6 pesanan Imam Al-Ghazali

Atul Hamid
13

6 pesanan Imam Al-Ghazali | Tempat mengaji anak-anak Atul bersebelahan dengan tanah perkuburan Islam. Hari-hari bila hantar mereka mengaji, Atul akan tunggu depan pagar pusara ni.



Teringat Atul kata-kata dari Imam Al-Ghazali. Sesungguhnya yang paling dekat adalah 'KEMATIAN'. Bersediakah kita? Bersedia atau tidak, semua yang hidup pasti akan melaluinya. Termasuklah, aku, kau dan kita semua.

Sebenarnya, selain dari kematian, terdapat beberapa lagi pesanan dari Imam Al-Ghazali yang perlu kita ketahui. Anataranya:

6 pesanan Imam Al-Ghazali 


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya.


6 pesanan Imam Al-Ghazali


(1) “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Kerana mati itu janji Allah SWT. Janji Allah Ta’ala bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” 

(Surah Ali Imran: 185)


Baca: Buah tangan untuk orang meninggal



(2) “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”


Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam



(3) “Apa yang paling besar di dunia ini?”


Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”.


Nafsu yang menguasai diri menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala untuk hidup berlandaskan kebenaran.


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” 

(Surah Al-A’araaf: 179)



(4) “Apa yang paling berat di dunia ini?”


Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah.”


“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” 

( Surah Al-Ahzaab: 72 )


Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup terima permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia dimasukkan ke dalam neraka kerana tidak mampu memegang amanahnya.



(5) “Apa yang paling ringan di dunia ini?”


Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Ramai dalam kalangan kita, kerana kerja, kerana urusan dunia, kerana hiburan, kita tinggalkan solat. Sedangkan tuntutan solat itu yang lebih utama.



(6) “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana, dengan lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Kredit : Ustaz Mohamad Sallehudin bin Md Derus


Tags

Post a Comment

13Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. 7 tingkat nafsu kena kawal kalau x membesar lah kan🤧🤧. Thanks atul!

    ReplyDelete
  2. Setiap kali menziarahi kematian memang sangat menginsafkan. lebih-lebih lagi orang yang lagi muda dari kita.

    ReplyDelete
  3. InshaaAllah Moga kita sentiasa ikut dan ingat Pesanan Imam Al-Ghazali. Moga kita semua tergolong di kalangan hamba yang bertaqwa.

    ReplyDelete
  4. Ilmu yang sangat berguna disampaikan kepada kita utk jd panduan. Tq for sharing sis

    ReplyDelete
  5. Terima kasih perkongsian ini, lepas nih kena buat ulang kaji

    ReplyDelete
  6. memang nafsu paling besar dan yang paling jahat jika tak iman, tak berfikiran waras. Semua boleh jadi dengan nafsu

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing this, learnt all the 6 wise words from Imam Al-Ghazali as a non Muslim here. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas sharing yang baik. Benar kata Imam Ghazali mulut lagi tajam dr mata pedang, berhati2 lah bila berkata

    ReplyDelete
  9. Nice sharing Atul. Tq for the reminder. Betui,bila ke kubur rasa insaf ja

    ReplyDelete
  10. Thanks share peringatan yang sangat baik dan semoga Kita sentiasa nasihat menasihati antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  11. terima kasih atul share mende ni, peringatan sangat supaya diri tahu batas batas dalam hidup. bila kita selalu beringat tentang pesanan ni, kita pun tahu tindakan apa nak buat dan apa sepatutnya kita jaga mcm kawal nafsu tu

    ReplyDelete
  12. Pesanan ni biasa dengar. Tq share dan dapat baca balik untuk ingatan lagi

    ReplyDelete
  13. Benar Kematian itu sangat dekat dengan kita semua, siap sedia amal soleh, MasyaAllah terima kasih untuk perkongsian, muhasabah untuk saya dan kita semua :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !