Promosi Shaklee Disember 2019

Bulan Disember telah menjelma, bermaksud tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2019. Namun seperti biasa, setiap bulan pasti akan ada promosi yang Shaklee tawarkan. Berikut merupakan penerangan tentang Promosi Shaklee Bulan Disember 2019. Teruskan membaca ya! 😍


Promosi Shaklee Disember 2019


Promosi Shaklee Disember 2019: Collagen Plus Powder


Promosi Shaklee Disember 2019

Persediaan untuk nampak lebih cantik di tahun baharu, Shaklee menawarkan dua pilihan menarik promosi Shaklee Collagen Powder yang mesti anda miliki.

Pilihan 1

Dengan setiap Pembelian 6 kotak Shaklee Collagen Plus Powderanda hanya perlu bayar RM1428 sahaja daripada harga normal (RM1788). Penjimatan yang anda peroleh adalah RM360

Anda layak mendapat:
➤ 1 KOTAK COLAGEN POWDER (jimat RM298)
➤ PERCUMA kos pos (jimat RM10.00)
➤ PERCUMA keahlian Shaklee (jimat RM65.00)
➤ Pulangan Tunai (RM108.00)

Total penjimatan untuk keseluruhan adalah RM841. Wah, banyaknya penjimatan!!


Pilihan 2

Dengan setiap pembelian 2 kotak Collagen Powder anda akan nikmati diskaun 5% dengan harga RM566 SAHAJA (Harga biasa RM596)

Terma dan Syarat:
➤ Tempoh promosi 1 – 31 Disember 2019
➤ Sementara stock masih ada

Tersangatlah rugi jika anda semua melepaskan tawaran hebat daripada Shaklee ini kerana tawaran seperti ini sangat ditunggu-tunggu ramai kerana kualiti dan keberkesanan produk ini memberi kepuasan kepada mereka yang telah mengamalkannya.


Anda akan dapat rasakan perbezaan setelah mengamalkan Shaklee Collagen Plus Powder ini. Keistimewaan Collagen Plus Powder Shaklee adalah:


Promosi Shaklee Disember 2019

Baca disini untuk ketahui tentang:
Penerangan tentang Collagen Shaklee
Cara Kolagen Bantu Kurangkan Kedutan
15 fakta tentang kolagen yang perlu diketahui


Promosi Shaklee Disember 2019: Zinc Plus (Extended)


Promosi Shaklee Disember 2019

Dengan setiap pembelian 3 botol Zinc Plus, anda dapat PERCUMA 1 botol Zinc Plus dengan Harga RM168.75 (Jimat RM56.25)

Terma dan Syarat:
➤ Tempoh promosi 1 – 31 Disember 2019
➤ Sementara stock masih ada

Zinc sesuai untuk siapa?
  • Mereka yang luka sembuh dengan cepat
  • Kesuburan suami
  • Mereka yang TTC
  • Mereka yang sering rambut gugur
  • Masalah botak
  • Individu nak cantik
  • Ibu hamil
  • Ibu selepas bersalin

Baca juga:
Penerangan tentang Zinc Plus Shaklee
Manfaat Zinc Plus Shaklee


Promosi Shaklee Disember 2019: YOUTH Trial / Travel Set (Extended)


Promosi Shaklee Disember 2019



Untuk promosi ini anda diberi 2 pilihan untuk dapatkan Youth Trial Set / Youth Travel Set ini:

1. Beli dengan harga RM 297.50

2. Beli dengan harga RM 68 apabila anda membeli mana-mana produk YOUTH bernilai RM750 dalam satu resit. Anda juga  layak dapat:
  • PERCUMA Keahlian
  • PERCUMA kos pos
  • Pulangan tunai lebih kurang RM 60

Promosi Shaklee Disember 2019
Saiz Youth Trial Set dalam beg yang eksklusif

Menariknya Youth Trial Set / Youth Travel Set ini adalah:
➧ Ringan, tak perlu bawa the whole set
➧ Cantik dan unik
➧ Mudah dibawa ke mana-mana
➧ Skincare tidak tumpah dan tak penyek sebab Travel Case ni keras
➧ Boleh dibawa dalam penerbangan kerana 100ml sahaja setiap botol
➧ Didatangkan bersama beg lutsinar juga
➧ Jadi, sangat sesuailah untuk anda yang gemar melancong. Hanya perlu bawa Youth Travel Set sahaja tanpa walau kemana sahaja anda pergi. Mudahkan?

Promosi Shaklee Disember 2019
Bentuk dan saiz Travel set case.

Youth trial set dalam case, tak perlu takut tumpah

Gambaran lebih jelas tentang Youth Trial Set / Youth Travel Set

Terma dan syarat
➧ Tempoh promosi 1 – 31 Disember 2019
➧ YOUTH Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask tidak djual berasingan.
➧ Sementara stock masih ada


Promosi Shaklee Disember 2019: Back To School Set


Promosi Shaklee Disember 2019

Setiap pembelian "Back To School Set" iaitu:
➧ 1 botol Chewable-C Plus
➧ 1 tong Meal Shakes
➧ 1 botol Vita-Lea For Children

Dengan harga RM282, melayakkan anda:
Purchase with purchase 1 Shaklee Multifunction Tumbler (Hitam atau Ungu) dengan harga RM32.50 (harga asal RM43.75) 


Terma dan syarat
➧ Tempoh promosi 1 – 31 Disember 2019
➧ Sementara stock masih ada

Baca juga:


Promosi Shaklee Disember 2019: Shaklee Welcome Set (Baru)


Promosi Shaklee Disember 2019


Nak tahu lagi tentang promosi Shaklee bulan ini atau lain-lain soalan berkaitan Shaklee, boleh hubungi Atul di 019.573.3761 

Continue Reading

Markah Penuh Untuk Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2019

Hai, Atul sebenarnya baru balik dari kenduri. 3 buah rumah sekali tau. Alhamdulillah gantung kuali lagi hari ini. Okaylah, kali ini cadangnya Atul nak pokpek pokpek kejap. hehe 😄 

Kenapa Atul bagi markah penuh untuk Filem Animasi Ejen Ali The Movie ni ya? Ha, kalau nak tahu, kena la baca sampai habis hehe

Markah Penuh Untuk Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2019

Ceritanya pada hari Sabtu semalam, Atul, suami dan anak-anak pergi ke majlis kenduri berkhatan dan majlis kenduri kahwin. Almaklumlah, sekarangkan cuti sekolah. Hujung tahun pula tu, memang dah jadi musim kenduri kalau waktu begini.

Rumah 1st - Majlis Berkhatan
Majlis kedua - Kenduri Kahwin
Uniknya sebab tuan rumah ni tak buat kat rumah atau dewan.
Jadi, kenduri yang kami pergi ni menghala ke Alor Setar. Selesai hadiri kenduri pun awal. Jadi, suami Atul pun ajakla pergi jalan-jalan sebelum balik. On the way dalam kereta tu, suami tanya "selain cinema di Aman Central kat mana ada lagi?" Ha tau dah. Mesti nak bawa anak-anak tengok Ejen Ali ni. Atul pun carilah dalam Google dan dalam masa yang sama, dengan yakinnya Atul menjawab "yang dekat UTC Kedah tu, dulukan kita selalu pergi sana". 

Jadi, kami pun pergilah ke sana. Dulu sebelum ada UTC, tempat tu femes la juga. Ada shopping mall. Tapi atul lupa namanya. Tapi sekarang tempat tu dah berubah sikit dan yang paling Atul tak sangka, rupa-rupanya dah banyak tahun cinema dekat situ tutup. Hahaha adoi! Tepuk dahi dibuatnya. Nampak sangat dah lama tak ke situ.

Cuma rezeki anak-anaklah, dapat buku. Itupun sebab Atul masuk kedai buku Pustaka Union tu dan terjumpa buku-buku yang menarik, so mintalah ayah dorang belikan buku. Sebab dulu pun kalau pergi situ, Atul memang suka cuci mata kat kedai buku, habit sampai sekarang. hehe

Oren & Pink untuk Kakak, Biru untuk Adik
Lepas tu, kami pun keluarlah dari situ dan cari cinema lain. Ada 1 cinema ni tarik perhatian Atul. Namanya Paragon Cinemas di Alor Setar Mall. Review pun bagus. So, kesitulah kami dengan menggunakan Google Maps hehehe. Rupa-rupanya dekat je dan kami pernah pergi dulu. Selain Alor Setar Mall, ia femes dengan nama Pacific.

Walaupun kami sampai memang sebelum filem Ejen Ali The Movie tu start tapi tiket dah nak habis. Jam 3.50 petang tinggal seat depan je. Jam 4.35pm penuh. Yang ada 6.40 pm dan malam. Hadoi, berjanggut nak tunggu ni.

Tiket wayang, harga pun okay
Tapi tak apala, tengok anak-anak pun seronok sebab dorang dah tahu ayahnya nak bawa dorang tengok Ejen Ali The Movie. Tapi sepanjang waktu menunggu asyik bertanya je "Bila nak tengok ni bu?" "Bila nak tengok ni bu?" Haha.

Waktu menunggu. Bosan duk luar, duk dalam kereta layan Youtube
Sebelum sampai waktunya, kami makan Loaded Potato Bowl dengan Original Go Bowl. Itupun tapau makan kat atas sementara nak tunggu waktu masuk. Tak sempat nak amik gambar waktu makan, so gambar dari google je la hehe


Bila tiba waktu tayangan, wow! Full seat wey! Penuh! Sepanjang movie tu ditayang budak-budak pun behave je termasuklah anak-anak Atul. Cuma si Adik la, kejap ke ibu, kejap ke ayah, itu pun waktu nak habis cerita but dia tak menangis, tak menjerit. Alhamdulillah.

Tapi movie Ejen Ali The Movie ni, bagi Atul sangat best! Kalau ada markah, Atul bagi markah penuh 10/10! Kalau ada bintang Atul bagi bintang penuh 5/5. Tinggikan rating Atul bagi. Ini apa yang Atul rasalah. Dari pandangan mata Atul yang menonton. Dari mata korang taktahu la kan.


Bagi Atul, filem ni ada part yang berkait dengan kehidupan kita. Ada orang ternama, ada orang biasa-biasa. Ada orang susah, ada orang hebat. Ada sahabat ketika susah dan senang. Ada semangat positif. Ada semangat kerjasama, ada juga pentingkan diri dan Ada yang ambil kesempatan.

Dalam dunia realiti sebenar pun, memang ada je orang ambil kesempatan atas kebaikan seseorang tapi tak ramai. Ada yang betul-betul baik. Tapi itulah, kadang-kadang sebab terpaksa. Hurmm.

Dalam filem ni juga elemen kehidupan yang memainkan emosi seperti sedih. lawak, aksi, teruja dan tertanya-tanya.

Sedih ~ Macam waktu Ejen Ali rindukan mama dia. Waktu dia nak berpisah dengan mamanya. Sangat menyentuh perasaan. Yelah, Atul pun seorang anak dan seorang ibu juga.

Lawak ~ Waktu di kedai Mamak Maju. Hahaha

Teruja & tertanya-tanya ~ Perasaan ingin tahu apa akan jadi pada Ali, adakah dia terus bersama MATA atau tidak. Siapa Niki? Apa terjadi pada mama Ali yang sebenarnya? Apa jadi kalau Overide? dan part paling last tu betul ke IRIS dan Ali dipisahkan?

Aksi ~ Aksi-aksi dalam watak ni yang wow sangat!!

Ada watak baru juga. Ha, kalau nak tahu kena tengoklah. Atul taknak cerita lebih-lebih okay. Nanti tak best pula. hehe

Tapi watak Ejen Ali ni memang bagus. Memainkan watak seorang yang bertanggungjawab walaupun ada sedikit degil. Nama pun budak-budakkan. 

So, apa yang Atul boleh katakan, memang tak rugi tengok Ejen Ali The Movie ni. Ini merupakan Filem Animasi Terbaik 2019 yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation. Korang yang belum tengok, cepat-cepatlah tengok ya!

Oh ya, habis je tengok wayang, kami pun pulang. And sepanjang jalan balik, anak-anak Atul tidur mungkin sebab keletihan. Sampai rumah pun dorang tetap lena. Hehe

www.youtube.com/ejenali
www.facebook.com/ejenali
www.instagram.com/ejen_ali
www.twitter.com/ejen_ali

Okay bye!


Continue Reading

Protein Soya Pilihan Terbaik Untuk Ibu Yang Sibuk!


IBU merupakan seorang wanita yang sangat hebat kerana ibu mempunyai banyak tanggungjawab. Samada ibu seorang suri rumah ataupun bekerjaya, mereka seringkali mengabaikan dirinya dan memberi lebih fokus terhadap keluarganya. Kadangkala sehingga mengabaikan pengambilan makanan terutamanya makanan yang seimbang dan ada juga diantara mereka ini sehingga terlupa untuk makan. Perkara sebegini sering terjadi pada setiap ibu-ibu dengan alasan tidak sempat, terlalu sibuk & terlupa.

Protein Soya Pilihan Terbaik Untuk Ibu yang Sibuk!
Oleh itu, untuk memudahkan tugas seorang ibu, sekaligus memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian dengan lebih efektif tanpa membiarkan diri diabaikan adalah dengan mengamalkan pengambilan minuman protein berasaskan soya. Kenapa protein soya? Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu.



Protein soya pilihan terbaik untuk Ibu yang sibuk kerana:

1) Meningkatkan Seri Kulit


Protein Soya Pilihan Terbaik Untuk Ibu Yang Sibuk!

Ibu yang sibuk dengan rutin harian kadang-kala mengabaikan penjagaan kulit sehingga menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak berseri. Jadi untuk dapatkan kulit yang berseri, kulit memerlukan protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu.

Oleh itu, protein soya adalah jawapannya kerana protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit

2) Menguatkan Rambut dan Kuku


Protein Soya Pilihan Terbaik Untuk Ibu Yang Sibuk!

Tidak dinafikan, kebanyakan para ibu mengalami masalah keguguran rambut. Ini kerana keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tindak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh. 

3) Melegakan Ketidakselesaan Perut


Protein Soya Pilihan Terbaik Untuk Ibu Yang Sibuk!

Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan ramai golongan ibu mengabaikan pengambilan makanan. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau masalah gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan.

Jadi, para ibu digalakkan untuk mengamalkan pengambilan protein soya kerana protein soya mudah disediakan dan sangat berkhasiat. Protein soya memberikan si ibu hidangan yang cepat, pada bila-bila masa, dan dimana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastric berlebihan dan memastikan perut sihat

4) Menyokong Kehamilan yang Sihat


Protein Soya Pilihan Terbaik Untuk Ibu Yang Sibuk!

Anda seorang ibu hamil? Tahukah anda, kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedaag membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat

5) Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu


Protein Soya Pilihan Terbaik Untuk Ibu Yang Sibuk!

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.

Jadi, bagaimanakah untuk memilih protein soya yang terbaik, berkualiti tinggi dan terjamin?

Untuk dapatkan protein soya terbaik, pastikan protein soya anda mengandungi:
  • Tanpa Kolesterol
  • Rendah Lemak
  • Indeks Glisemik Yang Rendah
  • Tanpa Gula Tambahan
  • Sumber soya BUKAN GMO

atau anda boleh baca disini untuk keterangan lebih lanjut tentang ciri-ciri serbuk protein terbaik.

Hubungi Atul jika berminat untuk untuk dapatkan serbuk protein soya terbaik di
WhatsApp: +60195733761
Facebook: Atul Hamid

Instagram: Atul_Hamid
Email: zatulzarida@gmail.com

Continue Reading

Adakah Protein Menjadikan Badan Gemuk?


Adakah Protein Menjadikan Badan Gemuk?


Jawapanya TIDAK. Sebaliknya, pengambilan secara konsisten protein berasaskan tumbuh-tumbuhan, rendah indeks glisemik dan protein bukan-GMO membantu dalam pengurusan berat badan.

Ketahui Bagaimana Protein Tumbuhan Tidak Menjadikan Badan Gemuk

1. Protein membantu memberikan tenaga berkekalan

Protein dicerna sebelum ianya dibebaskan sebagai tenaga, ia adalah sumber rancangan tenaga yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Pencernaan yang perlahan membantu tubuh mengekalkan tenaga sepanjang hari, agar boleh melakukan lebih banyak aktiviti dalam sehari.


2. Protein membantu mengekalkan ukur lilit pinggang
Adakah Protein Menjadikan Badan Gemuk

Apabila digabungkan dengan senaman, protein membantu pembentukan otot. Ini sering disalahertikan sebagai penambahan berat badan. Pemakanan tinggi protein meningkatkan metabolism, penggunaan konsisten protein membantu mengekalkan berat badan. Pastikan memilih serbuk protein yang tidak mengandungi gula pasir tambahan supaya tidak menambah ukur lilit pinggang.


3. Protein Membentuk Lebih Otot = Lebih Pembakaran Kalori

Protein membentuk dan membina otot. Otot membakar kalori, lebih banyak otot yang dimiliki, maka lebih banyak kalori tubuh dibakar. Dengan pengambilan protein secara konsisten, badan dilatih untuk membakar kalori secara berterusan dan meningkatkan metabolism dan pembakaran lemak


4. Protein Membantu Mengawal Selera dan Mengurangkan Keinginan Makan

Meningkatkan rembesan hormone peptide YY, yang membantu beri rasa kenyang lebih lama. Hasilnya, ia membantu mengawal selera makan. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi yang tinggi protein mempunyai kesan yang signifikan dalam mengawal nafsu makan serta pengambilan snek lewat malam


5. Serbuk Protein Makanan Sihat Yang Mudah

Shake protein adalah cara terbaik untuk menambah protein tambahan dalam diet. Ia juga bertindak sebagai makanan sihat yang mudah berbanding makanan sejuk beku atau makanan segera yang berminyak. Mudah diambil dan disediakan, hanya tambah serbuk protein ke dalam minuman kegemaran atau air dan goncang untuk tubuh yang lebih sihat, perut yang kenyang dan kulit yang cantik!

Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk ambil sumber protein ya kerana protein tidak menggemukkan 😍. 

Klik link dibawah untuk ketahui




Continue Reading

5 Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti


Kini, terdapat bermacam jenis produk berasaskan sumber protein di pasaran. Sudah semestinya setiap jenama akan beri jaminan paling terbaik! 

Tetapi adakah benar? Yakinkah kita bahawa itu adalah pilihan terbaik yang patut kita beli? 

Jadi, disini Atul kongsikan 5 tips sebagai panduan untuk memilih sumber protein yang berkualiti dan perlu ada dalam pilihan anda.

5 Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti

5 Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti adalah:

1. Protein Berasaskan Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan

5 Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti


Kita boleh peroleh sumber protein dari dua sumber iaitu tumbuhan dan haiwan. Kedua-dua sumber protein ini mengandungi kandungan protein yang sama.

Walaubagaimanapun, sumber protein berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit.

Manakala protein dari sumber tumbuhan lebih mudah dihadam dan ini memudahkan lagi untuk badan kita membina sel.


2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah

5 Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti

Jika kita mengambil sumber protein, adalah lebih baik untuk semak dahulu kandungan kolesterol yang terdapat pada sumber protein tersebut. Adakah mengandungi tahap kolesterol tinggi atau kolesterol rendah. Semua sedia maklum, kebanyakan sumber haiwan mengandungi kandungan kolesterol berbanding dengan sumber makanan daripada tumbuh-tumbuhan. Kandungan berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.


3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak

5 Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti


Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuh-tumbuhan bebas daripada lemak. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.


4. GMO vs Bukan-GMO

5 Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti


GMO (Oragnisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atu teknik kejuruteraan. Kajian menunjukkan kesan GMO kepada manusia, banyak dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

Bukan-GMO (Organisma yang tidak diubahsuai genetiknya) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang TIDAK DIUBAH GENETIK. Ianya asli dari biji benih sehingga proses penanaman, penuaian dan proses menjadikan ia sebagai produk makanan.


5. Sumber Semulajadi vs Sumber Yang Diproses

Sumber terbaik adalah sumber daripada alam semulajadi. Seelok-eloknya dapatkanlah sumber protein berasaskan bahan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien.

Sekiranya tubuh tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet harian, adalah digalakkan untuk mendapatkan sumber protein tambahan dengan memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino lengkap untuk keperluan tubuh dan juga kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi.

Jadi, itulah 5 tips memilih sumber protein yang berkualiti yang perlu anda tahu supaya sumber protein yang diambil dapat memberi manfaat kepada tubuh

Dibawah ini Atul kongsikan sumber protein yang Atul selalu ambil.

5 Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti


Jom baca lagi info tentang ESP di sini

Apa Itu ESP?

55 Soalan Tentang ESP

Testimoni ESP


Klik gambar di bawah untuk buat pembelian ESP Shaklee

5 Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti

----------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

55 Soalan Tentang ESP Shaklee

55 Soalan Tentang ESP Shaklee


1. Apakah yang dimaksudkan Soya Non-GMO.
Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna. ESP Shaklee mengangdungi Soya Non-GMO


2. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekulnya. Akan tetapi, tindak balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.


3. Bagaimana ESP Shaklee berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.

Testimoni ESP dan Ibu Hamil


4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi dan sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (seperti Hormon untuk kesuburan & Sel-sel sistem pembiakan)



5. Soya tidak elok untuk lelaki. Adakah ia fakta atau auta?
Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki.

55 Soalan Tentang ESP Shaklee
Baca: Siapa yang perlukan lebih protein?

6. Bagaimana nak kenal pasti pelanggan yang alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik soya? Selepas pembelian baru tahu yang dia alergik soya
Sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.


7. Dari segi perbidanan Melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dalam kekacang. Betul ke?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.


8. Berapa sudu yang sepatutnya di ambil dalam sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu sehari? Kalau melebihi kuantiti ESP yang di ambil, adakah ia memudaratkan?
Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14 gram bagi 1 hidangan. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.

9. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan kenapa ada yang ambil jadi sembelit? Tetapi ada juga yang ambil ESP boleh jadi kurus?
Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, adalah perlu untuk minum air banyak (3Liter sehari) jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik serta melancarkan proses penghadaman



10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?
Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal).


11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen Shaklee yang lain?
Boleh, tiada masalah.


12. Ada mitos kata soya tak bagus untuk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif.
Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.


13. Soya tidak baik utk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (makanan sel kanser). Betul kah?
Soya dari sumber Non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam


14. Bolehkan ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang menjalani dialisis?
Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu.


15. Adakah ESP penyebab bayi ruam?
Tidak


16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah . Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?
Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan untuk ibu hamil mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium.

55 Soalan Tentang ESP Shaklee


17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.


18. Bolehkah ibu yang menyusu anak G6PD ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? Ada kesan sampingan pada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor.


19. Orang gout boleh ambil ESP tak?
Boleh


20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah akan bertambah atau sebaliknya?
Bergantung pada pemakanan ibu dan anak


21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?
ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempengaruhi berat badan.


22. Bagaimana cara makan ESP yang betul untuk elak berat badan naik?
Rujuk jawapan 10.

23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.
Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon.


24. Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan atau apabila dah tak ambil?
Tidak. Boleh rujuk jawapan 9.


25. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan kulit?
ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit seperti kulit putih dan gebu.

55 Soalan Tentang ESP Shaklee
Klik untuk ketahui bagaimana protein bantu kulit sihat dan cantik berseri

26. Kanak-kanak boleh consume ESP tak? dan kalau boleh berapa sukatan yg sesuai untuk kanak-kanak?
Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Mealshake.


27. Berapa sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabeties?
Pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.


28. Apakah bukti yang soya ESP adalah non-gmo?
ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-GMO.


29. Pengambilan ESP dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada kesilapan dlm pengambilan?
Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14gram protein (105kcal). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza. Sekitar 5-9gram setiap jam. Jadi dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dengan ESP.


30. ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium ?
Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.


31. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita yang menopause.
Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.


32. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil still boleh consume ke?
Tidak disarankan minum ESP yang telah luput tarikhnya.


33. Esp salah satu produk dicadangkan bg ibu menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan naik. Bagaimana pengambilan yang betul
untuk kurus?
Rujuk jawapan no 9


34. Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?
Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan untuk orang berdarah B.


35. Bagaimana ESP mengekalkan kesegaran? Sebagai contoh banyak ESP produced on 2014, tapi expired lama sehingga 2016. Ada certain ESP bau pun kadang-kadang lain. Kadang-kadang pelanggan tanya kenapa bau ESP tidak sama untuk semua tin?
Ini kerana pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakan air untuk dibasuh, jadi ia dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca/iklim penuaian soya pada ketika itu.


36. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh pesakit Cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
Soya bukan penyebab kepada penyakit Cyst, tetapi pesakit Cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa sulpemen.


37. Ibu yang tiada eczema masih menyusukan bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul ke?
Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.


38. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?
Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.


39. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?
Kerosakan buah pinggang bukan disebaakan oleh faktor pengambilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.


40. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?
Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.


41. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil dan ibu menyusu?
Disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.


42. Adakah kegatalan badan selepas consume ESP sebagai healing crisis? Atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasa nya healing crisis utk pengguna ESP?
Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air. Sebaiknya buat pemeriksaan untuk lihat tahap elergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosong secukupnya setiap hari


43. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?
ESP bukan ubat tapi supplement. Ia bertindak untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat. Selain itu, boleh ambil suplemen seperti vitamin C, E dan Kolagen untuk kulit.


44. Kenapa ada ESP berasa pahit?
ESP tidak pahit. Sila report kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan.


45. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan demam panas?
Bergantung pada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP diperkenalkan sejak 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk dapatkan rawatan dari doktor.


46 Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi?
Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.
47. Bagaimana esp membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita
ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormone, secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.


48. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?
Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.


49. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?
Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.


50. Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, ada cara minum yang sesuai tak?
Minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

55 Soalan Tentang ESP Shaklee
 Klik untuk lihat Respi ESP yang lazat dan sangat menyelerakan

51. Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser minum ESP?
Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen.


52. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?
Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisisnya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya adalah berbeza mengikut tahap kesihatan setiap orang


53. Abang saya ada asthma. Ambik ESP terus trigger asthma.
Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga, sila buat pemerikasaan kepada doktor dahulu


54. Kenapa ESP mesti dibancuh dengan air sejuk atau suam? Tidak dengan air panas?
Protein akan musnah jika dibancuh dengan air yang suhunya melebihi 40 celcius. Jadi, penting ESP dibancuh dengan air sejuk atau suam untuk memelihara protein dan khasiatnya.


55. Bolehkah penghidap diabetes mengambil ESP?
Boleh kerana kandungan Indeks Glisemik (GI) adalah rendah iaitu 39.
Kadar GI yang rendah bertindak memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Tetapi adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.



Cara untuk dapatkan ESP Shaklee

Hubungi Atul di +6019.573.3761 sekarang juga atau klik gambar dibawah ini

55 Soalan Tentang ESP Shaklee

--------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Continue Reading