Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis | Pada hari Sabtu waktu cuti hari Depavali yang lalu, tiba-tiba suami Atul ajak pergi makan santai-santai diluar. Bukan makan di kedai tau, tapi makan dan lepak-lepak samada tepi air terjun atau tasik katanya. Atul pun apa lagi, on jer la. hehe
Lagipun nasi dan lauk untuk makan tengahari dah siap masak, bolehla bawa makanan tu je untuk berkelah. Alang-alang tak makan tengahari lagi walaupun dah hampir jam 2 petang. hehe
Walaupun pada mulanya langit kelihatan mendung dan kelabu, Atul pergi je. Kata Atul pada suami "Kita pergi je dulu, kadang-kadang sini mendung, tapi sana cerah. Kalau hujan nanti, kita pergi tempat lain pulak, kalau hujan juga, kita baliklah, bukan jauh pun" Suami Atul pun setuju.
Jadi, teruslah kami menuju ke Empangan Timah Tasoh.
Untuk makluman semua, Empangan Timah Tasoh terletak 17 km dari bandar Kangar. Untuk ke Empangan Timah Tasoh, perlu melalui Jalan Kangar ke Padang Besar.
Sesampai je di jalan masuk ke empangan, MasyaAllah panjangnya kereta beratur. Mereka nak pergi ke Tasoh Lake Resort by Tasoh Tasikku.
Tapi Atul pula nak pergi ke bahagian hujung, iaitu kawasan untuk lepak-lepak, ada yang bermandi manda, menenangkan fikiran, memancing, dan bergambar.
Memandangkan ketika sampai cuaca cerah dan masih tidak ramai orang, jadi kami pun ambillah satu port. Parking kereta, bentang alas untuk duduk, dan pasang khemah hehe
Anak-anak macam biasalah, nampak air "Ibu boleh mandi tak?"
"Ayah, boleh mandi tak?"
Plan dari rumah, nak lepak makan-makan je. Jadi, kami pun makanlah dulu. Almaklumlah, perut dah berlagu dangdut haha
 |
Ish gambar ni menggemukkanku. Pelik betullah
|
 |
Budak ni dari makan dalam khemah, pergi keluar khemah kacau ibu
|
 |
Inilah chairman nya. Lauk ni pun, bigboss yang masak |
Alhamdulillah kenyang hehe
Selesai je makan, jalan-jalan ke air tengok pemandangan Empangan Timah Tasoh. Subhanallah, cantik sangat pemandangan disini
Anak-anak duk main air, sampai basahlah seluar. Jadi, bagi la can pada mereka untuk mandi.
Seronok anak-anak dapat main air hehe
Disebabkan pemandangan di sini sangat cantik, so Atul pun amik kesempatan untuk ootd walaupun basah seluarku hehe
 |
dapat juga snap gambar sensorang hehe
|
Thanks to bigboss tolong tangkapkan gambar yang cantik :)
Cantikkan pemandangan di Empangan Timah Tasoh ni. Tak rugi datang sini espcially korang yang suka selfie, snap gambar, dan seangkatan dengannya.
Sebenarnya, air Empangan Timah Tasoh ni bersih, sebab tu berani lepaskan anak-anak bermain air dan mandi. Cuma, tona warna dan pencahayaan dalam gambar-gambar atul share ni menyebabkan nampak air tu bermacam-macam warna haha
Kesian anak-anak, tengah seronok-seronok mandi, tetiba rintik. hehe Jadi, setakat tu jelah mandinya, naik darat, terus bersiap untuk balik.
Tapi kami tak terus balik, kami ke tempat lain pula, kebetulan kawasan tu tak hujan. Dimana? Tunggu di next entry okay. hee
Okayla, next time atul cerita tentang Tasik Cermin di Empangan Timah Tasoh pula. Dengar khabar pemandangan tasik cermin ni MasyaAllah, cantik sangat-sangat.
 |
Teaser Tasik Cermin Timah Tasoh; kredit Perlis Permai
|
Jom pi Perghlih :)
Atul Hamid
Suka tengok keindahan alam ciptaan Allah swt