Manfaat Polifenol
Untuk Sel yang Sihat | Kualiti sel menentukan tahap kesihatan seseorang, betul
ke? Ya, sangat betul. Ini kerana sel adalah benda asas untuk hidup. Secara
umumnya, fungsi sel berkait rapat dengan kesihatan badan.
Sel yang
sihat adalah kunci kesihatan yang baik buat seseorang dan sel juga menentukan
proses penuaan tubuh manusia samada cepat atau lambat. Untuk pengetahuan semua,
tubuh manusia mempunyai lebih trillion sel.
Apabila
sel dibahagi atau membiak untuk pertumbuhan atau penyembuhan, keadaan ini penting
untuk memastikan manusia mempunyai sel-sel yang sihat untuk dihasilkan semula dan
juga untuk menghasilkan sel-sel baru yang sama sihat
Jadi, bagaimana
sel badan manusia mereplikasi dan menghasilkan semula sel, akan memberi kesan
terhadap tisu, organ dan fungsi system tubuh, yang mana akhirnya akan
menentukan kesihatan seseorang.
Fungsi - fungsi
sel adalah:
💢 Mencerna
makanan kepada nutrien
💢 Membawa
oksigen ke sel dan mengeluarkan karbon dioksida
💢 Penghasilan
hormone dan enzim
💢 Menghasilkan
tenaga
Apa akan berlaku jika sel rosak
Jika sel badan tidak dilindungi, manusia akan kerap jatuh sakit. Ini kerana sel-sel badan mengalami kerosakan. Banyak faktor penyebab berlakunya kerosakan sel dalam badan antaranya disebabkan oleh mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Jika sel badan tidak dilindungi, manusia akan kerap jatuh sakit. Ini kerana sel-sel badan mengalami kerosakan. Banyak faktor penyebab berlakunya kerosakan sel dalam badan antaranya disebabkan oleh mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Cuba anda bayangkan
apakah yang akan berlaku pada anda jika;
💢 Sel kekurangan
tenaga?
💢 Sel badan gagal
dilindungi?
💢 Pembaikan sel
menjadi lambat?
💢 Sel badan gagal
untuk melakukan pembaikan?
Sebenarnya, sel-sel
yang rosak tidak akan dapat berfungsi dengan baik,
dan akan menyebabkan tubuh mendapat kesan-kesan yang buruk. Salah satu
kesan buruk jika berlakunya kerosakan sel adalah tubuh mudah mendapat penyakit
walaupun pada usia muda.
Mesti
baca: Kerosakan Sel badan, bahayakah?
Antara tanda-tanda lain sel tidak sihat, rosak
dan musnah adalah seperti
💢 Kerap keletihan dan lemau badan walaupun dapat tidur
yang cukup diwaktu malam,
💢 Kesihatan terganggu kerap jatuh sakit seperti
mengalami demam, batuk, bersin dan selesema
💢 Kesihatan kognital terjejas seperti daya ingatan
lemah
💢 Kulit kelihatan lebih tua dari usia serta mengalami
kulit jusan, kasar, warna tidak sekata, dan berkedut
💢 Berat badan berlebihan
💢 Pemulihan luka menjadi lambat, ambil masa untuk
sembuh, dan mudah mendapat jangkitan
💢 Kediran sel abnormal dalam tubuh
Bagaimanakah cara
untuk memastikan sel-sel badan sihat dan sentiasa dilindungi?
Cara memastikan
sel-sel badan sihat dan sentiasa dilindungi adalah dengan memberikannya nutrisi yang kaya dengan antioksidan seperti Polifenol.
Manfaat Polifenol
Untuk Sel yang Sihat
Campuran empat
ekstrak botani terpilih iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberi eropah
dan polygonum caspidatum telah memberikan spectrum polifenol unik yang dapat
meningkatkan kesihatan dan jangka hayat sel badan.
Mesti Baca:
Manfaat 4 botani kaya dengan Polifenol
Terdapat
banyak kajian dan sains telah merekodkan bagaimana polifenol dapat member kesan
positif kepada sel-sel di dalam badan manusia.
Kesan terhadap
sel badan selepas di menerima nutrien polifenol
1# Meningkatkan
Pertahanan Sel
Badan
mempunyai “suis induk” yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel.
Gabungan polifenol yang sempurna telah diakui secara sinergis mengaktifkan “suis
induk” supaya dapat:
💢 Mengurangkan
keradangan dengan mengoptimumkan system imun
💢 Meningkatkan
proses detoksfikasi terutamanya dihati
💢 Meningkatkan
tahap antioksidan dalam badan
💢 Mengurangkan
tekanan biologi dalam badan
2# Meningkatkan
Tenaga Sel
Sel-sel
kita mengandungi “loji kuasa” tenaga dipanggil mitokondria. MItokondria menghasilkan
tenaga supaya manusia sentiasa bertenaga sepanjang hari.
Walaubagaimana
pun, pengeluarannya menurun dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat.
Polifenol dikenali untuk:
💢 Menggalakkan
fungsi mitokondria yang sihat supaya ia meningkatkan pengeluaran tenaga secara
optimum
💢 Membantu
meningkatkan pengeluar mitokondria jadi badan mempunyai lebih banyak “loji
kuasa” untuk menghasilkan tenaga.
3# Menggalakan
Pemulihan Sel
Sel-sel
manusia terdedah kepada pelbagai serangan daripada radikal bebas atau pencerobohan
alam sekitar yang merosakkan DNA manusia setiap hari. Keadaan ini boleh mengakibatkan
kematian sel.
Polifenol boleh membantu:
💢 Melindungi
kerosakan DNA
💢 Menyokong
menghasilkan semula DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.
4# Mengoptimumkan
Prestasi Sel
Semakin
badan manusia berusia, fungsi organ merosot, memburukkan penyakit degeneratif seperti
jantung, ginjal dan diabetes. Kajian menunjukkan bahawa:
💢 Polifenol
dari benih dan kulit anggur muscadine boleh menggalakkan kesihatan dan jangka
hayat sel
💢 Penggunaan
polifenol daripada anggur muscadine mungkin mempunyai beberapa faedah dalam
mempengaruhi perkembangan keadaan kencing manis
💢 Polifenol
campuran anggur muscadine, ekstrak Polyganum Cuspidatum, ekstrak lobak Ungu dan
ekstrak Elderberi Eropah boleh menghentikan kerosakan selular
💢 Polifenol
mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap system kardiovaskular dan
meningkatkan kepekaan insulin
Mesti Baca:
Atul Hamid | 0195733761
Pengedar Shaklee Anda
1077444
Pembelian terus dari website Shaklee (Klik)
Pengedar Shaklee Anda
1077444
Pembelian terus dari website Shaklee (Klik)
Rujukan:
1. L. Fisher, T. Ianiro, F.C. Lau, H. Wang, B.
Daggy . 2015. Synergistic Effects of Phenolic Mixtures in Human Cell Models of
Aging. Shaklee Innovation Center, Pleasanton.
2. Farrar JL, Hartle DK, Hargrove JL, Greenspan P. 2007.
Inhibition of protein glycation by skins and seeds of the muscadine grape.
Biofactors. 30(3):193-200.
good read.
ReplyDelete