KEJANG KAKI KETIKA BERENANG: PUNCA & CARA MENCEGAH

Atul Hamid
0


KEJANG KAKI KETIKA BERENANG: PUNCA & CARA MENCEGAH


Berenang merupakan aktiviti yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh. Tetapi anda mesti berwaspada dengan serangan kejang kaki ketika berenang kerana ia boleh mengancam nyawa. Ini kerana serangan kejang kaki ketika berenang akan menyebabkan kaki anda kaku sehingga mengakibatkan anda tidak dapat berenang. Kegagalan untuk berenang membuatkan anda berasa cemas sehingga menyebabkan anda tenggelam dan lemas.

"Mangsa dilaporkan terjun seorang diri dari bot yang dinaiki untuk berenang ke pantai tanpa memakai jaket keselamatan sebelum mengalami kejang kaki dan tenggelam," kata Ketua Polis Daerah Langkawi. (Sumber: Harian Metro

Serangan kejang kaki ketika berenang memang kerap berlaku. Ini kerana otot di bahagian kaki menjadi tegang hingga memberi rasa sakit yang amat perit. Terdapat beberapa punca kejang kaki ketika berenang iaitu:
1. Otot dibahagian kaki terlalu letih
2. Penggunaan otot kaki yang berlebihan kerana berenang terlalu lama
3. Tubuh dehidrasi atau kekurangan elektrolit
4. Peredaran darah di kaki tidak lancar

Kejang kaki biasanya berlaku dibahagian:
1. Betis
2. Bahagian punggung ke bawah (sering terjadi pada perenang yang guna kasut renang)
3. Bahagian hadapan dan belakang paha
4. Tapak kaki

Walaupun anda merupakan seorang perenang yang mahir dan tidak pernah diserang kejang kaki ketika berenang, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, sebelum berenang anda perlu melakukan beberapa perkara untuk mengelakan diri daripada terkena serangan kejang kaki. Berikut merupakan cara megatasi kejang kaki ketika berenang:

MINUM AIR YANG CUKUP
Sebelum berenang, pastikan anda minum air putih secukupnya supaya tubuh sentiasa cukup air dan tidak hidrasi. Selain air putih, anda boleh minum air yang mengandung elektrolit seperti Shaklee Performance Drink kerana ia mengandungi banyak elektrolit disamping menyalurkan lebih banyak tenaga. Campuran elektrolit Opti-Lyte proprietari dengan campuran unik karbohidrat sememangnya dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

LAKUKAN REGANGAN
Sebelum berenang, pastikan anda melakukan regangan terlebih dahulu. Ia bertujuaan untuk memastikan tubuh dalam keadaan bersedia dan tidak terkejut untuk melakukan aktiviti renang.

PASTIKAN DAPAT REHAT DAN TIDUR YANG CUKUP
Pastikan tubuh anda mendapat rehat dan tidur yang cukup untuk elakkan diri daripada cepat letih dan kehilangan tenaga dengan cepat. Apabila tubuh dapat tidur dan rehat yang cukup, anda boleh melakukan aktiviti renang dengan lebih sempurna.

SENTIASA BERSEDIA MENTAL & EMOSI
Anda perlu sentiasa beringat walaupun anda mahir berenang namun anda juga boleh tenggelam jika berada dalam keadaan cemas. Oleh itu anda dikehendaki sentiasa bersedia dari segi mental dan emosi supaya ada dapat kawal emosi dan bertenang sekiranya berlaku kejang kaki ketika berenang, secara tidak langsung anda boleh elakkan diri daripada rasa cemas. Apabila anda cemas, anda akan bertindak dengan lebih agresif untuk menyelamatkan diri, sedang ia boleh membahayakan anda.

AMBIL SUPLEMEN YANG SESUAI
Anda dicadangkan untuk mengambil supplement seperti CoQ10 untuk membantu anda lebih cergas dan bertenaga untuk melakukan aktiviti renang

B Complex untuk membantu menenangkan dan melegakan tekanan otot kaki ketika berenang serta membantu melancarkan peredaran darah.

OsteMatrix pula mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mengecutkan otot dan membantu mengurangkan serangan kejang kaki

Vitamin E merupakan vitamin yang kaya antioksidan. Yang mana ia membantu melegakan kesakitan otot-otot dengan memerangi radikal bebas yang disebabkan oleh metabolisme oksigen semasa bergerak aktif terhadap otot kaki. 

Sekiranya anda mampu melakukan regangan didalam air untuk mengurangkan rasa sakit akibat kejang kaki, antara regangan yang boleh anda lakukan ialah:

1. Bengkok lutut ke arah dada, tarik jari kaki dan urut tapak kaki ke arah tumit. Posisi ini untuk mengurangkan kejang pada bahagian betis dan belakang paha

2. Bengkok lutut ke belakang, tarik jari kaki dan urut tapak kaki ke arah tumit. Posisi ini untuk mengatasi kejang pada bahagian tapak kaki dan hadapan paha

3. Tekan tumit dan jari kaki kearah tapak kaki (seperti penari balet) dan lakukan urutan di bahagian tumit untuk mengatasi kejang di tumit

Namun, untuk lebih selamat, dinasihatkan supaya anda untuk meminta bantuan daripada orang lain untuk membantu anda keluar dari dalam air dengan lebih cepat agar dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sering melakukan aktiviti renang.

Terima kasih

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !