4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya

Atul Hamid
0
Tahukah anda bahawa diet seharian memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kalsium dan nutrisi lain dapat diserap untuk membentuk tulang yang sihat dan kuat? Namun terdapat juga beberapa jenis makanan yang boleh mengurangkan simpanan kalsium dalam tubuh.

Berikut merupakan 4 jenis makanan yang boleh mengurangkan simpanan kalsium dalam tubuh.

4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya


 Makanan Masin 

4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya

Lebih masin makanan anda, lebih banyak peratusan kalsium anda hilang melalui air kencing. Jadi, kurangkan makanan yang diproses dan pilih makanan lain yang rendah natrium atau kurang masin.

Kajian mendapati bahawa wanita menapouse dengan diet garam yang tinggi akan kehilangan lebih banyak mineral tulang daripada wanita lain pada usia yang sama. Ini akan menyebabkan risiko untuk berlakunya osteoporosis adalah lebih tinggi.


 Soda 

4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya

Kebanyakan minuman ringan berkabonat mengandungi asid fosfork yang boleh meningkatkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.

Kajian mendapati wanita menopaus yang mengambil soda akan mengalami risiko tinggi patah tulang pinggul.


 Kafein 

4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya


Gemar minum kafein? Tahukah anda? Anda akan kehilangan sekitar 6 miligram (mg) kalsium untuk setiap 100 mg kafein yang anda minum. Efek duratik kafein akan menyebabkan kehilangan kedua-dua air serta kalsium dan ia kelihatan ketara apabila anda mengambil dua atau lebih cawan kopi setiap hari. 

Jadi, untuk elakkan kehilangan banyak kalsium, seeloknya kawal pengambilan kafein anda atau elakkan dari mengambilnya setiap hari. Anda mampu mengubahnya.


 Daging merah 

4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya

Daging mengandungi 2 hingga 5 kali lebih banyak asid amino yang mengandungi sulfur berbanding dengan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Semasa proses menukar sulfur menajadi sulfat, tulang larut ke dalam aliran darah dan ditapis melalui buah pinggang ke dalam air kencing. Laporan menunjukkan bahawa apabila protein haiwan dielakkan daripada diet, kehilngan kalsium akan menjadi separuh


Jadi, untuk memastikan simpanan kalsium anda cukup untuk tampung keperluan kalsium tubuh anda, ikuti 3 tips ini untuk mengatasi kekurangan simpanan kalsium dalam tubuh

 Menjadi aktif 

4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya


Setiap individu digalakkan untuk menjadi aktif. Ini kerana jika anda aktif, ia sangat membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang.

Sekiranya anda kurang aktif, peratusan kepadatan tulang anda mula menurun, dan berisiko tinggi untuk mengalami tulang rapuh.


 Makan dengan seimbang 

4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya


Pengambilan makanan yang seimbang, sangat digalakkan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Jika anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang, anda bukan sahaja mengalami ketidakcukupan kalsium malah nutrisi lain juga. Hal ini akan menjejaskan nutrien dalam tubuh anda termasuk mineral kalsium. Sedangkan kalsium adalah kunci kepada kesihatan tulang. Tubuh yang tidak mengandungi kalsium yang mencukupi, akan menyebabkan tubuh menyerap kalsium daripada tulang. Keadaan ini akan menyebabkan tulang anda mudah rapuh dan patah.



 Ambil suplemen yang membina tulang 

4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya


Untuk pengambilan suplemen membina tulang yang sihat, anda dikehendaki untuk memastikan suplemen pilihan anda mengandungi nutrien lengkap seperti kalsium, vitamin D, Magenesium, zink, tembaga, mangan dan boron.

Ostematrix Shaklee merupakan suplemen lengkap mengandungi 7 nutrien seperti kalsium, vitamin D, Magenesium, zink, tembaga, mangan dan boron yang sangat diperlukan oleh tubuh. Setiap nutrien mempunyai fungsinya tersendiri.

4 Makanan kurangkan Simpanan Kalsium dan 3 Tips Mengatasinya


Baca:


Berminat untuk dapatkan Ostematrix, boleh hubungi Atul di 019.573.3761 ata klik sahaja gambar dibawah ini.


--------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !