GOLONGAN YANG SELALU KENA KEJANG KAKI

Atul Hamid
0

GOLONGAN YANG SELALU KENA KEJANG KAKI



Kejang kaki yang tiba-tiba akan membuatkan anda berasa tidak selesa. Bukan hanya itu saja, malah akan menimbulkan rasa sakit yang amat perit. Kejang kaki terjadi akibat otot kaki yang tegang. Serangan kejang kaki berlaku tidak kira masa.

Kejang kaki boleh berlaku pada semua peringkat umur serta tidak mengira jantina. Menurut Dr. Garrisson dalam kajiannya, sebanyak 61% yang sering mengalami masalah kejang kaki adalah wanita. Namun, lelaki juga tidak terlepas daripada terkena serangan kejang kaki. Malah, Kira-kira 7% kanak-kanak berusia lapan tahun dan keatas turut diserang kejang kaki walaupun tidak terlalu kerap. Jadi siapakah lagi yang berisiko kena serangan kejang kaki? Adakah anda salah seorang daripada yang berisiko untuk mengalaminya?

Berikut merupakan antara golongan yang selalu kena kejang kaki:

ORANG TUA
Golongan ini lebih kerap kena serangan kejang kaki. 33% daripada mereka berusia lebih 60 tahun mengalami kejang kaki ketika tidur sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan. Mereka lebih cenderung mengalaminya kerana otot kaki yang mula kendur dan mengecil serta tidak dapat menahan tekanan berlebihan.
  

ORANG DEWASA
Hampir setiap orang dewasa yang berusia 50 tahun dan ke atas akan mengalami serangan kejang kaki sekurang-kurangnya sekali.


ATLET
Atlet mudah mengalami kejang kaki terutamanya apabila:

Cuaca panas, mereka yang kehilangan cecair, elektrolit dan garam di dalam badan terutamanya selepas bersenam dan berpeluh dengan banyak, otot kaki yang digunakan secara berlebihan hingga memberi tekanan melampau, kecederaan otot kaki ketika melakukan aktiviti, regangan memanas dan menyejukkan badan tidak mencukupi, dan otot kaki yang keletihan.

PERENANG
Otot dibahagian kaki terlalu letih, penggunaan otot kaki yang berlebihan kerana berenang terlalu lama, tubuh dehidrasi atau kekurangan elektrolit dan disebabkan peredaran darah di kaki tidak lancarBaca disini untuk info lanjut berkaitan Kejang Kaki ketika berenang

INDIVIDU YANG KURANG MINUM AIR
Kekurangan cecair dalam tubuh akan mengakibatkan dehidrasi. Jika cecair tidak mencukupi dalam tubuh, ia akan mempengaruhi perjalanan darah dan juga sistem saraf pusat. Kekurangan cecair dalam tubuh mengakibatkan berlakunya kejang kaki dengan kerap terutamanya apabila anda kurang minum air putih.

OBESITI
Otot kaki yang menampung berat badan yang berlebihan sering mengalami kejang. Daya tahan otot kaki individu obesiti ini selalunya kurang.

KEHAMILAN
Kira-kira 40% wanita hamil sering mengalami kejang kaki. Ketika proses kehamilan, kejang kaki kerap menyerang ibu hamil ketika waktu tidur. Ini kerana, tubuh wanita hamil banyak mengalami proses perubahan ketika hamil. Baca disini untuk info lanjut berkaitan Kejang Kaki ketika hamil.

PESAKIT KRONIK DAN MENGAMALKAN UBAT-UBATAN TERTENTU
Anda mungkin menghadapi risiko kejang kaki yang lebih tinggi jika anda menghidap penyakit seperti diabetes, saraf, hati, tiroid, penyakit darah, saraf, mengalami gangguan metabolic dan penyakit buah pinggang. Mereka ini biasanya akan mengalami kejang kaki dengan lebih kerap.

PEKERJA DIDALAM PEJABAT
Mereka ini kurang melakukan pergerakan dan lebih banyak duduk untuk jangka masa yang lama. Kekurangan pergerakan memberi risiko yang tinggi berlakunya kejang kaki.

INDIVIDU YANG TIDAK MINUM SUSU
Mereka yang tidak gemar minum susu akan menyebabkan kandungan kalsium dalam badan yang tidak seimbang. Walaupun sumber kalsium boleh didapati dalam makanan, tetapi adakah ia mencukupi mengikut keperluan yang diperlukan setiap hari?. Sedangkan sumber kalsium dalam badan sentiasa berkurangan setiap hari.

Jadi, adakah anda merupakan salah seorang yang berisiko untuk kena kejang kaki? Semoga dengan perkongsian tentang golongan yang selalu kena kejang kaki ini dapat membantu anda mengenalpasti samada anda seorang yang berisiko mengalami kejang kaki atau tidak.

                                                                                      


kejang kaki



Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !