asal kembali dan kekal langsing. Macam dalam gambar dibawah ni

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan
Beberapa bulan je dapat berat asal balik setelah amalkan Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan
Masih boleh pakai baju yang sama walaupun selepas 5 tahun dengan Set Kurus Shaklee

Jadi, entry kali ini, Atul nak kongsikan kepada semua cadangan set kurus Shaklee yang paling berkesan yang telah banyak merealisasikan impian orang ramai untuk kurus dan dapatkan berat badan yang ideal.

Atul percaya, berat ideal dan bentuk badan yang cantik merupakan impian setiap insan. Lebih seronok apabila kadar BMI berada pada paras normal, dan kita mempunyai tubuh badan yang sihat. Hendak melakukan aktiviti harian pun sangat seronok. Secara tidak langsung risiko untuk dapat penyakit berbahaya akibat berat badan berlebihan juga sangat rendah.


Set kurus Shaklee terbahagi kepada tiga langkah utama


Langkah 1 - Bakar atau pecahkan lemak


Lecithin

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan
Diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh dengan lebih efisen.

Fungsi Lecithin dalam set kurus Shaklee

👉 Berfungsi mengemulsikan lemak yang luar biasa (ayat mudahnya berfungsi untuk memecahkan lemak) kepada saiz yang lebih kecil supaya ia mudah disingkirkan

👉 Membantu memecahkan lemak dan mengurangkan mengurangkan saiz zarah lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah sehingga membuatkan lemak terapung dan tidak melekat pada salur darah.

👉 Membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang kita makan jika digabungkan dengan Alfalfa Complex.

👉 Membantu Mengurangkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) serta membantu mengawal paras triglycerides

👉 Lecithin Shaklee mampu memecah lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman.

1 botol Lecithin, 180 softgel tahan untuk kegunaan 1 bulan. (RM55) (Sertai kami untuk dapatkan lebih penjimatan)


Omega Guard

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

Omega Guard  membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di kawasan laut dalam. Untuk pengetahuan semua, minyak ikan Omega 3 terbukti dapat membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Fungsi Omega Guard dalam set kurus Shaklee

👉 Minyak ikan omega 3 berfungsi membantu pembakaran lemak termendap. Sebab itu kalau Lecithin dan Omega digabungkan, proses untuk kurus dan turunkan berat badan lebih cepat dan berkesan

👉 Membantu membakar lemak yang telah lama dan degil dalam tubuh seperti yang berada di bawah kulit, dalam salur darah, lemak yang menyelaputi organ

👉 Membantu meningkatkan paras hormon Leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. Hormon Leptin juga meningkatkan metabolisme tubuh sekaligus membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cepatMakin rendah tahap Leptin, makin cepat kita rasa lapar.

Minyak ikan mengandungi asid docosahexaenoic asid lemak omega-3, atau DHA, dan asid eicosapentaenoic, atau EPA, yang mungkin mengurangkan selera makan pada subjek yang berlebihan berat badan dan gemuk, menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari University of Navarra di Sepanyol

👉 Pengambilan Omega 3 merangsang sensitiviti insulin dalam darah. Lebih sensitif sel-sel tubuh kepada insulin, lebih sukar untuk lemak disimpan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Gula berlebihan menyebabkan kita sukar untuk turunkan berat badan

👉 Lagi berkesan apabila pengambilan minyak ikan omega 3 disertakan lebih banyak senaman kerana ia akan menyebabkan pembakaran lemak lebih pantas dan berkesan. Omega 3 yang di ambil sebelum bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot. Sekaligus menyebabkan kadar metabolisma meningkat, kesannya lebih banyak kalori terbakar. Hasilnya berat badan pun berkurangan.

Kajian di Jepun dan Czech Republic mencadangkan Omega-3 dapat menghalang pembentukan lemak pada badan dan menyatakan Omega-3 dapat membakar lebih banyak lemak.

👉 Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak.

👉 Memperbaiki kadar gula dalam darah supaya mempunyai lebih tenaga untuk bersenam.

👉 Menambah kadar penghasilan serotonin sekaligus memberitahu otak bahawa kita rasa kenyang (Keadaan ini dapat membantu mengawal selera makan)

1 botol Omega Guard mengandungi 90 softgel tahan untuk kegunaan 1 bulan. (RM136.25) (Sertai kami untuk dapatkan lebih penjimatan)


Langkah 2 - Buang, detox atau singkirkan lemak


HerbLax

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

HerbLax mengandungi campuran tumbuhan semulajadi termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi.
HerbLax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan.

Fungsi Herblax dalam set kurus Shaklee

👉 Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.

👉 Membersihkan najis yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh

👉 Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut

👉 Membantu masalah sembelit

👉 Mengempiskan perut

👉 Melawaskan pembuangan air besar.

👉 Membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat.

👉 Membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuk lemak dan lender yang melekat di dinding usus dan sangat diperlukan untuk proses detox

👉 Membersihkan usus secara keseluruhan

1 botol HerbLax mengandungi 120 tablet tahan hampir 2 bulan. (RM57.50) (Sertai kami untuk dapatkan lebih penjimatan)


Alfalfa Complex

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan
Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950-an. Ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California. Alfalfa merupakan satu tumbuhan yang renek. Afalfa Complex Shaklee dihasilkan dari daun Alfalfa yang premium dan sangat berkualiti tinggi. 

Fungsi Alfalfa Complex dalam set kurus Shaklee

👉 Membantu menyingkirkan lemak & kolesterol

👉 Dalam Alfalfa ada saponin, saponin berfungsi seperti span yang bertindak "menarik kolesterol dalam darah.

👉 Penggunaan jangka panjang iaitu pengambilan alfalfa selama 8 minggu secara konsisten membantu menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol yang mampu mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi

👉 Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan dan dibakar oleh Lecithin dan Omega Guard. Hasilnya perut akan kembali kempis.

👉 Alfalfa merupakan agent detox tubuh secara kesuluruhan iaitu detox usus, darah dan hati. Detox adalah proses menyingkirkan toksin-toksin dalam badan. Hasilnya badan lebih bertenaga, berat turun dan kulit pun sihat

👉 Alfalfa juga membantu mengembalikan kenormalan badan yang berasid, hilangkan toksin dalam badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Alfalfa mempunyai 2 saiz

🌱 Alfalfa Complex (330 tablet) tahan hampir 2 bulan (RM57.50)(Sertai kami untuk dapatkan lebih penjimatan)

🌱 Alfalfa Complex (700 tablet) tahan hampir 5 bulan (RM102.50)(Sertai kami untuk dapatkan lebih penjimatan)

 

Langkah 3 - Bina otot, elak menggeleber, diet sihat, bertenaga dan elak lapar


Energizing Soy Protein (ESP)

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

ESP Shaklee
 merupakan makanan kesihatan berasaskan protein soya yang tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) dan dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). ESP Shaklee juga diiktiraf seluruh dunia kerana memiliki kajian klinikal yang sangat ekstensif & komprehensif serta mempunyai kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan.

Fungsi ESP dalam set kurus Shaklee

ESP Shaklee membantu badan kurus melalui tiga cara

👉 Diet yang sihat

ESP Shaklee berasaskan protein tumbuhan iaitu kacang soya Non Gmo yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh .  ESP Shaklee dikenali sebagai diet yang sihat kerana kaya dengan protein, bebas lemak, bebas kolesterol, dan kaya dengan kalsium

👉 Mengenyangkan

ESP Shaklee mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39. Kajian menunjukkan makanan yang mempunyai gi dapat mengurangkan rasa lapar dan memberikan rasa rasa kenyang yang lebih lama dan membantut menurunkan berat badan dan mengawal selera makan. Selain itu, ia juga membantu paras gula darah kekal stabil, membantu mengekalkan tenaga, dan mengekalkan kesihatan jangka panjang Protein lebih mengenyangkan daripada mana-mana karbohidrat atau lemak.

👉 membantu membina otot

Protein membantu pembentukan dan pembinaan otot. Otot membakar kalori, lebih banyak otot yang dimiliki, maka lebih banyak kalori tubuh dibakar. Dengan pengambilan protein secara konsisten, badan dilatih untuk membakar kalori secara berterusan dan meningkatkan metabolism dan pembakaran lemak. Lebih efektif apabila pengambilan protein digabungkan dengan senaman

1 canister ESP , 850 gram untuk kegunaan sebulan (RM161.25) (Sertai kami untuk dapatkan lebih penjimatan)


Cinch Shake Mix

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

Cinch Shake adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan (meal replacement) sepanjang proses menurunkan berat badan. Pengambilan cinch akan memberikan lebih kepuasan dan 
mengenyangkan!

Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh pelbagaikan cara minum dengan mencampurkan buah-buahan segar, yogurt dan sebagainya.

Fungsi Cinch Shake dalam set kurus Shaklee

👉 Cinch shaklee sesuai sangat bagi sesiapa nak diet dan kuruskan badan. Cinch shake ni lengkap dengan segala protein.

👉 Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine. Leucine adalah sejenis asid amino penting. Fungsi leucine adalah menjaga jisim otot. Leucine bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.

Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan leucine, jadi, ia mesti diperolehi dari sumber makanan yang lain. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leucine bermanfaat dalam:

🌱 Menggalakkan pengeluaran otot.

🌱 Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak.

🌱 Menyokong pemulihan otot.

🌱 Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.

👉 Untuk dapatkan bentuk tubuh badan yang cantik, pengambilan diet harian yang mengandungi leucine sangat penting kerana setelah kehilangan berat dan lemak, leucine akan memastikan otot badan tidak jatuh dan menggeleber. Tugas leucine adalah membina otot semasa penurunan berat badan berlaku.

👉 Cinch Shake membantu mengurangkan selera makan bagi anda yang tidak boleh kawal nafsu makan

👉 Membantu membakar lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan dalam badan serta mengurangkan inci pada badan dengan cepat

Istimewanya Cinch Shake ini, apabila anda tidak mahu makan nasi, anda boleh gantikan dengan mengambil Cinch Shake Shaklee sahaja.

1 canister Cinch Shake (RM181.25) (Sertai kami untuk dapatkan lebih penjimatan)

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan
Set Kurus Shaklee (Premium) Yang Paling Berkesan

Menarikkan setelah mengetahui bagaimana 3 langkah utama set kurus Shaklee berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan.

Harga Set Kurus Shaklee (Premium) yang paling berkesan

Harga: RM520 (Harga Asal: RM649)

👉 Percuma Keahlian
👉 Percuma Penghantaran

= PENJIMATAN sehingga RM174

Whatsapp Atul untuk order atau rundingan berkaitan set kurus Shaklee dengan hanya klik gambar dibawah

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan

Baca juga:

Pilihan set kurus Shaklee yang selalu jadi pilihan ramai

koleksi Testimoni Set Kurus Shaklee yang telah berjaya dapatkan berat idaman mereka


Atul Hamid
Shaklee Business Leader
Continue Reading

11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah

11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah


11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah
| Mudah ke nak mohon iklan dari Google Adsense ni? Tanya seseorang pada Atul. Sebenarnya nak kata mudah tu tidak, nak kata susah pun tidak. Hehe Tapi bergantung pada kalayakan blog itu sendiri dan juga keputusan daripada pihak Google Adsense.

Ada yang mohon sekali dah lulus, ada yang berkali-kali masih tidak lulus untuk ada iklan di blog. Macam Atul sendiri, beberapa kali permohonan baru pihak Google Adsense luluskan. Ini antara contoh sebab-sebab kenapa permohonan Google Adsense anda di tolak

11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah

11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah


Dari pengalaman Atul sendiri, ada beberapa perkara yang perlu para blogger kenalpasti sebelum memohon Google Adsense di blog supaya permohonan mudah diluluskan. Disini Atul kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda lulus pemohonan iklan Google Adsense.


Tips lulus permohonan Google Adsense dengan mudah


1. Mempunyai akaun blog yang aktif

Untuk makluman semua, pihak Google Adsense sangat menyukai blog yang aktif. Blog yang aktif sangat meyakinkan pihak Google Adsense untuk meluluskan permohonan iklan di blog anda


2. Rajin update entri secara berkala

Anda perlulah rajin update entri selalu, sekurang-kurangnya 2x seminggu. Blog yang paling bagus adalah yang update entri setiap hari. Entri yang di update secara berkala menunjukkan blog anda aktif. Tetapi harus di ingat, entry yang diupdate selalu hendaklah yang berkualiti dan menarik minat pembaca.


3. Mempunyai entri yang berkualiti

Setiap blogger yang ingin memohon iklan di Google Adsense, pastikan blog anda mempunyai entri yang berkualiti, berinfomasi dan memberi kesan kepada para pembaca. Yang paling penting, setiap entri anda hendaklah mempunyai lebih 300 patah perkataan.

Ketika Atul buat permohonan Google Adsense untuk sebelum diluluskan, segala entri berkaitan giveaway, yang banyak gambar tetapi kurang patah perkataan, Atul unpublishedkan sementara waktu sehingga permohonan Google Adsense di luluskan, baru Atul publishkan kembali. Ada juga yang Atul padamkan terus, sebab entri tu tak penting. hehe

Memang agak leceh, tetapi itulah pengorbanan yang perlu kita lakukan. Kata nak jana income pasif. Kenalah usaha sikit. Hehe


4. Entri yang lengkap

Entrti yang lengkap bermaksud, entri yang anda hasilkan mempunyai ayat dan perenggan. Setiap entri pasti ada tajuk, dimulakan dengan pengenalan, isi dan diakhiri dengan penutup, serta mempunyai gambar atau video sekurang-kurangnya satu. Sekiranya anda hanya mempunyai entri yang ada gambar tanpa ayat atau ayat yang ringkas seperti giveaway, lebih baik anda unpublishedkan buat sementara waktu


5. Blog yang lengkap

Ini bermaksud, blog anda sudah berada dalam keadaan betul-betul siap sedia dari segi layout, theme, dan paparan samada dari versi desktop ataupun versi mobile. Anda tidak digalakkan untuk membuat sebarang kemaskini blog ketika proses permohonan Google Adsense dilakukan.

Selain itu, pastikan blog anda mempunyai About Me, Contact, Disclaimer, Privacy Policy dan Sitemap. Ini untuk menyakinkan pihak google bahawa blog anda boleh di yakini dan dipercayai.


6. Menggunakan template blog yang responsive

Kenapa perlukan template blog responsive? Template biasa tak boleh ke? Bukan tak boleh, tapi sangat digalakkan untuk bertukar kepada template blog yang lebih responsive. Ini kerana rekaan template blog responsive adalah up to date. Salah satunya adalah paparan blog yang dihasilkan oleh template responsive ini adalah fleksibel mengikut saiz gajet yang berbeza seperti desktop, tablet atau mobile tanpa mengurangkan 1 gajet pun. Jadi, ia akan menarik perhatian pembaca untuk berada lebih lama menghadap blog tersebut.


7.  Tiada masalah untuk letak coding iklan

Ketika proses permohonan Google Adsense dilakukan, pihak Google Adsense akan meminta anda untuk meletakkan kod iklan ke dalam template html blog untuk tujuan pemantauan dan pengesanan blog. Tetapi jika anda ada masalah untuk letakkan kod iklan (Dah letak, tapi pihak Google Adsense tak jumpa blog anda), salah satu sebabnya adalah template blog yang tidak sesuai. Anda disarankan untuk tukar template blog yang lebih responsive. Walaupun kriteria untuk lulus permohonan Adsense yang lain anda telah lengkap, tetapi disebabkan template blog yang tidak sesuai,maka ia boleh menyebabkan permohonan Google Adsense anda ditolak.


8. Mempunyai navigasi blog yang jelas

Salah satu ciri-ciri blog yang bagus adalah mempunyai navigasi yang jelas. Jelas bermaksud pembaca mudah mendapatkan maklumat yang dicari dalam blog anda. Pastikan paparan navigasi desktop selari dengan dengan paparan mobile. Navigasi yang baik melibatkan pautan ke halaman utama (home), dan pautan penting yang lain seperti maklumat pemilik blog, sitemap, dan maklumat-maklumat lain yang ada dalam blog anda. Paling utama pastikan tiada broken link dalam blog anda. Seeloknya tambahkan gadget label atau tag untuk memudahkan pembaca.

💔 Klik sini untuk kesan broken link dalam blog anda


9. Tiada entri copy paste

Pastikan tiada entri yang anda copy paste bulat-bulat dari blog atau website orang lain. Sekiranya ada, sila unplublished atau edit kembali dengan menggunakan olahan ayat sendiri sepenuhnya. Perkara ini untuk mengelakkan blog anda dikesan sebagai plagiarism dan hilang kepercayaan dari pihak Google Adsense


10. Tiada iklan lain dalam blog

Atul pernah terbaca, seeloknya sebelum memohon Google Adsense, pastikan tiada iklan lain dalam blog anda. Jadi, pastikan ketika proses permohonan, blog anda bersih dari sebarang iklan yang mungkin boleh menggagalkan permohonan Google Adsense anda


11. Blog berusia 6 bulan dan mempunyai trafik yang bagus setiap hari

Sekiranya blog anda masih baru, tunggulah sehingga cukup usia. Hehe Seeloknya pastikan blog anda sudah berusia 6 bulan ke atas. Pastikan juga mempunya trafik yang bagus setiap hari dan semakin meningkat. Apabila trafik blog anda bagus, ini menunjukkan blog anda sentiasa ada pengunjung. Barulah berbaloi untuk letak iklan di blog anda.

Okay, itu je antara tips untuk lulus permohonan Google Adsense dengan mudah. Semoga tips yang Atul kongsikan di atas ni membantu anda membuat persediaan untuk memohon Google Adsense. Tetapi perlulah diingatkan, Atul tidak memberi jaminan 100% bahawa permohonan Google Adsense anda akan lulus dengan sekali permohonan sahaja kerana tips yang Atul kongsikan ini hanyalah berdasarkan pengalaman yang Atul lalui dan juga pembacaan yang Atul lakukan. Atul juga bukan pakar Google Adsense ya. Atul cuma kongsikan apa yang Atul baca sahaja.

Semoga permohonan Google Adsense anda mudah untuk lulus dan selamat menjana pendapatan pasif.

Baca: Cara mudah memohon Google Adsense

Atul Hamid (1077444)
Shaklee Business Leader
Continue Reading

Cara memohon Google Adsense di blog

Cara memohon Google Adsense di blog


Cara memohon Google Adsense di blog | Atul nak tanya, seronok tak kalau kita boleh dapat pasif income tiba-tiba je? Mestilah seronokkan? Ada ke yang tak seronok nak dapat duit? Hurm..pelik tu kalau ada yang tak seronok nak dapat duit.

Sebenarnya bulan ni pasif income Atul telah mencecah 100usd. Tunggu awal bulan hadapan, dapatlah tahu berapa total income yang boleh Atul dapat. Alhamdulillah, seronok sangat rasanya, walaupun tak banyak tapi ini lah pasif income pertama yang Atul dapat dan sejujurnya Atul sendiri pun tak sangka yang Atul boleh buat pasif income. Bak kata kawan Atul, income geli-geli. Haha comelkan

Kenapa nak tunggu bulan depan ya? Sebab income yang ni, hanya boleh di keluarkan setelah melepasi 100usd dan selepas habis 30hb atau 31hb setiap bulan. Ini kerana, setiap awal bulan, nilai income tu akan bermula dari kosong kembali, dan akan dikumpul sehingga mencecah 100usd dan lebih.

Macam mana nak dapat pasif income ni? Apa perlu dibuat?

Sebenarnya pasif income yang Atul maksudkan ini adalah hanya melalui penulisan blog. Ya dengan hanya berblog kita boleh jana income setiap bulan. Lagi aktif trafik blog kita, lagi banyak income yang boleh kita dapat setiap bulan. Kiranya, 100usd yang Atul share tadi tu hanyalah income minimum yang boleh kita dapat dengan berblog. Minimum tau! Ada yang boleh dapat lebih 500usd sebulan.

Melalui blog ada beberapa pilihan yang boleh kita lakukan untuk jana pasif income. Salah satunya melalui Google Adsense. Untuk makluman semua, Google Adsense membayar pendapatan kita dalam unit dollar (usd).

Jadi, alang-alang ada beberapa orang kawan Atul tanya bagaimana cara nak jana pasif income melalui blog, disini Atul terpanggil untuk share pada semua, bagaimana cara nak mohon Google Adsense untuk membolehkan kita jana pasif income di blog.

Sebelum memohon Google Adsense, pastikan anda memiliki ciri-ciri dibawah ini

Ciri-ciri memohon Google Adsense

  1. Mempunyai akaun blog yang aktif
  2. Rajin Update Entri Secara Berkala.
  3. Mempunyai entri yang berkualiti.
  4. Entri Yang Lengkap
  5. Blog Yang Lengkap.
  6. Menggunakan template blog yang responsive
  7. Tiada Masalah Untuk Letak Kod Iklan
  8. Mempunyai Navigasi Blog Jelas
  9. Tiada Entri Copy Paste
  10. Tiada Iklan Lain Dalam Blog
  11.  Blog Berusia 6 bulan dan mempunyai trafik yang baik setiap hari.

Mesti baca: Penerengan ciri-ciri lulus adsense dengan mudah

Tujuan ciri-ciri memohon Google Adsense dinyatakan di atas adalah untuk menyakinkan pihak Google bahawa blog anda boleh dipercayai dan layak untuk mendapatkan kelulusan permohonan adsense tersebut. Namun, apapun keputusan tetap bergantung kepada pihak Google Adsense juga.

Jadi, bagi yang nak cuba menjana pendapatan pasif dengan Google Adsense, disini Atul serta cara memohon Google Adsense di blog

Cara memohon Google Adsense di blog

1. Klik bahagian "Earning" di dashboard blog


Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

 2. Klik mulakan / get started untuk mendaftar

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

3. Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran Google Adsense

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


 4. Copy code Adsense di template html blog

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Berikut Atul sertakan cara copy paste coding Adsense di template template html blog

Theme >>  customize >>  edit html >>  paste coding antara  <head> </head> >> save

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

selepas paste, jangan lupa klik Save.

Ini contoh lebih jelas untuk paste coding Adsense

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Akhir sekali, kembali ke dashboard Adsense dan tick "I've pasted the code into my site" dan klik done

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

5. Sekiranya pihak Google Adsense berjaya temui coding Adsense yang anda paste tadi, maka akan terpapar dialog box dibawah ini.

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Akhir sekali, akan terpapar dialog box yang menyatakan blog anda sedang dinilai oleh Google Adsense sama ada blog anda lulus atau tidak permohonan pendaftaran Adsense. 

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Pastikan anda sentiasa update dengan email untuk mengetahui jawapan daripada Google Adsense.

Okay, itulah cara untuk anda memohon Google Adsense di blog anda. Semoga tutorial memohon Google Adsens di blog ini membantu anda untuk memohon iklan adsense di blog sekali gus melayakkan anda menjana pendapatan pasif dengan hanya menulis di blog.

Bersambung dengan next entry selepas permohonan Adsense diterima.

Semoga bermanfaat ☺

Atul Hamid
Pengedar Shaklee Aktif

Continue Reading

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia | Obesiti merupakan sejenis keadaan yang agak rumit di mana terdapatnya pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan menyebabkan seseorang itu mengalami berat badan yang berlebihan.

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia


Masalah kegemukan
 atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenali sebagai masalah kesihatan yang berisiko terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung.

Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, masalah obesiti adalah satu penyakit yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbiditi. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit pada individu yang mengalami obesiti terutamanya penyakit jantung, penyakit hepatobiliary, diabetes dan lain-lain lagi penyakit merbahaya.

Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatandan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, dan berada pada tahap yang membimbangkan. Tinjauan NHMS yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia


Manakala sebanyak 17.5% rakyat Malaysia dikesan menghidap Diabetes, 30.3% menghidap Hipertensi dan 47.7% mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi pada tahun yang sama.

Pada tahun 2019, menurut tinjauan NHMS mendapati 50.1% daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes di mana 30.4% adalah berlebihan berat badan manakala 19.7% adalah obes.

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 34% dan obesiti sebanyak 19.7%. Keadaan ini bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malah dikalangan kanak-kanak juga peratusannya sangat membimbangkan.

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia


Jadi, apakah punca obesiti berlaku dikalangan rakyat Malaysia yang semakin menggerunkan?

Punca Obesiti berlaku dikalangan rakyat Malaysia

Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori Menjadi Lemak

Punca utama obesiti adalah disebabkan ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan tenaga harian. Ini terjadi apabila seseorang individu mengambil makanan yang berlebihan tetapi tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang mencukupi. Sekiranya keadaan ini berterusan, berat badan akan meningkat. Keadaan ini berlaku kerana jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan yang dimakan tidak digunakan sepenuhnya oleh badan dan bertukar menjadi lemak.

Gaya Pemakanan yang tidak sihat

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Pada zaman sekarang, faktor pemakanan adalah punca utama berlakunya obesiti. Gaya pemakanan yang tidak sihat yang sering diamalkan oleh rakyat Malaysia merupakan penyebab berlakunya peningkatan kadar obesiti di Malaysia. Ini kerana jumlah pengambilan kalori yang terlalu banyak daripada pemakanan seharian seperti makanan segera, minuman bikarbonat, makanan manis, makanan bergoreng dan banyak lagi adalah penyumbang utama kepada obesiti. Kemunculan pelbagai restoran makanan segera yang menjual makanan berkalori tinggi pada harga yang rendah merupakan penyebabkan peningkatan kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Gaya Hidup Tidak Sihat

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Amalan gaya hidup yang tidak sihat juga merangsang peningkatan kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Kesibukan bekerja, menyebabkan mereka sering keletihan. Beban pekerjaan yang makin meningkat menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan riadah atau bersenam selepas waktu bekerja. Selain itu, kebanyakan orang pada masa kini lebih suka menghabiskan masa mereka bermain game online di telefon atau computer, melayan social media atau berehat di rumah daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Genetik keluarga

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Benarkah
anak-anak di mana ibu bapanya menghidap obesiti mempunyai risiko setinggi 80% untuk menghidap obesiti juga? Obesiti disebabkan faktor genetik selalunya dikaitkan dengan gaya pemakanan yang diambil oleh keluarga itu. Sebenarnya punca disebabkan genetik keluarga ini sama sekali tidak kukuh kerana obesiti disebabkan keturunan ini boleh di ubah atas kesedaran diri sendiri.

Tetapi ada kes-kes tertentu yang mendorong seseorang mengalami obesiti disebabkan genetik seperti sindrom Prader-Willi.

Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan genetik keluarga punca obesiti berlaku

Faktor Kesihatan

Dalam kes-kes tertentu, berat badan seseorang boleh naik mendadak disebabkan faktor kesihatan. Individu yang mempunyai masalah kesihatan juga boleh menyebabkan obesiti berlaku. Antara contoh penyakit adalah:

Hypothyroidism iaitu keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya.

Sindrom Cushing merupakan sindrom yang menyebabkan penghasilan hormon steroid yang melampau.

Walaubagaimanapun, kedua-dua penyakit di atas dapat dirawat dengan baik dan pesakit dapat menurunkan berat badan setelah menjalani rawatan dengan pakar.

Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi obesiti. Ubat-ubatan seperti ubat anti kemurungan dan pil perancang boleh menyebabkan kegemukan. Ini mungkin berpunca daripada kesan tindak balas daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut.

Stress

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Stress atau tekanan perasaan juga menjadi punca berlakunya obesiti. Bagi sesetengah individu, untuk mengurangkan tekanan perasaan yang dialamai mereka akan kerap mengambil makanan. Pengambilan makanan manis selalunya menjadi pilihan untuk mengurangkan rasa tertekan. Keadaan ini akan dilakukan sehingga mereka merasa lega.

Kesimpulannya, masalah obesiti yang di alami oleh rakyat Malaysia, adalah berpunca dari individu itu sendiri. Kesedaran diri untuk memastikan berat berada pada paras normal adalah penting. Mereka sepatutnya mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul, membudayakan amalan hidup yang sihat dan aktif untuk memastikan kesihatan diri berkualiti demi kehidupan yang lebih baik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah obesiti daripada melarat dan individu itu berhak mendapatkan apa yang terbaik untuk kesihatan dirinya.

Baca juga: 5 Tips kurangkan lemak dalam badan dengan cepat dan berkesan

Atul Hamid
Pengedar Shakle Anda
Berpengalaman sejak 2013

Continue Reading