KHASIAT BUAH KURMA


KHASIAT BUAH KURMA

KURMA adalah sejenis tumbuhan (Palma). Kurma juga adalah buah yang diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW. Kurma kaya dengan khasiat yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan. Buah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, niasin dan pelbagai sumber nutrien lagi.
Apabila berbicara mengenai buah kurma pasti ramai mengaitkannya dengan bulan Ramadan kerana kurma selalu dimakan semasa berbuka puasa. Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa buah kurma ini mempunyai banyak kebaikan dan ia sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma merupakan makanan yang sangat sesuai diamalkan. Selain itu, kurma juga sesuai diamalkan oleh ibu hamil, wanita bersalin dan ibu menyusu.

Kandungan nutrien yang tinggi dalam kurma menjadikan ia makanan yang wajib dimakan untuk kesihatan yang optimum

Berikut merupakan khasiat buah kurma yang perlu anda tahu

1. KESIHATAN

Risiko dapat penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis rendah
  • Kurma mengandungi zat-zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Jika sesorang itu mengamalkannya dengan memakan kurma setiap hari risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis dapat dikurangkan. Ia berdasarkan kajian oleh Profesor Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Membantu Masalah Usus


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.
Kurma mengelak cirit-birit ( diarrhea)
  • Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria baik (dalam perut) secara lebih efektif.
Kurma melegakan sembelit
  • Mampu melegakan sembelit kerana ia mempunyai kesan laksatif ringan. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.
Mengawal berat badan


KHASIAT BUAH KURMA
  • Pengambilan kurma semasa perut kosong pada waktu pagi berkesan menghalang pertambahan berat badan dan kerana ianya bebas kolesterol, kurma membantu anda mengawal berat badan. Namun, ambil perhatian, kandungan gula kurma juga tinggi jadi jangan makan dalam jumlah yang berlebihan
 Mengimbangkan kolesterol


KHASIAT BUAH KURMA
  • Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.

    Baca juga: Info tentang kolesterol pembunuh senyap
Menguatkan jantung

KHASIAT BUAH KURMA
  • Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu atau tambahkan ke dalam smoothie atau snek oatmeal, ikut kesukaan anda.

    Baca juga: Cara kekalkan kesihatan jantung
Mengawal selia tekanan darah


KHASIAT BUAH KURMA
  • Ramai di antara kita yang menderita hipertensi (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.
Merendahkan risiko serangan strok


KHASIAT BUAH KURMA
  • Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh mengurangkan risiko serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.
Baik untuk kesihatan tulang


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.


2. KEHAMILAN, BERSALIN DAN PENYUSUAN

Merangsang kehamilan


KHASIAT BUAH KURMA
  • Buah kurma juga dapat membantu merangsang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan memberikan khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.

    Baca juga: Diet & Pemakanan ibu hamil
    Baca juga: Nutrisi untuk ibu hamil
Memudahkan proses bersalin


KHASIAT BUAH KURMA
  • Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya. Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

    Baca juga: Nutrisi untuk ibu lepas bersalin
    Baca juga: Gejala lepas bersalin yang tidak boleh diabaikan

Memperbanyakan susu ibu


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kalau anda hendak tahu mengapa kurma sebagai penambah susu badan, ia kerana kurma mengandungi satu nutrien yang dikenali sebagai tryptophan. Ia merupakan salah satu daripada 10 asid amino penting yang badan kita perlukan untuk membina protein. Malah, ia menggalakkan pengeluaran hormon serotonin. Serotonin ini pula membantu proses laktasi, iaitu proses penghasilan susu badan! Tidak cukup dengan itu, serotonin yang terhasil ini juga akan menyekat penghasilan Dopamine yang membantut penghasilan susu

    Ia juga mengandungi sumber kalsium yang tinggi serta Sumber zat besi dan potasium yang hebat. Pilihlah kurma sebagai penambah susu badan anda! Kerana kurma juga membantu untuk menaikkan tahap gula dalam badan, maka kita juga secara tidak langsung membantu meningkatkan proses penghasilan susu ibu!

    Baca juga: Tips banyakkan susu ibu


3. TENAGA SEGERA

Memberi tenaga tambahan segera
  • Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26:


    Maksudnya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.

    Berdasarkan firman Allah di dalam surah Maryam ini, Allah SWT memerintahkan Sayidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan  tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., disebabkan beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak. Ini kerana kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya.

    Oleh sebab itu, dengan memakan kurma ia membantu memudahkan wanita bersalin untuk melahirkan dan memberi tenaga tambahan kepada mereka.
Bertenaga ketika berbuka
  • Sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kurma telah menjadi amalan ketika berbuka puasa. Bahkan berbuka puasa dengan kurma juga kamu beroleh pahala sunah.Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. kandungan gula yang ada pada kurma adalah 50 hingga 57 peratus glukosa. kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. Penghidap kencing manis juga boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa.


4. KECERDASAN DAN MENGUATKAN MEMORI

Kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran


KHASIAT BUAH KURMA
  • Menurut pakar, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses tumbesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat
Menguatkan daya ingatan


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

    Baca juga: Suplemen untuk si Manja


5. KEPERIBADIAN

Membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran
  • Maksud hadis Rasulullah SAW:

    “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


6. KEBERKATAN

Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran
  • Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:


    Maksudnya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnnya dengan buah kurma.”

 Makanan yang paling sempurna
  • Maksud Sabda Rasulullah SAW:

    “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.” 

Jadi, jom lengkapkan dapur kita dengan buah kurma. Ia bukan sahaja sedap dimakan tetapi ia juga makanan yang sesuai untuk seisi keluarga dan dapat mengekalkan kesihatan secara menyeluruh!

Semoga bermanfaat, terima kasih.



Klik Gambar Untuk Order Shaklee


Continue Reading

Nasi Kerabu Sedap Di Perlis


Assalamualaikum & selamat petang

Atul nak tanya, siapa suka makan nasi kerabu? Ada tak yang suka sangat-sangat, pegi mana-mana kalau boleh mesti nak cari nasi kerabu. Memang tak jemu lah kalau kerap makan pun

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS


Kalau korang nak tahu, Atul ni baru je belajar makan nasi kerabu ni. hehe

Pertama kali Atul makan nasi kerabu masa di Merbok, Kedah. Kawan UiTM Atul buatkan, kebetulan masa tu pergi rumah dia, dia tengah buat nasi kerabu, jadi merasalah Atul makan.

Tapikan sepatutnya makan nasi kerabu ni letak lauk, gaul ulam & kelapa parut tu kan, tapi waktu tu atul rasa nasi & kelapa parut tu sikit je. Memang buat rasa je Hehe almaklumlah, tak reti nak makan.

Tapi, semalam suami bawa pergi 1 kedai ni, kedai ni memang popular dengan nasi kerabu. Dulu orang panggil kedai tu dengan nama nasi kerabu KTM Arau. Kalau tak silap Atul, nama tu masih digunakan lagi walapun kedai tu ada nama sendiri. Sebabnya lokasi kedai tu dekat sangat dengan stesen keretapi Arau.

Sebelum ni kalau Atul pergi situ, Atul akan ambil nasi lemak & Milo Ais. Memang sedap nasi lemaknya, lauk boleh pilih pulak tu. Milo ais pun kaw punya! Pekat & manis hehe.

Tapi semalam Atul nak cuba rasa nasi kerabu, & memang terbaik lah. Rasanya juga kena dengan selera Atul. Semalam Atul ambil nasi kerabu lauk daging tumis kunyit kot hehe (atul pun xtahu nama menu, cuma rasanya ada rasa kunyit) dan keropok.

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS
Nasi Kerabu yang Atul makan Semalam
NASI KERABU SEDAP DI PERLIS
Keropok untuk dimakan dengan nasi kerabu (tinggal sikit sebab kena makan ngan Aaqif)

Manakala suami Atul pulak makan nasi dagang ikan Tongkol

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS
Nasi Dagang Ikan Tongkol

Patutla ramai orang yang datang ke kedai ni, walaupun kedainya ke ceruk sikit, dan tak kisahlah kenapa ramai yang kata kedai tu tempat nasi kerabu sedap di Perlis. 

Kalau nak tahu, nama kedai tu MEK SITI KANTIN KTMB ARAU. Disitu ada jual nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang & nasi putih. Pilihan lauk juga pelbagai.

Kedai MEK SITI KANTIN KTMB ARAU ni buka dari pagi, tapi tutup Atul tak pasti jam berapa. hehe Jadi kalau nak makan pagi, nak makan tengahari bolehla datang ke kedai MEK SITI KANTIN KTMB ARAU ni.

Ini serba sedikit butiran tentang kedai MEK SITI KANTIN KTMB ARAU:

Alamat: Arau, 02600 Arau, Perlis, Malaysia
Kordinat: 6.4281221, 100.2700026
Nomber Telefon: +60 13-430 3968

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS
Inilah Kedai Mek Siti Kantik KTMB Arau

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

Maaf ye, gambar nasi lemak tiada, nanti kalau Atul pergi lagi, Atul ambil gambar ye.

Terima kasih.

atulhamid
Klik Gambar Untuk Order Shaklee
Continue Reading

Testimoni Detox: Cara Kuruskan Badan Dan Perut Buncit

Bila Lemak Ko Melebih Ke Perut !

TESTIMONI DETOX: CARA KURUSKAN BADAN DAN PERUT BUNCIT

Kisah Kak Ija sendiri. Kak Ija nak Share dengan korang semua

Berat Kak Ija 70kg dengan ketinggian 149cm.

Korang boleh bayangkan tak kak Ija saiz badan macam mana? Korang rasa comel ke tak dengan saiz macam tu?

Bagi kak Ija dah macam serupa ayam katik dah. Jalan pun dah macam peguin.

Ada suatu hari tu, Kak Ija suruh abang Kak Ija tangkap gambar kak Ija, bila tengok balik, pasal apa tak comel, tak cantik. Suruh tangkap lain pun rupa tu juga tak ada perubahan. Ada sesuatu yang tak kena kat gambar ni ☹️

Ada sekali tu, adik sepupu tangkap gambar dari belakang.
Terkejut tengok! "Ya Allah... Aku kah itu?"
Boleh tanya dia balik...seolah tak dapat nak terima keadaan Kak Ija masa tu

Pergi mana-mana orang sekeliling tegur

"Ni ija ke? Kenapa "sihat" sangat?"

"Ija pregnant ke?"

"Pasal apa perut nampak buncit ni!"

Haa, nampak tak? Orang sekeliling kak Ija ambil berat.. ambil tahu apa yang berlaku?

Nak lindung macam mana? dah terang-terang rupa badan kita gitu. Tabah jela

Sampai nak jalan-jalan turun ke kedai ada masanya kak Ija malu. Malu bila ada yg tegur.

Itu baru fizikal kita.

Tak cukup badan. Muka pun bermasalah. Jerawat bermaharajalela membiak kat muka ni.

Orang cakap, badan berisi ni ternak toksin. Toksin banyak boleh menyebabkan hormon pun TAK STABIL.

Jadi, sana sini lah jerawat tu tumbuh kan.


Sejak badan berisi, Kak Ija rasa badan cepat letih. Tidur macam tak pernah cukup. Asyik ngantuk je. Duduk je boleh tertidur tau. Jalan sikit dah penat. Badan pun berbau.

Jadi....

Kak Ija start diet. Kurangkan pengambilan makanan. Tapi rasa tak bestkan buat sendiri. Kak Ija Join geng-geng Shaklee DETOX. Mula group dari satu ke satu group.

Sampai lah group terakhir ni, group detox Shaklee yang diterajui Master Shaklee kak Ija, Master Firdhaus. Ramai orang-orang kuat detox yang bagi kami semangat. Tengok semangat dan testimoni mereka, kita pun rasa semangat jugak.


Alhamdulillah..

Sejak Join detox Shaklee.... Kawal permakanan, dan ambil suplemen kak Ija boleh turunkan berat badan dengan cepat. Dari berat 70kg kini berat kak Ija dah jadi 57.4kg je.

Walaupun tak secepat sepantas org lain. Tapi Kak Ija boleh lihat perubahan kak Ija.

Baju lama-lama dah boleh sarung kembali. Kawan-kawan pun cakap ketaranya kak Ija yang dulu dan sekarang.

Bukan saja badan tapi kulit muka pun rasa lebih sihat. Jerawat pun dah tiada tau.


Kalau ada pun masa hormon tak stabil. Adat lah perempuan kan☺. Tapi tak lama pun, cepat le jugak jerawat tu kecut balik.

Nak tau tak suplement apa kak Ija ambil?

Kak Ija ambil Omega, Alfalfa, Herb-Lax, ESP, Lecithin.

Paling best Alfalfa dan Herb lax. Setiap pagi mula lah memerut. Memerut sampai ke petang pun ada. Sampai nak kentut pun takut. takut lain yg keluar hahaha!!


Seronokkan bila kita kongsi kisah kita. Jadi kenapa korang takut nak berubah. Korang kena bertindak sendiri. Jangan fikir nak kurus sebab nak cantik. Tapi fikirkan kesihatan yang kita dapat.

Testimoni sebenar: FB Azliza Sahin

Jadi, korang rasa nak kuruskan badan dan hilangkan perut buncit macam Kak Ija ni, bolehla hubungi Atul untuk konsultansi lanjut.



Continue Reading

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL



DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Tahniah kerana anda telah hamil. Tahukah anda, setiap ibu hamil memerlukan pemakanan seimbang bagi memastikan kandungannya mendapat cukup zat. Beberapa jenis zat terpenting yang diperlukan oleh ibu hamil iaitu:

1. Asid Folik

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Asid folik merupakan makanan penting untuk otak. Asid folik sangat diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko-enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam tekanan dan kegelisahan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yang sangat penting untuk tumbesaran yang normal.

Asid folik amat berkesan apabila digabungkan dengan B12 dan Vitamin C. Pengambilan sebanyak 600mg sehari oleh ibu hamil adalah amat digalakkan.

Sumber makanan: Barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

2. Asid Lemak Omega 3

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Omega 3 adalah sejenis asid lemak tidak tepu. Ia terdapat dalam pelbagai jenis ikan, bijirin dan tumbuh-tumbuhan. Omega 3 dipanggil ‘asid lemak perlu’ kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diperoleh daripada makanan harian

Omega 3 penting bagi perkembangan saraf otak bayi. Omega 3 dan DHA amat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin. Kajian menunjukkan bahawa gangliosida mempengaruhi struktur otak terutama sekali bagi fungsi belajar dan mengingat

Sumber makanan: Ikan, minyak ikan, bijirin dan telur Omega 3 serta susu yang diperkaya dengan Omega 3

3. Protein

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Ketika hamil, badan bekerja keras untuk membantu sel-sel otak bayi. Maka tubuh memerlukan protein tambahan. Bakal-bakal ibu memerlukan lebih banyak protein sewaktu hamil berbanding waktu lain. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin

Ibu hamil memerlukan sekitar 75g protein iaitu lebih 25g berbanding biasa.

Sumber makanan:  Sumber protein dari haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Sumber protein selain haiwan adalah kekacang, kacang soya, biji-bijian dan sayuran hijau.

4. Zat Besi

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen dari paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembentukan hemoglobin dan berperanan dalam fungsi normal imuniti.

Sepanjang kehamilan, penggunaan zat besi akan bertambah dua kali ganda bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi. Jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat jangkitan penyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kekurangan berat juga boleh berlaku. Keperluan zat besi bagi ibu hamil ialah sekitar 27mg sehari.

Sumber makanan: Hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam, itik dan ikan. Kekacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber zat besi yang baik daripada tumbuhan. Pil vitamin yang mengandungi zat besi atau sarapan yang diperkaya dengan zat besi turut membantu.


5. Kalsium

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Kalsium ialah mineral terbanyak yang terdapat di dalam badan kita iaitu lebih daripda 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan pengekalan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Kalsium juga digunakan untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.

Sewaktu hamil, janin akan mengambil sekitar 25 mg – 30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi kalsium ialah pada trimester ketiga kehamilan. Jika bekalan kalsium tidak mencukupi, janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi bagi menampung keperluannya sekitar 1000mg.

Sumber makanan: Produk tenusu seperti yogurt, keju, sayuran hijau dan bijirin seperti soya.


6. Iodin

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun.

Wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon. Hormon inilah yang menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, hormon tiroid membantu mengekalkan tahap metabolisma badan

Kekurangan iodin boleh menyebabkan paras tiroksin rendah yang akan merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak. Jadi, adalah penting untuk memastikan bayi dalam kandungan mendapat iodin secukupnya. Lazimnya, iodin tidak disimpan dalam tubuh dan perlu diambil setiap hari.

Bagi wanita hamil yang vegetarian, pengambilan susu yang secukupnya adalah penting bagi memastikan kuantiti iodin yang mereka perolehi dapat menampung keperluan harian.

Sumber makanan: Makanan laut, susu dan produk tenusu.


Nota:

Iodin merupakan nutrien penting untuk merangsang proses tumbesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Bagaimanapun kuantiti yang diperlukan sangat sedikit iaitu sebanyak 150 mikrogram (µg) setiap hari bagi orang dewasa. Majlis Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Negara dan Kementerian Kesihatan New Zealand menyarankan wanita hamil mengambil sebanyak 220 µg iodin setiap hari.

Kekurangan iodin dalam kalangan wanita hamil boleh mengakibatkan:
  • Gangguan pada perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Keguguran
  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Mati sewaktu dilahirkan
  • Kelahiran anak yang kekurangan iodin

7. Vitamin C

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Vitamin C diperlukan ketika hamil kerana ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, melawan penyakit berjangkit, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.

Vitamin C juga membantu dalam penyerapan zat besi dengan lebih optimum. Jadi, bagi wanita hamil yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi bersama vitamin C dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat. Dengan itu, masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia) dikalangan ibu hamil dapat diatasi

Selain itu, vitamin C juga diperlukan oleh bayi dalam kandungan, kerana ia dapat membantu menguatkan pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage), tendon, melindungi dan menjaga kesihatan sel, membentuk kolagen di dalam tulang, otot dan kulit bayi.

Vitamin C bertindak sebagai antioksida yang terbaik. Ia bertindak melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas yang berbahaya dan menghalang proses pengoksidaan bahaya dalam tubuh.

Ramai saintis mencadangkan pengambilan vitamin C ketika hamil dapat mengelakkan komplikasi ketika hamil, walaupun belum banyak kajian yang dilakukan terhadap teori ini.

Pengambilan vitamin C yang dicadangkan oleh American Pregnancy Association adalah 200-500mg sehari. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut dalam air. Tetapi pengambilan vitamin C yang melebihi 2000mg mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan. 

Sumber makanan: Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran seperti jambu batu, buah longan, buah kiwi, buah strawberi, buah epal, tomato dan lobak merah

Buat ibu hamil sekalian, sepanjang proses kehamilan, tubuh memang memerlukan nutrisi yang seimbang untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan dan menjaga kesihatan tubuh ibu hamil. Namun begitu, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dan cadangan dengan doctor yang faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin untuk ibu hamil terlebih dahulu. Ini membantu kita mendapatkan manfaat dan mengelakan kemudaratan  dari ubat atau vitamin yang kita ambil.


Baca juga: Nutrisi Lengkap untuk Ibu hamil


Semoga bermanfaat.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)


---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


Continue Reading

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI



NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Kejang kaki atau juga dikenali sebagai 'simpul mengkarung' berlaku secara tiba-tiba tidak mengira masa dan jantina. Kejang kaki bukanlah penyakit yang serius dan merbahaya, malah ia akan hilang dengan sendiri. Walaupun begitu kesakitan yang dialaminya amatlah perit Tetapi, jika anda mengalaminya dengan kerap atau berterusan, dapatkan rawatan pakar dengan segera.

Banyak sebab boleh dijadikan punca berlakunya kejang kaki, salah satunya adalah berkait rapat dengan kekurangan nutrisi. Tanpa nutrisi yang mencukupi, sistem tubuh akan terganggu sekaligus mengundang pelbagai penyakit termasuklah kejang kaki.

Berikut merupakan nutrisi yang diperlukan untuk mengelakkan diri daripada terkena kejang kaki.


Kalsium

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Kekurangan kalsium dalam tubuh menyebabkan kejang kaki terjadi. Kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan berkaitan fungsi saraf, penguncupan otot dan kelonggaran. Kekurangan kalsium menyebabkan otot dan hujung saraf menjadi lebih sensitif. Disebabkan itu mereka yang kekurangan kalsium sering mengalami masalah kejang kaki.

Tetapi, masalah kejang kaki ini boleh diatasi dengan menambahkan nutrien kalsium dalam diet harian. Setiap individu perlu memastikan pengambilan sumber kalsium seharian adalah mencukupi dengan mengikut cadangan keperluan kalsium yang disyorkan, sebagai contoh orang dewasa memerlukan 1000mg kalsium sehari atau bersamaan dengan empat gelas susu sehari. 

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Selain susu, anda boleh peroleh sumber kalsium dari yogurt, keju, brokoli, bayam, dan bak choi



Magnesium

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI


Magnesium adalah mineral penting kerana ia terlibat dalam pergerakan kalsium dan kalium ke dalam dan luar sel-sel tubuh. Magnesium sering hilang dari tubuh melalui peluh dan air kecil. Sedangkan Magnesium sangat diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan cas elektrik dalam sel-sel, terutamanya dalam sel-sel otot. Apabila magnesium dalam tubuh berkurangan, kejang kaki dan masalah berkait dengan pengecutan otot boleh berlaku. 

Anda disarankan agar memastikan sumber magnesium diambil dengan cukup iaitu sebanyak 400mg sehari. Untuk mendapatkan sumber magnesium yang mencukupi, anda boleh perolehnya daripada kacang almond dan kacang-kacang lain, bayam, brokoli, serta coklat hitam (dark chocolate).

Vitamin D

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Vitamin D memainkan peranan yang sangat penting dalam penyerapan kalsium serta magnesium. Vitamin D bekerjasama dengan kalsium dan magnesium untuk mengawal pengecutan otot. Ketidakseimbangan antara ketiga-tiga nutrien boleh menyebabkan kejang kaki berlaku. Jadi pengambilan vitamin D adalah perlu untuk kesihatan otot.
Untuk mendapatkan bekalan vitamin D kita boleh berjemur beberapa minit setiap hari di bawah sinaran matahari, minum susu atau produk soya, makan beberapa jenis ikan, bubur gandum, nasi putih, bijan dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kangkung

Vitamin B
NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Vitamin B terlibat dalam banyak proses biologi yang terdiri daripada pengeluaran sel darah merah, penjanaan tenaga dan saraf yang betul dan fungsi otot.

Penyebab utama kejang kaki adalah kekurangan Vitamin B terutamanya Biotin (B7) dan Tiamin (B1). Ini kerana kedua-dua vitamin B ini menggalakkan peredaran darah. Jika kekurangan vitamin B, darah tidak dapat mengalir dengan lancar. Darah yang tidak dapat mengalir dengan lancar akan menyebabkan berlakunya kejang kaki.

Kekurangan atau ketidakseimbangan kandungan vitamin B dalam tubuh memang boleh menyebabkan kerosakan fungsi otot dan saraf. Jadi pastikan Anda mengambil vitamin B mengikut jumlah yang diperlukan

Kajian terbaru menunjukkan bahawa kekurangan vitamin B boleh membawa kepada beberapa masalah, termasuk kejang kaki. Malah, ulasan yang diterbitkan dalam jurnal "American Academy of Neurology" menyatakan suplemen vitamin B kompleks mengurangkan masalah kejang kaki.

Vitamin B boleh ditemui dalam daging lembu, daging kambing, telur, produk tenusu, bijirin penuh, kacang panjang, kacang, sayuran berdaun hijau, cendawan, gandum, atau makanan laut seperti ikan dan udang.


Vitamin E

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Kejang kaki berlaku disebabkan oleh peredaran darah yang tidak lancar. Oleh itu anda memerlukan vitamin E kerana vitamin E membantu melancarkan peredaran darah serta membantu pengeluaran sel darah merah. Vitamin E juga bertindak sebagai antioksidan yang menghilangkan radikal bebas daripada badan. Apabila radikal bebas terkumpul di dalam aliran darah, ia boleh mengganggu salur darah dan menyebabkan kejang kaki berlaku.

Sumber vitamin E boleh diperoleh daripada kacang tanah, kacang almond, kuaci dan susu soya.


Elektrolit 

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Elektrolit juga nutrisi penting yang memberi kesan yang berkaitan dengan kaki kejang. Ketidakseimbangan elektrolit berlaku dalam kes kekurangan nutrisi atau apabila kita berpeluh dengan banyak dan kehilangan elektrolit melalui kelenjar peluh. Kehilangan elektrolit secara tak langsung menyebabkan berlakunya dehidrasi. Dehidrasi boleh menyebabkan ketidakseimbangan mineral natrium, kalium, dan klorida yang boleh menyebabkan kejang kaki berlaku.

Untuk elakkan dehidrasi dari terus berlaku, Sentiasa pastikan cecair dan elektrolit dalam badan mencukupi dengan minum banyak air atau minum minuman isotonik. Minuman isotonik tanpa gula adalah yang terbaik. Pengambilan air putih yang cukup setiap hari amatlah perlu. Untuk setiap 25kg minum 1 liter air. Jadi jika berat 50kg anda hendaklah minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.


Vitamin C

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI


Vitamin C membantu dalam penyerapan elektrolit dan mineral penting seperti kalsium, magnesium dan kalium. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kekurangan elektrolit, yang seterusnya boleh menyebabkan kejang kaki.

Sumber vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buah sitrus, brokoli, betik, tomato, strawberi, cili merah, kiwi, dan jambu.

Sekiranya sukar untuk dapatkan nutrisi lengkap untuk atasi masalah kejang kaki seperti yang dinyatakan diatas, berikut merupakan cadangan suplemen yang memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan untuk atasi masalah kejang kaki. Set Cadangan Kejang Kaki Shaklee. Klik gambar untuk info lengkap tentang set cadangan kejang kaki Shaklee.


NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Paling penting untuk mengatasi masalah kejang kaki adalah pastikan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan, sentiasa aktif dan anda perlu konsisten mengambil suplemen supaya tubuh mendapat kecukupan nutrisi yang diperlukan setiap hari. Secara tidak langsung bukan sahaja masalah kejang kaki dapat diatasi malah kualiti kesihatan tubuh anda juga akan meningkat dan lebih baik.



Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)


NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI


---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading