1. Apakah yang dimaksudkan Soya Non-GMO.
Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah
genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormon
tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna. ESP Shaklee
mengangdungi Soya Non-GMO
2. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya
dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekulnya. Akan tetapi, tindak
balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai
kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.
3. Bagaimana ESP Shaklee berfungsi untuk bantu ramai
wanita yang mengandung?
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti
tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.
Testimoni ESP dan Ibu Hamil
4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang
ingin hamil.
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti
tinggi dan sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat
(seperti Hormon untuk kesuburan & Sel-sel sistem pembiakan)
5. Soya tidak elok untuk lelaki. Adakah ia
fakta atau auta?
Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak
boleh diambil oleh lelaki.
 |
Baca: Siapa yang perlukan lebih protein? |
6. Bagaimana nak kenal pasti pelanggan yang
alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik
soya? Selepas pembelian baru tahu yang dia alergik soya
Sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital
untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.
7. Dari segi perbidanan Melayu, soya di
katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dalam
kekacang. Betul ke?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh
menyebabkan urat sejuk dan kembang.
8. Berapa sudu yang sepatutnya di ambil dalam
sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu sehari? Kalau melebihi kuantiti
ESP yang di ambil, adakah ia memudaratkan?
Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar
setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14 gram bagi 1 hidangan. Individu
biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan
makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk
keperluan badan.
9. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat
badan dan kenapa ada yang ambil jadi sembelit? Tetapi ada juga yang ambil ESP
boleh jadi kurus?
Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan
kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus
dengan pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan
program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, adalah perlu untuk minum air
banyak (3Liter sehari) jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan
otot menjadi lebih baik serta melancarkan proses penghadaman
10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah
pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?
Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu
pagi , 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum
makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal).
11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama
supplemen Shaklee yang lain?
Boleh, tiada masalah.
12. Ada mitos kata soya tak bagus untuk
kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi
sensitif.
Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak
bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya
bermanfaat untuk kesihatan.
13. Soya tidak baik utk kesihatan kerana ia
akan menggalakkan sel-sel kanser (makanan sel kanser). Betul kah?
Soya dari sumber Non-GMO yang digunakan untuk
menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh
dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra
alam
14. Bolehkan ESP diambil oleh pesakit
hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau
sedang menjalani dialisis?
Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat
doktor dahulu.
15. Adakah ESP penyebab bayi ruam?
Tidak
16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi
lemah . Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi
lemah?
Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium.
Disarankan untuk ibu hamil mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium.

17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada
masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya seperti ESP? Jika
tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst,
sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen.
Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.
18. Bolehkah ibu yang menyusu anak G6PD ambil
ESP dalam tempoh menyusu tu? Ada kesan sampingan pada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk
berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak
digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor.
19. Orang gout boleh ambil ESP tak?
Boleh
20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia
memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah akan bertambah atau sebaliknya?
Bergantung pada pemakanan ibu dan anak
21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh
membantu menaikkan berat badan?
ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap
kepada tubuh badan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot
akan mempengaruhi berat badan.
22. Bagaimana cara makan ESP yang betul untuk
elak berat badan naik?
Rujuk jawapan 10.
23. Betulkah pada awal kehamilan tidak
digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan
keguguran.
Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan
peningkatan hormon.
24. Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukkan
setelah ditinggalkan atau apabila dah tak ambil?
Tidak. Boleh rujuk jawapan 9.
25. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan
kulit?
ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila
sel sihat, maka organ sihat, dan sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara
tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit seperti kulit
putih dan gebu.
26. Kanak-kanak boleh consume ESP tak? dan
kalau boleh berapa sukatan yg sesuai untuk kanak-kanak?
Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Mealshake.
27. Berapa sukatan pengambilan ESP untuk
pesakit diabeties?
Pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.
28. Apakah bukti yang soya ESP adalah
non-gmo?
ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative
Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke
pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-GMO.
29. Pengambilan ESP dikatakan bantu kenyang
lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada
kesilapan dlm pengambilan?
Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan
14gram protein (105kcal). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza.
Sekitar 5-9gram setiap jam. Jadi dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika
individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah
dan ditambah dengan ESP.
30. ESP dikatakan bagus untuk pesakit
gastrik. kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium ?
Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi
setiap hidangan.
31. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita
yang menopause.
Wanita menopause adalah disebabkan oleh level
hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons
dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.
32. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil
still boleh consume ke?
Tidak disarankan minum ESP yang telah luput
tarikhnya.
33. Esp salah satu produk dicadangkan bg ibu
menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan
naik. Bagaimana pengambilan yang betul
untuk kurus?
Rujuk jawapan no 9
34. Betulkah kesesuaian pengambilan ESP
adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan
menyebabkan kegemukan?
Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak
membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan untuk orang berdarah B.
35. Bagaimana ESP mengekalkan kesegaran? Sebagai
contoh banyak ESP produced on 2014, tapi expired lama sehingga 2016. Ada
certain ESP bau pun kadang-kadang lain. Kadang-kadang pelanggan tanya kenapa
bau ESP tidak sama untuk semua tin?
Ini kerana
pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakan air untuk dibasuh, jadi ia
dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian
soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca/iklim penuaian soya pada
ketika itu.
36. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh
pesakit Cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
Soya bukan penyebab kepada penyakit Cyst, tetapi
pesakit Cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa
sulpemen.
37. Ibu yang tiada eczema masih menyusukan
bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul
ke?
Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai
elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.
38. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg
boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?
Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi
hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap
keabnormalan hormon.
39. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak
buah pinggang?
Kerosakan buah pinggang bukan disebaakan oleh faktor
pengambilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan
lebihan di dalam badan.
40. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?
Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak
boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor
untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.
41. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari
bagi ibu hamil dan ibu menyusu?
Disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari.
Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.
42. Adakah kegatalan badan selepas consume
ESP sebagai healing crisis? Atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasa
nya healing crisis utk pengguna ESP?
Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu.
Banyakkan minum air. Sebaiknya buat pemeriksaan untuk lihat tahap elergik pada
makanan. Jika tidak, minum air kosong secukupnya setiap hari
43. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit?
Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?
ESP bukan ubat tapi supplement. Ia bertindak
untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat.
Selain itu, boleh ambil suplemen seperti vitamin C, E dan Kolagen untuk kulit.
44. Kenapa ada ESP berasa pahit?
ESP tidak pahit. Sila report kepada pihak
Shaklee jika ada sebarang keraguan.
45. Adakah ESP boleh menyebabkan loya,
muntah, cirit birit dan demam panas?
Bergantung pada individu. Tiada masalah setakat
ini sejak ESP diperkenalkan sejak 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk
dapatkan rawatan dari doktor.
46 Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki
denggi?
Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama,
pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.
47. Bagaimana esp membantu dalam kesuburan
lelaki dan wanita
ESP
adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormone, secara
tidak langsung membantu dalam kesuburan.
48. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan
apa kebaikannya?
Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.
49. Kenapa selepas minum ESP, ada yang
membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?
Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak
faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan
cukupkan pengambilan air kosong.
50. Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari
sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP
lagi, ada cara minum yang sesuai tak?
Minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman
lain seperti jus buah-buahan.
51. Protein dikatakan penggalak kanser.
Bolehkah pesakit kanser minum ESP?
Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit
tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen.
52. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya
makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?
Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana
mungkin ada healing crisisnya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun
penerimaan setiap individu kesannya adalah berbeza mengikut tahap kesihatan
setiap orang
53. Abang saya ada asthma. Ambik ESP terus
trigger asthma.
Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada
makanan tertentu juga, sila buat pemerikasaan kepada doktor dahulu
54. Kenapa ESP mesti dibancuh dengan air sejuk atau suam? Tidak dengan
air panas?
Protein akan musnah jika dibancuh
dengan air yang suhunya melebihi 40 celcius. Jadi, penting ESP dibancuh dengan
air sejuk atau suam untuk memelihara protein dan khasiatnya.
55. Bolehkah penghidap diabetes mengambil ESP?
Boleh kerana kandungan Indeks
Glisemik (GI) adalah rendah iaitu 39.
Kadar GI yang rendah bertindak
memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem
badan. Tetapi adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Cara untuk dapatkan ESP Shaklee
Hubungi Atul di +6019.573.3761 sekarang juga atau klik gambar dibawah ini
--------------------------------------
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
untuk order dan pertanyaan,
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761