Suplemen untuk wanita menopause

Atul Hamid
0

Menopause merujuk kepada peringkat dalam hidup seorang wanita di mana menstruasi atau haidnya berhenti secara kekal. Ia adalah proses semulajadi yang berlaku sebagai bahagian daripada kitaran kehidupan wanita. menopause biasanya berlaku apabila seorang wanita berusia antara 45 hingga 55 tahun, dengan purata umur sekitar 51 tahun. 

Suplemen untuk wanita menopause


Semasa menopause, tubuh wanita mengalami perubahan hormon yang ketara. Ini termasuk penurunan kadar hormon estrogen dan progesteron yang dikeluarkan oleh ovari, yang berfungsi mengawal kitaran haid dan mengatur proses-reproduksi. Penurunan hormon ini menyebabkan haid berhenti dan mempengaruhi pelbagai aspek kesihatan dan fizikal wanita.


Gejala Menopause


Gejala-gejala yang biasanya dikaitkan dengan menopause termasuk:

 
1. Hot Flashes (Gelora Panas)

2. Kesukaran Tidur

3. Perubahan Mood

4. Kekuatan Tulang semakin rapuh

5. Keringan Vagina dan Gangguan Seksual

6. Perubahan Kulit dan Rambut


Simptom menopause boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita. Nasib baiklah, ada banyak cara untuk wanita menangani masalah ini, salah satunya adalah dengan mengambil vitamin untuk wanita menopause.


Baca juga: Tanda-tanda menopause


Wanita yang mengalami menopause memerlukan suplemen kerana terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam badan mereka semasa peringkat ini. Disini Atul berikan beberapa manfaat suplemen untuk wanita semasa menopause.


Manfaat suplemen untuk wanita menopause


Oleh kerana perubahan hormon semasa menopause, tubuh wanita mungkin memerlukan lebih banyak nutrien tertentu untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh yang berubah.


Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan oleh Medichecks, hampir 70% wanita yang mencecah menopause mengalami masalah keyakinan diri. Malah, sebanyak 46% wanita mengakui bahawa simptom menopaus boleh mendatangkan masalah kepada karier mereka.


Tidak dinafikan, menopause merupakan satu fasa yang sukar bagi wanita. Namun, itu tidak bermaksud mereka terpaksa ‘bertahan’ dan ‘terima sahaja hakikat’. Ada banyak suplemen yang beri manfaat kepada wanita menopause antaranya pengambilan suplemen dapat membantu mengurangkan gejala menopause dan membekalkan nutrisi yang cukup untuk wanita ketika proses menopause berlaku.

 

Vitamin untuk wanita menopause


🌸 Vitamin D

Vitamin D membantu menjaga kekuatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis yang lebih tinggi semasa menopause. Anda boleh mendapatkannya dari paparan matahari serta makanan seperti ikan berlemak, telur, dan susu diperkaya vitamin D.

 

🌸 Kalsium

Kalsium adalah mineral penting untuk tulang yang kuat. Semasa monopaus, kehilangan kalsium dari tulang boleh berlaku dengan lebih cepat.


Produk tenusu rendah lemak, kacang-kacangan, dan sayur-sayuran hijau adalah sumber
terbaik kaya dengan kalsium.

 

🌸 Magnesium

Magnesium merupakan salah satu vitamin untuk wanita menopause yang sangat penting. Kebanyakan wanita dewasa tidak mendapat magnesium yang mencukupi daripada diet harian. Sebenarnya nutrien ini amat penting untuk memastikan otot dan saraf kita kekal berfungsi walaupun sudah berusia. Bagi wanita yang baru mencecah menopaus, magnesium sangat penting untuk kesihatan jantung serta dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan juga osteoporosis. Malah, magnesium glycinate juga dapat mengurangkan anxiety, masalah sendi dan dapat membantu anda tidur dengan lebih lena.

Suplemen untuk wanita menopause

Makanan yang kaya dengan magnesium: Sayuran hijau (bayam), kekacang (gajus, almond), bijirin (nasi, beras perang), gandum dan oat.

 

🌸 Vitamin B6

Vitamin ini dapat membantu mengurangkan gejala tidak selesa seperti keletihan dan perubahan mood semasa monopaus. Ia terdapat dalam bijirin, kacang-kacangan, daging ayam, dan ikan.

 

🌸 Vitamin B12

Vitamin ini membantu dalam fungsi saraf dan pembentukan sel darah merah. Produk haiwan seperti daging, unggas, dan produk tenusu adalah sumber utama vitamin B12

 

🌸 Vitamin C

Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi dan juga penting untuk kesihatan kulit dan sistem imun. Buah-buahan sitrus, seperti oren dan limau, adalah sumber yang kaya dengan vitamin C.

 

🌸 Multivitamin

Membantu mengisi jurang nutrisi harian wanita Ini kerana ketika proses menopause berlaku, nutrisi dalam badan berkurangan. Jadi, multivitamin merupakan vitamin dan mineral lengkap untuk memenuhi keperluan badan..

 

🌸 Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan. Ia juga dikaitkan dengan pengurangan gejala hot flashes semasa menopause. Vitamin E boleh diperoleh dari kacang-kacangan, biji-bijian, dan minyak tumbuhan.

 

🌸 Protein

Protein dari kacang soya kaya dengan estrogen. Ketika proses menopause berlaku, kadar hormon Estrogen  akan menurun, kesannya menyebabkan diri jadi Hot Flushes, berpeluh pada waktu malam, dan perubahan hormon sehingga menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

 

Cadangan suplemen untuk wanita menopause

 

🌸 Ostenutrix

Ostenutrix mengandungi tujuh jenis mineral termasuk kalsium, magnesium dan vitamin D. Semasa monopaus, pengurangan hormon estrogen boleh menyebabkan penurunan kepadatan tulang dan risiko osteoporosis yang lebih tinggi.


Vitamin D dan kalsium membantu mengekalkan kekuatan dan kepadatan tulang, mengurangkan risiko patah tulang yang lebih tinggi pada wanita yang mengalami monopaus. 

Suplemen untuk wanita menopause


Selain itu, OsteNutrix juga mengandungi magnesium yang mana magnesium merupakan salah satu vitamin untuk wanita menopause yang sangat penting. Bagi wanita yang baru mencecah menopaus, magnesium sangat penting untuk kesihatan jantung serta dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan juga osteoporosis. Malah, magnesium juga dapat mengurangkan anxiety, masalah sendi dan dapat membantu anda tidur dengan lebih lena.

 

🌸 GLA Complex

GLA COmplex mengandungi omega-6 asid gamma linoleik yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin iaitu bahan yang mengawal atur pelbagai proses tubuh, dan berdasarkan kajian membantu mengurangkan simptom menopause.

Suplemen untuk wanita menopause



Selain itu, GLA juga membantu mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Apabila berlaku menopause, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. 

Dalam suplemen GLA Complex juga mengandungi Vitamin E sebanyak 15iu bersamaan 15mg yang mana ia dapat membantu mengurangkan tanda menopause dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung bagi wanita yang putus haid.

Vitamin E dapat membantu mengurangkan tanda menopause dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung bagi wanita yang putus haid.

  

🌸 Sustained Release Vita-C Plus


Vitamin C adalah antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Mereka juga membantu meningkatkan sistem imuniti dan kesejahteraan umum, membantu wanita menghadapi cabaran kesihatan semasa menopause.

Suplemen untuk wanita menopause

Sistem pelepasan berperingkat memastikan tubuh mendapat 100mg vitamin C setiap jam untuk 5 jam berterusan. Ianya juga ditambah bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan vitamin C.

 

🌸 Vita-Lize

Vital-Lize adalah multivitamin yang diformulasi menggunakan sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten yang direka khas untuk memastikan penyerapan asid folik. Setiap hidangan mengandungi 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal yang diperlukan tubuh. 

Suplemen untuk wanita menopause

Semasa proses menopause berlaku, tubuh akan mengalami perubahan hingga menjejaskan nutrien dalam tubuh. Jadi, Vita-Lize yang kaya dengan vitamin dan mineral ini dapat
membantu mengisi jurang nutrisi harian wanita sepanjang proses menopause berlaku.

  

🌸 B-Complex with Acid Folic

B-Complex Shaklee membekalkan kesemua lapan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh termasuk vitamin B6 dan B12.

Suplemen untuk wanita menopause

Vitamin B6 dikaitkan dengan pengurangan gejala monopaus seperti hot flushes dan perubahan mood. Vitamin ini membantu mengekalkan keseimbangan hormon dan kestabilan emosi.

Selepas menopause, risiko penyakit jantung boleh meningkat. Vitamin seperti vitamin B12, B6, dan folat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan menyokong fungsi sistem kardiovaskular dan mengurangkan tahap homosistein dalam darah, yang berkaitan dengan risiko penyakit jantung.


🌸 ESP

Estrogen tumbuhan banyak terdapat di dalam kacang soya, ia dapat membantu mengurangkan hot flashes, menyokong kitaran haid yang sihat, dan mengawal paras hormon yang sihat. Untuk mengawal gejala pra menopause dan melambatkan proses menopause boleh cuba minum ESP setiap hari.

Suplemen untuk wanita menopause

ESP adalah Protein soya non-GMO terpilih (Identity Preservation Program) dengan skor PDCAAS 1.0 (nilai tertinggi untuk kualiti protein dan kadar kebolehserapan) dan nilai indeks glisemik rendah (39 sahaja). 

 

5 tips untuk kekal sihat selepas menopause

 

1. Makan pemakanan seimbang

Pertahankan pemakanan yang seimbang dengan memasukkan pelbagai jenis makanan seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, protein dari sumber seperti ikan, daging ayam, dan kacang-kacangan, serta produk tenusu rendah lemak. Elakkan daripada makanan berlemak tepu dan gula berlebihan.

 

2. Senaman berkala


Lakukan senaman secara berkala untuk menjaga kekuatan otot, fleksibiliti, dan kesihatan jantung. Aktiviti seperti berjalan kaki, berenang, atau senaman kekuatan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, dan membantu menjaga berat badan yang sihat.

 

3. Amalkan aktiviti sihat mental


Latihan minda seperti meditasi, yoga, atau membaca boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental. Amalkan aktiviti yang membantu anda bersantai dan menangani tekanan hidup.

 

4. Periksa kesihatan secara berkala


Teruskan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala bersama doktor anda. Ini termasuk pemeriksaan ginekologi, pengukuran tekanan darah, pemeriksaan darah, dan pemeriksaan lain yang diperlukan. Pemantauan kesihatan yang berterusan penting untuk mengesan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.

 

5. Jaga Kualiti Tidur


Tidur yang berkualiti adalah penting untuk kesihatan keseluruhan. Amalkan rutin tidur yang konsisten dan ciptakan persekitaran tidur yang selesa dan tenang. Elakkan pengambilan makanan atau minuman berkafein menjelang waktu tidur.


Baca juga: Wanita dan Kesihatan 

 

Kesimpulan


Menopause adalah perubahan semulajadi yang tidak boleh dielakkan oleh setiap wanita. Cuma gejala semasa pra menopause yang di hadapi oleh setiap wanita adalah berbeza. Untuk meredakan gejala pra-menopause, selain pengambilan suplemen yang sesuai,setiap wanita hendaklah menjaga pemakanan, aktif melakukan senaman atau aktiviti fizikal, lakukan amalan positif untuk kesihatan mental dan pastikan minum air kosong cukup setiap hari. Walaupun sudah mempunyai gejala menopause, pastikan tubuh sentiasa sihat dan bertenaga untuk teruskan kehidupan selepas menopause.


#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !